You are on page 1of 59

KPS 3014-PENGURUSAN PEMBELAJARAN

(KUMPULAN PEMBENTANGAN: 2)

PENGURUSAN MURID

KUMPULAN KULIAH: N

AHLI KUMPULAN

NAMA NO. MATRIK

NURHAFIZA BT JAMALUDIN D20091034727

NOR SAKHIYAH BINTI ILYAS D20091034756

WAN NORFARHAH BT WAN HARUN D20091034864

NUR IZZAH BT IBRAHIM D20091034874

AZMA AMIRA BT MOHAMAD D20091034859

NOOR IZZATIE BT AMIR D20091034878

MUHHAMMAD HAFIZ B ABD KADIR D20091034812


BAB 5: PENGURUSAN MURID

5.0 PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi
pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak
yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran
berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan
dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek
sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu
perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana
perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik.

Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan,
pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan. Perancangan merupakan
satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yang
bertujun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kemudian, pengelolaan pula merupakan
pengumpulan resos-resos serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Meminoin
boleh diertikan sebagai aktiviti pentadbiran seperti penyeliaan dan penyelarasan program murid.
Aspek yang terakhir ialah pengawalan serta pemulihan yang melibatkan laporan dan maklum
balas untuk memperbaiki rancangan pengurusan murid yang telah dijalankan.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah
diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam
memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras
dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para
pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.
5.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN MURID

Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan


input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan
bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya
objektif organisasi tercapai.

Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan


dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid
merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan
untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain,
pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau
program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian
prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan
organisasi.

5.2 KOMPONEN PENGURUSAN MURID

Bagi memastikan kejayaan seseorang individu dan pencapaian sesebuah sekolah berada
pada tahap yang tinggi, pengurusan yang strategik perlu diambil. Seperti yang telah dinyatakan,
pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik
serta sahsiah murid. Maka, pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih
dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lain
seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Bagi
memastikan proses pengurusan murid berjaya, semua pihak yang terlibat di sekolah perlu
bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat didalam organisasi tersebut
ialah pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru besar atau pengetua, penolong kanan
(Hal Ehwal Murid), guru serta murid.

Antara langkah yang boleh diambil atau komponen dalam pengurusan murid ialah
dengan menguruskan rekod murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat
segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiap
matapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turun
naik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata
pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagi
membantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selain
daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahap
prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa murid
mereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran.
Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenai
sukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuat
persediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiri
berkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, bagi memastikan
kesediaan murid belajar, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru
seharusnya melakukan set induksi iaitu menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat
murid agar dapat member perhatian kepada pngajaran yang akan berlaku.

Selain daripada itu, guru boleh memastikan kesediaan murid belajar dengan menguruskan
bahan pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran, bahan pembelajaran dan
bahan rujukan serta secara tidak langsung dengan menggunakan bahan tersebut, para guru boleh
merancang aktiviti pengajaran dalam menyampaikan konsep dengan cara yang efektif. Murid
juga boleh menggunakan bahan tersebut untuk memahami konsep dan kemahiran dengan lebih
seronok dan mudah difahami.

Memotivasikan murid merupakan antara komponen yang terdapat di dalam pengurusan


murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajar
kerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak
mempunyai semangat untuk belajar. Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat dijalankan
terhadap murid dalam memotivasikan mereka. Jika pihak sekolah tidak mengambil sebarang
tindakan sama ada mengadakan aktiviti atau program untuk memotivasikan murid maka murid
yang berjaya dalam bidang akademik tidak dapat dilahirkan. Bagi memotivasikan pelajar, guru
boleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunseling
atau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput
penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu murid
untuk mengembangkan potensi diri.

5.3 MENGURUS REKOD PELAJAR

5.3.1 Pengenalan

Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab
untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod
termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
Hal ini menandakan bahawa mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan
supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur,
cekap dan selamat dari perkara-perkara yang akan memusnahkannya. Jika ini terjadi pastinya
memberi kesan yang mendalam kerana data berkenaan murid amat diperlukan bagi merancang
strategi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebelum aktiviti rekod ini berlaku
pentaksiran perlu dilakukan. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Perkara ini
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan dan dilaksana secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.
Secara tidak langsung, hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang
berkesan dan seterusnya dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

5.3.2 Kepentingan Mengurus Rekod

Mengurus maklumat murid dengan baik adalah penting. Hal ini kerana, secara tidak langsung
dapat membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Bilik darjah
merupakan antara medium yang penting dalam berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Jika
bilik darjah berada dalam keadaan selesa maka guru dapat menyampaikan ilmu dengan jayanya.
Keadaan ini ditambah lagi apabila guru memiliki maklumat berkenaan murid secara tidak
langsung guru dapat menggunakan kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh anak didiknya
untuk mempertingkatkan dan memperkasakan kaedah pengajaran supaya cita-cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tercapai dengan berkesan.

Selain itu, maklumat peribadi murid-murid dapat membantu guru menentukan aktiviti
atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan
murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Hal ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi
sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif
dan kritikal memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi
kepimpinan. Tambahan pula, melalui maklumat peribadi murid juga dapat memaklumkan kepada
guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya bantuan dari segi kewangan. Murid-murid
yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk
di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi
menjaga maruah murid tersebut. Hal ini penting supaya murid tersebut tidak tercicir dalam
akademik serta tidak bersikap rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki.

Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu
bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan
kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak
melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan
penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat seperti
nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada
dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan
bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat.

Seterusnya, rekod yang mengandungi catatan atau komen guru mata pelajaran serta
markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta
kekuatan atau kelemahan anaknya. Hal ini bermakna ibu bapa dapat mengetahui keadaan sebenar
anak mereka dan tidak akan berlaku kecurangan dari pihak murid seperti menipu ibu bapa.
Keadaan ini berikutan segala maklumat telah direkodkan akan dirujuk jika pihak yang berkaitan
ingin melihatnya. Selain itu, keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun
dicatat dalam Buku Laporan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap
guru mata pelajaran tersebut. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak
mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini. Secara tidak
langsung, kesepakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat dijalinkan dan mengetahui segala
tindak tanduk anak-anak ketika berada di sekolah.

Buku kedatangan murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid. Buku ini
mencatat kehadiran murid pada setiap hari persekolahan. Sehubungan dengan itu, guru boleh
mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan dan membantu guru memperoleh
tren kehadiran muridnya. Buku ini membantu memaklumkan kepada guru bilangan murid di
dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicir
daripada kelas tersebut. Maka, bagi murid yang sering tidak hadir guru boleh mengambil
tindakan menghubungi ibu bapa murid tersebut dan secara tidak langsung jika semua perkara ini
dilaksanakan dengan telus sudah pasti gejala sosial yang semakin meruncing dapat dikurangkan
sedikit demi sedikit dan matlamat untuk mencapai negara maju 2020 akan tercapai dengan
jayanya bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju
didunia.

Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber


maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah.
Keadaan ini berikutan maklumat diri murid yang terdiri daripada pelbagai macam dapat
diubahsuai dengan mangikut kesesuaian keadaan diri murid-murid itu sendiri. Hal ini bermakna
rekod yang ada dapat dijadikan sumber rujukan dalam membuat keputusan. Perkara ini penting
supaya kesukaran yang dialami oleh murid dapat dibantu dan secara tidak langsung murid-murid
akan berasa tertarik untuk belajar. Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan
disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.
5.3.3 Merekod Maklumat

Merekod dapat didefinisikan sebagai aktiviti mencatat maklumat secara bersistematik berkaitan
dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Secara umumnya, merekod
melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu secara huraian, mengira masa dan menghitung jumlah
serta mencatatkan maklumat secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan
sesuatu perkara. Pemilihan rekod yang sesuai merupakan aspek terpenting untuk memastikan
rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang bakal dibuat ke
atas rekod. Oleh yang demikian, antara perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum
melaksanakan rekod ke atas tingkah laku murid adalah tujuan, aspek, perincian dan
pertimbangan yang praktikal.

5.3.4 Kaedah Merekod

5.3.4.1 Naratif

5.3.4.2 Rekod anekdot

Kebiasaannya merekod maklumat secara huraian melibatkan penggunaan rekod


anekdot dan rekod berterusan, di mana rekod-rekod ini mengaplikasikan teknik merekod
secara cerita atau naratif. Rekod anekdot merupakan rekod yang berkaitan dengan sesuatu
peristiwa dan berbentuk catatan ringkas yang merekodkan satu kejadian atau tingkah laku
yang penting. Justeru, rekod ini akan menerangkan sesuatu peristiwa yang dicatatkan
secara berperingkat dan diterangkan secara fakta dengan menimbulkan pelbagai
persoalan bagi menceritakan peristiwa tersebut. Misalnya, guru mempersoalkan di mana,
bagaimana, apa, bila, siapa dan tujuan atau objektif peristiwa tersebut berlaku.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menulis rekod anekdot


adalah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang,
murid yang ingin diperhatikan tidak perlu ditentukan dan mengenal pasti kepentingan
peristiwa yang berlaku serta signifikan kepada aspek perkembangan murid. Selain itu,
setiap pemerhatian perlu ditulis secara objektif dan perkara-perkara yang ditulis mestilah
menggambarkan perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang diperoleh murid.

Setiap persoalan yang timbul mengenai peristiwa atau tingkah laku yang ingin
direkodkan dapat diterangkan oleh guru dengan menggunakan perkataan iaitu dalam
bentuk ayat atau menggunakan gambar. Sesuatu rekod harus mengandungi maklumat
tentang nama murid, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru, cadangan
dan tindakan yang diambil oleh guru. Jika sesuatu peristiwa yang berlaku memerlukan
campur tangan guru, maka guru akan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk
membantu murid keluar daripada permasalahan yang dihadapinya. Persediaan alat tulis
dan buku kecil atau helaian kertas di tempat yang mudah dicapai amat penting agar guru
dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan serta-merta.

Antara kebaikan penggunaan rekod anekdot adalah tidak memerlukan latihan dan
guru boleh menulis apa-apa sahaja yang diingininya. Selain itu, tiada panduan yang perlu
diikuti dalam melaksanakan rekod ini. Justeru, sesiapa sahaja boleh melakukan rekod
anekdot. Kebiasaannya, rekod anekdot digunakan untuk merekod kejadian yang tidak
diduga dan mencatatkan tingkah laku yang diperlukan. Namun, sekiranya pemerhati tidak
mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan segera, pemerhati berkemungkinan lupa
tentang perkara tersebut atau salah mencatatkan fakta mengenai peristiwa tersebut.
Kadangkala catatan peristiwa yang direkod sukar untuk dianalisa oleh orang lain. Hal ini
kerana pencatat mencatatkan peristiwa yang berlaku terlalu ringkas sehinggakan tidak
mempunyai gambaran peristiwa yang lengkap.

Contoh Rekod Anekdot

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar

Umur : 6 Tahun

Kelas : Pra Bestari


Tarikh : 22 Februari 2009

Masa : 8.35 Pagi

Tempat : Taman Permainan Prasekolah

Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan:

Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan
Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah
kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris
kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula,
tangannya sakit.

Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik
berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal
kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal
bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.

Ulasan Guru:

Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang
positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa
bermain di taman permainan.

