You are on page 1of 13

AFIDAVIT SOKONGAN

[Permohonan Pemohon bagi Kebenaran untuk Merayu terhadap Keputusan

Mahkamah Rayuan yang diberikan pada 22 September 2020]

Saya, Meor Ahmad Sukarno Bin Haji Abdul Latiph (No. Kad Pengenalan:

520820-03-5161), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai

alamat penyampaian di C-1-3 Indera Subang Condo, Jalan USJ 6/2L, UEP Subang

Jaya 47610 Selangor dengan ini sesungguhnya berikrar dan and menyatakan

seperti berikut:-

1. Saya adalah Pengarah Bahagian Tuntutan di syarikat Pemohon yang

dinamakan di atas dan telah diberikan kuasa sewajarnya oleh Defendan

untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihaknya.

2. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini

adalah daripada pengetahuan saya sendiri dan/atau daripada dokumen-

dokumen atau rekod-rekod kepunyaan Pemohon, di mana saya mempunyai

akses yang tidak terhad dalam kapasiti saya sebagai Pengarah Bahagian

Tuntutan.

3. Saya mengikrarkan afidavit ini sebagai sokongan kepada Notis Usul

Pemohon [“Permohonan Pemohon”] yang difailkan di dalam ini bagi

kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan di mana

permohonan-permohonan berikut telah dipohon:

(a) Bahawa Pemohon diberikan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah

Persekutuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang

diberikan pada 22 haribulan September yang membenarkan rayuan


Responden atas isu kuantum terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

Malaya di Kuala Lumpur yang diberikan pada 4 haribulan Oktober 2019.

(b) Bahawa Pemohon diberikan masa 14 hari dari tarikh perintah ini untuk

memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang

diberikan pada 22 haribulan September 2020.

(c) Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos di dalam kausa.

4. Saya memohon kebenaran Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada

kertas-kertas kausa berikut:

(a) Writ Saman bertarikh 19.10.2018;

(b) Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 19.10.2018;

(c) Pernyataan Pembelaan bertarikh 19.11.2018;

(d) Jawapan kepada Pembelaan bertarikh 11.12.2018;

(e) Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh

27.12.2019;

5. Dilampirkan disini dan ditandakan secara kolektif sebagai “Ekshibit A”

adalah Hujahan Bertulis Plaintif, Hujahan Bertulis Defendan dan Hujahan

Bertulis Jawapan Plaintif yang difailkan oleh Pemohon dan Responden di

Mahkamah Tinggi dan juga Hujahan bertulis Plaintif dan Responden di

Mahkamah Rayuan.
Gambaran

6. Permohonan untuk kebenaran ini timbul daripada rayuan Pemohon dari

keputusan Mahkamah Tinggi atas isu kuantum di mana tuntutan Respoden

telah dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana untuk jumlah

RM348,930 bagi kerosakkan dan kerugian yang dialami oleh Responden.

Alasan penghakiman atas isu kuantum secara ringkas adalah seperti berikut;

6.1. Plaintif telah memplidkan butir-butir kerosakan dan kerugian

dalam Penyataan Tuntutannya berjumlah USD270.451.84. Ini

adalah tuntutan yang jelas di bawah Gantirugi Khas.

6.2. Dengan persetujuan dan pemahaman yang jelas diantara Plaintif

dan Defendan, sebuah firma pakar forensik, iaitu Damage Control

Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menilai kerosakan dan kerugian

pada peralatan telekomunikasi tersebut. Selepas itu, pakar

forensik tersebut, Jurutera Perunding DW2 Lim Sze Hui, Forensic

Services (M) Sdn. Bhd, yang telah secara peribadi menghadiri ke

premis tersebut dan memeriksa peralatan telekomunikasi yang

dikatakan rosak telah membuat laporan, Damage Control Sdn.

Bhd. Bertarikh 27.12.2017, yang telah dieksibitkan di Bundle C.

6.3. Yang pentingnya adalah bahawa peralatan tersebut dibeli pada

tahun 2014 dan telah menjadi usang. Berdasarkan fakta ini dan

setelah memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap fakta

bahawa Defendan telah menyatakan nilai aset mereka dalam


akaun yang diaudit mereka untuk tahun kewangan berakhir 2016

sebagai hanya RM348,930 (halaman 32 dan 33 Bundle C) dan terus

menilai kerugian peralatan tersebut pada harga RM248,800

(halaman 13 Bundle C), angka yang dituntut oleh Plaintif jelas

berlebihan.

