Professional Documents
Culture Documents
net/publication/357528031
CITATIONS READS
0 1,164
2 authors, including:
Khairul Jamaludin
Universiti Kebangsaan Malaysia
30 PUBLICATIONS 43 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Technical Communication Pedagogical Model for an Industry-based Curriculum in Malaysian Vocational Colleges View project
All content following this page was uploaded by Khairul Jamaludin on 03 January 2022.
Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)
merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar
dan belajar dalam talian. Pembelajaran secara berhadapan muka terpaksa bertukar kepada
pembelajaran atas talian disebabkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia. Pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah diamalkan untuk menggantikan
pembelajaran secara berhadapan muka di dalam bilik darjah. Tujuan kertas konsep ini adalah
untuk mengenalpasti impak dan cabaran yang dilalui oleh pendidik dan murid semasa pkp
dilaksanakan di seluruh Malaysia. Bagi memenuhi tujuan kertas konsep ini beberapa kajian
lepas telah dianalisis secara mendalam. Pelaksanaan pdp atas talian memberi impak dan
cabaran kepada murid dan pendidik. Dapatan yang diperolehi menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran atas talian memberikan impak positif dan negatif kepada pendidik dan murid.
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh pendidik dan murid semasa pengajaran pembelajaran
dilaksanakan sepenuhnya atas talian.
Abstract: Teaching and learning (PdP) during movement control command (PKP) is a rather
challenging first experience for those who have never taught and learned online. Face -to -
face learning had to change to online learning due to PKP being implemented throughout
Malaysia. Online home teaching and learning (PdPR) has been practiced to replace face -to -
face learning in the classroom. The purpose of this concept paper is to identify the impact and
challenges experienced by educators and students during the implementation of pkp
throughout Malaysia. To fulfill the purpose of this concept paper several previous studies have
been analyzed in depth. The implementation of online pdp has impacts and challenges for
students and educators. The findings show that online teaching and learning has a positive and
negative impact on educators and students. Various challenges have been faced by educators
and students while the teaching of learning is implemented entirely online.
Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia (2020), alam telah menyaksikan dengan
penularan Novel koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan semua sektor kehilangan
kekuatan untuk meneruskan rutin hariannya. Menurut Lekhraj Rampal, (2020); Rohayati
104
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Pembelajaran atas talian semasa pandemik merupakan kaedah baru dalam pengajaran yang
membolehkan pendekatan bertumpu kepada pendidik diubah kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Konsep pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran adalah
pengaruh dalam proses perubahan pendidikan tradisional ke dalam bentuk alam maya, baik
kandungan dan kaedah (Mohd Fairuz Jafar, 2021). Dalam tempoh tersebut, para pendidik di
Malaysia telah mengambil tindakan secara melakukan pengajaran dan pembelajaran (pdp)
secara dalam talian. Menurut Windhiyana (2020), menjelaskan bahawa pembelajaran dalam
talian menjadi medan pembelajaran secara maya dalam membentuk satu komunikasi antara
pendidik dan murid. Zhu et.al. (2020) pembelajaran atas talian dapat melahirkan tingkah laku
yang positif dalam kalangan murid.
Pada abad ke-21, pendidikan telah mengalami perubahan sejajar dengan kemajuan teknologi
semasa. Pembelajaran sebelum pandemik hanya berlaku di dalam bilik darjah dan pengajaran
menjadi lebih fleksibel dengan menggunakan medium teknologi. Sehubungan dengan itu,
sekolah dan institut Pendidikan tinggi (IPT) serta menukarkan cara dan strategi
pengaplikasikan pengajaran atas taliannya. Hal ini demikian kerana ia adalah keputusan ideal
dalam menjelang keadaan yang mengancam situasi pembelajaran ini. Walaupun murid berada
berjauhan pendidik dan pensyarah menggunakan segala kreativiti mereka untuk
berinteraksinya. (Mohd Fairuz et al., 2020).
Penggunaan teknologi di peringkat sekolah dan pengajian tinggi telah digunapakai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti e-learning, blend learning dan mobile learning.