Cadangan:

Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa
yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.
5.3.4.3 Rekod Berterusan

Rekod berterusan adalah suatu catatan terperinci mengenai sesuatu kejadian


mengikut urutan masa.Lazimnya, urutan masa yang ditetapkan adalah di antara lima
minit sehingga sepuluh minit. Catatan rekod jenis ini akan diulang beberapa kali dan
dicatatkan secara berterusan. Secara ringkasnya, rekod berterusan merupakan catatan
dalam bentuk cerita yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa
berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perbuatan dan percakapan murid akan dicatatkan
sepanjang tempoh pemerhatian. Prosedur untuk melaksanakan rekod ini adalah dengan
memfokuskan kepada murid yang diperhatikan, memastikan item yang akan difokuskan
semasa pemerhatian dan merekodkan setiap perkara yang dilakukan oleh murid secara
terperinci. Rekod yang dicatatkan hendaklah tepat dan padat serta setiap perlakuan
mestilah dicatatkan dengan jelas mengikut urutan.

Rekod berterusan amat membantu ibu bapa dan guru dalam memahami
perkembangan potensi murid. Setiap hasil kerja atau perubahan yang berlaku pada murid
dapat dikenal pasti dengan kadar yang segera. Justeru, rekod berterusan memberi makna
yang besar untuk murid dalam memperlihatkan kemampuan dan kejayaan yang mampu
mereka capai. Sekiranya guru dan ibu bapa prihatin dan sentiasa memberi galakan
kepadanya untuk membuat yang terbaik secara tidak langsung keazaman, kepercayaan
diri dan keyakinan diri murid akan meningkat.

Di samping itu, guru dapat merekodkan setiap perkara yang disukai oleh guru
kerana rekod berterusan merupakan satu bentuk rekod yang lengkap dan tidak terhad
kepada sesuatu peristiwa sahaja. Oleh yang demikian, setiap perkara boleh dicatat tetapi
mesti berpandukan masa manakala, dari sudut pemerhatian, guru dapat lakukan
pemantauan dan pemerhatian tanpa perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang
khusus. Rekod berterusan memerlukan guru peka dengan perubahan masa. Oleh sebab
itu, semasa merekod guru perlu menjauhkan diri daripada murid-murid agar tidak
diganggu oleh mereka. Sekiranya pemerhatian dilakukan secara berkumpulan, data yang
direkodkan sukar untuk ditentukan ketepatan peristiwa yang berlaku dengan masa yang
dicatatkan. Percanggahan data akan berlaku dan ini menyebabkan guru sukar untuk
merekod semua kejadian yang berlaku secara terperinci. Masa yang banyak akan
diperlukan dalam menyiapkan laporan rekod.

Contoh Rekod Berterusan


Nama : Ainon Bakar
Umur : 6 tahun
Tarikh : 26 September 2002
Masa : 10.00 - 10.10 pagi
Nama Guru : Puan Sofia

Pemerhatian Ulasan
Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang Ada ciri kepimpinan
rakannya. Dia bangun dan mengatakan “Penatlah main
pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil
rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut
menaiki jongkang jongkit itu.
Menunjukkan sifat toleransi dan
Ainon : Janganlah berebut-rebut kerjasama

Liza : Saya pun nak naik juga

Ainon : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk di


hujung sana. Noni dan Milah di hujung
sini,ya! Memahami konsep matematik

Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab saya


dua-dua kurus, tentu lebih ringan, nanti tak
sama.

Ainon : Ya betul, nanti tak sama


Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah Memahami konsep keseimbangan
juga.

Ainon : OK, Som pun kurus, tolong


duduk depan Noni. Hah, baru sama berat.

5.3.5 Mengira Masa dan Menghitung Jumlah

5.3.5.1 Senarai Semak

Cara merekod berdasarkan masa dan menghitung jumlah masa adalah melibatkan
kaedah event sampling, time sampling dan senarai semak. Senarai semak adalah satu
senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang akan disediakan adalah untuk
mengkaji dan menentukan sama ada masa tingkah laku yang berlaku, dapat diperhatikan
dan kekerapan tingkah laku tersebut berlaku. Guru akan menandakan (√) atau cara lain
mengikut arahan dalam borang senarai semak. Senarai semak mudah untuk digunakan
kerana guru hanya perlu menanda serta banyak maklumat yang dapat diperolehi melalui
kaedah ini. Di samping itu, borang senarai semak tidak perlu dilengkapkan dalam masa
sehari dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tetapi, item-item yang terdapat dalam
borang senarai semak adalah terhad dan perlu ditafsir dengan berhati-hati agar maklumat
yang ingin disampaikan dapat dikenal pasti. Tambahan pula, senarai semak kurang
melibatkan maklumat mengenai kekerapan, jangka masa dan keterangan tentang tingkah
laku.

Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai
semak adalah menyediakan senarai semak lebih awal daripada pemerhatian dibuat.
Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas sahaja
tanpa huraian yang panjang. Senarai semak sesuai untuk digunakan menilai tingkah laku
yang mudah dalam konteks semula jadi dan hanya kemahiran penting dinyatakan dalam
senarai tersebut. Setiap item hendaklah disusun mengikut peningkatan supaya dapat
memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Guru perlu
melaksanakan pemerhatian beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Sekiranya guru ingin melihat peningkatan pencapaian murid, senarai semak tidak sesuai
untuk digunakan. Hal ini kerana senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan atau
hasil pembelajaran dan tingkah laku murid.

Contoh Senarai Semak

Komponen: Bahasa dan Komunikasi

Nama murid: ……………………………………….. Kelas:………………


Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid
sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu.
Komponen: Bahasa dan Komunikasi
Nama murid: ……………………………………….. Kelas:………………
Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid
sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu.
HASIL PEMBELAJARAN ULASAN ULASAN ULASAN
/TARIKH /TARIKH /TARIKH
1. Berinteraksi dengan mesra 13/1/2001 16/5/2001 18/10/2002
 Berbual menggunakan
bahasa yang mudah  Tidak ramai  Sudah boleh  Sudah
dan sebutan yang kawan berbual ramai
betul. semasa kawan
berkongsi
bahan
 Berinteraksi secara  Apabila  Sudah mula  Yakin
sopan dan disoal, menggunakan apabila
bertatasusila beliau ucapan bercakap
menjawab terima  Sebutan
dengan satu kasih dan jelas
dua patah “tolong”
perkataan

5.3.5.2 Event Sampling

Manakala event sampling merupakan satu catatan ringkas tentang keadaan


sebelum dan selepas sesuatu tingkah laku berlaku. Maklumat yang direkod menggunakan
event sampling lebih mudah untuk dianalisa dan lebih objektif atau bermatlamat. Kaedah
ini amat bersesuaian dalam merekod serta mengkaji kekerapan tingkah laku yang berlaku.
Memandangkan hanya cacatan ringkas yang dicatatkan semasa merekod, maklumat yang
diperolehi akan kurang lengkap dan sekiranya merekod mengenai sesuatu perkara, guru
akan merekod perkara tersebut sahaja secara khusus.

5.3.5.3 Time Sampling

Time sampling adalah merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang
ditetapkan dan tingkah laku yang dikaji adalah nyata dan kerap berlaku. Kawalan masa
secara berhemah dapat menjimatkan masa yang yang digunakan dan pemerhatian yang
dilakukan lebih terkawal. Ini kerana guru mengetahui tempoh masa yang akan
digunakannya dalam merekod tingkah laku yang ingin dikajinya. Justeru, pembaziran
masa dapat dielakkan dan hasil rekod pemerhatian lebih bermatlamat kerana guru akan
mengkaji serta memantau terlebih dahulu tentang tingkah laku yang ingin dikaji beserta
jangka masa tingkah laku tersebut berlaku. Daripada pemantauan tersebut, guru dapat
menetapkan tempoh masa yang akan digunakan agar bersesuaian dengan kekerapan
tingkah laku berlaku. Apabila guru telah menetapkan rekod tingkah laku yang diinginkan,
berkemungkinan guru akan tertinggal untuk merekod tingkah laku yang sangat berguna.
Hal ini kerana guru akan memfokuskan perhatiannya terhadap tingkah laku yang
ditetapkan tanpa menghiraukan perubahan-perubahan yang berlaku di persekitarannya.
5.3.6 Pertimbangan menggambarkan sesuatu

Guru akan memilih kaedah rekod skala kadar sekiranya ingin merekodkan maklumat
tingkah laku secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu tingkah laku
yang dikaji. Skala kadar digunakan bagi merekod kadar tingkah laku seseorang murid dan sesuai
digunakan untuk mengkaji murid yang mempunyai tingkah laku yang sama pada masa yang
sama. Skala ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian
sesuatu tingkah laku murid. Guru akan menilai kemahiran dan pencapaian murid berdasarkan
skala. Skala yang digunakan boleh dinyatakan dalam gred atau angka.

Kaedah ini mudah dan menjimatkan masa kerana dapat merekodkan beberapa tingkah
laku yang melibatkan beberapa orang murid dalam satu masa. Walaupun kaedah ini berbentuk
tertutup iaitu hanya merekod tingkah laku yang khusus sahaja namun mudah untuk guru
memberikan skor. Pemerhatian melalui kaedah ini juga secara tidak langsung rekod yang
didapati akan menunjukkan tingkah laku yang positif dan negatif tetapi menyukarkan guru untuk
membezakan mata dalam skala.

5.3.7 Pemerhatian

Pemerhatian perlu dilaksanakan terhadap murid-murid di dalam bilik darjah bagi melihat aktiviti
yang dijalankan. Hal ini penting supaya guru dapat menilai perkembangan yang dilalui oleh
murid-murid dalam pertumbuhannya. Temuduga berstruktur merupakan contoh pemerhatian
yang boleh dilaksanakan. Temuduga ini dilakukan semasa murid menjalankan aktiviti. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika sesi temuduga
dijalankan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah ketekalan. Ketekalan boleh didefinisikan
sebagai konsisten atau sesuatu yang tidak berubah-ubah. Contohnya, semasa murid sedang
bermain bersama rakannya, guru menanyakan soalan berkenaan matematik seperti 3 + 4
bersamaan dengan berapa. Keesokannya, guru tersebut mengulang jenis soalan yang sama iaitu 2
+ 5 bersamaan dengan berapa. Daripada sini boleh dilihat bahawa matlamat yang mahu
ditekankan adakah murid dapat memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada hari
yang berbeza. Aspek kedua yang ditekankan adalah ketepatan iaitu adakah murid menjawab
soalan dengan betul. dalam konteks tadi, jawapannya adalah tujuh. Selain itu, kejelasan juga
dititikberatkan dalam temuduga berstruktur ini. Keadaan ini bermakna respon atau tindak balas
yang diberi oleh murid jelas dan boleh diterima. Di samping itu, tindak balas yang diberikan
termasuk dalam senarai jawapan yang lengkap. Perkara ini perlu kerana perkara tersebut dapat
menilai perkembangan murid berdasarkan jawapan yang diberikan.

