You are on page 1of 6

SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN

KAMPUNG BUKIT CHERAKAH,MERU 41050 KLANG

MINIT MESYUARAT GURU


BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tarikh / Hari : 13 Januari 2021 / Rabu


Masa : 9:00 pagi
Tempat : Google Meet (Rumah masing-masing)
Kehadiran : 47
Jawatan
Bil Nama Guru
1 Tuan Haji Mohd Norhisam bin Ahmad P.P.T Pengetua ( Pengerusi )
2 Puan Kalsum binti Sidek PK Akademik
3 Datin Hajah Rafidah binti Mokhtar PK HEM
4 Puan Hajah Khadijah binti Ishak PK Kokurikulum
5 Puan Jormiah binti Asmoni Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan
6 Puan Hajah Alifah binti Katim@Iksan Matematik/Setiausaha Jadual Waktu/Guru
Ganti/MMI dan Penyelaras PLC
7 Puan Siti Zurina binti Romallani Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik
8 Puan Salmah binti Sabtu
Vokasional /Penyelaras GCR/ i- Think
9 Puan Laili binti Rahairudin Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
10 Puan Nurulhuda binti Nordin Setiausaha Kurikulum
11 Puan Nurulhidayah binti Yusoff Naib Setiausaha Kurikulum
12 Puan Hidayati binti Abd Hadi Guru Data
13 Puan Hajah Rabiatul Adawiyah binti Khalid KP Bahasa Melayu
14 Puan Syazlin binti Mahmudin KP Sains
KP Matematik dan Matematik Tambahan/
15 Puan Siti Ruhayu binti Ahmad
Setiausaha PBS
16 Puan Farah Kausar binti Mohamad Isa KP Sejarah/ Setiausaha SAPS dan Headcount
17 Puan Norliza binti Md Zainal KP RBT/ Setiausaha GCR/i-Think
18 Puan Nor Hashimah binti Mohd Rohani KP Perniagaan, P. Perakaunan & Ekonomi
19 Encik Muhammad Syahir bin Md Halim KP Usuluddin
20 Puan Amal Basyirah binti Othman KP LAM dan Adab Balaghah
21 Puan Noorjehan binti Baharudin KP Syariah dan Manahij Ulum Islamiah
22 Puan Nur Hanim binti Hairi KP PJPK
23 Encik Mohd Rahmad bin Mat Yatim Penyelaras Kelas Kemahiran Al-Quran
24 Puan Rujilah binti Mohd Yusof Setiausaha Peperiksaan
25 Puan Siti Salwah binti Mat Mopal Setiausaha PAK 21/ Setiausaha PLC
26 Puan Azimah binti Mahamud Setiausaha Peperiksaan SMA
27 Puan Nik Nor Hazirah binti Nik Wil Setiausaha Peperiksaan SPM
28 Encik Nurrul Azmi bin Mohd Hattar Setiausaha TMK
29 Cik Shahidatul Firdaus binti Muhamad Hussin Setiausaha Kokurikulum
30 Puan Norain binti Adnan Naib Seiausaha Jadual Waktu
31 Puan Rosni binti Md Hashim Setiausaha PT3
32 Puan Nur Farhanah binti Hariri Penyelaras Kelas IKEA
33 Puan Rosezaini binti Che Rus GBKSM

1
34 Cik Noraimi Aainaa binti Omar GBKSM
35 Puan Norhasnira binti Ab Ghani Penyelaras Tingkatan 1
36 Puan Siti Norehan binti Mohd Yusof Penyelaras Tingkatan 2
37 Cik Nor Hasyimah binti Hassan Penyelaras Tingkatan 4
38 Puan Arshida Fairus binti Mat Arshad Guru Mata Pelajaran
39 Encik Mohd Jamelludin bin Yusof Guru Mata Pelajaran
40 Puan Nadyah binti Mahamud Naib Setiausaha PBS
41 Puan Rohayati binti Rostam Naib Setiausaha NILAM
42 Cik Salazzuin binti Abdul Salam Guru Mata Pelajaran
43 Tuan Haji Azmi bin Subhi Guru Mata Pelajaran
44 Encik Mohd Amiruddin bin Jani Guru Mata Pelajaran
45 Puan Nor Hasliza binti Abdul Rahim Guru Mata Pelajaran
46 Puan Noor Azmin binti Azizan Guru Mata Pelajaran
47 Puan Yusnida binti Yusuf Guru Mata Pelajaran

Tidak Hadir (Bersebab)

Bil Nama Guru Catatan


1 Puan Salamiah binti Giman

Urus Setia Mesyuarat


1. Puan Arshida Fairus binti Mat Arshad Setiausaha Mesyuarat Guru

1 PERUTUSAN PENGERUSI (Pengetua)


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengajak semua guru untuk
membaca surah al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah atas kehadiran guru-guru walaupun mesyuarat


diadakan secara atas talian (Google Meet) dalam norma baharu.

