You are on page 1of 2

ALIH BENTUK KOMUNIKASI

LATIHAN 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis petunjuk bagi tahun 2002
hingga tahun 2006.

Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan
kejayaan pembangunan sosioekonomi negara.

Pada tahun 2002, imbangan akaun semasa negara mencatatkan lebihan RM30.495
bilion dan meningkat sebanyak RM20.071 bilion pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004 pula,
imbangan akaun semasa terus meningkat kepada RM56.513 bilion. Imbangan akaun semasa
terus mencatatkan lebihan pada tahun 2005 dan 2006, iaitu masing-masing mencatatkan
peningkatan sebanyak RM18.820 bilion dan RM37.226 bilion berbanding dengan tahun 2004.

Rizab bersih antarabangsa negara mencatatkan jumlah sebanyak RM126.980 bilion


pada tahun 2002 sebelum meningkat kepada RM166.755 bilion pada tahun 2003. Dalam
tempoh tiga tahun berikutnya, rizab bersih antarabangsa menunjukkan peningkatan yang
drastik berbanding dengan tahun 2003, iaitu masing-masing meningkat kepada RM250.591
bilion, RM258.234 bilion dan RM301.651 bilion.

Pada tahun 2003, peratusan perubahan tahunan KDNK pada harga semasa ialah 5.8%,
iaitu bertambah sebanyak 0.4% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peratusan ini terus
meningkat kepada 6.8% paada tahun 2004 sebelum menurun kepada 5% pada tahun 2005.
Sungguhpun demikian, peratusan ini meningkat semula kepada 5.9% pada tahun 2006.

Kadar inflasi negara pada tahun 2002 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2004, kadar inflasi meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini
terus meningkat dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2005 sebelum meningkat lagi
sebanyak 0.5% pada tahun 2006.

Kadar pengangguran negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada
tahun 2002, 2004, dan 2005. Walau bagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada
tahun 2003 dan menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2006.

Petunjuk-petunjuk ekonomi ini menunjukkan keadaan ekonomi negara yang stabil


selepas krisis kewangan tahun 1997.

(Sumber: Disesuaikan daripada Petunjuk-petunjuk Utama 2007,


Bank Pembangunan Asia)
JAWAPAN

MALAYSIA: PROSPEK EKONOMI MENGIKUT JENIS PETUNJUK BAGI


TAHUN 2002 HINGGA TAHUN 2006

Tahun
Petunjuk
2002 2003 2004 2005 2006
Imbangan
akaun semasa 30.495 50.566
(RM bilion)
Rizab bersih
antarabangsa
(RM bilion)
KDNK pada
harga semasa
(%)
Inflasi (%)
Kadar
pengangguran
(%)

(Sumber: Disesuaikan daripada Petunjuk-petunjuk Utama 2007,


Bank Pembangunan Asia)

You might also like