You are on page 1of 42

BAB 2 : SEJARAH DAN POLITIK

ZAMAN PENJAJAHAN

PENGENALAN

Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan
antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah
dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari Eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda,
British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil
bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan kuasa penjajah yang paling
banyak meninggalkan kesan ke atas sosio-budaya di Tanah Melayu.

Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641,
Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British pada tahun 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada
tahun 1941 sehingga 1945.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan faktor-faktor campur tangan British.

2. Menerangkan reaksi awal masyarakat tempatan terhadap penjajahan British.

3. Membincangkan kesan penjajahan British di Tanah Melayu.

FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH

FAKTOR EKONOMI

Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaharu telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan
bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman.
Rentetan itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme
bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.

Tanah Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama British ingin
menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi yang ada.
Pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan
keperluan bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan pelaburan British.

FAKTOR POLITIK

a. Masalah yang Berlaku di Negeri-Negeri Melayu

Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan.
Contohnya, di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan
perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.

British campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan daripada perbalahan pembesar-
pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai
daerah Klang yang kaya dengan bijih timah.

1
b. Perubahan Politik dan Dasar di Britain

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialisme dalam usaha mengembangkan
pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil daripada perubahan
sistem politik, pandangan hidup dan penciptaan teknologi baharu. Semenanjung Tanah Melayu
adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak barat terutamanya British kerana banyak
sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.

Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang boleh
mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan yang berlaku di
dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869 mempercepatkan urusan perdagangan.

c. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing

Selain British, kuasa barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman dan Rusia sedang bersaing untuk
meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an, kuasa-kuasa asing seperti Itali,
Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai
pembekal bahan-bahan mentah.

FAKTOR SOSIAL

Penyebaran Agama Kristian

Kuasa barat juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk
menyebarkan dan mengembangkan agama Kristian di Asia Tenggara dan hasilnya ramai penduduk di
tanah jajahan menganut agama ini (Gold, Gosper and Glory).

REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN

Sejak kejatuhan kerajaan Melaka, negeri-negeri di Tanah Melayu telah beberapa kali ditawan dan
dijajah oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Rakyat negara ini sentiasa
berjuang dalam usaha untuk menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Rakyat Tanah
Melayu sanggup berjuang dan berkorban nyawa untuk membebaskan tanah air daripada kuasa
penjajah. Keadaan ini dapat dilihat di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang pernah
dinaungi oleh kerajaan Siam tetapi sentiasa melancarkan serangan untuk kebebasan. Perjuangan
untuk mencapai kemerdekaan ini lahir dalam beberapa peringkat dan keadaan iaitu:

i. Peringkat awal yang berupa penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.

ii. Peringkat keseluruhan yang menglibatkan isu dan media tertentu.

PERINGKAT AWAL PENENTANGAN BERSENJATA MENENTANG PENJAJAH

Penentangan yang tercetus pada peringkat awal oleh masyarakat tempatan berjaya dipatahkan oleh
kerajaan British. Ini menunjukan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat
tempatan dan penentangan terhadap penjajah untuk menuntut kemerdekaan.

2
a. Penentangan di Naning

Melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Malaka telah diletakkan di bawah kuasa
British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka (Naning terletak
di sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan). Gabenor Fullerton berpendapat bahawa
penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di
Melaka. Hal ini mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu Penghulu Naning.

Perang Naning yang tercetus pada Julai 1831 bermula dengan British menghantar pasukan tentera
untuk menangkap Dol Said dan memaksa pengikut-pengikutnya menerima cadangan British tetapi
serangan yang pertama British dapat ditewaskan oleh Dol Said. Pada tahun 1832, Dol Said telah
melancarkan serangan kedua dengan mendapat sokongan daripada penduduk Rembau, Sri Menanti
dan Sungai Ujong tetapi juga tewas. Oleh itu, pihak British mengisytiharkan Naning sebahagian
daripada wilayah Melaka. Pada bulan Februari 1834 Dol Said telah menyerah diri dan dibenarkan
menetap di Melaka.

b. Penentangan di Selangor

Pada tahun 1849, Penguasa daerah Klang iaitu Raja Sulaiman telah mangkat dan digantikan dengan
Raja Abdullah dengan mengenepikan Raja Mahadi iaitu anak Raja Sulaiman. Hal ini menyebabkan
berlakunya permusuhan antara dua pihak iaitu pihak Raja Mahadi dan pihak Raja Abdullah. Pada
tahun 1867, Raja Mahadi berjaya mengusir Raja Abdullah dari Klang. Apabila Raja Abdullah
mangkat, anaknya Raja Ismail pula memusuhi Raja Mahadi.

