You are on page 1of 10

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1. Yang berikut merupakan peranan firma kecuali


A pembeli faktor pengeluaran
B pengguna barang dan perkhidmatan
C pengeluar barang dan perkhidmatan
D pengeksport barang dan perkhidmatan

2. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara pada suatu tahun.
Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga faktor 5000
KDNK pada harga pasaran 5600
Subsidi 300

Hitung jumlah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan negara tersebut.
A RM300 juta
B RM900 juta
C RM4700 juta
D RM5300 juta

3. Yang manakah merupakan barang akhir? A Roti yang dibeli oleh penjual sandwich

B Tepung gandum yang dibeli oleh suri rumah


B Susu pekat yang dibeli oleh Warung Pak Hamid
C Baju kurung yang dibeli oleh Kedai Butik Farah

4. Maklumat data pendapatan negara boleh digunakan untuk


A mengukur kadar pengangguran
B membandingkan kualiti barangan
C menentukan kadar pertukaran asing
D menentukan kadar pertumbuhan ekonomi

2
5. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan (C) serta fungsi penggunaan dan
pelaburan (C+I) bagi sebuah negara.

Penggunaan, Pelaburan
( RM juta)
Y

C+1

C= 100+0.8 Y

200

45 0

0
Y1 Y2 Pendapatan negara (RM juta)

Jika Y2 ialah pendapatan negara di tingkat guna tenaga penuh, berapakah nilai Y1?
A RM 100 juta
B RM 200 juta
C RM 500 juta
D RM 1500 juta

6. Antara yang berikut, pemboleh ubah yang manakah secara langsung mempengaruhi
pelaburan?
A Tabungan dan kadar bunga
B Tabungan dan kecekapan modal sut
C Pendapatan negara dan kadar bunga
D Kadar bunga dan kecekapan modal sut

3
7. Gambar rajah di bawah menunjukkan suatu ekonomi tanpa perdagangan antarabangsa dan
kerajaan megenakan cukai tetapi tidak membuat apa-apa perbelanjaan.
S = tabungan, T = cukai terkumpul, I = pelaburan.
Tabungan, cukai, pelaburan

S+T

0 Y1 Y2 Y3 Y4 Pendapatan negara

Yang manakah merupakan tingkat keseimbangan pendapatan negara?

A Y1
B Y2
C Y3
D Y4

8. Maklumat di bawah menunjukkan perbelanjaan bagi sebuah ekonomi terbuka.


Perbelanjaan penggunaan, C = 250 + 0.8Yd, dengan Yd = Y – T
Cukai, T = 200
Perbelanjaan kerajaan, G = 350
Pelaburan, I = 400
Eksport, X = 150
Import, M = 50 + 0.02Y

Apakah fungsi bocoran bagi ekonomi tersebut?


A W = -90 + 0.2Y
B W = -290 + 0.2Y
C W = -40 + 0.22Y
D W = -260 + 0.22Y
9. Dasar fiskal ialah dasar kerajaan untuk

4
A meningkatkan taraf hidup rakyat
B mengagihkan semula pendapatan
C meningkatkan kuasa beli masyarakat
D mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui perubahan cukai dan perbelanjaan kerajaan

10. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan negara, penggunaan dan pelaburan bagi sebuah
ekonomi.
Pendapatan negara Penggunaan Pelaburan
(RM juta) (RM juta) (RM juta)
0 600 600
1000 1200 600
2000 1800 600
3000 2400 600
4000 3000 600
Berapakah lompang deflasi sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah
RM4500 juta?
A RM200 juta
B RM600 juta
C RM1000 juta
D RM1800 juta

11. Andaikan indeks nilai wang pada tahun 2019 adalah 80, berapakah indeks harga pengguna?
A 100
B 115
C 120
D 125

12. Bank perdagangan berupaya mencipta wang melalui


A kemudahan deposit semasa
B sistem kewangan yang kukuh
C sokongan daripada bank pusat
D penetapan rizab oleh bank pusat
13. Dalam sebuah ekonomi, keluaran negara nominal pada tahun 2018 bernilai RM200 juta, dan
halaju edaran wang ialah 4. Apabila keluaran negara nominal meningkat sebanyak 10%
pada tahun 2019, berapakah jumlah penawaran wang pada tahun 2019?

5
A RM20 juta
B RM40 juta
C RM50 juta
D RM55 juta

14. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan wang (MD) dan keluk penawaran
wang (MS) bagi sebuah ekonomi.

Kadar bunga MS0

r0 E0

r1 E1
MD0
MD1
0 M0 Kuantiti wang
Kejatuhan kadar bunga dari r0 ke r1 disebabkan oleh
A pembelian surat jaminan bertambah
B pendapatan nominal masyarakat berkurang
C bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun
D tabungan di bank perdagangan telah bertambah

15. Yang manakah tidak menunjukkan pelaksanaan dasar kewangan menguncup oleh bank
pusat?
A Menurunkan kadar bunga semalaman
B Menaikkan nisbah rizab tunai dan nisbah rizab berkanun
C Menawarkan surat jaminan jangka panjang kepada masyarakat
D Menaikkan kadar diskaun terhadap pinjaman bank perdagangan

16. Teori faedah berbanding mengandaikan bahawa


A kos lepas sentiasa meningkat

6
B tingkat teknologi sentiasa berubah
C tingkat guna tenaga penuh tercapai
D pengkhususan berlaku dalam pengeluaran

17. Pelaksanaan dasar sekatan perdagangan embargo telah menyebabkan


A hasil kerajaan berkurang
B nilai import menjadi sifar
C permintaan import berkurang
D eksport keluaran tempatan bertambah

18. Coronavirus telah menyebabkan masalah kekurangan “mask” di rantau Asia. Dengan
mengandaikan kadar pertukaran ialah USD1 = RM4, berapakah perbelanjaan import
Malaysia untuk mendapatkan 10,000 kotak stok “mask” yang bernilai RM5 sekotak dari
Amerika Syarikat?

