You are on page 1of 2

Laporan Lawatan Ke Cameron Highlands, Pahang

Persatuan Bahasa Melayu SJK (C) Kuala Kuang telah mengadakan


lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands, Pahang pada 14
Julai 2012. Lawatan ini telah disertai 37 orang murid dan lima
orang guru pengiring iaitu Encik Syukri, Puan Yuslina, En. Hakimi,
En Arief dan Pn. Rafeah.
                Ketibaan kami disambut oleh Encik Azri, iaitu pengusaha
ladang strawberi. Beliau memberikan taklimat tentang ladang
tersebut sebelum membawa kami ke sekitar ladang.
                Menurut Encik Azri, kini buah strawberi mendapat
permintaan yang tinggi di pasaran tempatan. Buah strawberi ini
mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Selain rasanya enak,
buah strawberi juga banyak khasiatnya.
                Untuk menghasilkan buah strawberi yang bermutu tinggi,
tanaman ini ditanam secara organik tanpa menggunakan baja
kimia ataupun racun serangga perosak. En. Azri mengusahakan
ladang ini bersama-sama isterinya, Puan Suhaila.
                Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri
keunikan buah strawberi. Kulit buahnya yang berwarna merah
menarik perhatian kami. Kami juga berpeluang menikmati
keenakan buah strawberi yang baru dipetik.
                Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah
strawberi oleh Puan Suhaila. Walaupun lawatan ini agak singkat
tetapi banyak memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan
kepada kami.

Laporan disediakan oleh,                                                                9 OGOS 2012.

farah
(FARAH AREESHA BINTI TERMIZI)
Setiausaha,
Kelab Seni Kreatif,
SK Perumahan Tampoi 2.

You might also like