Dalam tahun 1868, Sultan Selangor telah melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor untuk
menghentikan permusuhan tersebut. Tengku Kudin telah berpihak kepada Raja Ismail dan telah
membantunya merampas semula daerah Klang pada tahun 1870. Pada masa yang sama, pihak
British juga turut memberi sokongan kepada Raja Ismail. Walaupun peristiwa di Selangor lebih mirip
kepada perang saudara tetapi disebabkan campur tangan British dalam perang tersebut, tentangan
daripada Raja Mahadi sudah menampakkan tentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan
British.

c. Penentangan di Perak

Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen British yang
pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan
pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch. Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen
dan sikap peribadi Birch telah membawa kepada komplot antara pembesar Melayu untuk
membunuhnya.

Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato’ Maharajalela dan beliau
telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch telah berjaya
dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi
punca penentangan di Perak iaitu:

i. Kerajaan British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini
diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama
pembesar Melayu ketika itu.

3
ii. Kerajaan British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani
surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.

iii. Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya, menghapuskan sistem


pengabadian iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk
membayar hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang
lari daripada tuannya. Campur tangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah
menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.

iv. Sikap Birch juga telah menambahkan kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch
telah melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil
kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai berbahasa Melayu dan ini telah
menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain itu, sikap Birch yang
sangat kasar misalnya, beliau pernah membakar rumah dua orang pembesar Perak iaitu Raja
Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang berkuasa memungut cukai.

British telah menyerang Pasir Salak pada 15 November 1875 kerana bertindak balas terhadap
pembunuhan Birch. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pak Indut dan Seputum digantung di Matang
pada Januari 1879. Sultan Abdullah dan Raja Ngah Ibrahim didapati bersubahat dan dibuang negeri
ke Pulau Seychelles.

d. Penentangan di Pahang

J.P. Rodger telah dilantik menjadi residen yang pertama di Pahang pada Oktober 1888. Pelantikan itu
mendapat tentangan daripada pembesar Melayu. Penentangan diketuai oleh Dato’ Bahaman, Tok
Gajah dan Mat Kilau.

Terdapat beberapa faktor penentangan iaitu:

i. Kehilangan kuasa dan Keistimewaan Sultan dan Pembesar di Pahang

Kerajaan Bitish telah memperkenalkan Undang-Undang Tanah yang menyekat kebebasan


Pembesar Melayu. Selain itu, sistem kerah dan hamba abdi dihapuskan dan pembesar
Melayu pula tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah dan sivil. British juga menggantikan
penghulu-penghulu tradisi dengan pegawai British. Ia melibatkan Maharajalela Perbai Jelai,
Orang Kaya Chenor, Orang Kaya Semantan dan Orang Kaya Temerloh.

ii. Ketidakpuasan Sultan Ahmad, Dato’ Bahaman dan Tok Gajah

British telah memaksa Sultan Ahmad menandatangani surat penyerahan kuasa kepada
Tengku Mahmud (digemari British). Selain itu, British juga enggan menambah elaun Dato’
Bahaman yang sebelum ini hanya berjumlah $70 sahaja. Rayuan Tok Gajah untuk
menambahkan elaun bulanan juga tidak dilayan.

iii. Ketidakpuasan Hati Rakyat Pahang

British telah memperkenalkan sistem lesen dan permit kepada masyarakat tempatan yang
ingin memungut hasil hutan seperti kayu dan daun rumbia. Rakyat juga dilarang memakai
keris yang sebelum ini merupakan pakaian harian mereka. Di samping itu, British telah

4
memperkenalkan cukai tanah dan sistem kerah bagi projek awam dan melibatkan rakyat
tempatan. Denda sebanyak $25 atau penjara tiga bulan boleh dikenakan bagi mereka yang
melanggar arahan kerah.

Rasa tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan pada bulan Disember 1891.
Pemberontakan ini telah diketuai oleh Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah dan disertai
oleh 700 orang pengikut. Pemberontakan ini berakhir apabila Dato’ Bahaman dan
pengikutnya telah ditewaskan pada 1895 dan terpaksa menyerah diri. Dato’ Bahaman
melarikan diri ke Siam manakala Tok Gajah dan Mat Kilau telah membawa diri ke
Terengganu.

e. Penentangan di Kelantan

Melalui perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan telah
diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi penasihat British yang pertama
di Kelantan. Penentangan yang tercetus di Kelantan telah dipimpin oleh seorang pedagang tempatan
iaitu Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Antara sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan ialah:

i. Ketidakpuasan Hati Engku Besar Jeram

Pelantikan pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional
pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan
dipaksa membayar cukai.

ii. Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915

Sistem tanah baharu ini diperkenalkan yang mana orang ramai perlu membayar sewa yang
tetap.

iii. Pengenalan Cukai Pertanian

British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi
dan kelapa.

iv. Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh

Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang
yang kasar dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang lewat. Perasaan
tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di
Pasir Puteh pada 29 April 1915. Dengan bantuan Sultan Kelantan, British telah berjaya
menumpaskan pemberontakan ini dan berjaya membunuh Tok Janggut pada 24 Mei 1915.

f. Penentangan di Terengganu

Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul
Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.