5.3.8 Portfolio.

Setiap maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang dilakukan secara sistematik akan
disimpan dalam portfolio. Portfolio merupakan himpunan bukti atau keterangan yang dikumpul
berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Melalui data yang terdapat dalam portfolio, gambaran secara realistik tentang kemampuan murid
dapat diperolehi daripada terlalu bergantung kepada penilaian secara ujian. Justeru, tujuan
diwujudkan portfolio adalah untuk merekodkan pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang
diperolehi murid serta kejayaannya ketika bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Portfolio menyediakan medium asas untuk menilai perkembangan murid dan panduan
untuk merangka pembelajaranyang seterusnya. Justeru, perkongsian portfolio dengan ibu bapa
murid atau penjaga murid amatlah penting agar mereka dapat mengetahui dengan jelas mengenai
perkembangan dan kemajuan anak mereka. Jika dilihat secara fizikal, portfolio adalah satu fail,
kotak atau disket komputer yang menyimpan bukti dan maklumat murid. Antara kandungan
portfolio adalah pelaporan perkembangan murid, hasil kerja terpilih murid, rekod peribadi murid
serta rekod perkembangan dan kemajuan murid.

Hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai daripada setiap komponen sekurangnya-
kuranya dua bulan sekali. Setiap hasil kerja yang terpilih menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian. Justeru, pemilihan setiap hasil kerja perlulah dibuat oleh guru bersama-sama murid.
Antara hasil kerja murid adalah lukisan, tulisan, binaan yang disempurnakan, cerita yang ditulis
dan buku skrap. Guru perlu memberikan ulasan terhadap setiap hasil kerja murid setelah
dianalisis dan dinilai. Kebiasaannya catatan yang dibuat oleh guru menggambarkan tahap
pencapaian murid. Sebagai contoh ulasan guru adalah baik, teruskan usaha dan telah berjaya
membuat bulatan. Setiap koleksi kerja murid yang dipilih harus mengandungi hasil kerja yang
melibatkan murid terutamanya ketika pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi
kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dilakukan oleh murid.
Melalui pemilihan hasil kerja ini, hubungan antara murid dan guru dapat dieratkan. Malah,
maklumat daripada hasil kerja murid juga dapat membantu guru memahami murid dari segi
sikap, perasaan dan mengenal pasti tahap kemajuan penguasaan murid berkaitan sesuatu
kemahiran, pengetahuan dan amalan-amalan nilai murni.

Rekod maklumat peribadi murid amat penting bagi guru. Hal ini kerana rekod tersebut
bukan sahaja mengandungi maklumat diri murid malah turut mengandungi maklumat keluarga
murid dan maklumat fizikal. Jika berlaku sesuatu hal kecemasan, guru akan menggunakan rekod
maklumat peribadi murid untuk mendapatkan nombor telefon ataupun alamat rumah. Justeru,
guru perlu memastikan maklumat yang diperolehinya adalah tepat dan terkini. Manakala untuk
murid bermasalah dari segi kesihatan, rekod maklumat peribadi murid penting sebagai bahan
rujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya. Rekod perkembangan dan kemajuan murid
adalah rumusan yang dibuat oleh guru berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis
berkaitan dengan perkembangan diri murid secara keseluruhan dan spesifik. Rekod ini berbentuk
ulasan mengenai item-item yang telah dibina menerusi hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

5.3.9 Melapor

Pelaporan dapat didefinisikan sebagai proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke
semasa mengenai perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.
Maklumat untuk pelaporan kebiasaannya didapati daripada analisis yang dibuat daripada
pemerhatian dan pelaporan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan
murid, pihak sekolah dan guru serta tindakan susulan yang diambil daripada cadangan atau hasil
maklumat yang diperolehi. Laporan akan dicatatkan dalam rekod kemajuan murid sekurang-
kurangnya tiga kali. Rekod kemajuan murid merupakan ulasan guru mengenai perkembangan
diri murid dan pencapaiannya dari segi kemahiran, komunikasi, sikap dan kreativiti.

Tindakan susulan dapat ditarifkan sebagai aktiviti bimbingan, pengukuhan dan


pengayaan setelah mengenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Secara
ringkasnya, tindakan susulan merupakan tindakan untuk membantu murid meningkatkan lagi
potensi dan prestasi diri serta mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak
terhimpun. Setelah diberikan bimbingan, murid akan dinilai semula untuk melihat tahap
penguasaannya berkaitan kemahiran yang telah diajarkan oleh guru. Selain itu, untuk
memantapkan lagi pemahaman sedia ada murid, aktiviti pengukuhan akan diberikan kepada
murid iaitu sebagai contoh, menyelesaikan masalah matematik berdasarkan topik yang telah
diajarkan oleh guru pada hari tersebut. Selain itu, guru turut akan memberikan aktiviti pengayaan
berkaitan soalan yang lebih mencabar untuk menguji tahap pemahaman murid. Aktiviti
pengayaan lebih menekankan kepada pemikiran secara kreatif dan kritis.

Sebagai guru yang memegang amanah, guru perlu memastikan semua maklumat
berkaitan dengan murid adalah sulit. Maka kesemua rekod penilaian berkaitan perkembangan
dan kemajuan murid perlulah dijaga dengan teliti berdasarkan Akta Pendidikan 1996, segala
hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak tertentu sahaja seperti ibu bapa, guru
besar, pakar perubatan atau pihak-pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian, rekod tersebut
tidak boleh dipamerkan sewenang-wenangnya kepada umum. Sekiranya ingin mengambil
gambar dan merakam video murid, guru perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

5.3.10 Kaedah Terkini dalam Mengurus Rekod

Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pihak kerajaan telah mula
memperkenalkan aplikasi komputer dalam bidang pendidikan. Urusan merekod menjadi lebih
mudah dan pantas. Sistem yang diperkenalkan ialah E- Sekolah.

Sistem ini terdiri daripada Sistem Maklumat Murid Berkomputer, Sistem Pengurusan
Peperiksaan, Sistem Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar. Setiap sekolah perlu mempunyai sistem
rangkaian setempat (LAN) yang mana aplikasi menyimpan data akan diinstall di dalam komputer
server dan aplikasi memasukkan data pula akan diinstall di komputer-komputer pelanggan yang
disambungkan dengan wired atau wireless. Ringkasnya, pengguna hanya boleh memasukkan
data di dalam komputer pelanggan yangmempunyai sistem LAN. Melalui pengurusan maklumat
digital, maklumat bukan sahaja dapat dikemaskini secara atas talian malah dapat menggunakan
data yang terkini untuk sebarang kegunaan. Urusan-urusan seperti menganalisis enrolmen murid
dapat diperoleh dengan pantas.
5.3.10.1 Sistem Maklumat Murid Berkomputer

Sistem Maklumat Murid merupakan sistem maklumat murid berkomputer yang


diperkenalkan pada tahun 2000. Sistem ini bukan sahaja mengandungi maklumat
mengenai butir-butir peribadi murid malah turut mencakupi maklumat senarai rekod
kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, Rekod Skim Pinjaman Buku
Teks, rekod kedatangan harian dan kemudahan mendaftar untuk murid. Selain itu, antara
kelebihan lain sistem ini adalah nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk
sesuatu kegunaan. Tambahan pula, sistem ini amat memudahkan guru untuk mencari
maklumat murid iaitu hanya dengan memasukkan sebahagian nama pada bar carian.
Penggunaan sistem yang sistematik dan berteknologi memudahkan urusan guru serta
pengurusan sekolah menjadi lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak
pelanggan.

Di samping itu, sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid
warganegara. Justeru, sekiranya murid bertukar ke sekolah baru, guru hanya perlu
mengemaskinikan maklumat tentang nama sekolah baru dan alamat baru murid. Hal ini
kerana maklumat lain telah sedia ada di dalam komputer. Sistem ini dibangunkan di
peringkat sekolah untuk membolehkan guru menggunakan kemudahan teknologi
maklumat atau ICT dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa.

Setiap urusan berkaitan dengan bantuan seperti biasiswa dapat dilaksanakan


dengan segera. Murid yang layak untuk menerima bantuan dapat dikenalpasti melalui
sistem ini tanpa memerlukan guru mengedarkan borang untuk mendapatkan maklumat
yang diingini. Malah rekod penerima bantun, anggaran belaja mengurus, kes kecemasan
serta penglibatan mutid dapat diperolehi daripada sistem ini. Semua maklumat hanya
berada di hujung jari. Guru hanya perlu sentiasa mengemaskinikan maklumat murid agar
maklumat yang ada adalah maklumat yang terkini.
Rajah 1: Sistem Maklumat Murid

5.3.10.2 Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah merupakan salah satu sistem yang
berangkaian dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer. Tujuan sistem ini
dilaksanakan adalah untuk meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian
terutamanya berkaitan dengan ujian lisan. Hal ini kerana guru boleh memasukkan
maklumat yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dihendakinya sama ada sebaik
sahaja murid melakukan cerapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah
membuat cerapan dalam satu penggal adalah minimum sebanyak 3 kali bagi setiap
penggal dan laporan pentaksiran lisan boleh dijana setelah cerapan dilakukan.
Rajah 2: Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

5.3.10.3 E-pantau

E-Pantau merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan


Sistem Pengurusan Peperiksaan. Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk memantau
prestasi peperiksaan bulanan di sekolah-sekolah. Dengan kewujudan sistem ini, bebanan
guru untuk membuat analisis tahap pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan dapat
diringankan. Sistem ini juga membolehkan sekolah-sekolah menentukan Take-off Value
(TOV) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result (ETR). Untuk
mengira TOV, markah-markah Ujian Pertengahan Tahun Lepas, Ujian Akhir Tahun
Lepas, Ujian Sebenar Akhir Tahun semasa, Ujian Pengesanan Awal Tahun diperlukan.
Markah-markah ini akan dicarikan nilai purata dengan setiap ujian telah ditentukan
pemberatnya. Guru perlu memasukkan markah-markah sahaja dan sistem ini akan
mengeluarkan keputusan TOV.

Berdasarkan markah TOV yang diperoleh, murid dengan bimbingan guru akan
menetapkan ETR. Malah sistem ini juga akan mencadangkan ETR untuk setiap murid.
Tetapi pengubahsuaian masih boleh dilakukan agar bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid. Sistem ini juga dapat mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted
Incrementalisme). Setiap mutid akan cuba mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3
dan seterusnya. Apabila guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Target
Result (ATR) markah ini akan dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Tujuan
perbandingan ini dilakukan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat
atau defisit.

Seandainya hasil perbezaan daripada perbandingan OTI-ATR bernilai positif, ini


bermakna pembelajaran murid melangkaui target. Sekiranya bernilai 0 bermakna berjaya
mencapai target yang ditetapkan dan nilai negatif menunjukkan murid gagal mencapai
target. Secara tidak langsung, sistem ini dapat menyenaraikan murid-murid berdefisit
besar bagi memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti
kelemahan. Tindakan susulan akan diambil untuk membaiki tahap pencapaian murid.
Pelbagai strategi akan dirangka oleh guru supaya murid-murid defisit ini dapat diberikan
bantuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam ujian-ujian OTI yang akan datang.
Proses ini dikenali sebagai Auditan Hasilan Berteraskan OTI (AHBOTI). Akhir sekali
guru hanya perlu menghantar disket data yang dieksport melalui sistem ini untuk
digabungkan di peringkat daerah dan negeri.

