You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN
Keseimbangan pendapatan negara merupakan satu fenomena di mana tingkat keluaran
berupaya menjana tingkat pendapatan yang secukupnya untuk membeli output.
Keseimbangan pendapatan negara juga dikatakan sebagai satu keadaan di mana tingkat
pendapatan negara atau penawaran agregat (AS) menyamai perbelanjaan agregat (AE)

1.1 Menjelaskan komponen perbelanjaan agregat (AE) dan penawaran agregat


(AS)
Komponen perbelanjaan (AE) terbahagi kepada tiga iaitu isi rumah, firma dan
kerajaan.

PENGGUNAAN ISI RUMAH


Isi rumah bermaksud individu atau kumpulan individu yang tinggal bersama
dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi bersama. Isi rumah
berperanan sebagai pembekal faktor pengeluaran dan juga sebagai pengguna
barangan dan perkhidmatan. Objektif isi rumah ialah untuk memaksimumkan
kepuasan. Faktor yang mempengaruhi isi rumah ialah tingkat pendapatan boleh
guna, kadar bunga dan syarat pinjaman, pengagihan pendapatanm negara, sumber
harta kekayaan, kemudahan sewa beli dan kemudahan kredit, jangkaan terhadap
harga pada masa hadapan dan penciptaan barang baru

FIRMA
Firma ialah asas unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran. Firma
merupakan satu organisasi yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti
buruh, usahawan, untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Matlamat firma
ialah untuk memaksimumkan keuntungan, memaksimukan jualan dan
memaksimumkan kebajikan masyarakat. Faktor yang mempengaruhi firma ialah
pendapatan negara, kadar bunga, kadar pulangan pelaburan, kemajuan teknologi,
kos pengeluaran, polisi kerajaan, kestabilan plotik dan sosial dan kestabilan nilai
mata wang negara.
PELABURAN
Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan ialah pendapatan negara, kadar
bunga, kadar pulangan pelaburan, kemajuan teknologi, kos pengeluaran, polisi
kerajaan, kestabilan plotik dan sosial dan kestabilan nilai mata wang negara.
Pelaburan terbahagi kepada dua iaitu
1) Pelaburan teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.
2) Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak bergantung pada pendapatan
negara. Walaupun pendapatan negara berubah, tingkat pelaburan tetap sama

KERAJAAN
Kerajaan merupakan badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi
sebuah negara untuk menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara.
Perbelanjaan kerajaan terbahagi kepada mengurus dan pembangunan. Faktor-
faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan ialah jangkaian cukai yang
diterima, matalamat-matlamat ekonomi yang akan dicapai, pertimbangan politik,
dan keselamatan negara

Penawaran agregat ialah merupakan penawaran barang atau jasa yang ditawarkan
oleh perusahaan – perusahaan dalam kegiatan perekonomian suatu negara.
Penawaran agregat juga dikenali sebagai output total, keseluruhan penawaran
barang dan jasa yang diproduksi pada tingkat harga tertentu dan dalam waktu
tertentu. Penawaran agregat adalah sama dengan pendapatan negara. Oleh sebab
itu AS = Y

1.2 Menerangkan syarat keseimbangan pendapatan negara berdasarakan


pendekatan agregat (AS – AE) dan suntikan -bocoran
Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor dapat dicapai melalui
dua pendekatan utama iaitu pendekatan perbelanjaan agregat sama penawaran
agregat (AE=AS) atau Y = C + I + G
Serta suntikan = bocoran, I + G = S + T
2.0 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TIGA SEKTOR
DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENAWARAN AGREGAT DAN
PERBELANJAAN AGREGAT (AS – AE)
2.1 Keseimbangan ekonomi tiga sektor
Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor dapat dicapai melalui
dua pendekatan utama iaitu pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran agregat
(AE=AS) dan pendekatan bocoran-suntikan (S+T = I+G).
Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan tingkat
keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor iaitu kaedah jadual,
pengiraan (persamaan) dan rajah (keluk).