5
Faktor–faktor penentangan di Terengganu ialah:

i. Kerajaan British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan
cukai kepala.

ii. British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan
tradisional.

iii. British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk
tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.

Pemberontakan ini telah bermula pada 21 Mei 1928 apabila orang Melayu telah menyerang balai
polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Walau bagaimanapun pemberontakan ini berjaya
ditumpaskan oleh British dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Makkah.

g. Penentangan di Sarawak

Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke iaitu James Brooke, Charles
Brooke dan Charles Vyner Brooke. Semasa pemerintahan dinasti ini terdapat beberapa
pemberontakan seperti:

i. Pada tahun 1853 James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan kaum Iban kerana amalan tradisional masyarakat tersebut.
Rentap telah mengetuai penentangan terhadap Brooke dengan menyerang kubu kerajaan
dan berjaya membunuh pegawai Inggeris. British telah cuba membunuh Rentap tetapi tidak
berjaya.

ii. Pada tahun 1859 di bawah pentadbiran Charles Brooke pula, pembesar tempatan iaitu
Syariff Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh pegawai British iaitu Fox dan Steele.
Charles Brooke telah membalas serangan tersebut dan menyebabkan Abdul Ghapur telah
dibuang negeri ke Singapura manakala Syariff Masahor telah melarikan diri ke Brunei.

iii. Pada tahun 1893 semasa pentadbiran Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang
Brooke di hulu Sungai Batang Lupar. Ia berpuncanya daripada tindakan Brooke yang telah
menghapuskan adat dan amalan tradisi mereka.

iv. Pada tahun 1920 di bawah pemerintahan Vyner Brooke, masyarakat Dayak telah menentang
pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit. Penentangan diketuai oleh
Penghulu Asun.

h. Penentangan di Sabah

Sebelum Perang Dunia Kedua, Sabah telah berada di bawah Syarikat Borneo Utara British.

i. Pemberontakan Mat Salleh

Mat Salleh tidak menyukai pembangunan yang dilakukan oleh pihak British kerana
menyukarkan rakyat. Oleh itu, pada tahun 1894 beliau telah mengetuai satu pemberontakan
di Sungai Sugut. Pada tahun 1895, British telah menyerang Kampung Mat Salleh. Mat Salleh
telah memberontak dan membakar Perkampungan Gaya yang memusnahkan rumah dan

6
Pejabat Residen di Ambong. Akhirnya Mat Salleh terbunuh dalam satu pertempuran pada 31
Januari 1900.

ii. Pemberontakan Rundum

Pemberontakan ini telah dicetuskan oleh kaum Murut. Ia tercetus pada Febuari 1915 di
daerah Rundum dan diketuai oleh tokoh tempatan yang bernama Antanum. Faktor-faktor
pemberontakan tersebut adalah:

a. Pengenalan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat tapai. Hal ini
menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana tapai merupakan makanan tradisi
masyarakat Murut.

b. Pengenalan Ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan untuk pertanian pindah.

c. Mengerahkan rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah.

Pemberontakan ini terdiri daripada 1000 orang yang telah menyerang dan membakar pejabat
kerajaan di Persidangan. Antanum telah ditawan oleh British dan dihukum bunuh.

PERJUANGAN PERINGKAT KESELURUHAN

NASIONALISME MELAYU

Semangat nasionalisme Melayu telah berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Ia melibatkan


tahap keagamaan (1906-1926), tahap sosial dan ekonomi (1926-1938) dan tahap politik (mulai tahun
1938). Nasionalisme Melayu ini telah dipimpin oleh tiga golongan utama iaitu golongan
berpendidikan Islam, golongan berpendidikan Melayu dan golongan berpendidikan Inggeris.