Teknologi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa memudahkan sesuatu proses PdP
serta menarik minat murid dan menjimatkan masa. Namun begitu, terdapat beberapa halangan
dalam menyokong pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara atas talian seperti
105
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online learning) terus berkembang dan memainkan
peranan penting dalam pendidikan di Malaysia (Gunawan et al. 2020). Dunia pendidikan dalam
era pandemik ini telah mula menuju ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang
menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada. Pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan
dalam talian merupakan satu cara aktiviti akademik yang disalurkan melalui penerapan
teknologi digital dan internet dan yang kini dipelbagaikan semula sebagai pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) di Malaysia. Perkara yang menyalurkan ini memerlukan
saluran yang mempunyai tulisan, grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio. PdPR
dalam talian adalah berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer. Shirley Anne
(2019) yang mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran
secara tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer dimana murid-murid
dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. Dalam pada masa yang sama, pendidik
dan murid juga perlu berhadapan cabaran- cabaran dalam menjalankan PdPR secara dalam
talian (Losius Goliong et. al, 2020).
Penyelidik Muhammad et al. (2016) menyatakan bahawa PdPR dalam talian adalah
penggunaan pelbagai alat teknologi yang berasaskan web untuk pendidikan. Oleh itu, PdPR
dalam talian telah berkembang dengan pesat kerana terdapat banyak kelebihan seperti
fleksibiliti, kebolehcapaian internet dan keberkesanan kos (Naveed et al. 2018). Kelebihan ini
dapat mengubah pendidikan ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat yang mendorong
murid supaya lebih kreatif dalam mengakses pelbagai sumber pengetahuan.
Di samping itu, institusi pendidikan melaksanakan teknologi PdPR dalam talian untuk
meningkatkan komunikasi antara murid dan tenaga pengajar agar perkongsian ilmu
pengetahuan serta memperkukuh komuniti pembelajaran untuk mencapai objektif (Basak et al.
2016). PdPR dalam talian adalah asas kepada perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (Fauzan et al. 2019). Oleh itu, penyelidikan untuk mengkaji keberkesanan PdPR
dalam talian telah meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini. Suharyanto et al.(2016)
berpendapat menggunakan kaedah PdPR dalam talian, pendidik dapat meningkatkan minat
berkomunikasi dengan murid di luar jadual kuliah. Penggabungan teknologi memberikan masa
yang lebih bermanfaat kepada murid melalui kaedah pengajaran ini (Gajanan, 2020).
Fenomena ini menunjukkan bahawa transformasi pantas dalam dunia pendidikan dapat
meneruskan PdPc dalam talian (Rusdiana et al. 2020). Menurut Cassidy (2016), persekitaran
PdPR dalam talian adalah sistem berasaskan web yang menyediakan alat dan aplikasi perisian
dalam proses pembelajaran. Manakala Bdiwi et al.(2019) memberitahu bahawa pembelajaran
dalam talian berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mana kaedah
segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) boleh digunakan.
106
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
moden ini. Tambahan lagi, kandungan pembelajaran juga lebih mudah untuk dilayari dengan
cepat dengan waktu yang singkat dan tanpa sempadan, malah ia juga mempunyai pelbagai
sumber rujukan termasuk daya tarikan yang menarik dari segi penggunaan multimedia dan
grafik.
Menurut Ainee, Harlina dan Zubaidah (2019) pembelajaran atas talian merupakan komunikasi
dua hala antara murid dengan menggunakan pembelajaran berasaskan komputer. Manakala,
Hazwani, Noor Raudhiah dan Norziah (2017) dalam kajiannya menyatakan bahawa tidak
semua murid mendapat kelebihan dalam penggunaan pembelajaran atas talian kerana
pembelajaran ini menekankan adat pembelajaran yang lebih berkesan sehingga penggunaanya
sanggup menyakinkan murid untuk belajar dengan kendiri. Pembelajaran atas talian
menggunakan cara pembelajaran secara aktif ( Faridah dan Afham (2019) Selain itu, pendapat
ini bertepatan dengan kajian Herman dan Surjono (2015), yang menerangkan tentang
pembelajaran atas talian dapat melahirkan sistem pembelajaran yang mudah berubah dan
meluas. Justeru itu, murid menjadi kian senang untuk memastikan waktu dan tempat yang
sesuai untuk belajar kerana mereka tidak perlu hadir ke satu tempat dan waktu yang tertentu.
Kajian ini memberi tumpuan kepada impak dan cabaran dalam sepanjang proses PdPR dalam
talian berlangsung yang diterapkan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang
memerlukan pendidik dan murid terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
jarak jauh. KPM telah membangunkan satu platform pembelajaran digital yang digunakan
di sekolah iaitu Portal DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) pada Julai
2019 untuk memudahkan penpendidiksan PdPR dalam talian antara murid dan pendidik secara
lebih sistematik.
