You are on page 1of 5

KONSEP HIBAH

Hibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta menurut


undang-undang Islam. Perbezaan antara Hibah dan Wasiat, hibah ialah pemberian
harta yang berlaku semasa pemberi hibah hidup, manakala wasiat ialah pemberian
harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

Dari segi bahasa, hibah ialah pemberian sama ada dalam bentuk ain atau
manfaat. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga istilah ini mempunyai pengertian
yang hampir sama. Perbezaannya sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan
untuk mendapat pahala di akhirat Manakala hadiah ialah pemberian untuk memuliakan
seseorang. Dari segi istilah pula, hibah ialah suatu akad pemberian harta yang
dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh
hidupnya tanpa sebarang balasan

HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam
Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Ini adalah berdasarkan kepada
bukti-bukti al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.

DALIL PENSYARIATAN HIBAH

Al-Quran Firman Allah SWT: ‫َفِإن طِ ب َْن لَ ُك ْم َعن َشيْ ٍء ِّم ْن ُه َن ْف ًسا َف ُكلُوهُ َه ِنيًئ ا م َِّريًئ ا‬

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian
(yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Al-Hadis Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َت َها ُدوا َت َحابُّوا‬


Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-
menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

SYARAT PEMBERI HIBAH

• Pemilik kepada barangan;

• Mempunyai kelayakan seperti sempurna akal dan baligh untuk memberi hibah; dan

• Mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.

RUKUN HIBAH

• Pemberi hibah;

• Penerima hibah;

• Barang yang dihibah; dan

• Sighah (lafaz akad hibah)

SYARAT PENERIMA HIBAH

• Berkelayakan menerima hibah sama ada mukalaf atau bukan mukalaf

• Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan

• Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).

SYARAT BARANG YANG DIHIBAH

• Wujud ketika hibah dibuat;

• Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai dan harta yang halal

• Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.


SYARAT AKAD HIBAH

• Ijab dan qabul; dan

• Tidak bertempoh.

KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAH

Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan


pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Menurut ijmak, adalah harus bagi
pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun,
Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak
sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َ ‫ا َّتقوا‬
‫ واعدِلوا بين أوالدِكم‬،‫هللا‬

Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-
anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

ELEMEN QABD DALAM HIBAH

Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau
menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu harta
miliknya. Qabd merupakan keperluan kepada sesuatu hibah itu berkuatkuasa.

HIBAH SEMASA MARAD AL-MAUT

Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di
mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian,
maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh
dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah
terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau
lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.
PEMBATALAN HIBAH

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima
hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis
daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ب يعو ُد في قيِئه‬
ِ ‫فإنَّ العائ َد في هبتِه كالكل‬

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti
seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari) Namun, para
fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah
daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini
bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫ إاَّل الوال َد فيما يُعطِ ي ولَدَ ه‬،‫ ف َير ِج َع فيها‬،‫ال َي ِح ُّل للرج ُِل أنْ يُعطِ َي ال َعطِ َّي َة‬

Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian
menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.”
(Riwayat Abu Daud)
Kusyi Hirdan. (2018, August 14). Memahami konsep hibah. Harian Metro; New Straits

Times. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/08/367735/memahami-konsep-

hibah

Hibah – MAIS. (2022). Mais.gov.my. https://www.mais.gov.my/hibah/

Super User. (2022, January 14). Hibah. Jksm.gov.my.

http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-joomla/

components/210-hibah?Itemid=951

You might also like