a. Tahap Keagamaan

Tahap ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlaku di Timur Tengah terutama
di Turki dan Mesir. Gerakan di Timur Tengah ini diketuai oleh Sheikh Muhammad Abduh dan
kumpulan penyokongnya ‘Al-Manar’ di Kaherah. Kumpulan itu memperjuangkan konsep
Pan-Islam (pembebasan agama Islam daripada fahaman kuno). Perjuangan ini juga dikenali
sebagai ‘Pembaharuan Islam’ atau ‘Gerakan Wahabi’. Ia dipelopori oleh Syeikh Tahir
Jalaludin dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai
Kaum Muda. Kumpulan mereka telah menerbitkan beberapa majalah seperti Al-Imam, Al-
Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka. Perjuangan Kaum Muda
telah mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang terdiri daripada golongan elit Melayu,
tradisional dan ulama.

b. Tahap Sosial dan Ekonomi

Perjuangan tahap ini lebih bersifat sekular dan bertumpu kepada sosioekonomi. Perjuangan
ini lahir akibat kesedaran masyarakat Melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik
berbanding kaum lain. Kelahiran persatuan seperti Persatuan Melayu Singapura (1926) yang
berperanan untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan untuk mendapatkan arus

7
kemodenan manakala penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun 1934
untuk memperjuangkan pemulihan sosio-ekonomi orang Melayu.

c. Tahap Politik

Pada tahap ini beberapa parti politik yang ditubuhkan memperjuangkan konsep “Tanah
Untuk Orang Melayu”. Antaranya, Pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (1938) yang
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan Indonesia untuk membentuk
“Melayu Raya”. Perjuangan Kesatuan Melayu Muda kurang mendapat sambutan kerana
perjuangannya dengan Indonesia yang dianggap terlalu radikal.

NASIONALISME CINA

Faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme Cina ialah kewujudan Gerakan Pembaharuan
100 hari. Gerakan Pembaharuan ini bertujuan untuk membawa kemodenan kepada negara China.
Namun pengaruh ini telah merebak ke negeri Selangor dan Perak. Gerakan Revolusioner turut
mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu. Gerakan ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen yang
menentang kekejaman kerajaan Manchu.

Pengaruh lain adalah pengaruh Parti Kuomitang yang memperjuangkan semangat penyatuan dengan
negara China dan mengukuhkan negara melalui perindustrian dan pemodenan.

NASIONALISME INDIA

Isu yang membangkitkan semangat nasionalisme orang India ialah kegiatan antikolonial dalam
kalangan orang Punjabi. Kegiatan ini telah dipengaruhi oleh Pergerakan ‘Ghadr’ yang bertujuan
untuk menghalau British dari India. Pergerakan ini telah mempengaruhi semangat orang India di
Tanah Melayu.

Parti-parti yang lahir adalah untuk bertujuan membela nasib orang India. Antaranya ialah Persatuan
India Taiping dan Persatuan India Selangor. Persatuan ini juga adalah untuk meningkatkan taraf
sosioekonomi orang India seperti menubuhkan sekolah, pusat kesihatan kecil dan kelas bahasa
Hindi. Central Indian Association (CIAM) yang ditubuhkan pada tahun 1936 telah menggabungkan 12
persatuan dan empat Dewan Perniagaan India. CIAM memperjuangkan kemajuan dan kepentingan
politik orang India di Tanah Melayu.

PERJUANGAN MELALUI PERSATUAN

KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)

Pada tahun 1926, orang Melayu Singapura yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan sebuah
parti separuh politik iaitu KMS. Pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah. Pada tahun 1937
cawangan KMS dibuka di Melaka dan Pulau Magribi. Tujuan utama penubuhan kesatuan ini ialah:

i. Memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu dan memupuk kecenderungan


mereka dalam bidang politik.

ii. Menjadi perantaraan antara orang Melayu dengan kerajaan British.

8
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA (PASPAM)

Ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu pada tahun 1934. Ia bertujuan untuk memperbaiki
kedudukan sosioekonomi orang Melayu. Ia juga merupakan sebuah pertubuhan kesusasteraan
Melayu yang pro Kaum Muda. Pemimpin utamanya ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin dan Syeikh
Abdullah Al-Magribi.

PERSATUAN MELAYU PERAK

Ditubuhkan pada 18 September 1937 di Ipoh. Keahlianya seramai 104 orang dan pengasasnya ialah
Wan Mohd Nur bin Wan Nasir. Perjuangan Persatuan ini ialah meninggikan taraf ekonomi dan
pendidikan rakyat serta memelihara kepentingan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

PERSATUAN MELAYU SELANGOR

Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1938 dan pengasasnya ialah Tengku Ismail bin Tengku
Yassim, Raja Bot bin Raja Yacob dan Raja Yacob bin Raja Alang. Antara perjuangannya ialah
mendesak British supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan,
mendesak kerajaan menambahkan peluang pelajaran untuk membolehkan orang Melayu
melanjutkan pelajaran dan mencadangkan kerajaan British menghentikan penghijrahan orang asing
ke Tanah Melayu.

