You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK RAMUNIA 81620 PENGERANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL. 2/2020

Tarikh : 13 MEI 2020

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : TEMPAT MASING-MASING

Pengerusi : PN. THIVYA BARATHI A/P YOHARAJA

Kehadiran(Bilangan) : 4 orang

Turut Hadir (Jika ada) :


1. Puan Thivya Barathi A/P Yoharaja
2. Encik Zamri Bin Hamzah
3. Encik Adi Haizan Bin Mohd Noor
4. Encik Ghazali Bin Hassan

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Puan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dalam
mesyuarat kali ini serta kerjasama dan komitmen yang diberikan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 NORMA BAHARU PENGURUSAN MESYUARAT

4.1.1 Berikutan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan , maka mesyuarat
kali ini tidak boleh dijalankan seperti biasa.

4.1.2 Pihak pentadbir menyarankan minit mesyuarat kali ini dijalankan secara atas talian
iaitu menggunakan Google meet.

Makluman: Semua guru

4.2 PDPC SEPANJANG PKP

4.2.1 PDPC perlu dijalakan walaupun negara kita dalam keadaan PKP.

4.2.2 Kaedah PDPC yang dijalankan perlulah disesuaikan dengan keadaan semasa dan
kemudahan yang ada di kalangan guru dan murid.

4.2.3 Antara kaedah PDPC yang disarankan termasuklah penggunaan Watsapp , telegram ,
Google Classroom dan lain-lain.

4.2.4 Walau bagaimanapun bagi murid-murid yang tiada capaian internet penggunaan
bahan PDPC manual masih boleh digunakan seperti penggunaan lembaran kerja,
buku teks dan BLA.
4.2.5 Guru-guru diingatkan supaya PdPc dijalankan mengikut jadual khas PdPc Semasa
PKP serta membuat catatan PDPC yang dijalankan sepanjang PKP ini.

4.2.6 Guru-guru juga diminta melengkapkan Rekod PDPC (Google form) pada setiap hujung
minggu berkaitan PDPC yang telah dijalankan.

4.2.7 Semua hasil kerja murid sepanjang PKP juga perlu disimpan untuk dijadikan eviden
bagi Pelaporan PBD.

Tindakan: Semua guru

4.4 AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN MORAL

4.4.1 Semua program tahunan panitia yang bersesuaian semasa PKP boleh diteruskan.

4.4.2 Aktiviti panitia boleh ditambah untuk kesesuaian sepanjang PKP ini. Antara cadangan
aktiviti ialah Pertandingan menghasilkan poster Covid-19, Kad Hari Raya dan Kad Hari
Guru.

Makluman : Semua guru

5. HAL-HAL LAIN

.5.1 PENJAGAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


Semua warga sekolah juga pelawat perlu mengikut SOP PKP termasuk di sekolah demi
menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak .

Makluman: Semua
guru

5.2 PEKA DENGAN INFO DAN MAKLUMAT TERKINI


Semua maklumat terkini akan diberitahu oleh pihak pentadbir dari masa ke semasa.Oleh
itu semua guru perlu peka dengan info-info terkini.

Makluman : Semua guru

6. PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat yang berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 Pagi

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(ENCIK ADI HAIZAN) (PN. THIVYA BARATHI A/P YOHARAJA)
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Pengerusi Panitia Pendidikan Moral
SK Telok Ramunia SK Telok Ramunia
Tarikh : 16 MEI 2020 Tarikh : 16 MEI 2020

You might also like