You are on page 1of 16

PRINSIP PENGURUSAN

27 NOVEMBER 2020

1.0 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TIGA SEKTOR


DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENAWARAN AGREGAT DAN
PERBELANJAAN AGREGAT (AS – AE)
1.1 Keseimbangan ekonomi tiga sektor
Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor dapat dicapai melalui
dua pendekatan utama iaitu pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran agregat
(AE=AS) dan pendekatan bocoran-suntikan (S+T = I+G).
Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan tingkat
keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor iaitu kaedah jadual,
pengiraan (persamaan) dan rajah (keluk).

A. PENDEKATAN AGREGAT
Andaian :
1. Penggunaan autonomi ialah RM 40 juta
2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) bernilai 0.75
3. Pelaburan swasta adalah tetap iaitu RM 40 juta
4. Cukai lump sum ialah RM40 juta pada setiap tingkat pendapatan negara
5. Perbelanjaan kerajaan adalah tetap sebanyak RM 60 juta

i. KAEDAH JADUAL

Pendapatan Pelaburan Perbelanjaan Penggunaan Perbelanjaan


Negara (Y) (I) Kerajaan (G) Selepas Agregat
Cukai (Ct ) (AE)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
0 40 60 10 140
220 40 60 175 275
440 40 60 340 440
660 40 60 505 605
880 40 60 675 770
Jadual: Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor dengan pendekatan
penawaran agregat (AS) dan perbelanjaan agregat (AE).

1. Lajur 1 pada gambarajah di atas merupakan pendapatan negara, lajur 2 menunjukkan


penggunaan selepas cukai lump-sum, lajur 3,4 dan 5 menunjukksn pelaburan,
perbelanjaan kerajaan dan cukai. Lajur 6 merupakan penggunaan selepas cukai.
2. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat (AE) terdiri daripada perbelanjaan
penggunaan selepas cukai, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. Jadi lajur 7
diperolehi dengan menjumlahkan lajur 2,3 dan 4.
3. Daripada jadual, tingkat keseimbangan negara ialah sebanyak RM 440 juta di mana
pada masa tersebut pendapatan negara dan perbelanjaan agregat adalah sama.
4. Pada tingkat pendapatan kurang daripada RM 440 juta didapati tidak wujud
keseimbangan kerana AE > AS, berlaku lebihan AE. Oleh itu, penawaran industri
akan bertambah, stok akan berkurang, pendapatan negara juga akan bertambah
sehingga mencapai keseimbangan AE = AS.
5. Pada tingkat pendapatan lebih daripada RM 440 juta didapati tidak wujud
keseimbangan kerana AE < AS, berlaku lebihan AS. Oleh itu, penawaran industry
akan berkurang, stok akan bertambah, pendapatan negara juga akan berkurang
sehingga mencapai keseimbangan AE = AS.

ii. KAEDAH MATEMATIK


Katakan: C = 40 + 0.75 Yd
S = -40 + 0.25Yd
I = 40
G = 60
T = 40, Yd = Y – T
Pendekatan agregat
Keseimbangan pendapatan negara dapat dicapai apabila
AS = AE Fungsi Perbelanjaan Agregat
Y =C+I+G AE = C + I + G
Y = a + bYd + I + G AE = a + b(Y-T) + I + G
Y = a + b(Y – T) + I + G AE = 40 + 0.75(Y-40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60 AE = 110 + 0.75 Y
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
iii. Kaedah Rajah
AE

Y = AE

AE = 110 + 0.75 Y

110

Y
440

Berdasarkan rajah, garisan Y = AE (garis 45) menunjukkan bahawa setiap titik


pada garis tersebut menunjukkan nilai penawaran agregat ( AS) sentiasa sama
dengan nilai perbelanjaan agregat (AE). Keseimbangan tercapai pada titik E iaitu
pada Y = RM 440 juta.
B. PENDEKATAN SUNTIKAN – BOCORAN

Andaian:

1. Penggunaan autonomi ialah RM 40 juta


2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) bernilai 0.75
3. Pelaburan swasta adalah tetap ialah RM 40 juta
4. Cukai lump sum ialah RM 40 juta
5. Perbelanjaan kerajaan adalah tetap sebanyak RM 60 juta

i. Kaedah Jadual
Y – Pendapatan negara
T – Cukai
St – Tabungan selepas cukai
I – Pelaburan
G – Perbelanjaan kerajaan
J – Suntikan
W – Bocoran
Y T St I G J W
(RM (RM (RM (RM (RM (RM (RM
Juta) Juta) Juta) Juta) Juta) Juta) Juta)
0 40 -50 40 60 100 -10

220 40 5 40 60 100 45

440 40 60 40 60 100 100

660 40 155 40 60 100 195

880 40 210 40 60 100 250

Jadual menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor dengan
pendekatan Suntikan (J), dan Bocoran (W). Dalam ekonnomi tiga sektor, jumlah bocoran
yang wujud terdiri daripada tabungan selepas cukai dan cukai pendapatan (W = ST + T).
Jumlah suntikan pula terdiri daripada pelaburan dan perbelanjaan kerajaan (J = I + G).
Keseimbangan tercapai pada RM 440 Juta di mana pada masa tersebut jumlah suntikan
adalah sama dengan bocoran iaitu RM 100 Juta.

ii. Kaedah Pengiraan


C = 40 + 0.75 Yd
S = -40 + 0.25Yd
I = 40
G = 60
T = 40

S+T=I+G
-40 + 0.25(Y–T) + 40 = 40 + 60
0.25 (Y-40) = 100
0.25Y – 10 = 100
0.25Y = 110
Ye = RM 440 Juta
iv. KAEDAH RAJAH (KELUK)

St = -10 + 0.25 Y

E
100 I+G

Y
440

-10

Berdasarkan rajah suntikan – bocoran, keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai apabila
St + T = I + G iaitu pada Ye = RM 440 Juta

1.2 Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan (G) atau cukai sekali gus (T)
terhadap keseimbangan

Perubahan dalam cukai juga akan mempengaruhi perubahan dalam tingkat


keseimbangan pendapatan negara tetapi ianya tidak berkadar terus seperti
perubahan dalam perbelanjaan kerajaan. Ini kerana perubahan dalam cukai akan
mempengaruhi perubahan dalam pendapatan boleh guna dahulu, kemudian baru
akan mengubah penggunaan, seterusnya akan mengubah perbelanjaan agregat dan
akhirnya akan mengubah tingkat keseimbangan pendapatan negara.

Cukai akan mempengaruhi pendapatan boleh guna. Apabila cukai pendapatan


meningkat, pendapatan boleh guna akan jatuh. Apabila pendapatan boleh guna
jatuh, penggunaan isi rumah akan jatuh dan seterusnya akan mengurangkan
perbelanjaan agregat dan akhirnya keseimbangan pendapatan negara akan turut
jatuh.

A. Perubahan dalam Perbelanjaan Kerajaan (AG)


Kerajaan akan mengubah perbelanjaannya dari masa ke semasa bagi
mempengaruhi aktiviti ekonomi. Sekiranya perbelanjaan kerajaan
ditingkatkan, fungsi AE akan meningkat dan bergerak ke atas seterusnya
keseimbangan pendapatan negara akan turut meningkat. Sebaliknya, jika
perbelanjaan kerajaan dikurangkan, (contohnya semasa berlaku inflasi), fungsi
AE akan jatuh ke bawah dan keseimbangan pendapatan negara akan
berkurangan.

1. Kaedah Pengiraan
Keseimbangan asal
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
Keseimbangan baru

Andaikan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 juta

i. Pendekatan agregat
AS = AE
Y=C+I+G+ G
Y = 40 + 0.75(Y – 40) + 40 + 60 + 10
Y = 150 + 0.75 Y - 30
Y = 120 + 0.75 Y
0.25Y = 120
Ye = RM 480 Juta

ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran


J=W
S+T=I+G+ G
-40 + 0.25(Y-40) + 40 = 40 + 60 + 10
0.25 Y – 10 = 110
0.25 Y = 120
Ye = RM 480 juta
iii. Pengganda Perbelanjaan Kerajaan
Y0 = 440

Mg = 1/ MPS
Mg = 1/0.25
Mg = 4 kali

Y = Mg x G
= 4 x 10
= 40

Yb = Y0 + Y
= 440 + 40
= RM 480 juta

2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat

AE

Y = AE

AE1 = 120 + 0.75 Y

E1

AE = 110 + 0.75 Y

120

E0

110

Y
440 480
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
S

St = -10 + 0.25 Y

E1
110 I+G+ G

E0
100 I+G
Y
440 480

Ini menunjukkan apabila perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 juta,


tingkat keseimbangan pendapatan negara juga meningkat kepada RM 480 juta
iaitu sebanyak RM 40 juta ( RM 480 juta – RM 440 juta).

B. Perubahan dalam Cukai ( T )


Perubahan dalam cukai juga akan mempengaruhi perubahan dalam tingkat
keseimbangan pendapatan negara tetapi ianya tidak berkadar terus seperti
perubahan dalam perbelanjaan kerajaan. Ini kerana perubahan dalam cukai
akan mempengaruhi perubahan dalam pendapatan boleh guna dahulu,
kemudian baru akan mengubah penggunaan, seterusnya akan mengubah
perbelanjaan agregat dan akhirnya akan mengubah tingkat keseimbangan
pendapatan negara.

Cukai akan mempengaruhi pendapatan boleh guna. Apabila cukai pendapatan


meningkat, pendapatan boleh guna akan jatuh. Apabila pendapatan boleh guna
jatuh, penggunaan isi rumah akan jatuh, dan seterusnya akan mengurangkan
perbelanjaan agregat dan akhirnya keseimbangan pendapatan negara akan
turut jatuh.
1. Kaedah Pengiraan
Keseimbangan asal
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
Keseimbangan baru

Andaikan cukai meningkat sebanyak RM 10 juta

i. Pendekatan agregat
AS = AE
Y =C+I+G
Y = a + b(Y-T1) + I + G
Y = 40 + 0.75 (Y- 50) + 40 + 60
Y = 140 + 0.75 Y – 37.5
Y = 102.5 + 0.75 Y
0.25 Y = 102.5
Ye = RM 410 Juta
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
J=W
ST1+ T = I + G
-40 + 0.25 (Y – 50) + 50 = 40 + 60
-40 + 0.25Y – 12.5 + 50 = 100
-2.5 + 0.25 Y = 100
0.25 Y = 102.5
Ye = RM 410 Juta

iii. Pengganda Cukai


Y0 = 440

Mt = -MPC / MPS
= -0.75/0.25
= -3
Y = Mt x T
= -3 x 10
= -30

Yb = Y0 + Y
= 440 + (-30)
= RM 410 juta
2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat
AE
Y = AE

AE = 110 + 0.75 Y

E0

AE1 = 102.5 + 0.75 Y

110
E1

102.5

Y
410 440

ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran


S

S = -2.5 + 0.25 Y

St = -45 + 0.25 Y

E1 E0
1250
100 I+ G
Y
410 440

-2.5

-45

Ini menunjukkan apabila cukai meningkat sebanyak RM10 juta, tingkat keseimbangan
pendapatan negara akan berkurang kepada RM410 juta iaitu sebanyak RM 30 ( RM 440 –
RM 410)

C. Perubahan dalam Perbelanjaan Kerajaan ( G) dan Cukai ( T) serentak


Keseimbangan asal :
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta

Keseimbangan baru

Andaikan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 dan cukai


sebanyak RM 10 juta secara serentak.

1. Kaedah pengiraan
i. Pendekatan Agregat
AS = AE
Y=C+I+G+ G
Y = a + b (Y – T1) + I + G + G
Y = 40 + 0.75 (Y – 50) + 40 + 60 +10
Y = 150 + 0.75Y – 37.5
Y = 112.5 + 0.75 Y
0.25 Y = 112.5
Y = RM 450 juta
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
J=W
St1+ T = I + G + G
-40 + 0.25 (Y – 50) + 50 = 40 + 60 + 10
0.25Y + 10 – 12.5 = 110
-2.5 + 0.25Y = 110
0.25 Y = 112.5
Y = RM 450 juta
iii. Pengganda Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai
Y0 = 440
Mg = 4 , Mt = -3
G = 10 , T = 10

Y = (Mg x G) + (Mt x T)
= (4 x 10) + ( -3 x 10)
= 10
Yb = Y0 + Y
= 440 + 10
= RM 450 juta
2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat
AE
Y = AE

AE1 = 112.5 + 0.75Y

E1
AE0 = 40 + 0.75 Y
112.5
E0

40

Y
440 450

ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran


S
ST1 = -2.5 + 0.25 Y

ST = -45 + 0.25
E1 Y
110 I+G+ G

E0 I+G
100

Y
440 450

-2.5

Ini-45menunjukkan apabila perbelanjaan kerajaan dan cukai masing-masing


meningkat sebanyak RM 10 juta, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan
meningkat kepada RM 450 juta iaitu sebanyak RM 10 juta ( RM 450 - RM 440).

1.3 Kesan pengganda perbelanjaan kerajaan atau cukai terhadap lompang


inflasi dan lompang deflasi
Lompang inflasi wujud apabila tingkat keseimbangan pendapatan negara yang
dicapai berada di atas tingkat guna tenaga penuh. Ekonomi akan mengalami
masalah kenaikan harga. Kerajaan boleh mengatasi masalah ekonomi tersebut
dengan menggunakan alat – alat dasar fiskal budi bicara yang terdiri daripada
pengurangan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan cukai.

Lompang inflasi juga dapat ditutup melalui peningkatan cukai. Bocoran dalam
ekonomi akan bertambah. Pertambahan cukai akan mengurangkan pendapatan
boleh guna masyarakat dan seterusnya mengurangkan penggunaan. Perbelanjaan
agregat turut berkurang, di mana tingkat pendapatan negara akan jatuh ke
pendapatan pada ketika guna tenaga penuh melalui proses pengganda. Maka
masalah inflasi dapat ditutup.

Deflasi berlaku bila perbelanjaan agregat kurang dari penawaran agregat pada
pendapatan guna tenaga penuh. Bagi mengatasi masalah lompang deflasi kerajaan
boleh bertindak melalui penambahan perbelanjaan kerajaan ataupun
mengurangkan cukai. Penambahan perbelanjaan kerajaan sebesar lompang deflasi
akan menyebabkan pendapatan negara naik sehingga mencapai pendapatan pada
guna tenaga penuh melalui proses penggandaan. Akhirnya lompang deflasi akan
ditutup dan masalah pengangguran dapat dikawal. Begitu juga melalui
pengurangan cukai akan menyebabkan pendapatan boleh guna masyarakat
bertambah. Seterusnya penggunaan juga turut bertambah. Tingkat pendapatan
negara akan bertambah sehingga mencapai pendapatan guna tenaga penuh melalui
proses pengganda. Kesannya lompang deflasi dapat ditutup.
CASE STUDY 1

You might also like