You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 TUGASAN 1(a) 2
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

3 KERTAS UJIAN 3 – 16

4 SKEMA JAWAPAN 17 – 18

5 TUGASAN 1(b) 19 – 24
JADUAL KEKERAPAN, PERWAKILAN GRAF,
PANGKAT PERSENTIL

6 MIN, MOD DAN MEDIAN 25 – 27

7 SISIHAN PIAWAI 27 – 28

8 SKOR PIAWAI 28 – 29

9 RUJUKAN 30

10 LAMPIRAN 31 - 33
) Berdasarkan tugasan (a) iaitu berkaitan dengan satu set kertas ujian yang telah saya
gubal yang merangkumi 20 soalan objektif dan 5 soalan subjektif beserta dengan satu
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan skema jawapan, saya ingin jelaskan bagaimana data
pentaksiran dapat diinterpretasi dengan menggunakan kekerapan, graf, pangkat persentil,
min, mod, median, sisihan piawai dan skor piawai.

KEKERAPAN

Kekerapan atau frekuensi merujuk bilangan orang murid yang mendapat sesuatu
skor tertentu. Taburan kekerapan pula merujuk kepada satu jadual untuk memaparkan data
kuantitatif. Ia menyenaraikan semua kelas dan bilangan cerapan atau frekuensi tertabur.
Data yang dipersembahkan dalam bentuk ini dipanggil data terkumpul. Sebagai contoh,
taburan skor ujian mingguan bagi 50 orang pelajar yang markah penuhnya ialah 10.

2 5 4 1 6 3 7 5 4 7

5 6 2 7 8 6 4 2 9 5

3 5 6 4 0 7 8 5 3 6

8 4 9 6 5 4 7 1 5 10

5 7 3 5 6 2 8 4 3 6

Jadual kekerapan untuk skor ujian di atas adalah seperti dalam Jadual 1.1 berikut.

Taburan kekerapan.
Skor Kekerapan Peratus Peratus terkumpul

0 1 2 2

1 2 4 6

2 4 8 14

3 5 10 24

4 7 14 38

5 10 20 58

6 8 16 74

7 6 12 86

8 4 8 94

9 2 4 98

10 1 2 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 1.1 Jadual kekerapan bagi taburan skor

Jadual 1.2 menunjukkan satu cara skor ujian bagi Jadual 1.1 dapat dikumpulkan ke dalam
selang kelas. Saiz selang kelas ialah 2. Saiz selang kelas dapat dikira dengan menolak
sempadan bawah daripada sempadan atas. Contohnya, 4.5 – 2.5 = 2.

Selang Kelas Sempadan Sempadan Gundalan Kekerapan


bawah atas

0–2 0 2.5 //// // 7

3–4 2.5 4.5 //// //// // 12

5–6 4.6 6.5 //// //// //// /// 18

7–8 6.5 8.5 //// //// 10

9 – 10 8.5 10.5 /// 3

Jadual 1.2 Jadual kekerapan taburan skor terkumpul

PERWAKILAN GRAF

Taburan kekerapan skor secara terkumpul dan dalam bentuk jadual dapat
memudahkan seseorang guru memahami pencapaian muridnya. Walau bagaimanapun,
taburan itu akan lebih jelas dan mudah dibaca sekiranya graf digunakan untuk mewakili
taburan tersebut. Graf yang biasa digunakan ialah histogram, poligon kekerapan dan ogif.

a) Histogram

Histogram ialah satu bentuk graf bar. Rajah 1.1 menunjukkan histogram bagi taburan
skor terkumpul dalam Jadual 1.2. Perhatikan bahawa graf adalah dalam bentuk turus dan
tapak setiap turus merupakan saiz selang kelas dan ketinggian merupakan kekerapan setiap
selang kelas.
20

18

16

14

12
Kekerapan

10

0
2.5 4.5 6.5 8.5 10.5 12.5
Skor

Rajah 1.1 Histogrambagi taburan skor dalam Jadual 1.2

b) Poligon kekerapan

Poligon kekerapan dibina berdasarkan histogram. Poligon dibina dengan


menyambung titik tengah bahagian atas turus setiap selang kelas. Poligon bermula dan
berakhir pada paksi-x.

