You are on page 1of 17

it

Un MANUSIA
Chan dan rakan-rakan sedang bermain Ha ... ha ... kamu tidak
di taman perumahan mereka. dapat lari daripada saya.

Tiba-tiba … Chan terjatuh kerana terlanggar


akar pokok yang besar.

K !
KRA Aduh, sakitnya!

Jangan risau, puan. Imbasan


sinar-X pada kaki anak puan
tidak menunjukkan sebarang
kecederaan.

Apakah yang dapat kamu lihat pada imbasan sinar-X itu?


19
Nyatakan kepentingannya kepada manusia.
SISTEM RANGKA MANUSIA DAN FUNGSINYA

Tahukah kamu mengapakah cacing tidak dapat berdiri tegak seperti


manusia? Cacing tidak dapat berdiri tegak kerana cacing tidak
mempunyai tulang-tulang seperti manusia.
Tulang-tulang di dalam tubuh manusia membentuk satu sistem yang
dikenali sebagai sistem rangka manusia.
Tanpa sistem rangka, kamu
mungkin terpaksa menjalar tengkorak
untuk bergerak seperti saya.

Sistem rangka manusia dibina


daripada tulang-tulang di dalam
badan. Bagaimanakah rangka
HAWA
utama manusia berfungsi?

tulang rusuk

tulang belakang

tulang tangan
otak

tengkorak

Tengkorak tulang kaki


melindungi otak
kita daripada
kecederaan.

20
2.1.1
sistem rangka manusia
Tulang belakang berfungsi untuk
tulang belakang menyokong tubuh.

peparu

jantung

menyokong tubuh
hati

perut

tulang rusuk

membolehkan badan
Tulang rusuk melindungi tulang tangan digerakkan
organ dalaman seperti dan tulang kaki
peparu dan jantung.
Tulang tangan dan tulang kaki
berfungsi sebagai sokongan
dan pergerakan.
Jelaskan fungsi setiap HAWA

rangka utama manusia. 21


KEDUDUKAN SENDI

Ravi memerhatikan model rangka manusia.


Cikgu, bagaimanakah
tulang-tulang dalam rangka
manusia bersambung? HAWA

Tulang-tulang kita bersambung


atau bertemu pada sendi.
Contohnya, dua tulang pada
lutut bertemu pada sendi lutut.

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang. Mari kita
perhatikan kedudukan sendi yang terdapat pada rajah rangka manusia
di bawah.

Kedudukan sendi manusia

HAWA

Berpandukan rajah rangka manusia


ini, sebutkan dan tunjukkan kedudukan
sendi pada bahagian badan kamu.

22
2.1.2
kedudukan sendi manusia
FUNGSI SENDI

Sendi yang terdapat pada tubuh manusia


mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Mengapakah
perlunya sendi pada setiap penyambungan dua
tulang? Mari kita fahami situasi yang berikut.

Cuba lihat tangan Ravi yang


sudah dibalut dengan kain anduh. Eh, mengapakah saya tidak
Dapatkah Ravi membengkokkan dapat membengkokkan
tangannya? tangan saya ini?

HAWA

Ravi tidak dapat membengkokkan tangannya yang


dibalut dengan kain anduh kerana tulang-tulangnya
terhalang daripada bergerak. Tangan Ravi yang
tidak dapat dibengkokkan ialah contoh keadaan
tulang-tulang manusia jika tiada sendi.

Perhatikan atlet, penari dan pemain papan luncur di bawah.


Bagaimanakah mereka dapat menggerakkan anggota tubuh mereka
dengan mudah untuk membuat pergerakan tertentu?

Sendi membolehkan pergerakan


dan kebolehlenturan tubuh. 23
2.1.3
Pergerakan tulang pada sendi membolehkan
tubuh bergerak. Sendi yang berbeza membantu
pergerakan tulang dengan cara yang berbeza.
HAWA

Sendi pada tulang leher membolehkan pergerakan kepala secara


pusingan atau putaran.

Sendi pada tulang bahu, tulang tangan dan tulang belakang membolehkan
pergerakan bahagian atas tubuh.

Sendi pada tulang bahu membolehkan pergerakan tangan ke belakang,


ke hadapan, ke tepi atau membuat putaran.
24
Sendi pada tulang lutut dan tulang pinggul membolehkan kaki
dibengkokkan dan diluruskan.

Berdasarkan pergerakan tulang pada sendi


yang ditunjukkan, nyatakan fungsi sendi.

HAWA

Tekan dan kenal pasti tulang-tulang pada


tangan kamu. Pada pendapat kamu,
mengapakah terdapat banyak tulang
pada bahagian jari dan tapak tangan?

KEPENTINGAN SISTEM RANGKA MANUSIA

Sistem rangka sangat penting untuk tubuh kita. Perhatikan situasi di bawah.
i1
as
tu
Si

Selamat
Bangun semua. pagi, cikgu.

Apakah yang akan terjadi pada tubuh kita jika tiada


sistem rangka?
25
2.1.4
i2
as
tu
Si

Apakah yang akan terjadi kepada bentuk tubuh jika


manusia tidak mempunyai sistem rangka?
i3
as
tu
Si

Apakah yang akan terjadi kepada otak jika tidak dilindungi oleh sistem rangka?
i4
as
tu
Si

Apakah yang akan terjadi kepada Berdasarkan situasi


organ dalaman jika manusia tidak di atas, mengapakah
mempunyai sistem rangka? sistem rangka penting
kepada tubuh manusia? HAWA

26
MODEL RANGKA
AKTIVITI RIA
MANUSIA
Komputer, capaian Internet, pencetak,
ALAT DAN BAHAN gunting, plastisin, kad manila, pita pelekat
dan nota berpelekat.
Sistem rangka
LANGKAH-LANGKAH utama manusia

1. Cari gambar sistem rangka utama 2. Secara bergilir, sambungkan


manusia melalui Internet. Cetak setiap gambar bahagian tulang
dan guntingkan gambar bahagian dengan menggunakan plastisin
rangka manusia tersebut. yang mewakili sendi.

3. Lekatkan gambar rangka 4. Ketua kumpulan akan


utama manusia di atas kad membentangkan hasil kerja
manila. Kemudian, labelkan fungsi kumpulan. Ahli kumpulan akan
setiap rangka utama dengan bergerak untuk melihat hasil kerja
menggunakan nota berpelekat. kumpulan lain.

(a) Jelaskan fungsi semua rangka utama manusia.


(b) Nyatakan fungsi sendi dalam sistem rangka manusia.

NOTA Sebagai alternatif, guru boleh mengimbas Kod QR untuk 27


GURU memuat turun gambar tulang sistem rangka utama 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 2.1.5
manusia untuk digunakan dalam aktiviti.
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

Ayah sakitkah? Menderma darah


merupakan amalan mulia
untuk membantu mereka
yang memerlukannya.
Perhatikan beg darah ini.

Oh, tidak! Ayah sedang


menderma darah.

Sistem peredaran darah memainkan peranan yang penting di dalam tubuh


kita. Sistem ini mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh seperti
karbon dioksida.
Bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia
ialah jantung, salur darah, darah dan peparu.

Mari kita lihat fungsi bahagian


utama yang terlibat dalam
HAWA
sistem peredaran darah.

Jantung ialah organ yang mengepam darah bahagian kiri


ke peparu dan ke seluruh bahagian tubuh.
Setiap kali jantung kita berdegup, darah
akan dipam masuk ke jantung dan dipam
keluar dari jantung. Jantung mempunyai dua bahagian kanan
bahagian. Bahagian kiri mengepam darah yang
mengandungi lebih oksigen ke seluruh tubuh.
keratan rentas jantung
Bahagian kanan pula mengepam darah yang
mengandungi lebih karbon dioksida ke peparu.

NOTA Darah yang mengandungi lebih oksigen diwarnakan


28
GURU dengan warna merah. Darah yang mengandungi
2.2.1 lebih karbon dioksida diwarnakan dengan warna biru.
Peparu ialah organ yang Salur darah ialah tiub laluan
menjadi tempat pertukaran untuk darah mengalir.
antara gas oksigen dengan Salur darah mengangkut darah
gas karbon dioksida. ke seluruh bahagian tubuh.

peparu

salur darah

Darah mengalir melalui


rangkaian salur darah ke
seluruh bahagian tubuh.
Darah mengangkut oksigen,
nutrien, air dan bahan kumuh.
Bahan kumuh seperti karbon
dioksida disingkirkan
di peparu.

darah

HAWA

Jelaskan fungsi jantung, salur darah,


darah dan peparu dalam sistem
peredaran darah manusia.
29
LALUAN PEREDARAN DARAH MANUSIA

Ada salur darah yang mengangkut darah dari jantung ke seluruh


bahagian tubuh. Ada salur darah yang mengangkut darah dari
bahagian tubuh ke jantung. Bagaimanakah darah beredar di dalam
tubuh kita?

Cuba kamu lihat rajah ini.


Rajah ini menunjukkan laluan
peredaran darah manusia.

HAWA

peparu

HAWA

Petunjuk:

darah lebih
jantung oksigen
Sistem peredaran
darah kita sangat darah lebih
berkait rapat dengan karbon dioksida
sistem pernafasan.

30
2.2.2
tubuh manusia
udara memasuki trakea
1 Apabila kita menarik nafas,
udara yang mengandungi
lebih oksigen memasuki
udara
peparu dan diserap ke
dalam salur darah.

2 Darah ini dikenali sebagai darah


lebih oksigen. Jantung mengepam
darah lebih oksigen ke seluruh
bahagian tubuh.

3 Setelah tubuh manusia menggunakan


oksigen, karbon dioksida terhasil
dan diserap ke dalam darah.

4 Darah ini dikenali sebagai darah


lebih karbon dioksida. Darah
lebih karbon dioksida ini akan
dibawa ke jantung.

5 Dari jantung, darah lebih karbon dioksida ini akan


dipam ke peparu. Peparu akan menyingkirkan
karbon dioksida ketika kita menghembus nafas.

Proses peredaran darah berulang setiap


kali kita bernafas.

31
HAWA
AKTIVITI RIA MELAKAR LALUAN
PEREDARAN DARAH
Komputer, capaian Internet, pencetak,
ALAT DAN BAHAN gunting, gam, penyedut minuman berwarna
merah, penyedut minuman berwarna biru,
kad manila dan kertas berwarna.

LANGKAH-LANGKAH

1. Cari gambar peparu, jantung 2. Tampalkan kesemua gambar


dan tubuh manusia melalui Internet. pada kad manila. Secara bergilir,
Cetak dan guntingkan gambar-gambar tampalkan penyedut minuman berwarna
tersebut. merah untuk mewakili laluan darah
lebih oksigen dari peparu ke jantung
dan laluan darah lebih oksigen yang
dipam dari jantung ke tubuh manusia.

3. Kemudian, tampalkan penyedut 4. Lukiskan bentuk anak panah


minuman berwarna biru untuk mewakili pada kertas berwarna dan guntingkan.
laluan darah lebih karbon dioksida yang Tampalkan anak panah di atas penyedut
dihasilkan oleh tubuh ke jantung minuman untuk mewakili aliran darah.
dan laluan darah lebih karbon dioksida
yang dipam oleh jantung ke peparu.

5. Bentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

Berdasarkan aktiviti di atas, jelaskan:


32
(a) laluan bagi darah lebih oksigen.
2.2.2, 2.2.4 (b) laluan bagi darah lebih karbon dioksida.
KEPENTINGAN SISTEM PEREDARAN DARAH

Sistem peredaran darah menjalankan tugas yang sangat


penting kepada tubuh kita. Tanpa sistem peredaran
darah, kita tidak dapat menjalankan proses hidup.
HAWA

Apakah kepentingan sistem peredaran


darah kepada tubuh manusia?

Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh.


Saya membawakan
oksigen, nutrien
dan air untuk awak.

oksigen

Terima kasih.

Darah mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh bahagian tubuh.


Darah yang menyerap nutrien dari usus dibawa ke jantung sebelum
dipam ke seluruh bahagian tubuh.
Mengangkut karbon dioksida dan bahan
kumuh lain untuk disingkirkan dari tubuh.
Mari kita singkirkan semua
bahan kumuh ini.

Darah mengangkut karbon dioksida dari seluruh bahagian tubuh ke


peparu. Darah juga mengangkut bahan kumuh dari tubuh ke organ
33
perkumuhan seperti ginjal untuk disingkirkan. 2.2.3
PERKAITAN ANTARA SISTEM DI DALAM TUBUH MANUSIA

Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem. Setiap sistem


menjalankan fungsi yang berbeza. Setiap sistem saling berkait
antara satu sama lain untuk memastikan tubuh kita berfungsi
dengan baik.
Masihkah kamu ingat akan sistem-sistem HAWA

di dalam tubuh manusia yang telah kamu pelajari ini?

sistem sistem
sistem rangka
pernafasan pencernaan

Mari kita lihat semula sistem


peredaran darah manusia.
Sistem ini berkait rapat
dengan sistem-sistem lain
di dalam badan.

HAWA

sistem
34 peredaran darah
2.3.1
Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan mengangkut
oksigen dan bergantung pada sistem
peredaran darah untuk menghantar
oksigen ke seluruh tubuh.
Sistem pernafasan
juga bergantung pada
sistem peredaran
darah untuk membantu
menyingkirkan karbon
dioksida dari tubuh.

Sistem Rangka
Sistem peredaran darah
mengangkut oksigen
dan nutrien kepada sistem
rangka untuk membantu
tumbesaran tulang.
Sistem rangka pula melindungi
tubuh dan organ-organ pernafasan
dan peredaran darah seperti
peparu dan jantung.

Sistem
Pencernaan
Sistem peredaran darah mengangkut
oksigen kepada sistem pencernaan.
Sistem pencernaan membekalkan sistem peredaran darah
nutrien kepada organ seperti jantung
supaya dapat terus berfungsi Adakah sistem peredaran
dengan baik. darah dapat berfungsi
dengan sendiri?

HAWA

35

You might also like