You are on page 1of 9

270 Personal Injury Reports [2011] 2 PIR [51]

Suhada Putera b Jamian & Anor 1

v
Liang Theng Boon & Anor
5

Sessions Court, Muar – Summons No 53-357-2008


Nor Azlan Ahmad scj

[51] Quantum – Abrasions and lacerations – Lacerations – 2 cm laceration over


anterior aspect of right thigh – Head – Concussion – Cerebral concussion – Lower 10
limb – Femur – Closed fracture of left femur – Tibia – Closed fracture of right tibia
– Miscellaneous conditions – Embolism – Fat embolism – Spine – Brachial plexus
– Right brachial plexus injury – Upper limb – Shoulder – Right Supraspinatus
tendonitis
15
Date of accident
May 25, 2008

Date of grounds of judgment


December 31, 2009
20
Brief description of plaintiff’s injuries
(First plaintiff)
1. 2 cm laceration over the anterior aspect of the right thigh
2. Cerebral concussion
3. Closed fracture of the left femur 25
4. Closed fracture of the right tibia
5. Right brachial plexus injury
6. Right supraspinatus tendonitis

Disabilities
(First plaintiff) 30

1. Fat embolism
2. Reduced sensation and weakness of the right upper limb

Plaintiff’s age
(a) As at date of accident : NA 35
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiff’s occupation
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA
40
Suhada Putera b Jamian & Anor v
Liang Theng Boon & Anor
[2011] 2 PIR [51] Nor Azlan Ahmad scj 271

1 Plaintiff’s earnings
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

5 Liability
100% against the first plaintiff

Award (Based on 100% liability)


(First plaintiff)
1. General damages
10
(a) 2 cm laceration over the anterior aspect of
the right thigh − RM 1,000.00
(b) Cerebral concussion − RM 3,000.00
(c) Closed fracture of the left femur − RM 15,000.00
(d) Closed fracture of the right tibia − RM 12,000.00
15 (e) Fat embolism − RM 1,000.00
(f) Right brachial plexus injury − RM 8,000.00
(g) Right supraspinatus tendonitis − RM 2,000.00

2. Special damages
20
(a) Cost of medical report from
Hospital Pantai Melaka − RM 150.00
(b) Cost of medical report from Muar Hospital − RM 40.00
(c) Cost of medical treatment at Muar Hospital
and Health Ministry of Malaysia − RM 456.00
(d) Cost of police report, sketch plan and key − RM 35.00
25 (e) Traveling expenses incurred by the first
plaintiff for outpatient treatment
(RM20.00 x 27) − RM 540.00
(f) Traveling expenses incurred by the first
plaintiff’s family whilst the first plaintiff
30 was hospitalised at Hospital Pantai Melaka
(RM40.00 x 14) − RM 560.00
(g) Traveling expenses incurred by the first
plaintiff’s family whilst the first plaintiff
was hospitalised at Muar Hospital
(RM20.00 x 10 days) − RM 200.00
35

Interest
(a) 4% per annum on special damages from date of accident until date of
judgment.
(b) 8% per annum on general damages from date of service of summons
40 until date of judgment and thereafter from date of judgment until full
settlement.
272 Personal Injury Reports [2011] 2 PIR [51]

Note 1
1. The Sessions Court dismissed the plaintiffs’ claim with costs but
proceeded to assess damages on the basis of 100% liability.
2. An appeal was lodged by the plaintiffs to the High Court, Muar in Civil
Appeal No. 12(B)-151-2009 against the whole of the decision of the 5
Sessions Court.
3. The High Court on May 9, 2011 dismissed the plaintiffs’ appeal with cost
(as reported in [2011] 2 PIR [50].