A. PENDEKATAN AGREGAT
Andaian :
1. Penggunaan autonomi ialah RM 40 juta
2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) bernilai 0.75
3. Pelaburan swasta adalah tetap iaitu RM 40 juta
4. Cukai lump sum ialah RM40 juta pada setiap tingkat pendapatan negara
5. Perbelanjaan kerajaan adalah tetap sebanyak RM 60 juta

i. KAEDAH JADUAL

Pendapatan Pelaburan Perbelanjaan Penggunaan Perbelanjaan


Negara (Y) (I) Kerajaan (G) Selepas Agregat
Cukai (Ct ) (AE)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
0 40 60 10 140
220 40 60 175 275
440 40 60 340 440
660 40 60 505 605
880 40 60 675 770
Jadual: Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor dengan pendekatan
penawaran agregat (AS) dan perbelanjaan agregat (AE).
1. Lajur 1 pada gambarajah di atas merupakan pendapatan negara, lajur 2 menunjukkan
penggunaan selepas cukai lump-sum, lajur 3,4 dan 5 menunjukksn pelaburan,
perbelanjaan kerajaan dan cukai. Lajur 6 merupakan penggunaan selepas cukai.
2. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat (AE) terdiri daripada perbelanjaan
penggunaan selepas cukai, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. Jadi lajur 7
diperolehi dengan menjumlahkan lajur 2,3 dan 4.
3. Daripada jadual, tingkat keseimbangan negara ialah sebanyak RM 440 juta di mana
pada masa tersebut pendapatan negara dan perbelanjaan agregat adalah sama.
4. Pada tingkat pendapatan kurang daripada RM 440 juta didapati tidak wujud
keseimbangan kerana AE > AS, berlaku lebihan AE. Oleh itu, penawaran industri
akan bertambah, stok akan berkurang, pendapatan negara juga akan bertambah
sehingga mencapai keseimbangan AE = AS.
5. Pada tingkat pendapatan lebih daripada RM 440 juta didapati tidak wujud
keseimbangan kerana AE < AS, berlaku lebihan AS. Oleh itu, penawaran industry
akan berkurang, stok akan bertambah, pendapatan negara juga akan berkurang
sehingga mencapai keseimbangan AE = AS.

ii. KAEDAH MATEMATIK


Katakan: C = 40 + 0.75 Yd
S = -40 + 0.25Yd
I = 40
G = 60
T = 40, Yd = Y – T
Pendekatan agregat
Keseimbangan pendapatan negara dapat dicapai apabila
AS = AE Fungsi Perbelanjaan Agregat
Y =C+I+G AE = C + I + G
Y = a + bYd + I + G AE = a + b(Y-T) + I + G
Y = a + b(Y – T) + I + G AE = 40 + 0.75(Y-40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60 AE = 110 + 0.75 Y
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
iii. Kaedah Rajah
AE

Y = AE

AE = 110 + 0.75 Y

110

Y
440

Berdasarkan rajah, garisan Y = AE (garis 45) menunjukkan bahawa setiap titik


pada garis tersebut menunjukkan nilai penawaran agregat ( AS) sentiasa sama
dengan nilai perbelanjaan agregat (AE). Keseimbangan tercapai pada titik E iaitu
pada Y = RM 440 juta.
B. PENDEKATAN SUNTIKAN – BOCORAN

Andaian:

1. Penggunaan autonomi ialah RM 40 juta


2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) bernilai 0.75
3. Pelaburan swasta adalah tetap ialah RM 40 juta
4. Cukai lump sum ialah RM 40 juta
5. Perbelanjaan kerajaan adalah tetap sebanyak RM 60 juta
i. Kaedah Jadual
Y – Pendapatan negara J – Suntikan
T – Cukai W – Bocoran
St – Tabungan selepas cukai
I – Pelaburan
G – Perbelanjaan kerajaan
Y T St I G J W
(RM (RM (RM (RM (RM (RM (RM
Juta) Juta) Juta) Juta) Juta) Juta) Juta)
0 40 -50 40 60 100 -10