Seterusnya, impak positif yang didapati hasil dari pembelajaran atas talian kepada pendidik
ialah pendidik dapat menghasilkan bahan-bahan interaktif bagi bahan pengajaran pendidik
dengan kadar yang banyak. Fenomena pembelajaran atas talian hasil dari pandemik ini telah
mencetuskan satu gelombang baru kepada para pendidik secara umum (Hashim et al,2020).
Hal ini ditunjukkan apabila para pendidik perlu berusaha untuk menambahkan pengetahuan
107
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
kecekapan dan penguasaan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi mereka ke tahap yang
lebih tinggi dan berkesan. Hashim et al. (2020), menyatakan juga kesan dari pandemik ini
menunjukkan perubahan yang besar dalam penggunaan teknologi digital dalam bidang
pendidikan. Kesan pembelajaran atas talian seperti aplikasi Youtube, Google Classroom,
Google Drive, Google Form dan Quizizz dalam pembelajaran dapat dimanfaatkan
(Mulatsih,2020). Kecekapan penggunaan aplikasi ini boleh dilihat melalui kajian daripada
Ishak et al.(2007), yang menunjukkan bahawa dalam penggunaan aplikasi Kahoot, seramai
86% murid yang terlibat dalam kajian mereka bersetuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif. Menurut kajian Mohd. Yusof dan Tahir (2017) juga
menunjukkan bahawa aplikasi media sosial dalam pembelajaran atas talian seperti Youtube
merupakan aplikasi yang menyenangkan murid melihat sesuatu perkara secara realistik dan
simulasi menerusi aplikasi tersebut juga merupakan medium yang menempatkan kedudukan
ketiga dalam kajian beliau iaitu faedah mengunakan laman sosial dalam pendidikan IPTA.
Justeru, pendidikan atas talian yang dilaksanakan kini iaitu semasa musim pandemik ini telah
membantu sistem pendidikan negara dalam menentukan cara pengajaran dan pembelajaran
dapat dipraktikalkan. Selain itu, kesan penghasilan bahan-bahan interaktif dan aplikasi
pembelajaran atas talian secara keseluruhannya menjadikan sektor pendidikan melakukan
transformasi dalam bidang ini menerusi revolusi 4.0 dengan baik dan meluas.
Tambahan pula, cara PdP yang diteruskan secara atas talian mampu menarik minat perhatian
murid dan menolong dalam memahami sesuatu isi dengan mudah serta cepat. Pendapat
Brodahl&Wathne (2016), menyokong pernyataan diatas yang mengatakan bahawa
pembelajaran atas talian menjadi lebih efisien, menyeronokkan, menarik minat murid dan ia
memberi keyakinan dan peluang kepada murid untuk menggunakan pengetahuan dan
kecekapan sambil dapat melibatkan diri secara aktif dan berkongsi pendapat dengan rakan lain.
Begitu juga dalam kajian Rahil Mohd Ghazali dan Harun Baharudin (2016), hasil keputusan
soal selidik bagi penggunaan penggunaan youtube dapat menarik perhatian murid dalam
pembelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan keputusan min yang lengkap, penggunaan aplikasi
Youtube dapat meningkatkan minat murid keatas pembelajaran. Bahasa Arab berada pada
peringkat yang teratas. Hal ini kerana, pembelajaran dalam talian dilengkapi dengan sumber
digital yang akan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik (Saleh &
Rosli, 2020) dan sesuai dengan penerimaan murid terhadap sesebuah pembelajaran.
Tambahan lagi, Rossafri dan Shabariah (2011)) pembelajaran secara dalam talian memerlukan
penggunaan web dan jaringan internet. Pembelajaran atas talian juga dapat memperluaskan lagi
penggunaan teknologi dalam kalangan murid untuk melakukan perbincangan dalam
pembelajaran (Ab.Halim et al.,2020). Kaedah pembelajaran ini akan menggunakan sebuah
aplikasi atau perisian yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
maya. Penerapan teknologi dalam ekosistem pendidikan telah memberi peluang kepada
pengintegrasian proses pengajaran dan pembelajaran, memperkasa platform digital baharu dan
membantu murid dalam pembentukan kreativiti dalam pembelajaran (Zulkifli et al.,2020).
Muniroh,Siti Balqis,Ch’ng Pei Eng (2020) berpendapat bahawa persekitaran pembelajaran
yang ideal juga dapat memberikan pengalaman belajar yang berkualiti kepada para murid. Hal
ini kerana, kemudahan infrastruktur pembelajaran dalam talian ini saling kebergantungan, jika
tidak, aktiviti pembelajaran mungkin gagal untuk dilaksanakan (Mohd Nawi, 2020).