Cases referred to by the court


10
Abdul Ramzi b Abdul Mahadi v Nor Abizah@Christine bt Tadin [2007] 1 PIR [39], HC
Azhar b Salleh v Mohd Zali b Isa [2008] 2 PIR [2], sc
Fanus Ibrahim v Koh Poo Yim & Anor [2008] 2 PIR [5], sc
Hashim Nawai v Razman b Kosnin (Shahruddin b Adnan@Azdan – Third Party)
[2007] 1 PIR [56], sc
15
Ikhuan Safis Ramli & Anor v Jeevananth a/l Sakaran & Anor [2008] 1 PIR [51], sc
Kek Kim Whatt & 2 Ors v Ang Boon Tiong & Anor [2007] 1 PIR [71], sc
Khoo Yue Yeen@Koh Hue Yeen v Wakil bagi harta pusaka si mati (Manikam a/l
Ramakrishnan) & 3 Ors (And Another Suit) [2008] 2 PIR [17], sc
Koh Poo Yim & Anor v Fanus b Ibrahim [2008] 2 PIR [6], HC
Mahat A Majid & Anor v Lau Kui & Anor [1988] 2 CLJ 80, HC 20
Mohd Saiful Ain b Atan & Anor v Ng Siew Eng [2008] 2 PIR [38], sc
Mohd Zukhairi Abd Ghapar (an infant suing through his father and next friend,
Abdul Ghapar b Saad) v Quek Chiam Kee [2004] 5 MLJ 6, HC
Rozaini Ismail & Anor v Abdul Ghani b Ibrahim [2008] 2 PIR [11], sc
Sazali Azizi v Sandy Lim Koo Eng (Radzwan b Mahyiddin – Third Party) [2008] 25
2 PIR [43], sc
Vicneswaran a/l Senggaran & Anor v Ling Mee Tia [2008] 2 PIR [46], sc
Yang Kong Tai (suing as a widow of Loh Keng Yuen, deceased, on behalf of herself
and the dependants of the deceased) & Ors v Sal [1997] 2 MLJ 380, HC
30
Legislation referred to by the court
Civil Law Act 1956, s 7

Solicitors
Raghbir Singh Norizan & Co for plaintiffs 35
Ong & Ong for defendants

Norazlan Ahmad scj

[1] Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan ialah untuk


40
gantirugi bagi kerugian dan kecederaan yang dialami dalam suatu kemalangan
jalanraya.
Suhada Putera b Jamian & Anor v
Liang Theng Boon & Anor
[2011] 2 PIR [51] Nor Azlan Ahmad scj 273

1 [2] Fakta yang tidak dipertikaikan ialah berlakunya kemalangan jalanraya


di antara motorkar No. NBC 7895 yang dipandu oleh plaintif pertama (“SP3”)
dengan motorkar No. JJR 4433 yang dipandu oleh defendan pertama (“SD1”).
Kemalangan berlaku di KM17, Jalan Muar – Tangkak, pada Mei 25, 2008 jam
5 lebih kurang 12.10 malam. Dalam kemalangan ini, penumpang bagi motorkar
yang dipandu oleh SP3 telah meninggal dunia dan ibunya (“plaintif kedua”)
telah membawa tindakan saman ini untuk gantirugi di bawah s 7 Akta
Undang-Undang Sivil 1956.

[3] Tuntutan plaintif-plaintif ini telah dibicarakan di mana mahkamah


10
telah mendapati SP3 cuai 100% dalam kemalangan ini. Oleh itu, tuntutan
kedua-dua plaintif adalah ditolak dengan kos.

[4] Versi SP3 tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah seperti


berikut. Semasa beliau sedang memandu motorkarnya dari arah bawah ke
15 atas pada rajah kasar (“P7”), iaitu di laluan “A1”–“A2”, tiba-tiba motorkar
SD1 yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan beliau, SP3
telah mengelak ke kiri tetapi motorkar SD1 telah melanggar bahagian kanan
hadapan motorkar beliau. Menurut SP3, selepas perlanggaran tersebut,
motorkar beliau telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing tanah yang
20
ada di tepi kiri jalan, iaitu “A5” pada P7.

[5] Versi SD1 tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah seperti


berikut. Sebelum kemalangan, beliau sedang memandu motorkarnya dari
arah atas ke bawah pada rajah kasar (“P7”) apabila tiba-tiba motorkar SP3
yang datang dari arah bertentangan telah terbabas dan memasuki ke laluan
25 beliau, iaitu laluan “A2”–“A3”. SD1 telah melakarkan rajah kasar dan kunci
iaitu “D18” bagi menunjukkan bagaimana kemalangan berlaku.

[6] Mahkamah telah meneliti kedua-dua versi ini dan mendapati versi yang
diberikan oleh SD1 tentang bagaimana kemalangan berlaku sebagai probable.
30 Jika kita meneliti kedudukan rehat kedua-dua kenderaan selepas kemalangan
sebagaimana dilukiskan oleh pegawai penyiasat kes iaitu SP1 dalam “P7”,
ianya menunjukkan bahawa motorkar SP3 iaitu “B” adalah berada di lorong
“A”–“A1” manakala motorkar SD1 pula berada di lorong “A3”–“A4”.