220 40 5 40 60 100 45

440 40 60 40 60 100 100

660 40 155 40 60 100 195

880 40 210 40 60 100 250

Jadual menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor dengan
pendekatan Suntikan (J), dan Bocoran (W). Dalam ekonnomi tiga sektor, jumlah bocoran
yang wujud terdiri daripada tabungan selepas cukai dan cukai pendapatan (W = ST + T).
Jumlah suntikan pula terdiri daripada pelaburan dan perbelanjaan kerajaan (J = I + G).
Keseimbangan tercapai pada RM 440 Juta di mana pada masa tersebut jumlah suntikan
adalah sama dengan bocoran iaitu RM 100 Juta.

ii. Kaedah Pengiraan


C = 40 + 0.75 Yd
S = -40 + 0.25Yd
I = 40
G = 60
T = 40

S+T=I+G
-40 + 0.25(Y–T) + 40 = 40 + 60
0.25 (Y-40) = 100
0.25Y – 10 = 100
0.25Y = 110
Ye = RM 440 juta
ii. KAEDAH RAJAH (KELUK)

St = -10 + 0.25 Y

E
100 I+G

Y
440

-10 ‘

Berdasarkan rajah suntikan – bocoran, keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai apabila
St + T = I + G iaitu pada Ye = RM 440 Juta

2.2 Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan (G) atau cukai sekali gus (T)
terhadap keseimbangan
Perubahan dalam cukai juga akan mempengaruhi perubahan dalam tingkat
keseimbangan pendapatan negara tetapi ianya tidak berkadar terus seperti
perubahan dalam perbelanjaan kerajaan. Ini kerana perubahan dalam cukai akan
mempengaruhi perubahan dalam pendapatan boleh guna dahulu, kemudian baru
akan mengubah penggunaan, seterusnya akan mengubah perbelanjaan agregat dan
akhirnya akan mengubah tingkat keseimbangan pendapatan negara.
Cukai akan mempengaruhi pendapatan boleh guna. Apabila cukai pendapatan
meningkat, pendapatan boleh guna akan jatuh. Apabila pendapatan boleh guna
jatuh, penggunaan isi rumah akan jatuh dan seterusnya akan mengurangkan
perbelanjaan agregat dan akhirnya keseimbangan pendapatan negara akan turut
jatuh.
A. Perubahan dalam Perbelanjaan Kerajaan (AG)
Kerajaan akan mengubah perbelanjaannya dari masa ke semasa bagi
mempengaruhi aktiviti ekonomi. Sekiranya perbelanjaan kerajaan
ditingkatkan, fungsi AE akan meningkat dan bergerak ke atas seterusnya
keseimbangan pendapatan negara akan turut meningkat. Sebaliknya, jika
perbelanjaan kerajaan dikurangkan, (contohnya semasa berlaku inflasi), fungsi
AE akan jatuh ke bawah dan keseimbangan pendapatan negara akan
berkurangan.

1. Kaedah Pengiraan
Keseimbangan asal
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
Keseimbangan baru

Andaikan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 juta

i. Pendekatan agregat
AS = AE
Y=C+I+G+ G
Y = 40 + 0.75(Y – 40) + 40 + 60 + 10
Y = 150 + 0.75 Y - 30
Y = 120 + 0.75 Y
0.25Y = 120
Ye = RM 480 Juta
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran

J=W
S+T=I+G+ G
-40 + 0.25(Y-40) + 40 = 40 + 60 + 10
0.25 Y – 10 = 110
0.25 Y = 120
Ye = RM 480 juta

iii. Pengganda Perbelanjaan Kerajaan


Y0 = 440

Mg = 1/ MPS
Mg = 1/0.25
Mg = 4 kali

Y = Mg x G
= 4 x 10
= 40

Yb = Y0 + Y
= 440 + 40
= RM 480 juta
2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat

AE

Y = AE

AE1 = 120 + 0.75 Y

E1

AE = 110 + 0.75 Y

120

E0

110

Y
440 480
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
S

St = -10 + 0.25 Y

E1
110 I+G+ G

E0
100 I+G

Y
440 480

-10
Ini menunjukkan apabila perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 juta,
tingkat keseimbangan pendapatan negara juga meningkat kepada RM 480 juta
iaitu sebanyak RM 40 juta ( RM 480 juta – RM 440 juta).