Oleh disebabkan pembelajaran secara atas talian menjadi satu amalan kepada setiap murid
lalu murid telah bersedia untuk mengamalkan norma baharu tersebut. Menurut Zhu et
al.,(2020), pembelajaran atas talian dapat menanamkan perilaku positif dalam kalangan
murid. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang memilih pembelajaran secara
108
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Selain itu, keadaan yang berbeza ini telah mendatangkan kekhuatiran dan kerisauan dalam
golongan murid serta pendidik juga turut bersemuka dengan kegelisahan yang tersendiri
(Shazarina et al.2020). Hal ini kerana, walaupun pendidik bersemangat dalam menyediakan
bahan-bahan PdP yang menarik, namun jika tidak mempunyai penglibatan yng aktif dan
kesanggupan daripada murid lalu objektif sesi PdP yang dirancang tidak dapat memperolehi
dengan sempurna (Muniroh et al. 2020). Kenyataan ini bertepatan dengan Siti Balqis dan
Muniroh (2020) yang menerangkan mengenai penglibatan murid yang tidak memberi
kerjasama dengan pendidik dan masih belum bersedia dengan PdP atas talian
Tambahan pula, Muniroh et al. (2020) memberi pendapat tentang kesanggupan murid akan
melibatkan diri dalam keadaan PdP yang berbeza semasa pandemik Covid-19 bertimbal
sebelum ini kerana nyaris semua cara dan strategi PdP dilaksakan atas talian.. Beliau juga
menyatakan bahawa murid-murid memerlukan perangsang dan sokongan yang kukuh daripada
keluarga dan persekitarannya kerana pada ketika ini murid-murid berada dalam pertimbangan
ibu bapa secara sepenuhnya. Menurut pernyataan Mohd Fairuz et al. (2020), murid-murid
boleh dikuasai dengan faktor psikologi dari segi emosi, tekanan dan sikap. Hal ini kerana
batasan yang dihadapi oleh murid ketika murid-murid kesungguhan diri dengan mempunyai
semangat yang kukuh malahan keadaan menjadi punca penghalangnya.
109
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Kajian yang dijalankan oleh Mohd Fairuz et al. (2020) mengenai kesediaan pembelajaran atas
talian semasa pandemik Covid-19, mendapati bahawa faktor sosioekonomi menjadi
penghalang kepada kesediaan murid dalam menerusi pembelajaran atas talian. Latar belakang
seseorang murid daripada keluarga kurang pendapatan isi rumahnya berbeza dengan latar
belakang seseorang murid, ibu bapanya berpendapatan lebih tinggi. Pernyataan ini mempunyai
bersaman dengan pendapat Buja et al. (2020), yang menyatakan bahawa pendapatan ibu bapa
terjejas menyebabkan ibu bapa lebih memberi keutamaan terhadap keperluan asas bagi
kehidupan mereka berbanding menyediakan kelengkapan pembelajaran anak-anak
mereka.Oleh itu, faktor sosioekonomi juga memberi kesan kepada pembelajaran atas talian
semasa pandemik ini.
Seterusnya, murid juga menghadapi masalah dalam peranti digital pintar untuk mengikuti kelas
secara dalam talian. Menurut Anuar (2020), PdPR atas talian bersemuka dengan dua halangan
utama iaitu kemampuan ibu bapa menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet,
tiada capaian internet, lemah atau tidak stabil. Ini menunjukkan bahawa kemudahan akses
pembelajaran secara atas talian amat diperlukan oleh murid agar mereka tidak keciciran. Hal
ini demikian kerana UNICEF (2020) menunjukkan seramai 9 daripada 10 kanak-kanak
menggunakan telefon bimbit sebagai peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian manakala 8 daripada 10 orang kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada komputer.
Kebanyakan murid menggunakan telefon bimbit yang dikongsi dengan ibu bapa serta adik-
beradik yang lain untuk bertujuan pembelajarannya. Menurut Norliani Mahadi berkata, dalam
memastikan sesi PdPR sempurna rangkaian internet dan alatan teknikal merupakan dua faktor
yang saling bergantung antara satu sama lain. Justeru sesi PdPR akan terbatas sekiranya salah
satu faktor itu tidak disediakan dengan sempurna.(Berita Harian, 2021).