PERSATUAN MELAYU PAHANG

Ditubuhkan pada bulan Mac 1938 dan pemimpinnya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad.
Peranannya ialah memperjuangkan kemahuan orang Melayu dan menyalurkan masalah mereka
kepada kerajaan British.

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

Ditubuhkan pada 9 September 1938 dan pemimpin utama ialah Tengku Mohamed Nasir yang
bertujuan menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu.

PERSATUAN MELAYU KELANTAN

Ditubuhkan Pada 20 April 1939 dan keanggotaannya terhad kepada orang atasan sahaja. Pemimpin
utama persatuan ini ialah Nik Muhamad Salleh bin Omar.

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Ditubuhkan pada Ogos 1938 oleh golongan berpendidikan Melayu. Pemimpin utamanya ialah
Ibrahim bin Yaakob dan Ishak Haji Muhamad. Kesatuan ini memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu dan mewujudkan penyatuan dengan Indonesia ‘Indonesia Raya’ atau ‘Melayu Raya’.
Kesatuan ini juga mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British dan disalurkan melalui
akhbar seperti Warta Malaya dan Majlis.

9
PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG ATAU KONGRES MELAYU SELURUH TANAH MELAYU

Kongres ini pertama kali diadakan pada 9 Ogos 1939 di Kuala Lumpur dan pada kali kedua pada
tahun 1940.

PERJUANGAN DAN IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI AKHBAR DAN MAJALAH

Akhbar Tahun Penerbitan Pengasas Fokus


Al-Imam 22 Julai 1906 Syed Syeikh Al-Hadi Al-Imam dikatakan menyampaikan
(Singapura) idea Kaum Muda berhubung
pembaharuan dan memberi
bimbingan untuk orang Melayu
bangkit dari kemunduran.
Al-Ikhwan 16 September Syed Syeikh Al-Hadi Al-Ikhwan bercorak Islamiah yang
1926 (Pulau Pinang) memuatkan isu-isu tentang
kemunduran bangsa dan kebebasan
kaum wanita. Majalah ini
digerakkan oleh Kaum Muda.
Saudara 29 September Syed Syeikh Al-Hadi Akhbar ini adalah sambungan
1928 (Pulau Pinang) kepada Al-Imam dan banyak
menyentuh persoalan agama dan
usaha-usaha untuk menggalakkan
rakyat terutama orang Melayu
untuk memajukan diri mereka.
Neracha 15 Februari 1911 Haji Abas Mohd Taha Memiliki konsep dan ciri yang
(Singapura) hampir sama dengan Al-Imam.
Bercorak keagamaan dan
memuatkan berita dari Timur
Tengah, terutama berhubung
semangat Pan-Islam.
Majlis 17 Disember 1931 Abdul Rahim Kajai Akhbar ini penting dalam memberi
(Kuala Lumpur) sumbangan memperjuangkan
semangat kebangsaan di kalangan
orang Melayu. Ruangan ini
membolehkan orang ramai menulis
tentang masalah politik, sosial dan
ekonomi.
Warta Malaya 1 Januari 1930 Dato Onn Jaafar Banyak memberi kesedaran kepada
(Singapura) orang Melayu dan mengecam
dasar-dasar Inggeris yang tidak
sesuai dan sekaligus menjadi
gelanggang untuk bertukar-tukar
fikiran. 
Utusan November 1907- Abdul Rahim Kajai Akhbar ini dianggap sebagai
Melayu 1922. (Singapura lambang perpaduan orang Melayu
29 Mei 1930 kerana rencananya banyak
(Akhbar Harian) membela kepentingan orang
Melayu dan menentang penjajahan.
Chenderamata Selepas Perang Guru-guru pelatih Mesej-mesej yang disampaikan
Dunia Kedua Maktab Perguruan selain daripada aktiviti Maktab
Sultan Idris antaranya Perguruan tersebut banyak

10
Za’ba. memuatkan rencana untuk
mencetuskan semangat kebangsaan
pembaca.
Warta Pramerdeka Komuniti Melayu Agen untuk membangkitkan
Sarawak Sarawak. kesedaran dan semangat
kebangsaan Melayu di Sarawak. Ia
juga menekankan pendidikan orang
Melayu, seruan agar mengerjakan
tanah air sendiri dan bergiat dalam
perniagaan.
Lembaga 31 Disember 1931 Mohd. Eunos Abdullah Bermula dengan menterjemahkan
Melayu (Singapura) berita-berita perang daripada
Malay Tribute dan lama-kelamaan
berfungsi sebagai media
perbicaraan kepentingan orang
Melayu.
Panduan Guru Julai 1922 Mohamad Hussin Majalah pertama terbitan
Rashid Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau
Pinang.