A USD 1.25 ribu


B USD 12.5 ribu
C USD 40.0 ribu
D USD 50.0 ribu

19. Industri pelancongan Jepun yang terjejas akibat isu jangkitan Coronavirus telah
menyebabkan
A Permintaan Yen Jepun berkurang
B Permintaan Yen Jepun bertambah
C Penawaran Yen Jepun berkurang
D Penawaran Yen Jepun bertambah

7
20. Jadual di bawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia pada
tahun 2019.
Butiran RM juta
Eksport 681 275
Import 572 051
Perkhidmatan -20 632
Pendapatan primer -32 112
Pendapatan sekunder -21 325
Akaun Modal -1 136
Akaun kewangan -55 350
Kesilapan dan ketinggalan bersih 25 082

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah pernyataan berikut adalah betul?


A Akaun pendapatan bernilai RM53 437 juta
B Imbangan akaun dagangan bernilai RM88 592 juta
C Imbangan akaun semasa bernilai RMRM56 480 juta
D Rizab antarabangsa bertambah sebanyak RM3 751 juta

Bahagian B [40 markah]

8
Jawab empat soalan sahaja.

21. (a) Jelaskan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu ditangani. [6]
(b) Huraikan dua langkah untuk membaiki imbangan pembayaran kurangan. [4]

22. Menurut ASEAN Economic Integration Brief No.06/November 2019, Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) per kapita pada tahun 2018 di Malaysia ialah US$10907.7, manakala
di Indonesia ialah US$3928.7. Terangkan empat alasan mengapa taraf hidup penduduk di
Malaysia tidak semestinya lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di
Indonesia. [10]

23. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2]


(b) Dengan bantuan jadual, terangkan proses pengganda yang berlaku akibat pertambahan
pelaburan dalam ekonomi dua sektor. [8]

24. Berbantukan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan kesan
ke atas harga dan keluaran negara benar apabila daya penciptaan kredit bank perdagangan
terjejas.

[10]

25. (a) Jelaskan konsep bekalan wang M1 dan M2. [6]


(b) Huraikan peranan Bank Pusat dalam mengawal bekalan wang beserta dengan satu contoh
yang sesuai. [4]

26. (a) Dengan mengandaikan keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa adalah
berbentuk anjal sempurna, jelaskan bagaimana pelaksanaan dasar tarif memberi kesan ke
atas pengeluaran domestik, kuantiti import barang, dan hasil kerajaan. [8]

(b) Berdasarkan rajah anda di (a), jika pengenaan tarif telah menyebabkan harga pasaran
meningkat sehingga bersamaan dengan harga sebelum perdagangan antarabangsa, nyatakan
perubahan yang berlaku ke atas kuantiti import barang, dan hasil kerajaan. [2]

9
Bahagian C [20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, jumlah pengangguran, dan indeks harga
pengguna Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

Butiran 2014 2015 2016


Jumlah tenaga buruh ( ribu orang) 14263.6 14518.0 14667.8
Jumlah pengangguran (ribu orang) 413.64 450.06 498.71
Indeks harga pengguna (2010=100) 110.5 112.8 115.2
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/18)

(a) Takrifkan jumlah tenaga buruh dan jumlah pengangguran. [2]


(b) Hitungkan:
(i) Kadar pengangguran dari tahun 2015 hingga 2016 [2]
(ii) Jumlah guna tenaga dari tahun 2015 hingga 2016 [2]
(c) Hitung kadar inflasi bagi tahun 2015 hingga 2016 [2]
(d) Nyatakan petunjuk makroekonomi berdasarkan jawapan (b) dan (c) di atas. [2]

28. Jadual di bawah menunjukkan jumlah sumbangan sektor-sektor ekonomi kepada Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2015 hingga tahun 2016 (2010=100).

Sektor ekonomi 2015 (RM juta) 2016 (RM juta)


Pertanian 94 249 89 465
Perlombongan dan kuari 95 508 97 563
Pembuatan 243 903 254 725
Pembinaan 46 630 50 103
Perkhidmatan 569 258 601 341
Cukai Import 13 808 15 030
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/18)

(a) Takrifkan konsep


(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) [1]
(ii) Harga pembeli [1]

10
(b) Berdasarkan jadual di atas, hitungkan KDNK pada harga pembeli bagi tahun 2015 dan 2016.
[3]
(c) Sektor ekonomi manakah digolongkan dalam sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga?
[2]
(d) Hitung kadar pertumbuhan sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga pada tahun 2016.
[3]

29. Jadual berikut menunjukkan proses penciptaan kredit yang berlaku dalam sesebuah ekonomi
bagi dua bank yang pertama.

Bank Deposit semasa (RM) Rizab tunai (RM) Pinjaman (RM)


I 10 000 2 000 8 000
II 8 000 1 600 6 400
III

(a) Jelaskan maksud rizab tunai. [1]


(b) Nyatakan nilai deposit semasa, rizab tunai, dan pinjaman bagi Bank III. [3]
(c) Hitung jumlah deposit semasa, jumlah rizab tunai, dan jumlah pinjaman selepas selesai
proses penciptaan kredit. [3]

(d) Pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat telah menyebabkan kadar rizab
tunai berubah sebanyak 10%.

(i) Apakah masalah ekonomi yang sedang berlaku? [1] (ii) Berapakah kadar rizab
tunai yang baru? [2]

_____________________________KERTAS SOALAN TAMAT__________________________

11

You might also like