You are on page 1of 5

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRS & TKRS

PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2010

1. NAMA KURSUS

Kursus Kenaikan Pangkat KRS & TKRS Peringkat Daerah Rompin


2010.

2. TEMPAT

KEM PINGGIRAN PELANGI / KEM BESTARI / CHEDOQ, ROMPIN,


Pahang Darul Makmur.

3. SASARAN DAN KELAYAKAN

Kadet KRS berpangkat Lans Koperal atau Koperal serta berada di


Tingkatan Empat sekolah menengah dan kadet TKRS berpangkat
Lans Koperal berada di Tahun 5 sekolah rendah. Setiap sekolah
menghantar seorang kadet putera dan seorang kadet puteri .

4. TARIKH DAN LAPOR DIRI


Tarikh Kursus : 21 hingga 23 September 2010.
Tarikh Pendaftaran : 21 September 2010 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat Lapor Diri : KEM PINGGIRAN PELANGI / KEM BESTARI /
CHEDOQ, ROMPIN, Pahang Darul Makmur.

5. LATAR BELAKANG
Dalam proses pembentukan struktur organisasi yang berkualiti, maka
pendedahan awal serta proses kepimpinan perlulah dilaksanakan di
peringkat bawahan. Latihan dan pendedahan terhadap pemimpin kecil
di seluruh daerah perlu dilaksanakan agar kesinambungan proses
kepimpinan tidak terjejas. MODUL KURSUS KENAIKAN PANGKAT
KRS & TKRS diadakan dengan harapan agar dapat dikembangkan dan
digunakan ke arah kesempurnaan kendiri serta mewujudkan semangat
kepimpinan yang tinggi seiring dengan menuju OBJEKTIF KRS dalam
proses memantapkan struktur organisasi dan mengukuhkan matlamat
KRS & TKRS khususnya dan amnya matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Kerajaan Malaysia untuk menjadikan pelajar sebagai
aset yang paling penting untuk memajukan keharmonian negara
berbilang kaum.

6. MATLAMAT
Mewujudkan generasi PEMIMPIN KRS & TKRS yang memahami
tatacara dan istiadat KRS & TKRS serta dapat mengaplikasikan modul
aktiviti Pendidikan Luar dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

7. RASIONAL
Program ini diharap dapat melahirkan PEMIMPIN KRS & TKRS yang
mempunyai kemahiran di dalam pelbagai bidang dan dapat
mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan
KRS & TKRS, diwarisi kepimpinan akan datang.

1
8. OBJEKTIF

8.1. Membina generasi pemimpin bersemangat patriotik yang


cintakan agama, bangsa dan Negara.
8.2. Membentuk generasi pemimpin yang menjiwai semangat
perpaduan, memiliki ketrampilan diri, daya saing yang sihat,
bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup.
8.3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan
kepekaan di kalangan pemimpin muda mengenai isu-isu
semasa serta keupayaan mewujudkan integrasi nasional.
8.4. Membina dan memupuk PEMIMPIN KECIL KRS & TKRS yang
sentiasa mengamalkan dan mempraktikan semua isi kandungan
kurikulum KRS dan menjunjung tinggi perlembagaan KRS &
TKRS.
8.5. Membina generasi yang mahir dan cekal hati dalam
penyampaian maklumat.
8.6. Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta
sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran
hidup.

9. PENGISIAN PROGRAM

9.1 Ujian Kawad


9.1.1 Berkebolehan memberi perintah kawad kepada skuad
atau platun sendiri.
9.2 Ujian Kerohanian
9.2.1 Berkebolehan memimpin sembahyang berjemaah
dengan mengetahui bacaan wirid dan doa selepas
sembahyang.
9.2.2 Menghafaz 2 hadis pendek dari kitab ‘Hadis Empat
Puluh”.
9.2.3 Menceritakan atau menulis mengenai riwayat kehidupan
seorang dari khalifah Ar-Rasyidin.
9.3 Ujian Moral
9.3.1 Pengucapan awam:
Tajuk Cadangan :
Sesal kemudian tidak berguna
Etika perniagaan yang baik
Pengorbanan kaum ibu
Fikir sebelum bertindak
9.4 Ujian Kecergasan
9.4.1 Larian 2.4 km dalam masa 12 minit (L) / 15 minit (P)
9.4.2 Bangkit tubi ( 30 kiraan / minit )
9.4.3 Tekan tubi ( 20 kiraan / minit )
9.4.4 Lentik Belakang ( 20 kiraan / minit )

2
9.4.5 Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak
kurang 50 kg ( 100m ).
9.5 Ketatanegaraan
9.5.1 Nama dan jawatan Jemaah Kabinet
9.5.2 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik
dalam agama masing-masing.
9.5.3 Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri

9.6 Perkhemahan.
9.7 Ikatan.
9.8 Kompas.
9.9 Ikhtiar hidup.
9.10 Pertolongan Cemas / Bantu Mula.
9.11 Kebudayaan.
9.12 Khidmat Masyarakat.
9.13 Alam Sekitar.
9.14 Keusahawanan.
9.15 Keyakinan dan keselamatan di air

10. PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Peserta dipecahkan kepada beberapa seksyen ( 12 orang ). Setiap


aktiviti akan dikendalikan oleh seksyen masing-masing.