Cabaran seterusnya yang dilalui oleh pendidik ialah kesusahan untuk menghasilkan perbualan
dua hala antara murid dengan pendidik telah menyrebabkan pembelajaran atas talian ini susah
atau tidak dapat dilaksanakan dengan baiknya. Situasi sebegini menjadi halangan terhadap
objektif pembelajaran tidak tercapai dan juga pendidik susah untuk berinteraksi dengan murid
(Arifah Prima dan Iis Prasetyo,Lapada et. al dan Deepika Nambiar, 2020).
110
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Selain itu, Sandy Lo (2015) menyatakan bahawa para pendidik juga melalui cabaran dalam
mengadaptasikan dirinya terhadap kemajuan era permodenan lebih-lebih lagi dalam
menggunakan alatan yang makin moden sewaktu pengajarannya. Hal ini menyebabkan
pendidik memerlukan teknik yang sesuai dalam mencipta bahan pengajaran yang mudah untuk
difahami dan diikuti oleh murid. Tahap pemikiran murid pada tahap ini masih memerlukan
bahan pengajaran yang senang dan mudah diikuti kerana tiada bimbingan pendidik di sisi.
Pernyataan Habib Mat Saman (2016) menyatakan bahawa kepelbagaian aapek tugas seorang
pendidik perlu difahami dan dihayati. Pendidik juga manusia biasa mempunyai sebuah
kehidupan tersendiri yang tidak lari daripada pelbagai dugaan hidup. Seharusnya, pendidik
disokong dan perlu memberi motivasi untuk melakukan tugas sebagai seorang pendidik dengan
sewajarnya. Pendapat ini juga berselaras dengan pernyataan Norazlin dan Siti Rahaimah (2019)
yang menyatakan tentang penyesuaian kaedah, strategi dan pendekatan boleh mempengaruhi
rutin pengajaran atas talian yang berkesan.
Cabaran seterusnya, pendidik tidak menggunakan teknologi dalam PdPc kerana kurangnya
ilmu pengetahuan dalam pencarian data yang diperlukan melalui pencarian Internet (Ahmad
Rizal 2015). Mewcha et al. (2015) juga berpendapat bahawa pendidik yang mempunyai ilmu
berpengetahuan yang kurang dalam penggunaan teknologi untuk menyediakan bahan yang
sesuai. Pendidik berasa bimbang dan takut bahawa kelemahannya akan diketahui oleh murid.
Dengan ini, mereka lebih suka menggunakan buku teks dan bahan rujukan sebagai bahan bantu
mengajar (BBM). Kajian yang dijalankan oleh Hazlina et al. (2016) membuktikan bahawa
masih terdapat pendidik yang kurang berpengetahuan untuk mengintegrasikan teknologi dalam
PdPc. Hal ini dapat dibuktikan di mana terdapat pendidik yang kurang mahir dalam
menyediakan BBM, memperoses maklumat melalui laman web dan mengakses portal.
6. Cadangan Penambaikan
Kajian ini memberi cadangkan untuk menambahkan jumlah bengkel dan pembinaan bahan
digital yang lebih inovatif bagi memudahkan proses PdP berjalan secara lancar agar dapat
mencapai perkembangan dalam dunia pendidikan setaraf dengan peringkat global(Yogeswary
Kuppusamy 2021). Pengintegrasian ICT dalam pendidikan adalah keutamaan dalam dunia
pendidikan maya. Penggunaan ICT juga dianggap sebagai salah satu tanda piawai bagi warga
pendidik, pendidik dan penyelidik dalam dunia pendidikan (Yildirim & Sensoy, 2018). Jadi,
tanpa kesediaan penerapan ICT dan sokongan diberikan, warga pendidik tidak akan bersedia
untuk menerapkan kaedah pedagogi yang baharu.
Dengan ini, pendidik hendaklah menerapkan diri individu dengan pengetahuan kesediaan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu sebelum melakukan
penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid. Pihak pentadbir
sekolah juga digalakkan untuk memberi sokongan dan bimbingan bagi meningkatkan tahap
kesediaan pendidik (Yogeswary Kuppusamy 2021).
Tambahan pula, pelbagai aplikasi dalam talian yang boleh diakses oleh pendidik dan murid.
Terdapat pelbagai aplikasi yang telah dibangunkan di dalam talian yang bertujuan untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara pendidik dan murid. Pendidik haruslah
menggunakan aplikasi seperti Kahoot, word wall dan sebaginya. Menurut Ismail &
Mohammad (2017) di dalam aplikasi Kahoot terdapat elemen muzik dan paparan warna yang
menarik minat dan menjadikan murid tidak sabar memulakan permainan.