[7] Menurut SP3, kemalangan berlaku di “Y” manakala SD1 pula


35
menyatakan bahawa kemalangan berlaku di laluannya sendiri, iaitu seperti
ditunjukkan dalam D18. Jika versi yang diberikan oleh SP3 tentang bagaimana
kemalangan berlaku diteliti, mahkamah bersetuju dengan peguam defendan-
defendan bahawa kedudukan rehat kenderaan-kenderaan selepas kemalangan
tidak menyokong versi SP3 ini. Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam
40 defendan-defendan bahawa, jika perlanggaran berlaku di “Y” sebagaimana
didakwa oleh SP3, kemungkinan motorkar SP3 akan berhenti di sebelah kiri
274 Personal Injury Reports [2011] 2 PIR [51]

seperti dalam “P7” tetapi adalah mustahil bahawa motorkar SD1 akan berhenti 1
di “C” seperti dalam “P7”, tetapi akan berhenti diantara lorong “A1”–“A2”
atau berada di atas “A2”.

[8] Sebaliknya, jika kedudukan rehat kedua-dua kenderaan selepas 5


kemalangan ini sebagaimana dalam “P7” dibandingkan dengan versi SD1,
mahkamah bersetuju dengan peguam defendan-defendan bahawa ianya
menyokong versi SD1. Keterangan SD1 bahawa kemalangan berlaku di lorong
“A2”–”A3” dan bahawa selepas perlanggaran motorkar yang dipandu oleh
plaintif pertama ditolak berpusing-pusing balik ke arah kiri seperti ditunjuk
10
dalam D18, pada pandangan mahkamah, adalah konsisten dengan kedudukan
rehat kedua-dua kenderaan selepas kemalangan ini.

[9] Berkenaan kedudukan serpihan kaca/komponen pula, pegawai


penyiasat kes iaitu SP1 mengesahkan bahawa serpihan kaca/komponen adalah
terdapat di laluan SP3 dan SD1. Selain dari itu, SP1 mengesahkan bahawa 15
serpihan kaca/komponen akan berterbangan selepas perlanggaran berlaku.
Berdasarkan kepada keterangan SP1 ini, mahkamah mendapati kedudukan
serpihan kaca/komponen selepas kemalangan ini tidak boleh membantu
mahkamah untuk menentu isu liabiliti dalam kes ini.
20
[10] “P7” menunjukkan bahawa jalanraya berselekoh di bahagian bawah
rajah kasar iaitu dari arah Muar dan ini dipersetujui oleh SP1. SP1 juga setuju
bahawa motorkar SP3 baru keluar dari satu selekoh iaitu dari arah bawah
ke atas pada “P7”. Selain dari itu, SP1 juga bersetuju bahawa motorkar
SD1 masih belum lagi sampai selekoh semasa kemalangan, iaitu motorkar
SD1 dari arah atas ke bawah pada “P7”. Fakta bahawa motorkar SP3 perlu 25
mengambil selekoh ke kanan pada pandangan mahkamah memungkinkan
lagi bagi SP3 untuk memakan jalan dan masuk ke laluan SD1 iaitu laluan
“A2”–”A3” seperti yang terjadi dalam kes ini. Pada masa yang sama, fakta
bahawa motorkar SD1 masih lagi di jalan lurus pada pandangan mahkamah
telah menolak sebarang kemungkinan bagi motorkar SD1 untuk masuk ke 30
laluan SP3, iaitu laluan “A1”–”A2”. Berdasarkan itu, mahkamah bersetuju
dengan hujah peguam defendan-defendan bahawa kemungkinan bagi SP3
hilang kawalan dan masuk ke lorong SD1 adalah tinggi dan ini yang terjadi
dalam kes ini sebelum kemalangan berlaku. Kes Yang Kong Tai (suing as a
widow of Loh Keng Yuen, deceased, on behalf of herself and the dependants of the
35
deceased) & Ors v Sal [1997] 2 MLJ 380 dan Mahat A Majid & Anor v Lau Kui &
Anor [1988] 2 CLJ 80 dirujuk.

