You are on page 1of 2

TIDAK ramai mengetahui rahsia kayu manis yang berasal dari Caribbean, Amerika

Selatan dan Asia Tenggara.

Rempah itu sudah digunakan sejak 2000 Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu kering, serbuk dan penggunaannya
sebagai minyak pati serta makanan tambahan.

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu 'cassia' dan 'ceylon', kedua-duanya mempunyai
khasiat berbeza.

i. Memulihkan jangkitan kulat

Minyak kayu manis boleh membantu merawat beberapa jenis jangkitan kulat.

Kajian makmal pada 2016 mendapati minyak kayu manis berkesan menghalang
jangkitan 'fungus candida' yang boleh menjejaskan aliran darah.

Ini berkemungkinan ciri antimikroba pada rempah berkenaan.

ii. Mempengaruhi paras gula dalam darah

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kayu manis cassia dapat menurunkan paras
gula dalam darah.

Ia turut mendedahkan 60 pesakit kencing manis yang mengambil enam gram (g)
kayu manis setiap hari di antara 40 hari hingga empat bulan, mempunyai tahap
glukosa, trigliserid, kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah
kolesterol yang rendah.

iii. Mencegah Alzheimer

Penyelidik mendapati ekstrak pada kulit kayu manis dipanggil CEppt mempunyai
bahan yang boleh menghalang pertumbuhan gejala penyakit berkenaan.

Kajian terhadap haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan
penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku peningkatan kemampuan berfikir.

Bagaimanapun, tidak semestinya keseluruhan kayu manis ini sesuai digunakan bagi
tujuan pencegahan penyakit Alzheimer.

iv. Melindungi daripada HIV

Pada 2000, kajian ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh
membantu melindungi daripada jangkitan HIV.
Keberkesanan itu terdapat pada pucuk dan buah kayu manis.

You might also like