1. Sistem Pengurusan Peperiksaan

Sistem Pengurusan Peperiksaan mempercepatkan proses keputusan peperiksaan


untuk dikeluarkan. Guru hanya perlu memasukkan markah-markah ujian dan markah
sasaran sahaja (rujuk E-pantau). Nama murid tidak dimasukkan dalam sistem ini kerana
dihubungkan dengan Sistem Maklumat Murid. Setiap markah TOV dan unjuran OTI
akan diproses oleh komputer. Justeru, sistem ini dilengkapi dengan Sistem Auditan
Berteraskan OTI. Maka setiap kali selesai ujian, markah yang didapati oleh murid akan
dibandingkan dengan markah OTI yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku defisit,
auditan akan dilakukan untuk mengesan kelemahan murid agar pengukuhan atau
bimbingan yang sesuai dapat diberikan. Proses ini dikenali sebagai pembetulan. Proses
ini akan dilakukan dari satu ujian ke satu ujian sehingga ke ujian yang terakhir iaitu sama
ada peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam.

Rajah 3: Sistem Pengurusan Peperiksaan

2. Sistem Kutipan Data Peperiksaan

Sistem kutipan data peperiksaan yang diguna di sekolah-sekolah ialah Sistem


Pengurusan Kawalan Auditan Hasilan Berteraskan OTI. Sistem ini bukan sahaja
berperanan mengumpul data tetapi juga mengeluarkan analisis ujian. Maka ketepatan
analisis amat bergantung kepada kesempurnaan data yang diperolehi. Kebiasaannya
kesilapan data yang diberikan sekolah dapat dikesan di peringkat daerah.
Rajah 4: 3 Sistem Kutipan Data Peperiksaan

5.3.10.4 Sistem Laporan Adab Belajar

Sistem Laporan Adab Belajar mula dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari
2004 ekoran daripada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (2003) untuk menilai
murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara
keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Pelaksanaan
sistem ini diharapkan dapat melahirkan muid yang seimbang sama ada dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah sebagai medium untuk melaporkan


dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh
terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.
Kesibukan ibu bapa bukanlah penghalang lagi dalam mengambil tahu tentang potensi,
kekuatan serta kelemahan anak mereka. Kebiasaannya guru akan memaklumkan kepada
ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sekiranya perlu tindakan susulan, guru
akan berbincang dengan ibu bapa cara yang terbaik untuk membantu perkembangan
murid. Menerusi pengenalan sistem ini, ibu bapa dapat berinteraktif bersama-sama guru
kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran.

Laporan Adab Belajar hanya boleh dilakukan oleh guru kelas dan guru bagi setiap
mata pelajaran. Hal ini kerana guru-guru tersebut banyak meluangkan masa bersama
murid semasa waktu persekolahan dan seterusnya dapat memahami tingkah laku serta
perangai murid berbanding guru lain. Laporan yang dibuat oleh guru kelas perlulah
meliputi tentang profil murid berkenaan iaitu dari segi kedatangan dan pencapaian
akademiknya. Manakala guru mata pelajaran akan melaporkan prestasi atau pencapaian
murid dalam mata pelajaran yang diajarkan oleh mereka. Di samping itu, kegiatan dan
pencapaian kokurikulum turut perlu dimasukkan dalam laporan. Segala maklumat
berkaitan dengan kerja kelas, kerja rumah, kelakuan dan sikap turut akan dilaporkan
dalam sistem ini.

Kerja kelas merupakan kerja atau penglibatan murid dalam aktiviti atau ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun semasa berada di sekolah.
Guru akan mencatatkan serta memberi komen mengenai kualiti kerja yang dihasilkan
oleh murid. Guru juga akan melaporkan di dalam sistem sekiranya murid tidak
menyiapkan atau sebaliknya. Laporan berkenaan akan dilaporkan mengikut tahap atau
kualiti serta jangka masa yang telah ditetapkan. Apabila memperkatakan tentang sikap
dan kelakuan, pastinya setiap orang akan mengatakan bahawa kedua-dua perkataan
tersebut membawa maksud yang sama. Kelakuan merupakan tingkah laku seseorang
murid dalam semua situasi sama ada ketika berada di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Manakala sikap merujuk kepada kemahuan untuk belajar dan berjaya dalam semua
bidang yang diceburi sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Memandangkan guru perlu melaporkan dalam sistem yang menggunakan teknologi


komputer, maka guru boleh mencatatkan terlebih dahulu adab murid di dalam Buku
Rekod Mengajar untuk digunakan sebagai rujukan semasa ingin membuat Laporan Adab
Belajar. Sekiranya guru tidak mencatatkan di mana-mana, berkemungkinan guru akan
lupa tentang perkara yang ingin dicatatkan.
Antara kelebihan sistem ini adalah dapat membantu guru dan ibu bapa dalam
mengikuti serta melihat dengan jelas Peringkat Formatif dan Peringkat Perkembangan
murid dalam semua bidang. Kelemahan murid dalam sesuatu bidang juga mudah untuk
dikenalpasti oleh guru dan memudahkan guru untuk memberikan pengukuhan serta
bimbingan sekiranya diperlukan oleh murid. Di samping itu, guru dapat menggunakan
maklumat daripada sistem ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar
lebih menarik dan seterusnya dapat menimbulkan minat murid untuk mengikuti
pengajaran yang diajarkan.

Rajah 5: Sistem Laporan Adab Belajar

5.3.10.5 Sistem Pengurusan Disiplin

Sistem Pengurusan Disiplin juga dikenali sebagai Sistem Merit Dimerit. Untuk
memudahkan kerja guru, sistem ini dihubungkan dengan nama-nama murid di Sistem
Maklumat Murid Berkomputer. Tujuan mewujudkan Sistem Pengurusan Disiplin adalah
untuk merekodkan kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap kesalahan
disiplin yang dilakukan ada markah demeritnya dan begitu juga sekiranya murid
melakukan sumbangan. Setiap markah akan dikira dan dianalisis oleh komputer.

Murid akan diberikan 40 markah setiap tahun dan markah ini perlulah dijaga oleh
murid untuk memastikan rekod disiplin murid bersih daripada pungutan markah dimerit.
Hal ini kerana sekiranya murid melanggar peraturan sekolah markahnya akan
berkurangan. Justeru, murid perlu melakukan sumbangan seperti membantu guru untuk
mendapatkan markah tambahan. Sebagai contoh, Ali telah ditangkap ponteng kelas oleh
guru disiplin. Sebagai hukuman, dia telah diberikan dimerit sebanyak 3. Maka dari
jumlah markah keseluruhannya iaitu 40 markah akan ditolak dengan 3. Jumlah markah
yang tinggal kini hanyalah sebanyak 37. Untuk menambahkan kembali markahnya, Ali
perlu melakukan kerja sumbangan seperti membersihkan makmal sains atau membantu
guru.

Namun, sekiranya markah merit lebih banyak daripada markah dimerit, ini
menunjukkan guru berjaya mengawal tingkah laku murid untuk berkelakuan baik. Murid
yang markah dimeritnya berkurangan sehingga 10 markah, tindakan akan diambil dengan
menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Di samping itu, guru boleh mengenakan
hukuman rotan terhadap murid tersebut. Bilangan hukuman rotan atau gantung
persekolahan adalah bergantung kepada markah yang sentiasa berkurangan sehingga
kepada tindakan buang sekolah sekiranya markah 40 yang diberikan pada awal tahun
tidak mempunyai baki lagi.

Selain itu, sistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa kaedah pengurusan
disiplin. Antaranya adalah Program Sistem Penalti dan Pengurusan Disiplin
Konvensional. Program Sistem Penalti lebih mirip kepada Sistem Merit Dimerit yang
menguruskan disiplin murid menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan yang
dilakukan oleh murid. Selain itu, bentuk tindakan yang lain adalah seperti guru
memberikan amaran, membuat kerja khidmat sosial, menghubungi ibu bapa atau penjaga,
merotan, menandatangani surat perjanjian, memberikan khidmat kaunseling dan akhir
sekali jika murid masih tidak berubah, tindakan buang sekolah akan diambil. Kerjasama
antara guru disiplin dengan semua guru amatlah penting agar setiap kesalahan yang
dilakukan oleh murid dapat dikenalpasti dan tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
Guru dapat menggunakan buku kawalan untuk mencatat setiap kesalahan tingkah laku
murid sebelum merekodkan dalam Sistem Pengurusan Disiplin atau dicatatkan dalam kad
penalti murid yang disimpan oleh guru disiplin.

Program Sistem Penalti dilaksanakan bertujuan untuk memberikan panduan


kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang bentuk tindakan disiplin yang boleh
diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin agar hukuman yang diambil
tidaklah secara membuta tuli. Selain itu, murid juga akan mengetahui setiap jenis
kesalahan disiplin dan mata penalti yang telah dikenakan terhadapnya. Penyelarasan
bentuk tindakan salah laku disilin dapat menghindarkan daripada timbulnya isu masalah
dari segi perundangan. Di samping itu, ibu bapa akan lebih jelas dengan kehendak
Jabatan Pendidikan Negeri tentang tindakan yang tidak dibenarkan di srkolah serta
bentuk hukuman yang akan diambil ke atas anak mereka sekiranya melanggar peraturan
sekolah. Dengan kewujudan sistem ini diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar serta kondusif.

Rajah 5: Sistem Pengurusan Disiplin


Jadual 1: Pelan Tindakan Program Sistem Penalti

Bil. Mata penalti Langkah/hukuman


1. 5  Amaran
 Khidmat sosial
2. 10  Hubungi ibu bapa/penjaga
 Rotan satu kali
 Surat amaran
 Mengisi borang
pengakuan pelajar
3. 20  Rotan dua kali
 Surat amaran
 Mengisi borang pengakuan
pelajar
 Sesi kaunseling
4. 30  Hubungi ibu bapa/penjaga
 Rotan tiga kali
 Surat amaran
 Mengisi borang pengakuan
pelajar
 Menandatangani surat
perjanjian
5. 40  Surat pemberitahuan
(pertemuan dengan ibu
bapa/penjaga)
 Gantung sekolah
 Menandatangani surat
perjanjian
 Sesi kaunseling
6. 50  Buang sekolah
5.3.10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Secara umumnya, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu
dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran yang dilaksanakan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dibahagikan kepada
beberapa bentuk format pentaksiran. Sebagai contoh, Pentaksiran Berasaskan Sekolah di
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dibahagikan kepada bentuk projek, Ujian
Lisan Berasaskan Sekolah, kerja kursus, Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah serta modul
(Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR 2007).

Antara tujuan lain pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah untuk


mengurangkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi mata
pelajaran yang tidak terkandung dalam peperiksaan awam, mata pelajaran tersebut akan diuji di
peringkat sekolah. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mata pelajaran tersebut tidak penting.
Sebenarnya tanpa mengira di peringkat mana pentaksiran atau ujian dijalankan mata pelajaran
tersebut sama penting dan memainkan peranan penting dalam kecemerlangan akademik. Sistem
tersebut dijalankan sebagai usaha untuk membangunkan sistem yang akan menggalakkan murid
mencintai ilmu di samping dapat membangunkan budaya persekitaran kurikulum yang mantap
tanpa perlu diberi keutamaan terhadap peperiksaan. Maka jelaslah di sini bahawa pelaksanaan
sistem ini bukanlah untuk memansuhkan sistem peperiksaan sedia ada.

Oleh yang demikian, selaras dengan matlamat kurikulum bahasa sekolah menengah iaitu
untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian, penguasaan
kemahiran ini amatlah penting dalam menyediakan murid untuk berhadapan dengan cabaran
hidup yang semakin mencabar.
5.3.10.1 Cara Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Setiap mata pelajaran mempunyai matlamat yang berbeza dalam merealisasikan


pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Misalnya, Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Arab untuk memberikan penekanan
terhadap penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi
instrumen ini, kemahiran-kenahiran tersebut dapat dipertingkatkan terutamanya
kemahiran mendengar serta bertutur. Sebagaimana yang diketahui, untuk mahir dalam
sesuatu bidang terutamanya bidang bahasa memerlukan latihan yang banyak serta
berterusan. Sebagai contoh, guru akan melaksanakan pentaksiran lisan beberapa kali
dalam tempoh setahun. Oleh yang demikian, untuk memperolehi markah pentaksiran
yang tinggi, murid perlu membiasakan diri menggunakan bahasa tersebut dalam
kehidupan sehariannya.

Manakala bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi, pentaksiran yang sesuai
digunakan untuk menilai penguasaan murid adalah melalui tugasan menghasilkan projek
kerja kursus. Misalnya, matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk dan
memperkukuhkan semangat kesetiaan terhadap negara dan jati diri sebagai seorang
warganegara Malaysia. Justeru, projek kerja kursus yang diberikan oleh guru perlulah
berkaitan dengan penghayatan serta pengetahuan tentang sejarah tanah air dan juga
sejarah negara lain. Markah yang diberikan kepada projek kerja kursus tersebut
merupakan markah murid untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan


insan yang berdikari, memahami penggunaan teknologi dan ekonomi. Justeru, melalui
pengajaran mata pelajaran tersebut diharapkan keyakinan diri murid semakin bertambah,
sentiasa kreatif dan berinisiatif dalam memajukan kehidupan agar selari dengan teknologi
yang sentiasa berubah. Maka untuk menilai atau mengukur penguasaan murid dalam
matapelajaran ini, guru akan menilai tahap pemahaman murid menerusi hasil tugasan
kerja kursus murid berdasarkan modul-modul yang terdapat dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu.
Berlainan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, guru akan mengukur prestasi
murid berdasarkan penguasaannya dalam kemahiran Tilawah dan Hafazan serta melalui
Pemerhatian Adab dan Akhlak Islamiah. Selain itu, setiap murid yang akan mengambil
peperiksaan awam untuk Pendidikan Islam sama ada semasa Ujian Penilaian Sekolah
Rendah ataupun Penilaian Sekolah Rendah perlu mengambil Penilaian Asas Fardhu Ain
(PAFA). Ini bertepatan dengan matlamat Pendidikan Islam sendiri iaitu untuk
menghasilkan seorang Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh,
beradab dan berakhlak mulia berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran dalam


mendapatkan maklumat tentang prestasi pembelajaran murid. Pengukuran dapat
ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan
instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran
kebiasaannya berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah,
peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan
orang lain), agregat dan pangkat atau band. Guru perlulah kreatif dalam menggunakan
penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini kerana setiap mata pelajaran bukan sahaja
mempunyai matlamat yang berbeza malah kemahiran yang dikuasai juga berbeza.

5.3.10.2 Peranan Guru

Peranan guru amatlah penting dalam mendapatkan maklumat murid dan


seterusnya melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hal ini kerana maklumat yang
tidak tepat akan menyebabkan data kajian atau hasil maklumat yang diperolehi tidak
betul atau tidak tepat. Oleh yang demikian, sebelum melaksanakan pentaksiran guru perlu
mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu seperti menyertai
kursus, mesyuarat atau seminar yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
yang diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Hal ini kerana setiap peserta iaitu guru
yang mengikuti seminar tersebut akan dilatih untuk melakukan tugas mereka dengan
profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu.
Prof Madya Mohamad Ali Hassan (2007) mengatakan bahawa kajian yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran pada 2007 adala bertujuan untuk memastikan setiap guru
mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan penilaian dan seterusnya
melaksanakannya dengan adil serta berhemah.

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, Menteri Pelajaran Datuk Seri
Hishammuddin Hussein (2004) berpendapat universiti atau institusi perguruan perlu
melahirkan guru terlatih dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar usaha untuk
mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam dapat dicapai. Selain
itu, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat alternatif dan tulen seperti pentaksiran
kerja kursus, projek, persembahan, kegiatan jasmani, ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti
dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan di semua peringkat persekolahan sama
ada di bandar mahupun di kampung. Selari dengan arus teknologi yang semakin
berkembang, peranan guru juga semakin mencabar. Peranan guru bukan lagi sebagai
mendidik tetapi juga sebagai pemudah cara yang berkesan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran, mengurangkan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan
peperiksaan yang dihadapi oleh murid (Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein 2008).

5.3.10.3 Penyelarasan

Penyelarasan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk memastikan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam
dari segi peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
Bukan itu sahaja, penyelarasan turut melibatkan proses penyeragaman alat, bahan dan
situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terselaras.
Antara objektif penyelarasan adalah untuk memastikan setiap penilaian dilakukan dengan
adil, sahih dan amanah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Di samping itu,
penyelarasan dilakukan untuk menentukan skor pentaksir mengikut kriteria yang
ditetapkan dan ketekalan skor.

Kaedah penyelarasan terbahagi kepada kepada tiga iaitu pentaksiran proses,


pentaksiran produk serta pentaksiran proses dan produk. Pentaksiran proses merupakan
proses penyeragaman skor, alat , bahan dan situasi semasa calon iaitu murid melakukan
tugasan atau aktiviti. Guru yang ingin menilai murid akan menyediakan kumpulan murid
tersebut yang terdiri daripada murid kompeten dan belum kompeten. Guru penyelaras
yang telah dilantik akan memilih sample murid yang mewakili kumpulan tersebut. Maka
ketika calon melakukan aktiviti, pentaksiran akan dilakukan secara berasingan oleh guru
dan guru penyelaras luar. Setelah selesai mengumpulkan data, guru penyelaras tersebut
akan membandingkan skor yang diperolehi dengan skor guru. Sekiranya terdapat
perbezaan skor, bimbingan akan diberikan kepada guru agar guru lebih memahami dan
mendapatkan kesefahaman kriteria yang ditetapkan serta dapat menskor dengan betul.
Memandangkan guru penyelaras mahir serta berkepakaran dalam bidang ini maka skor
yang didapatinya adalah muktamad.

Manakala pentaksiran produk adalah proses penyeragaman yang bertentangan


dengan pentaksiran proses iaitu dilakukan selepas calon menjalankan tugasan atau
aktiviti. Guru penyelaras luar akan memilih sampel evidens murid yang mewakili
kumpulan yang kompeten dan belum kompeten. Pentaksiran dilakukan oleh guru
penyelaras luar pada sample evidens murid dan apabila memperolehi skor, guru
penyelaras tersebut akan membandingkan keputusan skornya dengan skor guru pentaksir.
Seperti biasa, sekiranya keputusan skor berbeza, guru pentaksir akan diberikan
bimbingan. Pentaksiran proses dan produk pula merangkumi kedua-dua keadaan di mana
skor, alat , bahan dan situasi akan diseragamkan sebelum dan semasa calon melakukan
tugasan atau aktiviti.

Kebiasaannya, sampel evidens murid atau sampel murid akan dipilih sebanyak 10
sampel berdasarkan tahap pencapaian sama ada kompeten atau sebaliknya. Pemilihan
sampel boleh dilakukan dalam dua cara. Pertamanya, semua sampel ditaksir berasaskan
satu elemen atau konstruk dan keduanya, sampel ditaksir berdasarkan beberapa elemen
atau konstruk yang berlainan.
5.4 KONSEP KESEDIAAN BELAJAR

Dalam proses pembelajaran, kesediaan belajar merupakan satu permulaan yang sangat
penting untuk memastikan setiap pembelajaran dapat difahami oleh pelajar. Kesediaan belajar
merangkumi kesediaan pelajar dan juga kesediaan guru untuk mengajar. Menurut Bruner (1966)
kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan
kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Kesediaan pelajar berkembang
seiring dengan perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan
pelajar. Sebagai contoh, kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan
mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara
pembelajaran abstrak. Persediaan ini boleh membantu pelajar memahami pelajaran yang baru
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Menurut hukum kesediaan Thorndike.
(1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu
dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan
perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang
tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-
persiapan yang perlu ada,sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.

Selain kesediaan pelajar, guru sendiri perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan,
kaedah pembelajaran yang ingin digunakan dan sebagainya. Dalam aspek ini, buku rekod
mengajar dan juga jadual kedatangan menjadi persediaan untuk guru memahami peranan mereka
di sekolah. Kesediaan pelajar yang merangkumi kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor ini
adalah berbeza bagi setiap individu pelajar. Di sekolah, peranan guru sangat penting untuk
menangani dan mengatasi kesediaan pelajar. Ini termasuk peranan guru untuk meningkatkan
tahap kesediaan pelajar melalui teknik dan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesan.

5.4.1 Kesediaan Pelajar

5.4.1.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Kognitif

Persediaan dari segi kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami,
memikir dan menakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. Kognitif dikaitkan dengan
proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan
merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. Hal ini dapat
melihat cara seseorang menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya
dan peranan ingatan dalam membuat keputusan. Kemahiran kognitif seseorang
berkembang seiring dengan perkembangan intelektual mereka. Sebagai contoh, murid-
murid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit dan apabila telah
masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang
kompleks. Ini bermaksud seorang pelajar telah bersedia bagi pembelajaran kognitif
apabila pencapaian ilmiahnya sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.
Kesediaan kognitif bagi peringkat awal merupakan kebolehan mengamati dan
mengenalpasti idea berdasarkan pengalaman mereka.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mendengar bunyi telefon dan bunyi itu
sampai ke telinga. Maka, kanak-kanak itu dapat memberi makna kepada bunyi dan
kanak- kanak itu boleh dikatakan sebagai pernah mendengar dan mempunyai pengalaman
mendengar bunyi tersebut. Kesediaan kognitif berkembang bermula dengan
perkembangan semasa peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Tahap kesediaan
mereka juga akan bersesuaian dengan tahap emosi, mental dan pemikiran mereka.
Menurut Fox (1995), setiap kajian menunjukkan kecekapan yang berkembang secara
beransur selama beberapa tahun, dengan tempoh penggabungan penghuraian dan inovasi.
Tambahan pula, kesediaan kognitif melibatkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Jika pelajar menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi, maka mudah bagi mereka untuk
memahami pembelajaran yang lebih mendalam. Pengetahuan sedia ada pelajar boleh
dikutip dan disimpan daripada pengalaman mereka bersama masyarakat dan alam
sekeliling sepanjang proses pembesaran mereka di samping itu, pengalaman dan
pengetahuan tersebut akan terus menjadi memori bagi setiap individu.

5.4.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Afektif

Kesediaan afektif ialah sikap keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat
seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Pembelajaran afektif
didemonstrasikan melalui perlakuan yang menunjukkan sikap kesedaran, minat, prihatin
dan bertanggungjawab. Melalui kesediaan ini, pelajar dapat meningkatkan kadar
pembelajaran pelajar, minat terhadap pembelajaran dan juga persaingan yang sihat dalam
kalangan mereka. Minat yang mendalam menjadi kunci utama dalam memotivasikan
pelajar untuk mencapai tahap pemahaman dan pencapaian yang tinggi. Melalui minat
juga, mereka juga akan menganggap bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu
yang menyeronokkkan dan mendatangkan kepuasan kepada diri pelajar itu sendiri.