[11] Dari gambar-gambar polis iaitu “P8A”–“P8I”, SP3 mengatakan


bahawa selepas kemalangan di antara motorkarnya dengan motorkar SD1
(perlanggaran pertama), motorkarnya telah terlanggar tebing tanah, iaitu 40
“A5” pada “P7”. Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam defendan-
Suhada Putera b Jamian & Anor v
Liang Theng Boon & Anor
[2011] 2 PIR [51] Nor Azlan Ahmad scj 275

1 defendan bahawa perlanggaran antara motorkar SP3 dengan tebing tanah


(“A5”) sebagaimana keterangan SP3 tersebut tidak pernah berlaku kerana
sebab-sebab berikut, iaitu:

5
(a) motorkar SP3 langsung tidak terlanggar/terkena tebing tanah
tersebut. Daripada gambar “P8D”, adalah amat jelas bahawa
motorkar SP3 yang ada dalam gambar ini tidak langsung terkena
tebing tanah tersebut, malahan terdapat sekurang-kurangnya jarak
5 kaki akan motorkar SP3 itu dengan tebing tanah tersebut;

10 (b) tebing tanah (“A5”) yang terdiri dari tanah merah dan batu-batu kecil
dan ianya tebing tanah yang rendah, tidak cukup tinggi dan tidak
cukup keras untuk menyebabkan kerosakan yang begitu teruk di
bahagian depan kiri motorkar SP3 sebagaimana ditunjukkan dalam
gambar “P8E”.
15
[12] Mahkamah telah secara cermat meneliti ke semua gambar-gambar
yang diambil oleh pihak polis dalam kes ini dan mendapati bahawa kesan
kerosakan kepada motorkar SP3 adalah di bahagian sudut kiri dan ini adalah
sebagaimana terdapat dalam gambar “P8E”. Manakala dalam gambar “P8F”
pula, ianya menunjukkan bahawa kedua-dua pintu kiri motorkar SP3 adalah
20 ditolak dari depan sehingga pintunya terbuka, tiada kerosakan yang serius
di sebelah kanan motorkar SP3.

[13] Dari keterangan pegawai penyiasat kes iaitu SP1, SP1 mengesahkan
bahawa kerosakan yang lebih teruk adalah pada bahagian depan sebelah
25 kiri motorkar SP3. Kerosakan yang teruk di depan kiri motorkar SP3 pada
pandangan mahkamah tidak konsisten dengan keterangan SP3 bahawa ianya
akibat motorkarnya itu melanggar tebing tanah (“A5”) tersebut. Lagipun,
kedudukan motorkar plaintif yang tidak berhenti di sebelah tebing jalan (A5)
pada pandangan mahkamah tidak menyokong keterangan SP3 tentang fakta
ini.
30

[14] Manakala kerosakan pada bahagian depan kiri motorkar SP3 pada
pandangan mahkamah adalah konsisten dengan versi SD1 bahawa motorkar
plaintif masuk ke lorong SD1 secara serong sebagaimana ditunjukkan dan
dijelaskan oleh SD1 dalam “D18”. Jika gambar “P8H” diteliti, kerosakan kepada
35 motorkar SD1 hanya tertumpu di sudut depan kanan. Oleh itu, mahkamah
bersetuju dengan hujah peguam defendan-defendan bahawa point of impact
ialah antara bahagian sudut depan kiri motorkar SP3 dengan bahagian sudut
depan kanan motorkar SD1 sebagaimana versi SD1.

[15] Berkenaan hujah peguam plaintif-plaintif bahawa kedudukan


40
kecederaan yang serius pada kedua-dua kaki SP3 berbanding dengan
kecederaan yang dialami oleh penumpang motorkarnya iaitu si mati yang
276 Personal Injury Reports [2011] 2 PIR [51]

tidak mendapat kecederaan yang serius jelas pada pandangan peguam 1


plaintif-plaintif menyokong versi SP3 bahawa point of impact ialah pada
bahagian depan kanan motorkarnya, pada pandangan mahkamah adalah
tidak berasas dan harus ditolak. Ini adalah kerana fakta bahawa si mati telah
meninggal dunia dalam kemalangan ini berbanding dengan SP3 yang hanya 5
mendapat cedera, pada pandangan mahkamah membuktikan bahawa point
of impact adalah pada bahagian kiri depan motorkar SP3 yang mana selaras
dengan versi yang diberikan oleh SD1.

