You are on page 1of 2

ABSTRAK

Masjid merupakan sebuah institusi dan medium yang mendukung


pembentukan anak-anak beragama Islam. Penulis Tarbiyatul Aulad fi Islam yang
terkemuka, Abdullah Nasih Ulwan menyatakan bahawa masjid memainkan peranan
yang besar terhadap pembentukan kanak-kanak dari segi aqidah, rohani, jasmani,
akal, dan sosial. Namun demikian, kehadiran kanak-kanak ke masjid semakin
berkurang sekalipun populasi semakin bertambah, terutamanya di di kawasan bandar.
Oleh itu, masjid hendaklah bersifat lebih ‘mesra kanak-kanak’ bagi mewujudkan
persekitaran yang lebih menarik buat mereka. Tesis ini berfokus pada persekitaran
fizikal, memandangkan terdapat banyak perbincangan berkenaan masjid mesra
kanak-kanak dari perspektif sosial dalam kajian lepas. Walau bagaimanapun, sorotan
kajian berkenaan dengan persekitaran mesra kanak-kanak menunjukkan jurang
dimensi keagamaan dalam konteks masjid sebagai bangunan keagamaan. Manakala
kajian berkaitan dengan seni bina dan reka bentuk masjid lebih berfokus pada jemaah
dewasa, hal ini mewujudkan jurang maklumat tentang interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran masjid. Tambahan pula, garis panduan sedia ada berhubung dengan reka
bentuk dan perancangan masjid oleh JPBD dan SIRIM dan kesannya terhadap
kesejahteraan kanak-kanak masih terhad. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk
membangunkan kriteria reka bentuk masjid mesra kanak-kanak daripada persepsi
dan tingkah laku anak-anak itu sendiri, tanpa melibatkan pratanggapan golongan
dewasa akan konstruk penilaian reka bentuk tertentu yang sering diguna pakai dalam
kajian seni bina. Maka, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara
‘phenomenology’ yang melibatkan pelbagai kaedah pengumpulan datauntuk
triangulasi data seperti perbincangan kumpulan berfokus, auto-fotografi, lukisan, dan
soal selidik yang terbahagi kepada dua tugasan. Asas kajian ini diadaptasi daripada
konsep ‘Place Attachment’, aspek pembentukan anak-anak dalam Islam, serta konsep
Maqasid Syariah dalam alam bina. Data dikumpul daripada peserta kanak-kanak
berumur 7−17 tahun dari empat (4) buah masjid terpilih di Johor Bahru melalui
pensampelan bertujuan. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian
NVIVO12 melalui 4 fasa iaitu (i) fasa pengurusan data, (ii) fasa pembentukan, (iii)
fasa interpretasi, dan (iv) fasa penteorion. Berdasarkan respon daripada kanak-kanak,
didapati mereka memiliki kebolehmampuan (affordance) untuk bermain serta
bersukan dan rekreasi di masjid, selain daripada memanfaatkan fungsi utama masjid
sebagai tempat keagamaan dan rohani, belajar, bersosial, dan berehat. Tingkah laku
kanak-kanak di masjid turut dipengaruhi oleh umur, latar belakang keluarga,
‘peraturan sosial’, ciri-ciri keselesaan, dan keperluan privasi. Analisi sifat-sifat
fizikal masjid yang diperoleh daripada respon kanak-kanak ditatajarah semula
mengikut tahap kepentingan dalam konsep Maqasid Syariah. Dapatan terakhir
digunakan untuk membangunkan Kriteria Reka Bentuk Masjid Mesra Kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai (1) kriteria asasi, ii) kriteria pelengkap, dan iii) karakter
unggul. Ciri-ciri reka bentuk kriteria asasi ditentukan oleh sifat-sifat persekitaran
yang menjurus pada kebolehmampuan fungsi-fungsi masjid. Manakala estetika seni
bina dan persekitaran alami termasuk dalam kriteria pelengkap. Keinginan kanak-
kanak akan ciri-ciri yang boleh mewujudkan keseronokan dan hobi kontemporari
termasuk dalam kriteria unggul. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan
pereka bentuk, perancang, dan juga pengurusan masjid bagi mewujudkan atau
menambah nilai reka bentuk dan prestasi masjid sedia ada ke arah persekitaran yang
lebih mesra kanak-kanak.
vii

You might also like