KESAN PENJAJAHAN

KESAN POSITIF

a. Pembangunan Ekonomi Negara

Negeri-negeri Melayu mencapai kemajuan kerana pelaburan yang semakin giat ekoran
perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi dan getah.
Kemasukan buruh asing yang ramai untuk berkerja dalam sektor ekonomi moden maka penempatan
mula berkembang dan kemunculan perbandaran.

b. Perubahan Pengaruh Politik

Pemerintahan yang telah dijalankan oleh pihak Inggeris telah berjaya mengembalikan keamanan di
Tanah Melayu.

c. Perkembangan Sosial

Wujudnya perkembangan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi di samping infrastruktur
lain seperti pusat kesihatan, bekalan air, bekalan elektrik, pos, telegraf dan lain-lain lagi.
Perkembangan ini juga melahirkan semangat nasionalisme dalam diri orang Melayu serta melahirkan
semangat ingin memerdekakan Tanah Melayu daripada Inggeris.

KESAN NEGATIF

i. Ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan di dalam
sesebuah negeri itu sendiri.

ii. Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur-pelabur barat sedangkan kaum pribumi
ketinggalan

11
iii. Sultan tidak lagi berkuasa mutlak.

iv. Tugas pentadbiran diambil alih oleh residen.

v. Pembesar-pembesar Melayu kehilangan peranan dan tidak berkuasa lagi.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu khususnya British mendapat
tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan. Segala pembaharuan yang dilakukan oleh
British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Oleh yang
demikian, ini menimbulkan satu kesedaran dan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat untuk
membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman kuasa asing. Walau bagaimanapun penentangan
yang dilakukan oleh penduduk tempatan tidak dapat menandingi kekuatan pihak British. Tetapi
rakyat tempatan tidak berputus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya
dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah
Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

PENGENALAN

Rakyat Malaysia sangat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain kerana
perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah,
kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata.
Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-
negara lain di dunia ini iaitu kebersatuan yang kukuh antara pelbagai kelompok etnik yang
menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan sebab-sebab dan menghuraikan penentangan orang Melayu terhadap Malayan


Union.

2. Menyatakan kegiatan subversif Parti Komunis Malaya dan langkah-langkah mengatasinya.

3. Menghuraikan proses-proses untuk mencapai kemerdekaan.

KESATUAN MALAYA / MALAYAN UNION

LATAR BELAKANG

Penjajahan Jepun menyerah kalah pada 1945 dan dengan itu juga Perang Dunia II tamat.Tempoh
antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu telah memberi
kesempatan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti Japanese Army
(MPAJA) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa PKM dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Dalam tempoh
tersebut dan juga waktu selepas itu, anggota-anggotanya telah membuat kekacauan dan huru-hara.
British datang ke Tanah Melayu pada bulan September 1945 untuk mengembalikan keamanan.

12
Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) telah ditubuhkan dan
kemudiannya menubuhkan sebuah pentadbiran yang dinamakan sebagai Malayan Union (Kesatuan
Malaya)

TUJUAN DIPERKENALKAN MALAYAN UNION

Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah
mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baharu yang dikenali
sebagai Malayan Union.

Tujuan utama diperkenalkan Malayan Union ialah untuk memastikan kepentingan British di Tanah
Melayu terpelihara, khususnya kepentingan ekonomi. Untuk tujuan ini tindakan menyeragamkan
pentadbiran di bawah satu sistem adalah perlu dengan sebab-sebab tertentu iaitu:

i. Melalui satu sistem pemerintahan, kos pentadbiran negeri-negeri Melayu dapat dijimatkan.

ii. British juga pernah menyatakan kononnya bahawa matlamat akhirnya ialah untuk
memberikan kemerdekaan kepada negeri ini.

iii. Selain daripada itu juga dikatakan bahawa British segaja menubuhkan Malayan Union
kerana perasaan benci beberapa pegawai Inggeris terhadap orang Melayu yang dikatakan
menyokong Jepun semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

i. Terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

ii. Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir Malayan Union yang berpusat di Kuala
Lumpur. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

iii. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor sedangakan kedaulatan
mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal
agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

iv. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan tetapi masih
tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

v. Malayan Union tidak melibatkan Singapura. Singapura masih dikekalkan sebagai tanah
jajahan di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British yang berkuasa ke atas Gabenor
Malayan Union.

vi. Dari segi kerakyatan, ianya berdasarkan prinsip jus soli. Melalui prinsip ini kerakyatan Tanah
Melayu diperoleh sekiranya:

a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu
selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Febuari.

b. Seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.