111
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Tambahan pula, tanggungjawab dan kerjasama daripada kedua-dua ibu bapa dalam
menentukan pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar adalah amat penting. Menurut
Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj menyediakan peluang pembelajaran yang mendorong
dan sesuai serentak dengan itu, pendidik mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi
yang tertentu mempunyai peluang yang baik kepada anak-anak dapat memberi perhatian
dan fokus kepada pembelajaran tersebut dan tidak diganggu oleh bunyi persekitaran (Tinta
Minda,27 Jan 2021) Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan tempat duduk yang sesuai.
Ibu bapa juga perlu pastikan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang memuaskan serta alat
tulis dan kelengkapan belajar mencukupi untuk meneruskan pembelajaran tanpa halangan
(Berita Harian,19 Mei 2021).
Selain pihak ibu bapa, agensi- agensi dan pihak kerajaan haruslah memainkan tanggungjawab
dalam menyalurkan bantuan dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi tujuan
pembelajaran terutamanya dalam kalangan murid keluarga B40. Menurut Anuar Ahmad
apabila kerajaan melabur kepada pendidikan itu bermakna negara sedang membangunkan
tenaga manusia negara. Tidak merugikan, cuma jangan ada ketirisan dan kebocoran peruntukan
serta permainan orang tengah dalam memastikan anak kita mendapat pakej bantuan gajet. Jika
tiada ketirisan peruntukan, lebih ramai yang dapat memiliki gajet untuk pembelajaran mereka.
Malah, kalau kita baca dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
memang sudah dinyatakan 'satu murid satu komputer' mulai gelombang ketiga PPPM bermula
2021 (Berita Harian, 24 Jan 2021).
7. Kesimpulan
Tinjauan yang dibuat ini bagi menjawab dua persoalan kajian iaitu 1) Apakah impak
kepada murid dan pendidik mendapat melalui pengajaran & pembelajaran atas talian? 2)
Apakah cabaran yang dihadapi oleh pendidik dan murid melalui pengajaran & pembelajaran
atas talian? Kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai impak positif diperolehi tenaga
pendidik dan murid. Antaranya ialah pembelajaran menjadi lebih menarik dan mampu
mengekalkan fokus murid. Ia membantu meningkatkan motivasi, menghasilkan seseorang
yang mempunyai kecekapan pembelajaran sepanjang hayat, Penggunaan e-pembelajaran
memberi peluang kepada murid untuk meneroka sendiri bahan pembelajaran yang sangat
luas dan pelbagai. Aplikasi yang digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu juga, pembelajaran menjadi lebih mudah difahami kerana penggunaan grafik yang
menarik.Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan murid. Antaranya
kesukaran mengakses komputer dan bahan, tiada peranti yang bersesuaian, kurang kecekapan
mendapatkan maklumat, kekangan masa, masalah teknikal dan kerisauan teknologi.
Pelaksanaan pembelajaran atas talian dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan teknologi
berfungsi dengan baik. Di samping itu, pendedahan pada peringkat awal pendidikan dan
latihan yang bersesuaian perlu diberikan kepada tenaga pengajar dan murid. Penggunaan
teknologi secara efisien dalam pembelajaran atas talian akan memberi kesan yang baik
bersesuaian dengan matlamat kerajaan ke arah pendigitalan pendidikan
Rujukan
Abdul Halim Masnan., & Nor Mashitah Mohd Radzi. (2015). Pengetahuan persediaan
pengajaran guru prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 4, 90 - 108.
Abdul Kadir, Syazwani. (2020). The Use of Social Media in Millennials’ Teaching and
Learning
112
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
113
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
114
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Shirley Anne. S. Paul. A. S., Hart, P., Augustin, L., Clarke, P. J., & Pike, M. (2020). Parents’
perspectives on home-based character education activities. Journal of Family Studies,
1-23.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru.(20 May 2021)
Windhiyana, E. (2020). Dampak COVID-19 terhadap kegiatan pembelajaran online di
perguruan tinggi Kristen di Indonesia. Persepektif Ilmu Pendidikan, 34 (1), 1-8.
Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. 2020. COVID-19: Impak dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem
Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia
Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Abdul Razak, K. (2020). Isu dan Cabaran Penggunaan MOOC
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice
of Teachers & Teacher Education, 10(1), 77-94.
Zhu, Y., Zhang, J. H., Au, W., & Yates, G. (2020). University students’ online learning
attitudes and continuous intention to undertake online courses: a self-regulated
learning perspective. In Educational Technology Research and Development (Vol. 68,
Issue 3).
115
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved