You are on page 1of 5

1.

0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu sejak


dahulu lagi oleh kerana sifatnya yang mudah dipelajari dan difahami. Bahasa
Melayu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152 menyatakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi menjadikan masyarakat perlu menerima
dan bertutur dalam bahasa ini.

1.2 Asal usul bahasa Melayu

Sejarah asal usul bahasa Melayu belum dapat dipastikan oleh sejarawan.
Namun begitu, penggunaan ‘Melayu’ dilihat muncul pertama kali dalam tulisan
orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi yang membuktikan kehadiran
perkataan Melayu dengan menyatakan terdapat kerajaan ‘Mo-lo-yeu’. Ada juga
pendapat mengatakan kerajaan ‘Mo-lo-yeu’ berpusat di Jambi, Sumatera yang
berpunca dari sebatang sungai yang deras alirannya dikenali sebagai Sungai
Melayu.

Selain itu, dalam bahasa Jawa kuno, perkataan ‘mlayu’ bererti berlari atau
mengembara manakala dalam bahasa Sanskrit, ‘malaya’ merujuk kepada bukit
atau tanah tinggi.

1
1.3 Konsep Melayu

Bangsa Melayu dipercayai berasal dari golongan Austronesia yang datang


dari daerah Yunan di China. Perpindahan mereka dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu, Melayu-Proto dan Melayu-Deutro. Melayu-Proto berpindah ke
Asia Tenggara kira-kira tahun 2500 Sebelum Masihi dan dikenali sebagai orang
Asli di Semenanjung Tanah Melayu, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Melayu-Deutro pula berpindah ke Asia Tenggara semasa Zaman Logam


dan menetap di kawasan lembah-lembah serta kawasan pantai. Kumpulan ini
dikenali sebagai orang Melayu Malaysia. Mereka lebih bijak dan mahir daripada
kumpulan pertama dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

1.4 Salasilah bahasa Melayu

Bahasa bahasa dalam rumpun Autronesia dinamakan filum Austrik/Autris.


‘Filum’ ialah kelompok bahasa seusia 5000 tahun. ‘Rumpun’ pula merupakan
kelompok bahasa sekitar usia 2500-5000 tahun manakala ‘Keluarga’ ialah
kelompok bahasa kurang daripada 2500 tahun.

2
1.5 Konsep bahasa Melayu

1.5.1 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno adalah keluarga bahasa Nusantara yang


berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Sistem bahasanya yang
lebih mudah berbanding bahasa Jawa Kuno serta sifat yang sederhana
menjadikan bahasa ini lingua franca.

Antara fungsi bahasa ini termasuklah sebagai bahasa undang-


undang, bahasa pemerintahan dan bahasa kebangsaan bagi kerajaan
Sriwijaya. Terdapat beberapa batu bersurat yang ditemui menggunakan
bahasa ini sekali gus menjadi bukti catatan sejarah. Beberapa
daripadanya telah dihuraikan dan diterbitkan oleh beberapa orang linguist.

1.5.2 Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik ialah lanjutan kepada bahasa Melayu Kuno.


Selepas kedatangan Islam, bahasa Melayu Klasik telah diiktiraf sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa penulisan. Menurut Abdul Rahman
Abdullah (1990), dengan kedatangan Islam, bahasa Melayu muncul
sebagai bahasa pengantar, bahkan sebagai bahasa sarjana dan para
cendekiawan terkemuka. Bahasa ini berkembang selari dengan
perkembangan agama di Asia Tenggara selain menggunakan huruf-huruf
pegon dalam penulisannyam bagi menulis bahasa Jawa.

3
1.5.3 Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula dengan karya Abdullah


Munsyi. Terdapat banyak pengaruh bahasa lain seperti Inggeris, Cina
dan Arab kerana sistem bahasa dan tulisannya diguna selepas Tanah
Melayu dijajah oleh British dan Sepanyol yang membawa ramai imigran
luar masuk ke Tanah Melayu. Antara fungsi bahasa Melayu Moden
termasuklah menjadi bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa
pengantar yang tidak terhad di seluruh Malaysia sertabahasa ilmu.

1.5.4 Pengaruh bahasa asing

Bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa asing sejak zaman


bahasa Melayu Kuno lagi iaitu, bahasa Sanskrit diikuti bahasa Melayu
Klasik yang menggunakan bahasa bahasa Arab dan bahasa Melayu
Moden menerima bahasa Eropah. Bahasa Melayu yang bersifat dinamik
menyebabkan penerimaan bahasa asing menjadi lebih mudah. Dua
daripada cara peminjaman kosa termasuklah, peminjaman terus dan
peminjaman penterjemahan yang mengambil makna atau konsep
perkataan. Antara bahasa yang mempengaruhi bahasa Melayu
termasuklah bahasa bahasa Parsi, bahasa Jawa, bahasa Portugis dan
bahasa Nusantara.

4
1.6 Rumusan

Bahasa Melayu yang mudah dan bersifat sederhana berkembang dengan pesat
hingga diterima di seluruh dunia dan menerima pelbagai pengaruh bahasa asing
untuk disesuaikan dalam bahasa Melayu menjadikannya sangat dinamik bagi
penutur mahupun orang asing yang baru mempelajari bahasa ini. Bahasa
Melayu juga telah mengalami beberapa zaman yang berlainan yang akhirnya
diterima pakai oleh seluruh penduduk di Malaysia sehingga kini.

You might also like