You are on page 1of 3

NAMA : NUR HIDAYAH BINTI ISMAIL

TINGKATAN : 6 IBNU SINA


NOMBOR IC : 011227-06-0168

TEMA 1 : SEJARAH TOKOH


TAJUK: PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN SYED FAZHAR BIN SYED OMAR
DALAM BIDANG DAKWAH PADA TAHUN 2010-2019

PENGENALAN : Dakwah adalah sebahagin daripada kehidupan dan tanggungjawab setiap


orang yang bergelar Muslim dengan cara mengamalkan ajaran Islam yang benar dan
menyebarkan syiarnya bertujuan membawa masyarakat menghayati nilai-nilai Islam yang
dituntut. Dakwah dilaksanakan melalui pelbagai cara yang sesuai dengan melihat keadaan
pendakwah ataupun individu yang disasarkan. Dakwah juga dilakukan dengan berbagai
bentuk seperti individu, kumpulan dan institusi. Selain itu, dakwah juga boleh diaplikasikan
kepada masyarakat muslim mahupun non-muslim menggunakan pelbagai pendekatan sama
ada tradisional atau moden. Pelbagai ilmu yang seharusnya dikuasai oleh seseorang
pendakwah seperti kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan, pengucapan awam,
perbezaan agama, aliran pemikiran, mazhab-mazhab yang diguna.Hari ini, dapat disaksikan
dakwah telah menjangkau ke sempadan yang lebih luas.

Tuan Syed Fazhar bin Syed Omar adalah seorang insan yang sangat berjasa dalam bidang
dakwah di dalam dan luar negeri pahang.Beliau adalah tokoh yang terkenal dengan
penglibatan dalam pelbagai aktiviti seperti NGO korban di kemboja,mutawwif haji dan
umrah,guru takmir daerah Temerloh serta guru bridged jakim. Beliau juga menjadi tokoh
yang disegani kerana aktif dalam membantu mencari kutipan untuk pelbagai kegunaan.
Sebagai contoh kutipan untuk surau dan sekolah agama.Selain itu,beliau merupakan pendidik
di SMK Abu Bakar Temerloh Pahang.Penglibatan beliau dianggap sebagai usaha membantu
meningkatkan imej agama islam.

OBJEKTIF KAJIAN :
1. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejarah kehidupan Tuan Syed Fazhar bin Syed
Omar.
2. Selain itu,mengkaji usaha Tuan Syed Fazhar dalam memartabatkan agama Islam.
3. Seterusnya,menjelaskan sumbangan beliau mengenai penglibatan dalam NGO.
4. Kajian ini juga dilaksanakan untuk meneliti pencapaian sumbangan Tuan Syed Fazhar
dalam dunia dakwah.
PERMASALAHAN KAJIAN :
1. Permasalahan kajian yang akan diselesaikan dalam kajian ini ialah menjelaskan
tentang latar belakang kehidupan Tuan Syed Fazhar sebagai pendidik di SMK Abu
Bakar dan seorang yang aktif dalam kegiatan dakwah.
2. Selain itu,esei ini juga akan menjelaskan apakah sumbangan beliau dalam membantu
individu yang kurang berkemampuan dari segi wang ringgit dan kelengkapan.
3. Bukan itu sahaja,esei ini juga akan memperincikan sumbangan yang dilakukan oleh
beliau dalam bidang dakwah dengan penglibatan dalam pelbagai program.
4. Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah pencapaian dan
impak keberkesanan sumbangan Tuan Syed Fazhar.
SKOP KAJIAN :
Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian,
tempoh kajian dan aspek yang dikaji.
1) Kawasan kajian
Dari segi kawasan kajian, difokuskan kepada Temerloh Pahang dan beberapa
kawasan lain seperti Kemboja.

2) Tempoh kajian
Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2010 sehingga
tahun 2019.

3) Aspek kajian
Manakala dari aspek yang dikaji pula ditumpukan kepada sumbangan Tuan Syed
Fazhar bin Syed Omar.

KAEDAH KAJIAN :

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan
maklumat. Pada peringkat permulaan, penulis menjalankan penyelidikan di
perpustakaan awam Temerloh bagi meneroka sumber primer dan sumber sekunder.
Ini dilakukan untuk mendapatkan keterangan tugas mutawwif dan NGO.

Peringkat seterusnya,penulis mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual.


Soalan-soalan telah disediakan untuk memperolehi maklumat berkenaan kajian ini.
Individu yang terlibat ialah Tuan Syed Fazhar bin Syed Omar. Temubual telah
dilaksanakan di sekolah SMK Abu Bakar,tempat Tuan Syed Fazhar berkhidmat
sebagai pendidik. Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakamkan.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI :

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian


iaitu bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan,
pengkaji akan menjelaskan latar belakang ialah Tuan Syed Fazhar bin Syed Omar.
Seterusnya pengkaji akan mengaitkannya dengan sumbangan dan pencapaian beliau
dalam menyumbang kepada pembangunan dakwah.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan dan menjelaskan kegiatan
yang dilaksanakan oleh Tuan Syed Fazhar. Pengkaji juga mengenalpasti sumbangan
yang telah dilaksanakan oleh beliau.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan. Pengkaji akan merumuskan


hasil kajian berkenaan sumbangan Tuan Syed Fazhar dalam kebangkitan dakwah.

PENUTUP :

Diharapkan kajian ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan


tentang tokoh-tokoh yang berjasa dan menyumbang kepada peningkatan dakwah.

BIBLIOGRAFI :

Sumber Primer
1) Catatan peribadi
2) Sijil
Sumber Sekunder
1) Akhbar
Sumber Lisan
Temubual
Nama : Tuan Syed Fazhar bin Syed Omar.
Tempat Lahir :
Umur :
Pekerjaan : Guru di SMK Abu Bakar Temerloh

You might also like