B. Perubahan dalam Cukai ( T )


Perubahan dalam cukai juga akan mempengaruhi perubahan dalam tingkat
keseimbangan pendapatan negara tetapi ianya tidak berkadar terus seperti
perubahan dalam perbelanjaan kerajaan. Ini kerana perubahan dalam cukai
akan mempengaruhi perubahan dalam pendapatan boleh guna dahulu,
kemudian baru akan mengubah penggunaan, seterusnya akan mengubah
perbelanjaan agregat dan akhirnya akan mengubah tingkat keseimbangan
pendapatan negara.

Cukai akan mempengaruhi pendapatan boleh guna. Apabila cukai pendapatan


meningkat, pendapatan boleh guna akan jatuh. Apabila pendapatan boleh guna
jatuh, penggunaan isi rumah akan jatuh, dan seterusnya akan mengurangkan
perbelanjaan agregat dan akhirnya keseimbangan pendapatan negara akan
turut jatuh.
1. Kaedah Pengiraan
Keseimbangan asal
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta
Keseimbangan baru
Andaikan cukai meningkat sebanyak RM 10 juta

i. Pendekatan agregat
AS = AE
Y =C+I+G
Y = a + b(Y-T1) + I + G
Y = 40 + 0.75 (Y- 50) + 40 + 60
Y = 140 + 0.75 Y – 37.5
Y = 102.5 + 0.75 Y
0.25 Y = 102.5
Ye = RM 410 Juta
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
J=W
ST1+ T = I + G
-40 + 0.25 (Y – 50) + 50 = 40 + 60
-40 + 0.25Y – 12.5 + 50 = 100
-2.5 + 0.25 Y = 100
0.25 Y = 102.5
Ye = RM 410 Juta

iii. Pengganda Cukai


Y0 = 440

Mt = -MPC / MPS
= -0.75/0.25
= -3

Y = Mt x T
= -3 x 10
= -30

Yb = Y0 + Y
= 440 + (-30)
= RM 410 juta
2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat
AE
Y = AE

AE = 110 + 0.75 Y

E0

AE1 = 102.5 + 0.75 Y

110
E1

102.5

Y
410 440

ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran


S

S = -2.5 + 0.25 Y

St = -10 + 0.25 Y

E1 E0
100
1250 I+ G

Y
410 440

-2.5
-10

Ini menunjukkan apabila cukai meningkat sebanyak RM10 juta, tingkat keseimbangan
pendapatan negara akan berkurang kepada RM410 juta iaitu sebanyak RM 30 ( RM 440 –
RM 410)

C. Perubahan dalam Perbelanjaan Kerajaan ( G) dan Cukai ( T) serentak


Keseimbangan asal :
AS = AE
Y =C+I+G
Y = 40 + 0.75 ( Y – 40) + 40 + 60
Y = 40 + 0.75 Y - 30 + 100
Y = 110 + 0.75 Y
0.25 Y = 110
Ye = RM 440 Juta

Andaikan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 10 dan cukai


sebanyak RM 10 juta secara serentak.

1. Kaedah pengiraan
i. Pendekatan Agregat
AS = AE
Y=C+I+G+ G
Y = a + b (Y – T1) + I + G + G
Y = 40 + 0.75 (Y – 50) + 40 + 60 +10
Y = 150 + 0.75Y – 37.5
Y = 112.5 + 0.75 Y
0.25 Y = 112.5
Y = RM 450 juta
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
J=W
St1+ T = I + G + G
-40 + 0.25 (Y – 50) + 50 = 40 + 60 + 10
0.25Y + 10 – 12.5 = 110
-2.5 + 0.25Y = 110
0.25 Y = 112.5
Y = RM 450 juta
iii. Pengganda Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai
Y0 = 440
Mg = 4 , Mt = -3
G = 10 , T = 10