[16] Berkenaan dengan hujah peguam plaintif-plaintif bahawa kedudukan


mayat yang berada di tepi kiri jalan menyokong versi SP3 bahawa motorkar 10

SP3 selepas berlanggar dengan motorkar SD1 telah melanggar “A5” yang
ada di kiri jalan di mana si mati telah kemudiannya tercampak keluar dari
motorkar. Mahkamah telah meneliti perkara ini dan mendapati hujah peguam
plaintif-plaintif ini adalah spekulasi semata-mata. Lagipun, jika kita meneliti
versi SD1 tentang bagaimana kemalangan berlaku, fakta bahawa si mati telah 15
tercampak keluar dari motorkar semasa motorkar SP3 berpusing selepas
kemalangan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

[17] Berdasarkan atas fakta bahawa ianya SP3 yang telah masuk ke laluan
SD1 sehingga menyebabkan kemalangan berlaku, mahkamah mendapati
plaintif pertama 100% cuai dalam kemalangan ini. Oleh tuntutan plaintif- 20

plaintif ditolak dengan kos.

[18] Jika keputusan mahkamah adalah sebaliknya, atas liabiliti 100%,


mahkamah taksirkan seperti berikiut. Berkenaan gantirugi khas bagi plaintif
pertama, bagi item (a) iaitu tambang keluarga ke Hospital Muar, mahkamah 25
awardkan pada kadar RM20.00 x 10 hari = RM200.00 berdasarkan keterangan
SP3 yang mengatakan bahawa ibunya melawatnya empat kali seminggu dan
kos perjalanan RM20.00 sehari.

[19] Bagi item (b) iaitu tambang keluarga ke Hospital Pantai Melaka,
mahkamah awardkan pada kadar RM40.00 x 14 kali = RM560.00. Ini 30
berdasarkan keterangan SP3 bahawa ibunya melawatnya empat kali seminggu.

[20] Bagi item (c), iaitu tambang SP3 ke hospital untuk rawatan pesakit
luar, mahkamah awardkan pada kadar RM20.00 x 27 kali = RM540.00. Dari
dokumen yang ada, ianya menunjukkan SP3 pergi rawatan pesakit luar 35
sebanyak 27 kali (peguam plaintif kata 26 kali).

[21] Bagi item (d) iaitu bayaran perubatan sebanyak RM23,036.85, tuntutan
ini ditolak kerana bil ini telah dibayar oleh syarikat insurans SP3 sendiri dan
SP3 tidak mengalami apa-apa kerugian bagi amaun ini. Kes Mohd Zukhairi
Abd Ghapar (an infant suing through his father and next friend, Abdul Ghapar b 40
Saad) v Quek Chiam Kee [2004] 1 MLJ 6 dirujuk.
Suhada Putera b Jamian & Anor v
Liang Theng Boon & Anor
[2011] 2 PIR [51] Nor Azlan Ahmad scj 277

1 [22] Bagi item (e) iaitu bagi bayaran laporan perubatan Hospital Muar dan
hospital Pantai, sebanyak RM40.00 dan RM150.00 diawardkan seperti dituntut.

[23] Bagi item (f) iaitu perbelanjaan perubatan dari Hospital Muar dan
5 Kementerian Kesihatan Malaysia, mahkamah awardkan sebanyak RM455.00
dan RM1.00 seperti dituntut. Dan bagi bil Hospital Pantai, mahkamah
membenarkan 1/3 dari RM265.00 = RM88.33.

[24] Bagi item (g), iaitu untuk laporan polis, rajah kasar dan kunci, sebanyak
RM35.00 diawardkan oleh mahkamah, manakala bagi lain-lain item iaitu item
10
(h) hingga (l), ianya ditolak kerana tidak dibuktikan.

[25] Bagi plaintif kedua pula, bagi gantirugi khas, bagi item (a) iaitu bagi
bereavement, tuntutan ini ditolak kerana si mati sudah berumur 21 tahun
semasa kemalangan/kematian.
15
[26] Bagi kos laporan post mortem sebanyak RM40.00, jumlah ini dibenarkan.
Bagi belanja pengkebumian, mahkamah benarkan sebanyak RM2,500.00.

[27] Bagi tuntutan plaintif kedua untuk kerugian kehilangan tanggungan,


20
mahkamah telah menolak tuntutan ini kerana mahkamah dapati bahawa
pihak plaintif-plaintif telah gagal membuktikan bahawa si mati ada pekerjaan
atau pendapatan semasa kemalangan/kematiannya.