20

18

16

14

12
Kekerapan

10

0
2.5 4.5 6.5 8.5 10.5 12.5
Skor

Rajah 1.2 Poligon kekerapan bagi histogram dalam Rajah 1.1


c) Ogif

Sebelum membuat ogif, kita perlu membina jadual kekerapan longgokan. Kekerapan
longgokan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data sebelumnya. Berdasarkan
jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang memperoleh skor yang sama
atau kurang daripada sesuatu skor tertentu. Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh
skor antara 3 – 4 skor atau kurang daripadanya ialah 19. Jadual 1.3 menunjukkan
jadual kekerapan longgokan bagi skor dalam Jadual 1.2.

Skor Sempadan Kekerapan Kekerapan


atas longgokan

0–2 2.5 7 7

3–4 4.5 12 19

5–6 6.5 18 37

7–8 8.5 10 47

9 – 10 10.5 3 50

Jadual 1.3 Jadual kekerapan longgokan bagi skor dalam Jadual 1.2

Taburan kekerapan longgokan boleh diwakili dengan graf yang disebut lengkungan
kekerapan longgokan atau ogif. Rajah 1.3 menunjukkan ogif bagi taburan longgokan dalam
Jadual 1.3.
60

50

40
Kekerapan

30

20

10

0
0 2 4 6 8 10 12
Skor

Rajah 1.3 Ogif bagi skor dalam Jadual 1.3

d) Pangkat persentil

Ogif juga boleh digunakan untuk menganggar titik persentil dan pangkat persentil.
Titik persentil merujuk sesuatu skor yang terletak pada atau di bawah peratus yang
ditentukan dalam sesuatu taburan. Sebagai contoh, jika peratus yang ditentukan ialah 70%,
iaitu kita ingin mencari titik persentil P70. Titik persentil P70 merujuk skor yang 70%
daripada skor-skor lain terletak pada atau di bawahnya.

Bagi taburan dalam Jadual 1.3, terdapat 50 orang, iaitu terdapat 50 skor. Oleh itu,
jika kita ingin mencari P70, kita perlu kira dahulu 70% daripada 50 iaitu 35. Ini bermaksud,
terdapat 35 skor yang sama dengan P70 atau terletak di bawah P70. Merujuk ogif dalam
Rajah 1.3, anggaran bagi P70 ialah 6. Oleh itu, P70 = 6. Dalam erti kata yang lain, 70%
daripada skor dalam taburan berada di bawah 6 markah.

Pangkat persentil pula merujuk peratus skor yang berada pada atau di bawah
sesuatu skor. Contohnya, jika anda memperoleh skor 7 dalam sesuatu ujian dan skor ini
adalah lebih besar atau sama dengan 90% daripada murid lain, maka pangkat persentil
anda ialah 90. Anda dikatakan berada pada persentil ke-90.
UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT : MIN, MOD DAN MEDIAN

Terdapat tiga ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, mod dan median. Bagi
seorang guru, biasanya min sahaja yang digunakan untuk memproses skor murid. Mod dan
median jarang digunakan.

MOD

Mod adalah nilai yang paling kerap wujud di dalam set data. Contohnya, bagi set
skor dalam Jadual 1.1, skor yang paling kerap ialah 5 iaitu sebanyak 10 kali. Oleh itu, mod
bagi set skor itu ialah 5. Apabila satu set skor mempunyai satu mod seperti contoh pada
Jadual 1.1, maka set skor itu disebut unimod. Kadangkala, satu set skor tidak mempunyai
mod. Contohnya set skor, iaitu 40, 40, 50, 50, 60, 60 yang skornya mempunyai kekerapan
yang sama. Terdapat juga set skor yang mengandungi lebih daripada satu mod, iaitu
multimod. Contohnya, 30, 40, 50, 50, 70, 80, 80. Dalam kes ini, set skor itu dikatakan
dwimod kerana mempunyai dua mod, iaitu 50 dan 80.

MEDIAN

Median pula merujuk kepada titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun
secara menaik atau menurun. Jika bilangan data tersebut adalah ganjil, median ialah
nombor yang di tengah. Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata dua nombor
yang terletak di tengah-tengah. Langkah berikut adalah digunakan untuk menentukan
median.

Langkah 1 : Susun data di dalam susunan menaik.

0, 1, 1, 2, 2, 2, 2, 3, 3, 3, 3, 3, 4, 4, 4, 4, 4, 4, 4, 5, 5, 5, 5, 5, 5,

5, 5, 5, 5, 6, 6, 6, 6, 6, 6, 6, 6, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 8, 8, 8, 8, 9, 9, 10

Langkah 2 : Kirakan purata dua angka di tengah-tengah susunan tersebut. Purata ini adalah
median.