Y = (Mg x G) + (Mt x T)
= (4 x 10) + ( -3 x 10)
= 10

Yb = Y0 + Y
= 440 + 10
= RM 450 juta

2. Kaedah Rajah
i. Pendekatan Agregat
AE
Y = AE

AE1 = 112.5 + 0.75Y

E1
AE0 = 110 + 0.75 Y

112.5
E0

110

Y
440 450
ii. Pendekatan Suntikan – Bocoran
S
St1 = -2.5 + 0.25 Y

St0 = -10 + 0.25


E1 Y
110 I+G+ G

E0 I+G
100

Y
440 450

-2.5

-10

Ini menunjukkan apabila perbelanjaan kerajaan dan cukai masing-masing


meningkat sebanyak RM 10 juta, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan
meningkat kepada RM 450 juta iaitu sebanyak RM 10 juta ( RM 450 - RM 440).
2.3 Kesan pengganda perbelanjaan kerajaan atau cukai terhadap lompang
inflasi dan lompang deflasi

Inflasi wujud apabila tingkat keseimbangan pendapatan negara yang dicapai


berada di atas tingkat guna tenaga penuh. Ekonomi akan mengalami masalah
kenaikan harga. Kerajaan boleh mengatasi masalah ekonomi tersebut dengan
menggunakan alat – alat dasar fiskal budi bicara yang terdiri daripada
pengurangan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan cukai.

Lompang inflasi juga dapat ditutup melalui peningkatan cukai. Bocoran dalam
ekonomi akan bertambah. Pertambahan cukai akan mengurangkan pendapatan
boleh guna masyarakat dan seterusnya mengurangkan penggunaan. Perbelanjaan
agregat turut berkurang, di mana tingkat pendapatan negara akan jatuh ke
pendapatan pada ketika guna tenaga penuh melalui proses pengganda. Maka
masalah inflasi dapat ditutup.

Deflasi berlaku bila perbelanjaan agregat kurang dari penawaran agregat pada
pendapatan guna tenaga penuh. Bagi mengatasi masalah lompang deflasi kerajaan
boleh bertindak melalui penambahan perbelanjaan kerajaan ataupun
mengurangkan cukai. Penambahan perbelanjaan kerajaan sebesar lompang deflasi
akan menyebabkan pendapatan negara naik sehingga mencapai pendapatan pada
guna tenaga penuh melalui proses penggandaan. Akhirnya lompang deflasi akan
ditutup dan masalah pengangguran dapat dikawal. Begitu juga melalui
pengurangan cukai akan menyebabkan pendapatan boleh guna masyarakat
bertambah. Seterusnya penggunaan juga turut bertambah. Tingkat pendapatan
negara akan bertambah sehingga mencapai pendapatan guna tenaga penuh melalui
proses pengganda. Kesannya lompang deflasi dapat ditutup.
Mengatasi masalah inflasi melalui dua pendekatan
Andaikan; Ye = RM 440
Yf = RM 416
Saiz lompang = Y / M
= (Yf – Ye) / ( 1/MPS)
= ( 416 – 440) / (1/0.25)
= -6
i. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Y = Mg x G
-24 = 4 x G1
G1 = - RM 6 juta
G diturunkan sebanyak RM 6 juta untuk menutup lompang inflasi

AE
Y = AE
AE = 110 + 0.75 Y

G AE1 = 104 + 0.75 Y

110 lompang inflasi

104

Y
416 440
(Yf) (Ye)
ii. Menaikkan cukai pendapatan
Y = Mt x T
-24 = -3 x T1
T1 = RM 8 juta
Cukai perlu dinaikkan sebanyak RM 8 juta unttuk menutup lompang
inflasi sebanyak -RM 6 juta. Peningkatan cukai akan menyebabkan
pendapatan boleh guna menurun. Seterusnya, penggunaan dan
perbelanjaan agregat juga akan berkurang.

C = -MPC X T
= -0.75 X 8
= -6
Peningkatan cukai sebanyak RM 8 juta akan menyebabkan penggunaan menurun
sebesar lompang iaitu RM 6 juta.

