You are on page 1of 2

Buktikan aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan dalam

membantu meningkatkan profil murid.

Smith and McGregor (1992) menjelaskan bahawa pembelajaran kolaboratif


adalah satu istilah yang memayungi pelbagai pendekatan pembelajaran yang
melibatkan usaha intelek sesama murid atau murid-murid dengan guru.   Biasanya
murid-murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seramai dua atau lebih,
saling mencari persefahaman, penyelesaian atau mencipta suatu hasil
pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran kolaboratif sangat pelbagai dan meluas,
tetapi kebanyakannya berpusatkan kepada aktiviti murid untuk meneroka sesuatu
sesi pembelajaran atau penggunaan bahan pembelajaran. Ini bermaksud dalam
pembelajaran kolaboratif sesi pembelajaran bukan sekadar penyampaian atau
penerangan daripada seorang guru semata-mata. Terdapat beberapa bukti aplikasi
pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan dalam membantu meningkatkan
profil murid.

Bukti aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan dalam


membantu meningkatkan profil murid yang pertama ialah melalui pembelajaran
koperatif iaitu murid akan melakukan aktiviti berkumpulan untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh aktiviti Trade a Problem,
Jigsaw Approach Progress Map dan lain-lain. Kesan pembelajaran koperatif dalam
membantu meningkatkan profil murid ialah membantu murid membangunkan
kemahiran dan komunikasi lisan, meningkatkan harga diri murid, mengembangkan
kemahiran sosial murid dan meningkatkan tumpuan murid.

Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning/PBL)


merupakan bukti kedua aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan
dalam membantu meningkatkan profil murid. Hal ini sedemikian kerana murid akan
diberi tugasan untuk menangani masalah yang kompleks dan realisitk, yang telah
disediakan dengan berhati-hati untuk memenuhi matlamat dan objektif pembelajaran.
Murid melakukan aktiviti secara kumpulan dibawah seliaan fasilitator untuk
menyelesaikan masalah. Kesannya, murid dapat belajar kemahiran melaksanakan
kerja berkumpulan, teknik penyelesain masalah, teknik menyiasat untuk
mendapatkan maklumat, kandungan topik dan mereka menerima pendedahan
supaya berfikir seperi seorang yang pakar dalam bidangnya.  Jelaslah bahawa PBL
berkesan dalam membantu meningkatkan profil murid.
Bukti ketiga aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan
dalam membantu meningkatkan profil murid ialah melalui pendekatan komuniti
pembelajaran yang mempunyai empat jenis. Pertama Komuniti Pembelajaran yang
berfokuskan pada pembelajaran bersama-sama, berkongsi, membina hubungan.
Kedua Komuniti Amalan yang berfokuskan ke arah amalan professional. Ketiga
Komuniti Pertanyaan yang memberi tumpuan kepada menanyakan tentang sesuatu
perkara dan isu. Keempat Komuniti Pengetahuan yang berfokuskan kearah
pengetahuan. Medium bagi pendekatan komuniti pembelajaran adalah secara
bersemuka dan elektronik (e-Learning Community) sejajar dengan transformasi
dalam gelombang teknologi semasa. Antara kesan yang dapat membantu
meningkatkan profil murid ialah keupayaan mewujudkan hubungan sosial yang erat,
kewujudan kepercayaan, perkongsian nilai-nilai dan berlakunya sosialisasi dalam
organisasi.

Pengajaran Rakan Sebaya merupakan bukti aplikasi pengajaran dan


pembelajaran kolaboratif berkesan dalam membantu meningkatkan profil murid. hal
ini sedemikian kerana ianya merupakan satu kaedah yang mana seorang murid
mengajar murid lain, di mana murid yang pertama ialah seorang yang mahir dan
murid yang kedua adalah seorang baru (novis). Kesan positif yang membantu
meningkatkan profil murid melalui pendekatan ini ialah interaksi secara langsung
antara murid menggalakkan pembelajaran aktif, murid berasa lebih selesa dan
terbuka apabila berinteraksi dengan rakan sebaya serta murid menerima lebih
banyak masa untuk pembelajaran individu.

Akhir sekali, bukti aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berkesan


dalam membantu meningkatkan profil murid melalui pendekatan Kumpulan Penulis.
Kumpulan Penulis adalah sekumpulan murid yang dimotivasikan untuk belajar
bersama-sama dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan dan
membangunkan kemahiran murid. Antara kesan yang membantu meningkatkan profil
murid ialah murid dapat membina keyakinan diri, memperbaiki kemahiran, memberi
motivasi dan menghindarkan diri dari belajar secara bersendirian. Jelaslah bahawa
bukti-bukti aplikasi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif dapat memberi kesan
positif serta membantu meningkatkan profil murid.

You might also like