5+5
Median =
2

=5
MIN

Min aritmatik adalah susunan sinonim dengan purata kumpulan nombor dan
ia dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan
bilangan nombor tersebut. Disebabkan min aritmatik digunakan dengan meluas,
kebanyakan ahli statistik hanya menggunakan istilah min sahaja.

Bagi set skor tidak terkumpul, min dapat dikira dengan menjumlahkan semua
skor dan membahagikannya dengan bilangan skor. Contohnya bagi set skor dalam
Jadual 1.1:

jumlah semua skor


Min, X =
bilangan skor

253
=
50

= 5.06

= 5 (setelah dibundarkan)

Formula bagi min adalah seperti yang berikut:

ΣX
Min, X =
N

Dengan, X = min

ΣX = jumlah semua skor

N = bilangan skor
Pengiraan Min Bagi Skor Terkumpul

Pengiraan min bagi skor terkumpul adalah lebih kompleks. Contohnya :

Selang Kelas Titik tengah ( Kekerapan (f) f x́


x´¿ ¿

0–2 1.5 7 10.5

3–4 3.5 12 42.0

5–6 5.5 18 99.0

7–8 7.5 10 75.0

9 – 10 9.5 3 28.5

Jumlah −¿ 50 255

255
Min, X = = 5.1
50

Formula bagi pengiraan min bagi skor terkumpul adalah seperti yang berikut:

Σ f x́
Min =
N

Dengan f = kekerapan

x́ = titik tengah selang kelas

N = bilangan

SISIHAN PIAWAI

Sisihan piawai adalah satu jenis purata yang digunakan bagi melihat kecenderungan
memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set skor yang terkumpul. Sisihan piawai
boleh memberi gambaran tentang ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor. Ia
merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Walaupun julat skor, iaitu skor tertinggi
tolak skor terendah, dapat memberikan gambaran kasar tentang sebaran skor murid, namun
sisihan piawai dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang sebaran itu.

Terdapat dua cara mengira sisihan piawai, iaitu sisihan piawai bagi skor tidak
terkumpul dan sisihan piawai bagi skor terkumpul.

Pengiraan Sisihan Piawai Bagi Skor Tidak Terkumpul

Formula bagi pengiraan sisihan piawai skor tidak terkumpul adalah seperti berikut :

Dengan, σ = sisihan piawai

x = min

x = skor

N = bilangan

Pengiraan Sisihan Piawai Bagi Skor Terkumpul

Bagi skor terkumpul, formula untuk mengira sisihan piawai adalah hampir sama dengan
formula bagi skor tidak terkumpul. Perbezaannya hanya dalam penggunaan skor titik tengah
bagi setiap selang kelas.

σ
Sisihan piawai, =

Nilai sisihan piawai menunjukkan cara skor ditaburkan, iaitu betapa besarnya perbezaan
skor antara murid. Nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa pencapaian murid
sangat berbeza,iaitu taburan skor adalah lebih luas (heterogen) manakala nilai yang kecil
menunjukkan pencapaian murid yang hampir seragam (homoge).
SKOR PIAWAI

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan piawai
skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Ia biasanya diwakili dengan skor-z
atau skor-T.

Formula untuk mengira skor-z adalah seperti yang berikut :

( X −X )
z=
σ

Dengan, X = skor individu

X = skor min

σ = sisihan piawai

formula untuk mengira nilai skor-T ialah :

T = 50 + 10z

Akhir sekali, setelah skor mentah murid diproses dan dianalisis, pencapaian murid
dapat diketahui. Tindakan seterusnya adalah untuk melaporkan data pentaksiran tersebut
kepada pihak berkepentingan.
RUJUKAN

Buku :

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria (2017). Siri Pendidikan Guru :
Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor; Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1995). Siri Maktab Perguruan:
Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor: Longman Malaysia Sdn.
Bhd.

Laman web :

Samsiah Othman, Statistik Awalan. Diperolehi pada 3 Mac 2018 daripada


http://www.slideshare.net/mobile/samsiahothman/statistik-awalan-6395905

Statistik Asas dalam Pendidikan. Diperolehi pada 14 Mac 2018 daripada


http://www.scribd.com/doc/56788388/Statistik-asas-Dalam-Pendidikan

You might also like