6.4. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah perkara yang berkaitan

dengan kerosakan yang dialami oleh Plaintif di mana Plaintif telah

mengemukakan keterangan PW1, Dr. Chan Sau Meng, iaitu

pengarah syarikat Plaintif yang bersetuju dengan peguam

Defendan semasa pemeriksaan balas bahawa Plaintif tidak

mempunyai kepakaran teknikal untuk menilai kerosakan yang

pada peralatan tersebut dan juga setuju bahawa sebenarnya ada

kata sepakat dan persetujuan antara Plaintif dan penyelaras

kerugian Defendan untuk melantik pakar forensik untuk menilai

kerosakan peralatan tersebut dengan tepat dan menyerahkan

laporan dengan sewajarnya. Oleh itu, bukti DW2 mengenai isu ini

harus dianggap lebih kredible dan boleh dipercayai.

6.5. Dalam keadaan ini, Mahkamah menerima dan bergantung pada

keterangan adjuster kerugian profesional, khususnya Damage

Control ('DC') yang dilantik dengan persefahaman dan

persetujuan kedua-dua pihak. DC telah menyatakan dalam laporan

mereka bahawa Defendan telah melaporkan dalam akaun mereka

yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 2016 bahawa

aset semasa mereka berjumlah RM348,930.


6.6. Berdasarkan perbezaan yang besar dalam anggaran kerugian

berdasarkan keterangan saksi, Mahkamah menilai angka yang adil

dan saksama untuk diberikan kepada Plaintif sebanyak

RM348,930.

7. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya

menyatakan bahawa Responden teleh merayu kepada Mahkamah Rayuan

terhadap keseluruhan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi dan saya juga

dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya menyatakan

bahawa Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Responden dan

telah menambahkan awad kuantum kepada USD270, 451.84 tidak termasuk

faedah dan kos. dan menolak rayuan Pemohon.

8. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya

menyatakan bahawa Alasan penghakiman ringkas Mahkamah Rayuan secara

lisan atas isu kuantum adalah inter-alia seperti berikut:-

8.1 Mahkamah berpuas hati bahawa Perayu telah membuktikan kesemua

kerosakkan dan kerugian yang dialami olehnya dan membenarkan

tuntutan Perayu secara keseluruhan.

9. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya

menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dalam membenarkan

rayuan Responden dan mengenetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dalam

isu kuantum telah gagal untuk mengambilkira bahawa Responden telah gagal

untuk mengemukakan bukti yang jejas kerosakkan dan kerugian gantirugi

khas yang alami olehnya.


10. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira keterangan saksi-saksi dan juga fakta yang tidak dicabar

bahawa Responden telah mengaku dan memberi keterangan bahawa

Responden tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk menilai kerosakan

pada peralatan tersebut dan juga fakta penting iaitu bahawa sebenarnya ada

kata sepakat dan persetujuan antara Responden dan penyelaras kerugian

Pemohon untuk melantik pakar forensik untuk menilai kerosakan peralatan

tersebut dengan tepat dan menyerahkan laporan dengan sewajarnya. Kedua-

dua pihak telah bersetuju untuk bergantung kepada laporan pakar forensic

tersebut.

11. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira bahawa Pemohon dan Responden telah bersetuju untuk

bergantung kepada laporan pakar untuk menilai kerosakkan dan kerugian

yang telah dialami dan oleh kerana itu, bahawa pihak-pihak adalah terikat

kepada persetujuan tersebut

12. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira bahawa Respoden mempunyai beban bukti untuk

membuktikan kerosakkan dan kerugian gantirugi khas terutamanya apabila

pihak-pihak telah bersetuju untuk bergantung kepada laporan pakar untuk

menilai kerosakkan dan kerugian gantirugi khas tersebut.


13. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira bahawa laporan kewangan tahunan statutori yang telah

diaudit merupakan bukti dan fakta yang penting untuk Mahkamah

mempertimbangkan dalam pembuktikan asset semasa Responden dalam

tuntutannya untuk gantirugi khas dan juga di mana ianya adalah keterangan

yang terbaik untuk membuktikan aset-aset Repsonden.

14. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira dan mempertimbangkan bahawa Plaintif tidak boleh

bergantung kepada mana-mana aset yang tidak disenaraikan dalam laporan

kewangan tahunan yang telah diaudit untuk tuntutan gantirugi khasnya atas

aset-aset yang tidak disenaraikan itu.

15. Seterusnya, saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal

mengambil kira bahawa Hakim Mahkamah Tinggi setelah berpendapat

bahawa tuntutan Plaintif adalah gantirugi khas kemudiannya mengawadkan

tuntutan tersebut atas dasar adil dan saksama.

Latarbelakang

16. Responden dalam kes ini, adalah penyewa di sebuah premis yang dikenali

sebagai A1 / G, Tingkat Bawah, Blok A, Jalan USJ 6 / 2L, UEP Subang Jaya,
Selangor, yang terletak di Kondominium yang diurus oleh Pemohon ('premis

tersebut').

17. Responden adalah penyewa dan Defendan adalah tuan tanah premis

tersebut melalui perjanjian penyewaan bertarikh 22.4.2016 (‘perjanjian

penyewaan tersebut’).

18. Pemohon juga merupakan badan pengurusan (‘MC’) kondominium di premis

tersebut. Pada atau kira-kira 24.2.2017, selama tempoh penyewaan, paip

pembetungan, yang tersembunyi di siling premis tersebut, telah pecah dan

bocor ('kejadian tersebut').

19. Responden menuntut kerosakkan dan kerugian dalam gantirugi khas

berjumlah USD270,415.84 terhadap Pemohon/Defendan untuk peralatan

telekomunikasi yang merupakan aset-aset Responden atas dasar Pemohon

melanggar kewajiban berkanun dan juga di bawah undang-undang tort

kecuaian atas kehilangan dan kerosakan peralatan telekomunikasi yang

disimpan di premis tersebut di mana kerugian tersebut ditemui pada

24.2.2017.

20. Terdapatnya keterangan saksi-saksi dan juga fakta yang tidak dicabar dan

saksi Responden telah mengaku dan memberi keterangan bahawa

Responden tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk menilai kerosakan

pada peralatan tersebut dan juga fakta penting iaitu bahawa sebenarnya ada

kata sepakat dan persetujuan antara Responden dan penyelaras kerugian

Pemohon untuk melantik pakar forensik untuk menilai kerosakan peralatan

tersebut dengan tepat dan menyerahkan laporan dengan sewajarnya.


Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bergantung kepada laporan pakar

forensic tersebut.

21. Pemohon telah menyatakan bahawa kerugian dan kerosakan peralatan

telekomunikasi yang merupakan aset-aset Responden, yang didakwa dialami

oleh Plaintif tidak menggambarkan nilai aset seperti yang dinyatakan dalam

pelaporan kewangan tahuan yang telah diauditkan Responden sendiri untuk

akhir tahun 2016 dimana nilai-nilai keseluruhan aset yang disenaraikan

adalah berjumlah RM348,930 sahaja.

22. Selanjutnya, Defendan menyatakan bahawa peralatan telekomunikasi

tersebut yang tersimpan di premis tersebut yang didakwa rosak oleh saluran

pembuangan yang bocor dari paip pecah, merupakan bukan aset yang

disenaraikan dalam penyata kewangan Responden/Plaintif sendiri dan

adalah peralatan dan/atau peralatan yang telah usang (‘outdated’) dan tidak

bernilai.

Pengendalian Prosiding

Mahkamah Tinggi

23. Saya sesunggugnya menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi telah

membenarkan tuntutan Respoden untuk jumlah 348,930 dengan kos dan

salinan Perintah dan Alasan penghakiman adalah dilampirkan disini dan

ditandakan sebagai Exhibit B.

Mahkamah Rayuan
24. Responden telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

dan Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Responden pada 22

haribulan September 2020. Hujahan-hujahan yang difailkan kedua-dua pihak

adalah dilampirkan di sini.

