You are on page 1of 1

Ruj. Kami : JPNS.SPM.PBM.

900-8/31 Jld 5( )
Tarikh : Ogos 2021

GURU BESAR,
SK AMAR PENGHULU

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGELOLA PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN


BERTERUSAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN (JPNS) TAHUN 2021 –
2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan


melaksanakan Program Pembangunan Sukan Berterusan Tahun 2021 - 2023.

3. Sehubungan itu, JPNS memberi kepercayaan kepada pihak tuan sebagai Pengelola
Program Pembangunan Sukan Berterusan Tahun 2021 - 2023. Pihak kami amat yakin pihak
tuan dapat menyempurnakan tugas dengan penuh komitmen, amanah dan sempurna bagi
menjaga nama baik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membantu menjayakan Program
Pembangunan Sukan Berterusan bagi meneruskan kecemerlangan atlet murid di Negeri
Sembilan. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi En. Mohd Nizar bin
Hartoyo, Penyelaras Sukan Unit Pembangunan Bakat Murid di talian 06-763 2239.

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MISRI BIN MISTAMA)


Timbalan Pengarah,
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

You might also like