1.3 Pengerusi memaklumkan peperiksaan percubaan SPM (SPMC) bagi pelajar


Tingkatan 5 akan dilaksanakan apabila sekolah mula dibuka pada 20 Januari
2021.

1.4 Pengerusi memaklumkan sukatan pelajaran pada tahun 2020 hendaklah


diselesaikan mengikut penjajaran Kurikulum yang telah ditetapkan .

Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 2 Tahun 2020 telah dibentang dan disahkan
sebulat suara oleh ahli mesyuarat tanpa sebarang pindaan.

3 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

2
4 PERKARA-PERKARA BAHARU / AGENDA PROFESIONAL

4.1 Amanat JPN dan PPD

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2021-2025.


4.1.1 Pengerusi mengingatkan bahawa sebagai warga guru, kita sedang meniti
fasa ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2021-
2025. Sehubungan itu, semua warga guru perlu menganjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus diri, membudayakan
kecemerlangan profesionalisme serta meningkatkan inovasi demi
kemajuan sekolah yang lebih holistik.

4.1.2 Pelan Startegik Organisasi (PSO) 2021-2025


Pengerusi mengingatkan bahawa setiap pelaksanaan aktiviti dan program
sekolah hendaklah menepati Pelan Strategik Organisasi (PSO) 2021-
2025 yang telah digariskan. Ini kerana ianya akan dapat memberikan
impak yang positif dan berkesan terhadap kemajuan sekolah secara
keseluruhannya.

4.1.3 Penjajaran Kurikulum 2021


Pengerusi mengingatkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) hendaklah disediakan berdasarkan kandungan yang
terdapat di dalam Penjajaran Kurikulum 2021 yang telah ditetapkan. Ini
kerana , Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disediakan
hendaklah berpandukan Penjajaran Kurikulum 2021 yang mana
penjajaran ini telah disesuaikan dengan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran guru terhadap murid berikutan suasana pendemik COVID -
19 yang sedang berlaku.
Maklu
man
4.1.4 Penegerusi mengingatkan guru agar:

i) Sentiasa mematuhi SOP di sekolah malah di mana-mana sahaja.


ii) Sentiasa cakna terhadap pengunguman daripada Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia
tentang COVID-19.
iii) Sentiasa peka kepada maklumat yang dikongsikan daripada
Pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan
Negeri tentang keperluan pendidikan semasa.
iv) Sentiasa mengingatkan murid-murid agar mematuhi SOP.
v) Sentiasa mengingatkan murid agar menjaga keselamatan dan
kesihatan.

4.2 Key Performence Indikator (KPI) Pengetua 2021


Pengerusi menerangkan Key Performence Indikator (KPI) Pengetua 2021
yang harus didokong dan dijayakan oleh semua warga sekolah bagi mencapai
kecemerlangan sekolah secara holistik. Berikut adalah KPI yang telah digariskan:

4.2.1 Kepimpinan dan Organisasi


Sekolah berusaha untuk mencapai tahap gemilang berdasarkan Skpmg2
pada tahun 2021.
3
4.2.2 Pengurusan Kurikulum
Peningkatan akademik berdasarkan :
i. Kecemerlangan SPM dengan peratus 100% dan gps 2.85
ii. Kecemerlangan SMA dengan peratus 100% dan gps 1.48
iii. Kecemerlangan PT3 dengan peratus 98.43% dan gps 2.63

4.2.3 Pengurusan Hal ehwal murid


Mengurangkan peratus kes lewat hadir ke sekolah pada tahun 2021
sehingga 1% dalam setahun.

4.2.4 Pengurusan Kokurikulum


Peningkatan peratus murid menyertai aktiviti kokurikulum peringkat
daerah daripada 41% kepada 44%.

4.2.5 Pengurusan Kewangan


Memperoleh audit tidak berteguran tahap cemerlang pada tahun 2021.

4.2.6 Pengurusan Pentadbiran Pejabat


Meningkatkan peratus kepuasan pelanggan ,kakitangan ,guru dan murid.

4.2.7 Pengurusan Insfrastruktur Dan Fizikal


Mewujudkan prasarana sekolah yang lengkap,kondusif dan selamat iaitu
Padang sasar, padang pelbagai guna, pintu laluan kedua, bilik seminar.

