You are on page 1of 5

(Untuk kegunaan di sekolah kita shj, JANGAN share dengan pelajar dari sekolah lain )

Keputusan :

(a)(i) Bina jadual dan catatkan data yang di perolehi daripada eksperimen yang telah di
jalankan. (KEMAHIRAN MENGUKUR DENGAN MENGGUNAKAN NOMBOR)

Larutan @ Isipadu larutan /jus yang diperlukan untuk melunturkan warna


jenis jus larutan DCPIP (ml)

Bacaan 1 Bacaan 2 Purata

Asid askorbik

0.1 0.2 0.15

Jus X 0.2 0.2 0.20

Jus Y 0.8 1.0 0.90

(andaikan data ini hasil daripada eksperimen yang di jalankan oleh pelajar)
(tempat perpuluhan mesti seragam – 1 @ 2 tempat perpuluhan sahaja)
(ikut arahan eksperimen, kalau minta buat 2 bacaan, maka ada purata, jika 1 bacaan shj
maka tidak perlu purata.)

(a) (ii) Berdasarkan eksperimen, nyatakan satu pemerhatian. (KEMAHIRAN MEMERHATI)

Purata isipadu jus X yang diperlukan untuk melunturkan warna 1 ml DCPIP adalah
0.20 ml

( MV= jus X / jus Y)


(ORV = Purata isipadu jus yang diperlukan untuk melunturkan 1ml DCPIP)
(Value = 0.20 ml , nilai mesti ada unit)

(a)(iii) Nyatakan inferen bagi pemerhatian. (KEMAHIRAN MEMBUAT INFEREN)

Isipadu jus buah X mengandungi vitamin C lebih tinggi berbanding jus Y kerana
isipdadu yang diperlukan untuk meluntukan 1ml DCPIP adalah rendah
(b) Nyatakan bagaimana pembolehubah dikendalikan dalam eksperimen diatas.
(KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAH)

Pembolehubah Bagaimana pembolehubah dikendalikan

Pembolehubah
manipulasi : Guna jus buah yang berbeza, iaitu jus X dan jus Y.
Jenis jus buah

Pembolehubah
bergerakbalas :

Isipadu jus buah Ukur isipadu jus buah yang digunakan untuk melunturkan
yang digunakan warna DCPIP dengan .menggunakan picagari
untuk
melunturkan
warna DCPIP

Pembolehubah
dimalarkan:

Isipadu DCPIP Tetapkan isipadu larutan DCPIP yang digunakan iaitu 1 ml.
yang digunakan

(perkataan yang bergaris wajib ada)

(c) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini. (KEMAHIRAN MEBUAT HIPOTESIS)

Jus X mengandungi kepekatan vitamin C lebih tinggi berbanding jus Y.


(d) Hitung kepekatan vitamin C dalam setiap jus dengan menggunakan fomula berikut:
(MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR)

Kepekatan vitamin C dalam jus = Isipadu asid askorbik x Kepekatan asid askorbik
(mg/ml) Isipadu jus yang digunakan

(Kepekatan asid askorbik yang digunakan = 0.1 % @ 1.0 mg/ml)

Jus X Jus Y
(cuba kira)

(e) Nyatakan definisi secara operasi bagi vitamin C


(KEMAHIRAN MENDEFINISI SECARA OPERASI)

Vitamin C adalah asid askorbik/sebatian organik yang terdapat dalam jus buah (Teori)
yang dtentukan oleh isipadu jus yang diperlukan untuk melunturkan larutan DCPIP (ORV)
kepekatannya dipengaruhi oleh jenis jus buah yang di gunakan (MV)

(f) Berdasarkan pengiraan anda di (d), plotkan carta bar bagi Kepekatan vitamin dalam jus
melawan jenis jus buah yang digunakan. (KEMAHIRAN MENTAFSIR MAKLUMAT)

(cuba plot)
(g) Eksperimen diulang dengan mendidihkan jus X selama 5 minit.
Ramalkan isipadu jus yang diperlukan untuk melunturkan warna 1 ml DCPIP.
Terangkan jawapan anda. (KEMAHIRAN MERAMAL)

Ramal : Isipadu jus yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP adalah 3.0 ml
(isipadu yang lebih tinggi daripada jus X yang tidak dididihkan)
Terangkan :
Vitamin C musnah pada suhu tinggi
Kandungan vitamin C dalam jus berkurangan
Maka isipadu yang lebih banyak diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP.

Nota : Vitamin C hilang dari makanan/jus disebabkan oleh :

i. Larut dalam air


ii. Suhu tinggi
iii. Dioksidakan oleh oksigen

(h) Terangkan hubungan antara isipadu jus yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP
dengan kandungan vitamin C dalam jus buah.
(KEMAHIRAN MENHUBUNG RUANG DAN MASA)

Hubungan :
Semakin tinggi isipadu jus yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP, semakin kurang
kandungan vitamin C dalam jus tersebut.

Terangkan :
Isipadu jus digunakan tinggi kerana kandungan vitamin C dalam jus rendah // agen penurunan
kurang

maka banyak jus diperlukan untuk menurunkan DCPIP

(INGAT !!!! proses yang berlaku adalah proses penurunan, vitamin C=agen penurunan)

(i) Kelaskan perkara berikut: (KEMAHIRAN MENGELAS)

Picagari , tiub spesimen , larutan asid askorbik , jus oren

Bahan Radas

(Untuk kegunaan di sekolah kita shj, jangan share dengan pelajar sekolah lain )

You might also like