You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK: 2022

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3122 Semester / Tahun: Semester III Tahun 3


Ambilan: Jun 2019
Nama Kursus: Hubungan Etnik
Kumpulan: Unit U1 – U9

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Kuiz 7.4.2022 13.4.2022

Penulisan Ilmiah 14.2.2022 14.3.2022

Pembentangan 1.4.2022 7.4.2022

Hasil Pembelajaran :

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas


hubungan etnik. (C2, A1, LO1)

2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian


agama. (C2, A2, LO1, LO3, CTPS1)

3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,


Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan
Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber. (C4, A2, LO1, LO3, LO6,
CTPS1, LL1)

4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asas


pembinaan jati diri dan negara bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1, LO3,
LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS3)

5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik secara
lisan dan bertulis. (C5, A4, LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5.


Objektif Pentaksiran Berterusan :

Pelajar dapat :

1. Memberi kefahaman yang jelas melalui pengetahuan yang diperoleh berkaitan


pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas hubungan etnik,
masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu
Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia dan konsep
perlembagaan melalui soalan-soalan kuiz yang diberi. .

2. Mengemukakan satu maklum balas yang matang melalui penulisan ilmiah bagi satu
permasalahan yang dipilih bagi menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi,
politik dan kepelbagaian agama dalam masyarakat pluralistik di Alam Melayu,
Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta
selepas pembentukan Malaysia.

3. Mengorganisasikan idea-idea dalam memberi justifikasi berdasarkan penilaian yang


dibuat secara bertulis tentang usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran
dalam hubungan etnik secara lisan semasa membuat pembentangan secara
berkumpulan.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Setiap dasar


kerajaan yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat ini.
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan
suasana harmoni tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.
Melalui dasar-dasar ini, bangsa Malaysia dibentuk tanpa mengira bangsa, agama,
dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 63 tahun mengecapi kemerdekaan,
masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik masih lagi tidak menunjukkan hubungan
perpaduan yang kukuh. Masyarakat Malaysia masih terpisah dengan sempadan etnik
masing-masing sehingga menghalang perpaduan sesama mereka. Oleh itu, setiap
individu perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu perpaduan
dikawal dengan baik supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan
sekiranya tidak dijaga dengan baik dan telus.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1 : Kuiz (20 markah)


1. Anda dikehendaki untuk menguasai pengetahuan berkaitan tajuk-tajuk yang telah
diajar.

2. Berdasarkan maklumat yang anda perolehi dari tajuk-tajuk tersebut, anda


dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi menjawab soalan-soalan
kuiz dalam tempoh 30 minit.

3. Kuiz terbahagi kepada dua (2) bahagian : Bahagian A – 2 soalan struktur dan
Bahagian B – 2 soalan esei.
4. Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan di bahagian A dan satu (1) soalan di
bahagian B.

TUGASAN 2 : Penulisan Ilmiah (60 markah)

Kewujudan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sabah, dan Sarawak telah bermula sejak
lama dulu. Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan British dan pembentukan
Malaysia mewujudkan masyarakat pluralistik yang lebih rencam, yang bagaimanapun
merupakan satu kepelbagaian yang memberi keunikan kepada negara Malaysia.
Kepelbagaian ini juga merupakan cabaran dalam proses hubungan etnik di negara kita sama
ada dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama . Perlembagaan pula yang
merupakan asas pembinaan jati diri dan kewujudan negara bangsa Malaysia pula, mula di
cabar dan dipertikaikan.

1. Anda dikehendaki untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman anda


berkaitan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan
Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia.
Hubungan etnik yang terjalin dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian
agama, konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa
serta usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik,
perlu juga anda kuasai.

2. Berdasarkan pengetahuan tersebut , pilih satu daripada tajuk di bawah dan buat
penilaian dengan memberi justifikasi berdasarkan pemasalahan berikut :

i. Sejauh manakah kewujudan masyarakat pluratlistik ini memberi satu keunikan


kepada negara Malaysia.

ii. Bincangkan jalinan hubungan antara etnik di Malaysia dari perspektif ekonomi,
politik dan kepelbagaian agama

iii. Buktikan Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi


dan kebebasan rakyat serta keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

iv. Huraikan cabaran – cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan etnik di
Malaysia dan cadangkan usaha – usaha yang boleh dilakukan bagi menangani
cabaran – cabaran dan seterusnya memastikan matlamat intergrasi nasional tercapai

3. Penulisan ilmiah yang anda hasilkan perlu menggambarkan kemahiran anda dalam
mengorganisasi idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam
menginterpretasikan pemasalahan tersebut.

4. Justifikasi yang anda lakukan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak
melebihi 1500 patah perkataan dan perlu menggambarkan kematangan berhujah
dan kemahiran anda dalam mencari idea yang bernas dan wajar.

TUGASAN 3 : Pembentangan (20 markah)

1. Anda dikehendaki untuk mengumpul maklumat berkaitan konsep perlembagaan


sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa serta usaha-usaha ke arah
integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik.
2. Rangka satu aktiviti yang berbentuk rakaman video berdasarkan maklumat yang
anda perolehi itu dan anda dikehendaki melaksanakan pembentangan berkenaan
aktiviti tersebut dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang dalam tempoh 30 minit.
3. Anda bebas untuk memilih aktiviti dan tajuk pembentangan tetapi aktiviti dan tajuk
tersebut mesti berada dalam ruang lingkup tema utama iaitu integrasi yang akan
menyentuh berkaitan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan
negara bangsa serta usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam
hubungan etnik

4. Pembentangan dan aktiviti yang dilakukan perlu melibatkan penggunaan pelbagai


alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan tugasan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 merupakan


tugasan berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang sekumpulan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan
rujukan. Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang
digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


3.1. Muka depan hendaklah dimuat turun daripada Items.

3.2. Bentuk penulisan dan ulasan kritis yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz
fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.

3.3. Rujukan mesti mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association)

3.4. Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu


ilmiah serta ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________ ________________________________
(Nama : DR S. SHANMUGA VELU ) (Nama : SHUWAIBAH BINTI RASIDI )
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras
Kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh :

__________________________________
(Nama : AZMI B. MOHAMAD @ MD JALANI )
Ketua Jabatan

You might also like