4.2.8 Pengurusan Sumber Manusia


i. Meningkatkan kompetensi dan prestasi kerja guru dan AKP
cemerlang melebihi 85%.
ii. Memastikan kehadiran guru ke sekolah,mesyuarat,aktiviti rasmi
sekolah tepat pada masanya.
iv. Memastikan etika pemakaian guru sesuai dengan kehendak
profesional guru yang telah ditetapkan.
v. Meningkatkan kejelekitan antara sesama warga sekolah.

4.2.9 Pengurusan Hubungan Luar Dan Komuniti


Peningkatan peratusan kehadiran ibu bapa dalam 6 program tahunan
sekolah daripada 70% ke atas.
Makluman

4.3 Ketetapan Pentadbiran


Pengerusi mengingatkan berkaitan ketetapan yang wajib dipatuhi oleh guru dan
anggota kumpulan pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas berdasarkan
ketetapan yang dicatat di dalam Buku Pengurusan Sekolah 2021 pada halaman
10-10 iaitu:

4.3.1 Ketetapan Kurikulum


Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan ketetapan kurikulum yang
terdapat pada halaman 20-43.

4
4.3.2 Ketetapan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan ketetapan kurikulum


yang terdapat pada halaman 44-54.

4.3.3 Ketetapan Kokurikulum


Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan ketetapan kurikulum yang
terdapat pada halaman 55-65.

Makluman

4.4 Jawatankuasa Baharu


Senarai guru yang menerima tugasan baharu:
1. Guru Data : Puan Hidayati Binti Abdd Hadi
2. Su SPSK : Puan Nurul Hidayah Binti Yusoff
3. Guru Jadual Waktu : Puan Norain Binti Adnan
4. Su Kokurikulum : Cik Shahidatul Firdaus Binti Muhamad Hussin
5. Su mesyuarat guru: Tuan Haji Azmi bin Subhi
Makluman

4.5 Perubahan Premis


Pengerusi memaklumkan terdapat perubahan penempatan guru pada -premis
tertentu premis pada tahun 2021 iaitu bilik :

1. Koperasi baharu : Encik Nurrul Azmi bin Mohd Hattar


2. Dokumentasi & fail : Puan Nurulhuda binti Nordin
Puan Nurulhidayah binti Yusoff
3. Majalah : Puan Farah Kausar binti Mohamad Isa
4. Kokurikulum : Cik Shahidatul Firdaus Binti Muhamad Hussin
5. Buku teks (BOSS) : Puan Nur Farhanah binti Hariri
Puan Norhasnira binti Ab Ghani
6. Bilik guru (P) : Puan Hidayati binti Abd Hadi
Puan Siti Salwah binti Mat Mopal
Makluman

4.6 Pembudayaan Amalan Terbaik


i. Pengerusi memberi suntikan semangat kepada warga guru supaya bersedia
untuk terlibat dengan kajian tindakan dan inovasi bagi mendapatkan kualiti
pendidikan yang terbaik.
ii. Terdapat 4 orang guru telah terlibat dalam kajian tindakan ini pada tahun 2020
dan di antaranya telah berjaya mendapat anugerah khas iaitu Puan Hajah
Khadijah binti Ishak. Sehubungan itu, pengerusi berhasrat pembudayaan ini
dapat dihayati oleh semua guru.

5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


Tiada

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi meminta semua guru menyiapkan Rancangan Pengajaran


Tahunan (RPT) tahun 2021 berdasarkan penjajaran kurikulum 2021.
Tindakan : semua guru
5
6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan guru akan diadakan
sebanyak 5 kali iaitu bermula bulan januari hingga mei tahun 2021.
Makluman

6.3 Pengerusi memaklumkan bahawa buku latihan murid dihantar untuk


semakan dua kali setahun.
Makluman

6.4 Pengerusi mengingatkan bahawa mana-mana guru yang ingin hadir ke


sekolah hendaklah membawa bersama-sama surat kebenaran rentas daerah
bagi memudahkan urusan perjalanan mereka.
Tindakan : semua guru

7. PENUTUP

7.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengahari dengan bacaan
Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr. Tarikh mesyuarat yang akan datang akan
ditentukan kemudian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


................................................ ..............................................................
(ARSHIDA FAIRUS BT MAT ARSHAD) (HAJI MOHD NORHISAM BIN AHMAD P.P.T)
Setiausaha Mesyuarat Guru
SAM Nurul Iman
Tarikh : 18 Januari 2021

You might also like