Sebaliknya, jika seseorang pelajar mempunyai sikap negatif terhadap


pembelajaran kesediaan afektifnya rendah akan menyebabkan pembelajarannya tidak
dapat dilakukan dengan kejayaan walau pun pelajar berkenaan telah banyak kali
melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Domain afektif ini juga sangat berkait rapat
dengan harga diri dan cara murid menganggap diri mereka sebagai pelajar. Apabila
pelajar merasakan mereka bagus dan baik sebagai seorang pelajar, mereka akan lebih
bersedia menghadapi risiko dan menumpukan kepada pembelajaran seterusnya.

5.4.3 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Psikomotor

Persediaan yang terakhir adalah persediaan psikomotor. Domain psikomotor sendiri


meliputi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot, seperti
aktiviti fizikal dalam persembahan, menuruti dan membina atau mencipta. Kesediaan
psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal
dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses
pembelajaran yang baru.

Bagi kesediaan psikomotor pula, tahap perkembangan mereka adalah berbeza


walaupun mempunyai umur yang sama. Keadaan ini kerana, kesediaan amat berkait rapat
dengan latihan. Tidak dapat dinafikan kemahiran fizikal seperti ini memerlukan proses
latihan yang berterusan dan betul. Contoh mata pelajaran yang berkait dengan kesediaan
psikomotor adalah pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan permainan alat muzik.
Melalui latihan ini, pelajar dapat memperbaiki prestasi psikomotor mereka disamping
kesediaan psikomotor ini amat berkait rapat dengan kesediaan kognitif dan afektif. Hal
ini berikutan kemahiran psikomotor memerlukan tahap pemikiran yang kreatif dan kritis
disamping minat dan sikap yang mendalam terhadap kemahiran ini.

Pada permulaan, penerimaan pelajar amat agresif terhadap pembelajaran tetapi


melalui latihan berterusan mereka mula dapat menerima dan menunjukkan perubahan dan
tindakbalas yang lebih baik dan teratur. Perubahan penerimaan ini dapat dilihat apabila
pelajar itu sendiri mempunyai tahap kesediaan psikomotor yang tinggi disamping
kesediaan kognitif dan afektif.

5.4.4 Kesediaan Guru Mengajar

Kesediaan belajar juga meliputi kesediaan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula, guru mestilah mempunyai
buku rekod mengajar dan jadual waktu. Buku rekod mengajar merupakan himpunan pelan
tindakan guru sebelum mengajar. Buku tersebut mengandungi rancangan pelajaran tahunan dan
rancangan pelajaran harian. Bagi rancangan pelajaran tahunan, ianya disusun berdasarkan
takwim minggu persekolahan. Butiran yang perlu dimasukkan dalam buku rekod mengajar
adalah matapelajaran, tingkatan, tajuk dan isi, objektif, kemahiran, nilai dan bahan bantu
mengajar. Rancangan pelajaran harian pula merangkumi masa dan tarikh, mata pelajaran,
tingkatan, tajuk, kemahiran, aktiviti, dan refleksi.

Rekod pencapaian pelajar untuk setiap peperiksaan juga dimasukkan dalam buku rekod
mengajar. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengenalpasti prestasi setiap pelajarnya. Buku
rekod mengajar ini akan dinilai oleh Pengetua atau Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Jemaah Nazir. Buku ini haruslah diserahkan kepada pihak sekolah
sebelum cuti akhir tahun sebagai penilaian bagi setiap guru. Guru dapat memilih dan menyusun
perancangan pembelajaran yang paling bagus dan berkesan untuk pelajar. Penggunaan buku
rekod ini akan membantu guru dalam menjalankan proses pembelajaran. Hal ini kerana, guru
mempunyai persediaan awal berkenaan dengan tajuk, gaya pembelajaran dan tindakan yang akan
ditonjolkan di dalam kelas bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kelebihan lain
termasuk guru sendiri dapat menilai keberkesanan atau kelemahan pengajaran hari ini untuk
diperbaik pulih bagi pembelajaran yang akan datang. Guru juga lebih mudah untuk menyediakan
bahan bantu mengajar seperti peta minda, komputer, risalah dan sebagainya.

Selain buku rekod mengajar, jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar juga memainkan
peranan yang penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut
Akta Pendidikan, jadual waktu haruslah mempunyai senarai mata pelajaran yang diajar, nama
guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar. Jadual waktu akan diluluskan
oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan. Menerusi penggunaan jadual waktu, guru dapat
merancang masa mereka dengan lebih teliti dan teratur. Penggunaan dan pembahagiaan masa
yang efisien dapat membantu meningkatkan produktiviti seorang guru. Jadual kedatangan pelajar
pula merekodkan kehadiran setiap pelajar pada setiap hari di sekolah. Jadual ini akan ditanda
setiap oleh guru kelas untuk memastikan bilangan yang hadir dan tidak hadir. Bagi pelajar yang
tidak hadir, mereka perlu mengemukakan surat rasmi untuk memaklumkan ketidakhadiran
mereka. Guru akan menganalisis kedatangan pelajar dan mencari punca ketidakhadiran pelajar di
dalam kelas.

Kesediaan guru untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku
rekod mengajar, jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar akan memudahkan peranan guru
sendiri disamping menyediakan corak pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.

5.4.5 Peranan Guru dalam Menangani Kesediaan Pelajar

Bagi mereka yang bergelar guru seharusnya memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
mengetahui cara untuk mengatasi dan memahami kehendak pelajar dalam usaha membantu
pelajar menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan yang terbaik bagi memastikan mereka berada
dalam keadaan sedia untuk menimba ilmu dan juga pengalaman baharu di sekeliling mereka.
Kesediaan pelajar untuk belajar perlu dititikberatkan oleh para guru untuk memastikan pelajar
bersedia untuk menerima apa yang bakal diajarkan oleh guru di dalam kelas ataupun semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Lebih mudah jika kesediaan murid diberi perhatian
mengikut aspek yang telah dibincangkan terlebih awal dalam tajuk ini iaitu merangkumi 3 aspek
utama termasuklah kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan juga kesediaan psikomotor.
Kesediaan kognitif

Untuk kesediaan kognitif, proses pembelajaran bagi pelajar meliputi pembelajaran


terdahulu yang telah mereka pelajari akan banyak membantu mereka dalam aspek
kognitif. Hal ini kerana pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas yang dimiliki oleh
pelajar amat penting untuk membantu dan membolehkan mereka menguasai bahan-
bahan baharu berdasarkan pengalaman mereka yang ada terutamanya yang lebih
mendalam dan tinggi serta kompleks. Kebanyakan daripadanya melibatkan konsep
spontan yang dapat dibentuk berdasarkan pengalaman sedia ada. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kesediaan pelajar untuk proses
pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Antara langkah-langkah yang diambil oleh
guru adalah menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, untuk
kesediaan kognitif guru boleh membantu pelajar untuk bersedia terlebih dahulu dengan
memberikan tugasan yang berkaitan dengan tajuk yang bakal diajar seperti mereka lagu
ataupun mengadakan sesi pembentangan secara sketsa atau drama ringkas. Hal ini dapat
menarik minat pelajar untuk fokus pada tajuk yang bakal mereka pelajari di samping
pelajar juga akan bersedia lebih awal untuk mempelajari topik tersebut.

Guru juga boleh menggunakan deria para pelajar untuk memerhati, mendengar
dan juga melakukan sesuatu di dalam kelas. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah
seperti mengadakan kuiz yang menguji minda para pelajar serta keaktifan mereka di
dalam kelas. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk bersiap sedia
lebih awal dan mengulang kaji pelajaran yang terdahulu sekali gus membantu kesediaan
pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Tambahan pula, guru boleh menarik
perhatian para pelajarnya dengan memulakan proses pengajaran melalui fakta-fakta yang
menarik berkaitan dengan sesuatu yang dikatakan ajaib dan sesuatu yang jarang didengar
misalannya fakta sains yang menarik. Contohnya, seorang guru ingin mengajar subjek
biologi bertajuk fotosintesis perlulah menyediakan artikel ataupun keratan akhbar
berkaitan untuk merangsang minat pelajar.
Situasi pembelajaran lebih
menarik

Kesediaan
kognitif

Kepekaan deria Permulaan proses


(memerhati dan pengajaran dan
mendengar) pembelajaran yang
menarik

Kesediaan afektif

Bagi kesediaan afektif pula, guru hendaklah menekankan aspek perilaku pelajar seperti
keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan juga minat seseorang untuk melakukan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Selain itu, dari segi kesediaan afektif, guru harus
membantu pelajar dengan memberi bayangan jawapan sewaktu sesi soal jawab di dalam
kelas. Sebagai contoh, guru bertanyakan definisi kemerdekaan kepada pelajar. Jika
pelajar tidak mampu menjawab, guru bolehlah memberikan kata kunci seperti bebas dan
pengaruh barat untuk memandu pelajar menjawab. Guru tidak perlu melatah apabila
mendapat jawapan yang salah daripada pelajar sebaliknya guru perlu memberi peneguhan
yang positif agar mereka tidak takut untuk mencuba.

Para pendidik harus peka kepada keperluan emosi pelajar. Misalnya, jika pelajar
ingin menceritakan tentang perasaan kecewa dengan rakan sebaya, guru harus
mendengar, bersimpati dan memberi nasihat serta panduan. Carl Rogers ada menyatakan
bahawa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengamalkan kaedah
pemusatan Lobcen. Melalui kaedah itu, guru berasa bertanggungjawab untuk mendengar
sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Dengan cara ini, hubungan antara guru
dengan pelajar menjadi lebih erat.
Kepelbagaian sumber
pengajaran dan pembelajaran

Membantu pelajar Kesediaan


menjawab soalan yang Peka pada emosi pelajar
afektif
dikemukakan

Penerangan yang jelas

Kesediaan psikomotor

Antara langkah-langkah dalam menangani kesediaan psikomotor pelajar adalah guru


perlu memahami keadaan fizikal pelajar itu terlebih dahulu. Guru juga harus mencakna
dengan tahap kecerdasan setiap pelajar dan cuba untuk mengenalpasti kelemahan pelajar.
Guru juga harus meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pelajar untuk melakukan
sebarang aktiviti fizikal. Selain itu, guru bolehlah memberikan sokongan moral kepada
pelajar dan mencuba untuk menyakinkan pelajar bahawa semua orang adalah sama dan
apa-apa yang diperlukannya adalah keyakinan diri. Kita harus ingat bahawa pengalaman
yang kita berikan kepada pelajar boleh mendatangkan kesan dalam kehidupan pelajar.
Pengalaman itu mungkin boleh meningkatkan perubahan dalam diri pelajar apabila tahap
pematangan dan kesediaan membenarkan perubahan itu.

Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk melakukan tindakan


motor seperti kemahiran menulis, membaca, berjalan dan sebagainya. Di samping itu,
perlu ditegaskan bahawa penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan
perkembangan kognitif dan afektif. Pemikiran yang cerdik dan sikap yang positif amat
diperlukan untuk mencapai prestasi psikomotor yang cemerlang.
Memandu pelajar
ke arah yang lebih
menyokong
pembelajarannya

Kesediaan
psikomotor

Memahami dengan
Mengetahui
jelas proses
kemampuan pelajar
pemahaman pelajar

5.4.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar

Fizikal

Intelek
Faktor warisan Kematangan
Emosi

Kesediaan
Sosial
pembelajaran pelajar

IQ
Faktor
Pengalaman
Persekitaran
EQ
Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikuti
sesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima
proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Kebiasaannya, kesediaan pelajar
untuk belajar dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu warisan dan faktor persekitaran. Faktor ini
menyebabkan terdapatnya kesediaan untuk sesorang itu belajar dalam kalangan pelajar. Kedua–
dua faktor ini menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam proses mempelajari sesuatu
perkara yang baru. Dalam hal yang berkaitan, faktor warisan dan persekitaran sentiasa saling
mempengaruhi dalam menghasilkan kesan terhadap pembelajaran. Faktor warisan dan
persekitaran turut menentukan kematangan dan pengalaman dan seterusnya akan mempengaruhi
kesediaan pembelajarannya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh
faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak
pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia
untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh
diertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan
emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan
faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Kematangan

Fizikal Intelek Emosi sosial


i. Kematangan Fizikal

Setiap manusia normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal
dalam 5 peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi,
perkembangan fizikal adalah cepat begitu juga pada peringkat remaja. Perubahan otot dan
ketinggian serta saiz pelajar akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematangan
fizikal pelajar. Proses pertumbuhan dalaman berlaku sebagai pengasas dan harus ada
untuk pembelajaran yang efisien dan mungkin merupakan pra-syarat bagi sesetengah
jenis pembelajaran. Pada peringkat dewasa, kematangan menjadi begitu bererti kerana
seseorang itu boleh menggunakan apa-apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telah
diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal.

Pada peringkat tua, kekuatan tenaga beransur-ansur hilang. Orang tua pula
kelihatan mudah penat, cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan selalu terganggu.
Kematangan fizikal biasanya akan sempurna tercapai kira-kira pada umur 17 tahun dan
18 tahun. Pada peringkat umur ini, seseorang individu itu sudah sampai di akhir
perkembangan fizikal, individu tetap boleh membesar sedikit lagi dan boleh bertambah
berat badannya. Aktiviti pembelajaran kadang-kadang berkait rapat dengan
perkembangan jasmani dan kebolehan kemahiran fizikal seseorang murid, perhatian
terhadap corak kematangan fizikal murid-murid haruslah diambil kira oleh guru untuk
menyediakan aktiviti yang sesuai dan selaras dengan kesediaan belajar mereka. Sebagai
contoh, murid tahun 1 tidak boleh memegang reket tenis dan bermain dengan baik. Hal
ini kerana mereka belum mencapai tahap kematangan fizikal di mana otot-otot mereka
belum mampu untuk menampung reket tenis yang berat itu. Guru pula tidak seharusnya
memaksa pelajar itu untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar itu tidak bersedia
melakukannya. Biasanya corak pertumbuhan fizikal di antara individu berbeza. Guru
harus mengetahui untuk menyesuaikan keadaan yang berbeza-beza ini. Misalannya,
penggunaan alat bantu mengajar merupakan medium yang boleh digunakan dalam
kaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. Guru sepatutnya boleh
membuat apa saja penyesuaian bersesuaian dengan kematangan fizikal pelajar. Tindakan
berhati-hati daripada guru boleh memajukan lagi perkembangan potensi pelajar.
ii. Kematangan Intelek

Kematangan intelek ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang
pelajar meningkat. Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh
diterima kerana otak telah cukup bersedia untuk menerimanya. Walau bagaimanapun,
kadar perkembangan bagi setiap pelajar tidak sama tetapi beberapa sifat umum dapat
diperhatikan dalam proses kematangan. Secara umumnya, kematangan mental berubah
daripada operasi mental yang mudah kepada operasi mental yang kompleks. Oleh yang
demikian, guru haruslah sentiasa menimbangkan tahap kematangan dan perbezaan mental
antara murid-murid. Semasa merancangkan program pembelajaran kematangan ini tidak
mempunyai hadnya di mana semasa kanak-kanak membesar, perubahan berlaku pada
keupayaan mental mereka. Kesediaan pembelajaran bukan bergantung pada kematangan
intelek sahaja faktor-faktor lain seperti latar belakang pengalaman dan pencapaian masa
lalu juga mempengaruhi kesediaan pembelajaran. Maka, pelajar telah bersedia untuk
menerimanya dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Setelah pembelajaran
dapat dilaksanakan, maka terhasillah kepuasan dalam pembelajaran.

iii. Kematangan Emosi

Kematangan emosi merupakan darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang


berkaitan dengan minat, keinginan, kepuasan dan gangguan dalaman terhadap
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat
dan keinginan dapat membangkitkan emosi yang mendorong pembelajaran. Walau
bagaimanapun, rangsangan yang sama tidak semestinya membangkitkan emosi yang
sama dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sedar akan tahap emosi
murid-murid sebelum merancangkan pengajarannya selaras dengan kesediaan belajar
murid-murid. Guru hendaklah selalu mempelbagaikan pengajaran supaya keinginan dan
kepuasan dalam pembelajaran berterusan dan jika minat serta keinginan ini dihapuskan,
emosi akan berkurangan dan mungkin akan lenyap sama sekali. Maka timbullah pelajar
yang malas, pasif dan tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru. Kadangkala perasaan
benci pada guru juga mungkin berlaku.
iv. Kematangan Sosial

Kematangan sosial ialah kebolehan murid-murid berinteraksi sesama mereka atau guru-
guru yang boleh mewujudkan keadaan yang mendorong pembelajaran. Dalam sesebuah
darjah, sikap dan tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza. Ada pelajar yang pendiam,
periang, suka berkawan dan ada juga yang suka menyendiri. Oleh itu, bagi menghasilkan
kesediaan pembelajaran, guru yang mengurus bilik darjah haruslah memperkembangkan
kematangan sosial yang positif untuk mengalakkan pembelajaran, misalannya bagi
pelajar yang pendiam diberikan kerja berkumpulan, pelajar pendiam digabungkan dengan
pelajar periang, pelajar yang lemah digabungkan dengan pelajar yang pandai. Melaui cara
ini, pelajar-pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan baik di antara mereka dan boleh
menerbitkan suasana kesediaan belajar. Pergaulan di antara rakan sebaya adalah amat
penting terutama dalam kalangan remaja. Sekiranya mereka gagal berinteraksi sesama
mereka, kesediaan pembelajaran tidak boleh wujud kerana mereka tidak seronok belajar.
Bagi pelajar yang pendiam dan pemalu, guru hendaklah sentiasa bersoal jawab supaya
dapat mengaktifkan murid-murid tersebut. Bagi pelajar yang aktif atau cergas, guru
hendaklah mengajarnya bertolak-ansur dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain.

v. Pengalaman

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan,
tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong
kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapat
sesetengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan
pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka
semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa juga idea tentang urutan pembelajaran
dan pra-syarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas
diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih
kompleks. Sebagai contoh, pelajar tingkatan tiga yang hendak masuk aliran sains mesti
memenuhi pra-syarat sains dan matematik sekurang-kurangnya C dan ke atas. Jika pelajar
tersebut tidak memenuhi pra-syarat tersebut, pelajar tersebut akan mengalami kesusahan
untuk meneruskan pelajaran yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, guru haruslah
memberi perhatian terhadap hubungan antara kesediaan belajar dengan pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid apabila konsep baru diperkenalkan atau
melaksanakan sesuatu program pembelajaran yang baru.

Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak sangat bergantung kepada latar


belakang keluarga, kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Rakan sebaya boleh
mempengaruhi murid-murid terutama di peringkat remaja supaya mengutamakan
kegiatan yang bukan berkaitan dengan tugas pembelajaran. Selain rakan sebaya, keluarga
juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesediaan pembelajaran murid. Mengikut
kajian yang dijalankan oleh Rosen (1958), keluarga daripada kelas menengah adalah
kelas keluarga yang paling banyak membantu murid-murid dalam kesediaan
pembelajaran. Kanak-kanak daripada keluarga kelas menengah, biasanya diasuh supaya
menumpukan perhatian mereka kepada tugas pembelajaran. Mereka dibiasakan sentiasa
bersedia dalam pembelajaran untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam persekolahan
semenjak kecil lagi. Kesediaan belajar perlu dihubungkan dengan pengalaman asas
kanak-kanak untuk mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri.Melalui
cara ini, pelajar tersebut merasakan diri mereka berkeupayaan untuk belajar dan dapat
mengatasi situasi pembelajaran baru dengan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsung
dapat menimbulkan satu perkara baru yang seronok diterokai dan bukan satu tugas yang
menyusahkan. Dari segi aspek pengalaman, faktor- faktor ini terbahagi kepada 2 iaitu
dari segi Intelligence Quotient (IQ) dan juga Emotional Quotient (EQ).

IQ (Intelligence Quotient) adalah kemampuan atau kecerdasan untuk


memecahkan sebuah pertanyaan dan selalu dikaitkan dengan hal akademik seseorang.
Bagi seseorang pelajar, kemampuan IQ sangatlah penting untuk menentukan tahap
mereka sebagai pelajar dan merupakan aspek yang dinilai dalam proses pembelajaran di
sekolah. Dalam aspek ini, sebelum memasuki kelas pelajar sewajarnya mempunyai
kemampuan IQ yang boleh menyokong pembelajarannya di dalam kelas. Sebagai
contohnya, seseorang pelajar itu boleh mempersiapkan diri mereka dengan membaca
atau meneroka terlebih dahulu apa yang akan dipelajarnya di dalam kelas nanti. Hal ini
seterusnya akan menyokong proses pembelajaran mereka dalam kelas kelak selain
menambahkan kefahaman serta penghayatan pelajar dalam sesuatu tajuk.
Bagi EQ (Emotional Quotient) pula kecerdasan emosi merupakan kemampuan
untuk mengelola emosi atau perasaan. Goleman mengemukakan bahwa kecerdasan emosi
merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain,
kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada
diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Bagi pelajar yang ingin berjaya
mereka haruslah peka dengan persekitaran dan perlu pandai untuk mengadaptasikan diri
mereka dengan persekitaran sekeliling. Kesediaan pembelajaran yang dapat dibuat
berdasarkan aspek ini adalah dengan menangani dan juga mengawai emosi mereka untuk
menyiapkan diri menerima suasana proses pembelajaran yang mungkin akan berlaku.
Peka terhadap keadaan sekeliling dan juga saling membantu kawan yang lain sebelum
proses pembelajaran bermula contohnya untuk menstabilkan emosi kawan yang sedang
dilanda masalah.