AE
Y = AE

AE = 110 + 0.75 Y

T AE1 = 104 + 0.75 Y


lompang
110 inflasi

104

Y
434 440
(Yf) (Ye)
Mengatasi masalah deflasi melalui dua pendekatan

Andaikan; Ye = RM 440

Yf = RM 476

Saiz lompang = Y / M

= (Yf – Ye) / ( 1/MPS)

= ( 476 – 440) / (1/0.25)

= RM 9 juta

i. Menambahkan perbelanjaan kerajaan


Y = Mg X G
36 = 4 X G
G = RM 9 juta
G perlu dinaikkan sebanyak RM 9 juta untuk menutup lompang deflasi

AE
Y = AE

AE1 = 119 + 0.75 Y

lompang deflasi
AE0 = 110 + 0.75 Y

119

110

Y
440 476
(Ye) (Yf)
)
ii. Mengurangkan kadar cukai pendapatan
Y = Mt X T
36 = -3 X T
T = -12

Cukai perlu diturunkan sebanyak RM 12 juta untuk menutup lompang deflasi


sebanyak RM 9 juta.
C = - MPC X T
= -0.75 X -12
= RM 9 juta

AE
Y = AE

AE1 = 119 + 0.75 Y

lompang deflasi
AE0 = 110 + 0.75 Y

119

110

Y
440 476
(Ye) (Yf)
3.0 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES
KESEIMBANGAN DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PERMINTAAN
AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT ( AD - AS)

3.1 Proses keseimbangan dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat


dan penawaran agregat (AD-AS)
Harga Umum

AS

P2

P0

P1

AD

Keluaran
Y2 Y0 Y1 Negara Benar

Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila AD = AS pada titik E, di mana


harga ialah P0 dan pendapatan negara benar ialah Y0.

Pada harga P2 berlaku lebihan penawaran agregat di mana AS > AD sebanyak


Y2Y1. Maka inventori bertambah dan firma akan mengurangkan tingkat
pengeluaran. Tingkat harga turun dari 0P2 ke 0P0, pendapatan negara benar
berkurang kepada 0Y0.

Manakala pada harga P1 berlaku lenihan permintaan agregat, di mana AD > AS


sebanyak Y2Y1. Maka inventori akan berkurang dan firma akan menambahkan
pengeluaran. Ia akan menyebabkan harga akan naik dari P 1 ke P2 di mana
keseimbangan pendapatan negara tercapai dititik E pada tingkat pendapatan benar
0Y0.
3.2 Tiga (3) faktor menyebabkan peralihan keluk AD

i. Perubahan Komponen AE
Apabila komponen AE iaitu penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan
kerajaan (G) atau eksport bersih (X – M) meningkat, permintaan agregat
(AD) akan meningkat menyebabkan keluk AD beralih ke kanan.
Sebaliknya, apabila komponen AE iaitu penggunaan (C), pelaburan (I),
perbelanjaan kerajaan (G) atau eksport bersih (X – M) menurun,
permintaan agregat (AD) akan berkurang menyebabkan keluk AD beralih
ke kiri.

ii. Perubahan Cukai


Apabila kadar cukai berkurang, pendapatan boleh guna akan meningkat,
penggunaan juga akan meningkat menyebabkan permintaan agregat (AD)
meningkat dan keluk AD beralih ke kanan.
Sebaliknya, apabila kadar cukai meningkat, pendapatan boleh guna akan
menurun, penggunaan juga akan menurun menyebabkan permintaan
agregat (AD) berkurang dan keluk AD beralih ke kiri.