[28] Dalam kes ini, tiada sebarang rekod cukai pendapatan, KWSP, SOCSO,
slip gaji, voucher, akaun pendapatan dan lain-lain yang telah dikemukakan
25 bagi membuktikan bahawa si mati bekerja sebagai PA kepada ibunya iaitu
SP2. Hanya surat (“P10”) yang telah dikemukakan, yang dibuat oleh SP2
sebagai majikan yang juga penuntut dalam kes ini. Apabila SP2 ditanya kenapa
P10 disediakan, jawapan SP2 ialah “kerana proper untuk menyediakan”.
Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam defendan-defendan bahawa
30 P10 mudah direka, lebih-lebih lagi ianya tidak diakui terima oleh si mati.
Keterangan SP2 bahawa kerja-kerja PA ialah seperti kerani, tetapi tiada
keterangan dokumen yang disediakan oleh si mati semasa bekerja sebagai
PA/kerani telah dikemukakan sebagai bukti. Mahkamah bersetuju dengan
hujah peguam defendan-defendan bahawa sebenarnya si mati tidak langsung
bekerja semasa kejadian. Oleh itu tuntutan untuk kehilangan sumbangan
35
ditolak.

[29] Berkenaan gantirugi am bagi SP3, mahkamah awardkan seperti


berikut. Bagi cerebral concussion, mahkamah awardkan sebanyak RM3,000.00
berdasarkan kes Azhar b Salleh v Mohd Zali b Isa [2008] 2 PIR [2], kes Fanus
40 Ibrahim v Koh Poo Yim & Anor [2008] 2 PIR [5] dan kes Koh Poo Yim & Anor v
Fanus b Ibrahim [2008] 2 PIR [6].
278 Personal Injury Reports [2011] 2 PIR [51]

[30] Bagi laceration sepanjang 2 cm over anterior aspect of the right thigh, 1
RM1,000.00 diawardkan berdasarkan kes Khoo Yue Yeen@Koh Hue Yeen v Wakil
bagi harta pusaka si mati (Manikam a/l Ramakrishnan) & 3 Ors (And Another Suit)
[2008] 2 PIR [17].
5
[31] Bagi closed fracture of the left femur, mengambilkira akan fakta bahawa
menurut laporan Hospital Pantai bahawa “Follow up: uneventful. Fracture has
united”, mahkamah awardkan sebanyak RM15,000.00. Kes Sazali Azizi v Sandy
Lim Koo Eng (Radzwan b Mahyiddin – Third Party) [2008] 2 PIR [43], kes Mohd
Saiful Ain b Atan & Anor v Ng Siew Eng [2008] 2 PIR [38], dan kes Rozaini Ismail
10
& Anor v Abdul Ghani b Ibrahim [2008] 2 PIR [11] dirujuk.

[32] Bagi right branchial plexus injury, mengambilkira akan fakta bahawa
pada Julai 29, 2008 semasa SP3 berjumpa Dr Suguna di Hospital Pantai, telah
dilaporkan bahawa “The right shoulder could not be abducted, but with steroid
injection and physiotheraphy, the shoulder range of motion recovered completely”, 15
mahkamah awardkan sebanyak RM8,000.00. Kes Hashim Nawai v Razman b
Kosnin (Shahruddin b Adnan@Azdan – Third Party) [2007] 1 PIR [56] dan kes
Kek Kim Whatt & 2 Ors v Ang Boon Tiong & Anor [2007] 1 PIR [71] dirujuk.

[33] Bagi closed fracture of the right tibia, mengambilkira laporan Hospital 20
Pantai report bahawa “Follow-up: Uneventful. Fractures heve united”, sebanyak
RM12,000.00 diawardkan. Kes Vicneswaran a/l Senggaran & Anor v Ling Mee
Tia [2008] 2 PIR [46], kes Abdul Ramzi b Abdul Mahadi v Nor Abizah@Christine
bt Tadin [2007] 1 PIR [39] dan kes Ikhuan Safis Ramli & Anor v Jeevananth a/l
Sakaran & Anor [2008] 1 PIR [51] dirujuk.
25
[34] Bagi right supraspinatus, iaitu above spinal tendon imflammation, sebanyak
RM2,000.00 diawardkan. Bagi fat embolism, RM1,000.00 diawardkan.

30

35

40

You might also like