13
vii. Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal
keturunan ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi
dalam pilihan raya umum.

IMPLIKASI PENUBUHAN MALAYAN UNION

Tentangan Orang Melayu

Rancangan Malayan Union mendapat bantahan dan disuarakan melalui pelbagai cara antaranya
melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara serta menghantar
surat bantahan kepada kerajaan British di London. Bantahan dilakukan secara teratur dan secara
bersama melalui persatuan-persatuan Melayu pada peringkat negeri seperti mengadakan perarakan
dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu.

Pada 1 April 1946, Malayan Union ditubuhkan secara rasmi dengan Sir Edward Gent menjadi
Gabenor Jeneral yang pertama. Orang Melayu bertindak memulaukan upacara pelantikan Gabenor
Malayan Union dan semua majlis yang dianjurkan oleh kerajaan British. Sebagai tanda bantahan,
orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Kongres Melayu Se-Malaya Kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diberi tugas untuk menyatukan orang
Melayu bagi menentang Malayan Union dan Dato’ Onn bin Jaafar dipilih menjadi Yang Dipertua
UMNO yang pertama.

Sebab-Sebab Penentangan

Antara sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah :-

a. Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu
terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan
perjanjian Malayan Union. Mereka tidak diberi peluang berbincang dengan para pembesar
atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

b. Persetujuan raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak
mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan
para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa
asing.

c. Sir Harold Mac Micheal menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang
tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak
mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung
tentang Tanah Melayu.

d. Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu. Kuasa raja-
raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak
dan kepentingan orang Melayu. Sebelum ini raja merupakan orang yang paling tinggi dalam

14
struktur sosial masyarakat Melayu tradisional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi
raja. Seseorang raja yang memerintah merupakan seorang pemimpin yang ditaati, dihormati
dan disegani.

e. Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan
Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam
kedudukan politik orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada
Tanah Melayu masih lagi diragui.

f. Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap
mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peribumi di
Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan
kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

PENUBUHAN PARTI POLITIK

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

 UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau merupakan presiden
pertama UMNO. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1951.

 Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union
dan menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang
Melayu dalam penentangan Malayan Union ini.

 Anggota ini parti ini berpegang kepada cogan kata ‘Hidup Melayu’.

 Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik.

All - Malaya Council Of Joint Action – (AMCJA)

 Pada 22 Disember 1946 kaum-kaum bukan Melayu telah menubuhkan Majlis Tindakan
Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bertujuan menentang perlembagaan baharu yang telah
dicadangkan.

 Komponen AMCJA ialah Kongres India Malaya (MIC), Malayan People’s Anti Japanese Ex –
Services Comrades Association dan Pan Malayan Federation of Trade Unions.

 AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock. Perjuangan AMCJA adalah atas tiga prinsip iaitu:

i. Penyatuan seluruh Tanah Melayu (termasuk Singapura).

ii. Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan ahli-ahli
dipilih oleh rakyat.

iii. Hak-hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu
sebagai tanah air dan tumpuan taat setia.

15
 Ternyata di sini bahawa prinsip yang dikemukakan oleh AMCJA bercanggah dengan apa yang
dikemukan oleh UMNO dan raja-raja Melayu. AMCJA menolak cadangan Perlembagaan
yang telah dikemukakan oleh raja Melayu dan UMNO.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

 Merupakan parti orang Melayu yang dianggap berhaluan kiri (radikal).

 Putera adalah gabungan parti-parti berhaluan kiri iaitu Angaktan Pemuda Insaf (API)
pimpinan Dr. Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr
Burhanuddin Al-Helmi dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.

 PUTERA telah memperjuangkan empat prinsip iaitu:

i. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.

ii. Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggung jawab bersama Kerajaan Tanah
Melayu dan British.

iii. Perkataan “Melayu” hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan atau


kewarganegaraan Tanah Melayu.

iv. Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.

 Prinsip perjuangan PUTERA nampaknya berbeza dengan prinsip perjuangan AMCJA. Walau
bagaimanapun kedua-dua kesatuan bersepakat akhirnya.