25. Saya telah dinasihati oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya

percaya bahawa perintah Mahkamah Rayuan masih lagi belum di luluskan

dan deraf perintah Mahkamah Rayuan dilampirkan dan ditandakan sebagai

Ekshibit C.

Permohonan Kebenaran

26. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya percaya bahawa cadangan rayuan ke Mahkamah

Persekutuan akan berkisarkan soalan-soalan prinsip am yang diputuskan

buat pertama kali memandangkan ianya akan menekankan isu berkenaan

dengan persetujuan pihak-pihak untuk bergantung kepada laporan pakar

untuk menilai kerosakkan dan kerugian yang telah dialami dan bahawa

pihak-pihak adalah terikat kepada persetujuan tersebut

27. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya percaya bahawa cadangan rayuan ke Mahkamah

Persekutuan akan berkisarkan soalan-soalan prinsip am yang diputuskan

buat pertama kali memandangkan ianya akan menekankan pemakaian dan

perlanjutan kepada penggunaan laporan kewangan tahunan statutori yang

telah diaudit yang merupakan fakta yang penting untuk Mahkamah

mempertimbangkan untuk membuktikan asset semasa penuntut dan/atau

Responden dalam tuntutannya untuk gantirugi khas dan juga di mana ianya
adalah sangat penting untuk mengelakkan litigasi semula bagi isu-isu yang

sama dalam prosiding terkemudian.

28. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya percaya bahawa kes ini adalah kes berkepentingan umum

dan hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan

memanfaatkan orang ramai berdasarkan kepada persoalan undang-undang

samada Responden boleh bergantung kepada mana-mana aset yang tidak

disenaraikan dalam laporan kewangan tahunan yang telah diaudit untuk

tuntutan gantirugi khasnya atas aset-aset yang tidak disenaraikan itu.

29. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Pemohon dan

sesungguhnya percaya bahawa kes ini adalah kes berkepentingan umum

dan hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan

memanfaatkan orang ramai berdasarkan persoalan undang-undang, adakah

Mahkamah boleh setelah berpendapat bahawa tuntutan Responden adalah

gantirugi khas kemudiannya mengawadkan tuntutan tersebut atas dasar adil

dan saksama.

SEKSYEN 96 AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

30. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya percaya

bahawa Pemohon memenuhi kriteria yang dibentangkan dalam Seksyen 96

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi pemberian kebenaran untuk merayu

kepada Mahkamah Persekutuan kerana terdapat persoalan kepentingan


umum dan/atau persoalan penting yang diputuskan buat pertama kali di

mana hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan

memanfaatkan orang ramai.

Prospek Kejayaan Yang Cerah

31. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya percaya

bahawa Mahakamah Rayuan telah khilaf dan telah gagal mempertimbangkan

beban bukti gantirugi khas Responden.

32. Saya dinasihatkan oleh peguamcara Pemohon dan sesungguhnya percaya

bahawa Pemohon mempunyai prospek kejayaan yang cerah sekiranya

kebenaran untuk merayu diberikan. Justeru itu, saya dinasihatkan oleh

peguamcara Pemohon dan sesungguhnya percaya bahawa isu dan/atau

persoalan berikut berbangkit untuk diputuskan di hadapan Mahkamah

Persekutuan

33. Memandangkan perkara di atas, saya dinasihatkan oleh peguamcara

Pemohon dan sesungguhnya percaya bahawa terdapat merit dalam

Permohonan Kebenaran Pemohon dan bahawa Pemohon mempunyai

prospek kejayaan yang cerah sekiranya kebenaran untuk merayu diberikan.


34. Oleh yang demikian, Pemohon memohon perintah seperti dipohon dalam

Notis Usul yang difailkan di dalam ini.

Berkenaan dengan afidavit oleh seorang )

deponen bernama CHOO CHUN HOE )

Diikrarkan pada )

Di Kuala Lumpur pada pukul pagi/petang )

(terjemahan tidak diperlukan)

Di hadapan Saya,

---------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan Murali B. Pillai & Associates,
peguamcara bagi pihak Pemohon yang dinamakan di atas dan mempunyai alamat
penyampaiannya di Suite 1504/5, 15 th Floor, Wisma Lim Foo Yong, 86 Jalan Raja
Chulan 50200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2141 9073 / Fax: 03-2144 1205
[Ref:

You might also like