You are on page 1of 3

SIARAN MEDIA

MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA


INDUSTRI LATIHAN PEMANDUAN (ILP) KENDERAAN MOTOR
DIBENAR BEROPERASI MULAI 9 SEPTEMBER 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin mengumumkan bahawa Industri


Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi
dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai 9 September
2021.

Walaupun Institut Memandu (IM) boleh mula beroperasi mulai 9 September 2021,
proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan hanya akan
bermula pada 17 September 2021. Tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM
dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi
mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

Kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara


(MKN) ini tertakluk kepada pematuhan perkara-perkara seperti berikut :

I) Pematuhan sepenuhnya ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan


Pemulihan Negara (PPN) Berfasa yang berkuatkuasa;

II) Pekerja, tenaga pengajar dan calon telah lengkap menerima vaksin
dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad
pengenalan sebagai pembuktian;

III) Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja


berdasarkan peratusan (%) pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

Sekiranya kadar peratusan pekerja yang lengkap menerima vaksin adalah 40%,
maka kapasiti pekerja yang dibenarkan beroperasi adalah sebanyak 60%. Jika 60%
lengkap menerima vaksin, 80% pekerja dibenar beroperasi. Syarikat dibenarkan
beroperasi dengan kapasiti 100% sekiranya 80% pekerja lengkap menerima vaksin.

IV) Kehadiran mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ‘Person Under
Surveillance’ (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah tidak
dibenarkan, dan;
V) Mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti
pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan
penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan
‘hand sanitizer’.

MOT ingin mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan


boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342).

Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali
IM akibat pandemik COVID-19, MOT memutuskan pemberian moratorium selama
tiga (3) bulan iaitu sehingga 30 November 2021 bagi keperluan pembaharuan permit
IM bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat di antara bulan
Januari hingga September 2021 .

Diharapkan dengan pengoperasian semula ILP ini dapat memberi kelegaan kepada
pengusaha-pengusaha ILP atau IM, tenaga pengajar dan orang ramai yang
memerlukan perkhidmatan berkaitan.

MOTOR VEHICLE DRIVING INSTITUTES (ILP) ALLOWED TO OPERATE


FROM 9 SEPTEMBER 2021

The Ministry of Transport (MOT) wishes to announce that Driving Institutes for Motor
Vehicles nationwide will be permitted to operate from 9 September 2021 by
appointment during the National Recovery Plan (NRP).

While the ILP will be permitted to operate from 9 September, the examination process
to obtain driving licenses will begin only on 17 September. This is to allow the driving
institutes and the Road Transport Department (JPJ) to manage any arising issues that
the candidates may face.

This permission as approved by the National Security Council (MKN) is subject to


compliance with the following:

I) Full adherence to current standard operating procedures (SOP) under the


NRP.

II) Employees, teaching staff, and candidates must be fully vaccinated,


verifiable with COVID-19 Digital Vaccination Certificates and identification
cards.
III) Institutes are permitted to operate based on the percentage of employees
that have been vaccinated.

If 40% of an ILP’s employees have been vaccinated, the institute may operate at 60%
of current staffing. With 60% having been vaccinated, an ILP may operate with 80%
staff. An ILP may operate with 100% staffing if 80% of staff have been vaccinated.

IV) The following persons are not allowed into the ILP: staff or candidates with
symptoms, persons residing in Enhanced Movement Control Order (EMCO)
areas, Persons Under Surveillance (PUS), and persons under quarantine.

V) Full compliance with health protocols as stipulated by the Ministry of Health


and implementing new norms such as checking body temperature,
checking in with MySejahtera, maintaining physical distance, wearing face
masks, and using hand sanitisers.

The MOT wishes to remind that any violation of the associated SOPs can result in action
taken under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342).

In understanding and acknowledging the difficulties faced by the ILP during the
COVID-19 pandemic, the MOT will grant a 3-month moratorium until 30 November
2021 on the renewal of ILP operators' permits whose expiry falls between January and
September 2021.

As driving institutes begin to operate once again, we hope that this decision would
bring relief to the operators, teaching staff, and public that need these services.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG


MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
7 SEPTEMBER 2021

-TAMAT-

Tentang MOT:

Kementerian Pengangkutan Malaysia bertekad untuk menjadi peneraju transformasi sistem


pengangkutan yang bersepadu, efisien dan selamat dengan memperkasakan sistem pengangkutan
berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara.

Pertanyaan Media:

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Hotline 1800-88-7723
Faks +603 8892 0208
E-mel aduan@mot.gov .my

You might also like