iii. Perubahan Bekalan Wang


Apabila bekalan wang dalam pasaran bertambah, kadar bunga akan
menurun, pelaburan akan meningkat menyebabkan penggunaan
meningkat dan tabungan berkurang. Oleh itu, keluk AD akan beralih ke
kanan.
Sebaliknya, apabila bekalan wang dalam pasaran berkurang, kadar bunga
akan menurun. Pelaburan akan menurun menyebabkan penggunaan
menurun dan tabungan meningkat. Oleh itu, keluk AD akan beralih ke kiri.
3.3 Tiga (3) faktor menyebabkan peralihan keluk AS

i. Perubahan Harga Input / Upah Buruh


Apabila harga input / upah buruh meningkat, kos pengeluaran akan
meningkat menyebabkan penawaran agregat (AS) menurun. Oleh itu,
keluk AS akan beralih ke kiri.
Sebaliknya, apabila harga input / upah buruh menurun, kos pengeluaran
akan menurun menyebabkan penawaran agregat (AS) meningkat. Oleh itu,
keluk AS akan beralih ke kanan.

ii. Perubahan Teknologi


Apabila teknologi berkembang, daya pengeluaran akan meningkat. Ini
menyebabkan penawaran agregat (AS) akan meningkat. Oleh itu, keluk
AS akan beralih ke kanan.

iii. Galakan Kerajaan


Apabila kerajaan memberi subsidi / menurunkan cukai / menyediakan
infrastruktur, penawaran agregat (AS) akan meningkat. Oleh itu, keluk AS
akan beralih ke kanan.
Sebaliknya, apabila kerajaan menaikkan cukai, penawaran agregat (AS)
akan berkurang. Oleh itu, keluk AS akan beralih ke kiri.
3.4 Kesan perubahan AD atau AS terhadap keseimbangan pendapatan negara

Harga Umum (P)

AS0

AS1
E0
P0

E1
P1

AD

KNB
Y0 Y1

Keseimbangan tercapai pada E0 di mana P ialah P0 dan Y ialah Y0. Pertambahan penawaran
agregat akan mengalih keluk penawaran agregat ke kanan dari AS0 ke AS1 disebabkan oleh
kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi menyebabkan tingkat harga umum jatuh dari P0 ke
P1 dan pendapatan negara benar meningkat dari Y0 ke Y1. Pertambahan penawaran agregat
ini dinamakan pertumbuhan ekonomi negara.

Keseimbangan baru tercapai di E1. Kesannya pendapatan negara benar naik dan harga umum
turun. Pertambahan penawaran agregat ini dinamakan pertumbuhan ekonomi negara.
Keadaan sebaliknya iaitu pengurangan penawaran agregat akan menyebabkan harga naik dan
pendapatan negara benar turun. Stagflasi akan berlaku.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam ekonomi tiga sektor, kerajaan bercampur tangan dalam bentuk
cukai. Keseimbangan tercapai melalui tiga kaedah iaitu kaedah matematik, rajah dan
jadual. Keseimbangan berlaku apabila perbelanjaan agregat sama dengan penawaran
agregat ( AE = AS) atau suntikan sama dengan bocoran ( S = W ). Perubahan berlaku jika
terdapat perubahan dalam perbelanjaan kerajaan (G), pelaburan (I), atau cukai (T). Jika
perbelanjaan kerajaan meningkat pendapatan negara turut bertambah dan sebaliknya. Jika
cukai meningkat, keseimbangan negara akan jatuh kerana kedua-duanya ialah
berhubungan songsang.

Masalah inflasi dapat diatasi dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan


meningkatkan cukai pendapatan. Masalah deflasi dapat diatasi dengan menambahkan
perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai pendapatan.

Keseimbangan tingkat harga umum dan pendapatan negara benar tercapai apabila
penawaran agregat sama dengan permintaan agregat (AS = AD). Perubahan dalam
permintaan agregat atau penawaran agregat membawa kepada kesan terhadap
keseimbangan pendapatan negara.

5.0 RUJUKAN
 Buku Ekonomi AE025, Edisi Semester 2019/2020.
 Ace Ahead, Teks STPM, Makroekonomi, Semester 2, Edisi Keempat
 http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/fungsi-pelaburan.html?m=1
 http://ekoform6stat.blogspot.com/2016/02/pengenalan-penggal-2.html?m=1
 http://mysirfadli.blogspot.com/2019/01/lompang-deflasi-lompang-inflasi_1.html?
m=1

You might also like