5.4.7 Langkah- langkah Membantu Kesedian Belajar Pelajar

Mempelbagaikan aktiviti

Asingkan murid- murid yang


cerdik dan murid yang kurang Isi kandungan yang menarik
cerdik

Galakkan murid Alat bantu mengajar


berkerjasama

Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar telah
benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan
bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti mengasingkan
murid-murid yang cerdik dan murid kurang cerdik. Bagi murid-murid yang cerdik jika diberikan
penekanan yang lebih, kesungguhan mereka untuk belajar di peringkat tinggi lebih cerah
manakal, bagi murid-murid yang lemah, galakan perlu diberikan untuk menghabiskan peringkat
mana yang mereka terdaya. Selain itu, guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi
kelas yang berlainan. Bagi murid-murid yang cerdik berikan lebih latihan supaya dapat
menguasai sesuatu mata pelajaran itu. Bagi pelajar yang lemah, guru haruslah memberi panduan
yang lebih agar dapat menjalani aktiviti pemulihan serta matlamat pelajaran yang sama dapat
dicapai. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar. Guru haruslah
mempelbagaikan aktiviti seperti kerja berkumpulan, guru haruslah membenarkan murid-murid
memilih dengan sendiri rakan-rakan mereka supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-
murid dan alat bantu mengajar juga dapat menolong menarik minat murid kepada mata pelajaran
tersebut. Alat bantu mengajar tidak boleh sama setiap kelas kerana ianya perlu mengikut
kesesuaian pelajar. Di samping itu, murid-murid digalakkan bekerjasama, saling bantu
membantu semasa membuat kerja berkumpulan.

5.5 MEMOTIVASIKAN MURID

5.5.1 Definisi Motivasi

Motivasi boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan
sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau
keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Selain itu, motivasi turut melibatkan
sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku
seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai
usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di
sekolah.

Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai
matlamat akademik yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan
dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurutnya lagi, jika
seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang
maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi. Selain daripada itu, motivasi tidak hanya terikat
kepada pembelajaran semata-mata.

5.5.2 Kepentingan Motivasi

Motivasi mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran


murid. Kepentingan yang pertama adalah untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti
pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran. Hal ini akan
mecetuskan kepentingan yang kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap
sesuatu pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana
mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang
bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran
guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.

Terdapat 8 jenis motivasi yang boleh dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu
motivasi tugas, motivasi aspirasi, motivasi persaingan, motivasi afiliasi, motivasi kecemasan,
motivasi menghindar, motivasi penguatan dan motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri.
Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan manakala
motivasi aspirasi yang tinggi akan dapat dipupuk sekiranya pelajar memiliki perasaan ingin
berjaya. Guru dapat membantu pelajar yang memiliki motivasi aspirasi yang rendah dengan
menggalakan pelajar tersebut untuk mengejar citi-citanya. Bagi motivasi persaingan pula
dapat diterapkan melalui persaingan yang sihat sekaligus menjadi motivasi yang kuat.
Namun begitu, guru haruslah mengawal motivasi ini kerana persaingan yang tidak sihat
mampu menjejaskan motivasi pelajar.

Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan sebaik-
baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain manakala motivasi kecemasan
sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah
dan yang memiliki kecerdasan tinggi. Sebagai contoh, guru subjek kimia boleh
meningkatkan motivasi pelajarnya untuk menghafal simbol kimia dengan mengadakan kuiz
ringkas pada permulaan setiap kelas mengenai simbol kimia. Hal ini akan mencetuskan
motivasi kecemasan di dalam diri pelajar sekaligus mendorong pelajar untuk belajar.
Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid, memberikan
komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan pelajar dan memberikan
penghargaan. Motivasi ini dapat dilaksanakan dengan memberi penghargaan dan pujian
sekiranya terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar dan memberi nasihat sekiranya
terdapat sebarang penurunan dari segi prestasi murid. Motivasi yang diarahkan oleh diri
sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Pelajar-pelajar
yang mempunyai motivasi ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan
mempunyai sistem nilai yang baik yang menjadi latar belakang tingkah laku mereka. Oleh
itu, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya memberikan aktiviti yang
bersesuai dengan pelajar.

5.5.3 Cara-Cara Memotivasikan Murid

Terdapat 2 teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. Teknik intrinsik ialah
dorongan dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa
memikirkan ganjaran dan boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari
pengalaman dan pembelajaran. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik.
Teknik ekstrinsik pila boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah
kepadanya.

Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah
lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu
cabaran. Dalam hal ini, guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan
motivasi kepada murid. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja
rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apakah tujuan melaksanakan kerja dan tugasan
tersebut. Sebagai seorang pendidik, guru haruslah memberi penjelasan terhadap pelajarnya
mengenai beberapa perkara tersebut.iaitu sebab-sebab tugasan yang diberikan penting, perkaitan
antara subjek dengan kehidupan dan memastikan pengetahuan asas pelajar mantap serta cara-
cara bagi menilai hasil kerja mereka.

Selepas pelajar jelas akan perkara-perkara di atas, ini mungkin dapat membantu pelajar
memahami kepentingan mereka melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Di sini terdapat
beberapa cara dan kaedah yang boleh diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan tahap
motivasi dalam diri pelajar.

1. Ganjaran

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran
dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan
kelebihan pelajar dan suburkanya dan mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini pada masa
akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, markah
bonus, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi
tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk
menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran luar yang berkesan secara tidak langsung
mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

2. Tetapkan Matlamat

Guru yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap pelajarnya
iaitu bagi setiap subjek yang dipelajarinya. Guru tersebut juga perlu mengikuti perkembangan
pelajar dan memastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang mengajar subjek tersebut haruslah menetapkan
matlamat kepada pelajar bahawa mereka harus faham tentang topik yang diajar pada hari
tersebut di akhir kelas. Jika matlamat tersebut tidak dapat dicapai, guru harus membimbing
pelajar supaya matlamat tersebut tercapai.

3. Mengambil Berat

Pelajar akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai diri
dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu
bercerita mengenai pengalaman sendiri. Misalnyanya, memberitahu kesilapan-kesilapan yang
pernah dilakukan sebagai satu teladan untuk pelajar. Keadaan ini kerana melalui cara ini dapat
mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu
pelajar secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang
mereka di samping guru haruslah mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan secara personal
dapat dilakukan kepada semua pelajar.

4. Penglibatan Pelajar

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Guru
memainkan peranan untuk merangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan
dalam kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan interaksi antara pelajar dan
guru. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka merasakan diri mereka penting dan
diperlukan. Keadaan ini penting berikutan apabila pelajar berasa diri mereka diperlukan secara
tuntasnya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. Oleh itu, kesemua pelajar
perlu terlibat dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

5. Penuhi Keperluan Pelajar

Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan. Contohnya, memberikan peluang kepada pelajar memilih
satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka membuat pilihan membuat
tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti yang diketahui, pelajar yang sedang
melalui alam remaja lebih mahukan kebenasan dan mahu individu lain memahaminya. Oleh itu,
hubungan antara guru dan pelajar haruslah berterusan supaya pelajar dapat berkomunikasi serta
mewujudkan silaturrahim baik dengan guru. Guru juga perlu menciptakan suasana pembelajaran
yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea dan ini akan
mengaktifkan dan menaikkan semangat murid untuk berfikir dan menghasilkankan idea baru.

6. Lebihkan Pembelajaran Visual

Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan
lebih berkesan. Gunakan bahan-bahan seperti gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D, video, dan
sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu kandungan penting
tentang sesuatu bab dan dapat melihat perkaitan antara subtopik dalam bab tersebut. Hal ini
membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap sesuatu topik baru dan seterusnya
menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. Kini, kerajaan telah menyediakan
prasarana ICT di dalam kelas seperti projektor, LCD, dan skrin yang membolehkan guru
menggunakannya untuk menanyangkan video serta nota dalam bentuk powerpoint yang
berkaitan dengan subjek yang diajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan
lebih memahami dengan jelas dan sekali gus menaikkan motivasi untuk belajar dalam diri
pelajar.

7. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran Dan Motivasi

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang.
Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu apabila disertai dengan pendekatan
emosi. Pelajar lebih bersedia untuk belajar apabila terdapat unsur-unsur kepelbagaian emosi
kerana mereka tidak akan mudah berasa bosan. Guru haruslah mempelbagaikan watak, gaya, dan
pendekatan demi menarik minat pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Hakikatnya, siapa
guru tidak penting yang penting ialah siapa mereka iaitu pelajar 10 hingga 15 tahun akan datang.
Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas, dan sebagainya
tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.

8. Strategi dan Teknik

Berikan kaedah kepada pelajar mengenai teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa,
kaedah membaca, kaedah mengambil nota, dan sebagainya. Tanamkan dalam fikiran pelajar
bahawa „Belajar Itu Mudah‟. Buangkan sebarang halangan mental terhadap pelajaran akibat
terpengaruh oleh pendapat orang lain. Contohnya, situasi ini sering berlaku kepada pelajar-
pelajar tingkatan empat yang ingin membuat pilihan aliran yang ingin diambil.

Mereka sering terpemgaruh dengan pandangan rakan-rakan dan senior-senior mereka yang
mengatakan aliran sains adalah aliran yang paling sukar, subjek Matematik Tambahan adalah
subjek yang amat susah dan sebagainya. Mereka tidak sepatutnya terus terpengaruh dengan
andaian-andaian tersebut. Jadi, guru haruslah memainkan peranan menjadi penasihat dan
memberikan cadangan yang sesuai seiring dengan keupayaan pelajar-pelajar tersebut.
9. Terima Pelajar Seadanya

Ramai guru berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar rajin, pandai, gigih, tekun, dan
berdisiplin. Mereka tidak sanggup menerima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu serta .
tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah. Pelajar ini juga tidak dipedulikan
kerana mereka menganggap pelajar tersebut sukar dibentuk. Guru yang cemerlang akan terima
pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar. Hanya dengan memberikan
yang terbaik sahaja seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal
kerana guru tidak yakin dan memberikan ramalan awal bahawa mereka akan gagal.

5.6 KESIMPULAN

Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada
merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan
impak yang berjaya pengurusan murid disesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah
dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti
jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta
ibu bapa murid itu sendiri.

Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan
mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh
guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta
pencapaiaan murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan
ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan
juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid
sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara
yang berkaitan displin.

Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk
belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor.
Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi
kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran
dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih
bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi
melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka serta
mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Antara insiatif yang boleh dilakukan adalah
dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Memotivasikan pelajar amat penting kerana
perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid supaya lebih cenderung di dalam akademik
tetapi untuk menangani masalah displin serta salah laku murid. Melalui pendekatan ini mungkin
lebih sesuai untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih
bersemangat untuk belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan.

Seperti mana yang sering diperkatakan, sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat
dijayakan sekiranya tiada kerjasama. Secara tuntasnya, kerjasama semua pihak haruslah
dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana
pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.
RUJUKAN

1. Peranan Pendidik Di dalam Kelas, diperloleh daripada


http://www.scribd.com/doc/14269856/peranan-pendidik-di-dalam-kelas, pada 3 Februari 2011.

2. Azman b. Hj Adnan, Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah, diperoleh daripada


http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.htm , pada 3 Februari 2011.

3. Drs. Robert J.Songgok. MOTIVASI DALAM BELAJAR, diperoleh daripada


http://www.oocities.com/usrafidi/motivasi.html , pada 27 Januari 201.

4. Psikologi sosial, Azizi Yahaya, Yusuf Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek, Fawziah Yahya
& Amir Hamzah Abdul (2004) Psikologi Sosial. Skudai, Johor: Perpustakaan Negara Malaysia.

5. Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

6. Mohamad Sahari Nordin, Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Pusat Penyelidikan
University Islam Antarabangsa Malaysia 2002.
7. Dr Robiah Sidin, Asas Pentadbiran Pendidikan, Pustaka Cipta Sdn Bhd 1988.

You might also like