11. PENILAIAN
Penilaian akan dijalankan oleh panel penilai. Panel Penilai adalah
terdiri daripada semua Sekretariat KRS/TKRS Negeri, Sekretariat
KRS/TKRS Daerah dan Jurulatih KRS/TKRS yang berkelayakan.

Penilaian akan dilihat dari aspek :

1. Kepimpinan
2. Penglibatan sepanjang aktiviti
3. Aspek kemahiran
4. Nilai-nilai Murni
5. Teknik kendalian aktiviti termasuk komunikasi dalam kumpulan
6. Soalan objektif / subjektif.

Jenis- jenis Penilaian :


1. Penilaian pemerhatian (Observation Method) akan dijalankan
sepanjang aktiviti berjalan.
2. Penilaian Lisan (Verbal Questioning) dijalankan semasa aktiviti
berlangsung. Cara ini boleh menolong Pegawai Penilai menilai
pengetahuan peserta dengan lebih tepat.
3. Penilaian Bertulis (Writing Assigment) diberi secara individu. Set
kertas soalan disediakan oleh pihak penganjur dan disemak
oleh Pegawai Penilai. Sukatan soalan adalah mengikut tahap
kurikulum Kadet Remaja Sekolah yang telah diiktiraf oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

12. YURAN PENDAFTARAN


Kadet : RM 50.00 seorang

3
13. TOKOH PERASMI
Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

14. PENYERTAAN
Setiap sekolah menghantar 2 orang ( seorang kadet putera dan
seorang kadet puteri ).

a) 18 sekolah Menengah x 2 orang = 36 orang


b) 30 sekolah Rendah x 2 orang = 60 orang
c) Jurulatih KRS/TKRS x 30 orang = 30 orang

Jumlah = 126 orang

15. SUMBER KEWANGAN

15.1 Peruntukan Pejabat Pelajaran Daerah Rompin 1,840.00


15.2 Yuran Penyertaan Kadet (RM 50 x 96 0rang) 4,800.00

JUMLAH 6,640.00

16. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

01. Makan / minum peserta


(126 org x 4 Hari x RM 10.00 = RM 5040.00) 5040.00

02. Sewa tapak ( 96 orang x RM 5.00 = RM 700.00 ) 480.00

03. Sijil Penghargaan / Sijil pencapaian / Sijil Penyertaan 126.00


2.1 Kadet Terbaik Setiap Aktiviti 3.00
2.2 Kadet Terbaik Lelaki Keseluruhan 4.50
2.3 Kadet Terbaik Perempuan Keseluruhan 4.50
2.4 Sijil Penghargaan Jurulatih ( 30x1 ) 30.00
2.5 Cenderamata Penceramah ( 2 x RM 30 ) 60.00

04. Perbelanjaan Runcit dan Perubatan 140.00

05. Tanda Nama ( 126 orang x RM 2.00 ) 252.00

06. Dokumentasi / Buletin ( Kertas / Ink / alat tulis / dll ) 100.00

07. Keperluan aktiviti ( tali / belerang / dll ) 50.00

08. Jamuan Majlis Penutupan. 300.00

09. Cenderamata Perasmi 50.00

JUMLAH BESAR 6,640.00

4
17. CARTA GANTT

Bil Tindakan / Bulan Ogos Sept Okt


1 Kertas Konsep / /
2 Mesyuarat J/K Induk Daerah /
3 Mesyuarat J/K Kerja / /
4 Mesyuarat J/K Kecil /
5 Mesyuarat Aktiviti Jurulatih /
6 Logistik /
7 Kursus Sarjan / Staf Sarjan /
8 Post-Mortem /

18. SEGUNUNG HARAPAN

Peruntukan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Rompin

19. PENUTUP

Terima kasih kepada kepimpinan KRS/TKRS dan PPD Rompin kerana


memberi kepercayaan kepada Sekretariat KRS/TKRS Daerah Rompin
untuk menganjurkan aktiviti ini. Pihak penganjur mengharapkan
komitmen yang padu dari semua pihak dalam menjayakan program
murni ini. Semoga ahli-ahli KRS & TKRS kembali ke sekolah masing-
masing dan mereka akan dapat memanfaatkan segala ilmu dan
pengalaman di sepanjang kursus ini, Insya Allah.

20. Jadual Kursus seperti Lampiran.

Yati2010

You might also like