You are on page 1of 3

Penswastaan di Malaysia

Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan


Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan
bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju.
Sesetengah agensi kerajaan pula amat menarik dan menguntung . Kerajaan tidak
perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana
pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.
Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan,
bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil
teladan dari negara Barat terutama Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian
lama.
Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan
jika kelemahan berlaku. Bekas Perdana Menteri malaysia , Tun Dr Mahathir
Mohamad lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak
swasta. Syarikat multinasional atau gergasi ini akan menjadi penaung kepada syarikat
yang lebih kecil .
Peluang pekerjaan juga akan bertambah , dinamik dan mudah alih. Pekerja yang tidak
setuju dengan dasar itu, boleh memohon kekal dengan kerajaan tetapi dipindahkan
ke tempat yang baru. Mereka juga boleh memilih untuk berhenti dan mendapat
pampasan yang tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk menjalankan
perniagaan , menjadi usahawan baru.
Selama ini kerajaan tidak dapat membuang pekerja yang tidak cekap. Dengan dasar
penswastaan ini, pekerja secara automatik menjadi lebih rajin kerana mendapat
bayaran gaji yang tinggi. Mereka boleh kerja lebih masa dan bekerja lain di luar
perkhidmatan.
CEO dan staf akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka. Mereka
ada syer di dalamnya. Semasa penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham diberikan
kepada CEO dan semua staf secara percuma atau saham istimewa.
Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelabuaran yang lebih besar dan
yang membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga berlaku
menerusi peningkatan kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan melalui
penggunaan sumber yang lebih kecil. Program penswastaan telah memberi kesan
gandaan keapda ekonomi negara.
Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-
program ini telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan
daripada penjualan aset dan ekuiti.
Dasar ini juga memberi manfaat keapda golongan yang berpendapatan rendah.
Penglibatan yang menyeluruh ini telah dicapai melalui tawaran awam kepada orang
ramai dan juga pelabur institusi seperti amanah sahan negari. Pemilikan Bumiputra
juga telah meningkat menerusi program penswastaan entiti Kerajaan secara MBO.
Menerusi kaedah ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat juga meningkat
selaras dengan penwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru
melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau
penyediaan khidmat perunding. Seterusnya membolehkan rakyat Malaysia dengan
sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu dalam
peningkatan kecekapan dan produktiviti.
Pelaksanaan program penswastaan akan dipertingkatkan menerusi stategi berikut:
1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yagn akan
diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.
2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi
memenuhi matlamat sosioekonomi.
3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan
dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.
4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangna syarikat tempatan
khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.
5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan
idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.
6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta
melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan
vendor.
7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi
entiti yang diswastakan.
8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan
keberkesanannya.
9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang
diswastakan.
10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan
mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.

Pada peringkat awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh
dasar ini Tetapi selepas beberapa tahun , syarikat ini cenderung meningkatkan harga
kerana pelabur mahukan keuntungan yang tinggi. Mangsanya ialah pengguna.

Senarai Badan Kerajaan yang Diswastakan di Malaysia sejak tahun 1980-an

 Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)


 Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya
Utara Selatan)
 Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
 Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
 Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
 Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port
(Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port
Sdn Bhd
 Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
 Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
 Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA
Berhad

PERSARAAN AKIBAT URUSAN PENSWASTAAN

Apabila sesebuah agensi Kerajaan atau perkhidmatan tertentu


diswastakan/dikorporatkan, anggota agensi berkenaan yang layak akan ditawarkan
dua opsyen iaitu:

i. menolak tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat; atau


ii. menerima tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat.

Di bawah opsyen (i) di atas, anggota berpencen akan dibersarakan kerana jawatan
yang dipegangnya dihapuskan di bawah Seksyen 10(5)(b) Akta Pencen 1980 (Akta
227) atau

Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Akta 239) dan layak
diberi faedah persaraan pada tarikh kuat kuasa penswastaan/pengkorporatan.

Di bawah opsyen (ii) di atas pula, anggota berpencen boleh memilih sama ada:

 persaraan pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227/Akta 239; atau


 persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan di bawah
Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239.

You might also like