 AMCJA – PUTERA menyifatkan Jawatankuasa Perundingan yang ditubuhkan oleh kerajaan


British tidak mewakili kepentingan kaum bukan Melayu. AMCJA –PUTERA menyerahkan satu
cadangan perlembagaan Tanah Melayu yang mengandungi 10 perkara, tetapi ditolak oleh
kerajaan British kerana dianggap terlalu radikal.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Akibat bantahan hebat orang Melayu, Kerajaan British telah membatalkan rancangan Malayan
Union. British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, usaha mereka untuk menubuhkan
sistem pemerintahan baharu di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Maka, pada Julai 1946 kerajaan
British telah membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal Perlembagaan baharu
mengantikan Malayan Union. Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu,
dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British. Perkara-perkara yang dicadangkan ialah:

i. Pemulihan kedudukan raja-raja Melayu dengan kedaulatan mereka dikembalikan.

ii. Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri di Tanah Melayu

iii. Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu.

iv. Jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan.

16
Rangka Cadangan Perlembagaan Tanah Melayu ini telah mendapat bantahan daripada kaum bukan
Melayu melalui AMCJA dan pertubuhan politik Melayu yang tidak sealiran dengan UMNO iaitu
PUTERA.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pada bulan Januari 1948, kerajaan British menerima cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Perlembagaan ini dipersetujui dan ditandatangani oleh sembilan orang raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi British pada 21 Januari 1948 dan berkuatkuasa mulai 1 Febuari 1948.

Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 :

i. Mengandungi sembilan buah negeri Melayu dan dua buah negeri-negeri Selat iaitu Pulau
Pinang dan Melaka. Singapura dikekalkan sebagai sebuah tanah jajahan British yang
berasingan.

ii. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja
dan Majlis Undangan Persekutuan.

iii. Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi
British dan Majlis Mesyuarat Kerja Negeri pada peringkat negeri yang fungsinya sama seperti
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

iv. Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan jawatan Residen British dan kuasa
kerjaan negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.

v. Pemberian kerakyatan kepada orang asing menetap di Tanah Melayu setelah Perlembagaan
tahun 1984 dikuatkuasakan, mereka yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah
Melayu ialah:

a. Semua rakyat dan raja di sebuah negeri Melayu.

b. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka serta menetap selama 15
tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam Persekutuan.

c. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri dilahirkan di


Persekutuan atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut.

d. Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu.

e. Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di Persekutuan
dan menetap selama 15 tahun berturut-turut.

f. Penduduk lain layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat berikut:

i. Dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama lapan tahun dari tempoh 12


tahun atau menetap selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan
itu dibuat.

17
ii. Pemohon mesti berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa
Melayu atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun.

Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

i. Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan.
Jawatan Residen British digantikan dengan jawatan Menteri Besar.

ii. Orang Melayu membuat pengorbanan besar dengan memberi kerakyatan kepada kaum
imigran. Ini bermakna kaum imigran kini boleh menikmati hak yang sama dengan orang
Melayu dan mengambil bahagian dalam pemerintahan negara.

iii. Orang Melayu berharap pengorbanan yang besar ini dibalas oleh pihak kerajaan melalui
usaha meninggikan taraf hidup mereka melalui peruntukan ‘kedudukan istimewa’ dalam
Perlembagaan tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan British.

iv. Kaum bukan Melayu terutama orang Cina menentang penubuhan Persekutuan kerana
Singapura tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan mereka juga membantah pemberian
taraf ‘kedudukan Istimewa’ kepada orang Melayu dalam Perlembagaan.

v. Penentangan paling hebat dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan pertubuhan
sayap kiri yang lain. PKM berusaha merampas kuasa secara kekerasan sehingga
mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1946.

vi. Kejayaan besar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada
6 Oktober 1951.

vii. Kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan
anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya
semakin merosot

ANCAMAN KOMUNIS

PARTI KOMUNIS MALAYA

Matlamat komunis di Tanah Melayu ialah untuk menubuhkan sebuah negara Komunis. Ideologi
komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930-an dan semakin berkembang pada tahun
1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun. Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan
PKM semasa pendudukan Jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM.
Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu

PERKEMBANGAN SEBELUM DARURAT

Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan, namun selepas
kekalahan negara China dalam Perang China – Jepun, PKM berjaya mempengaruhi perasaan anti-
Jepun dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar
PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin

18
meluas. Kerjasama dengan British melalui Force 136 memberi PKM peluang untuk meluaskan
sokongan dalam kalangan orang awam.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM
dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh
itu, tentera komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada
penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun.

Setelah British kembali semula memerintah, kerajaan British mengarahkan supaya MPAJA
menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa
pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata yang diserahkan
kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan.
Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk
menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan Perlembagaan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a. Mengisytiharkan Darurat

Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan PKM semakin hebat. Antara bulan Oktober 1945
hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun
1948, sebanyak 107 pembunuhan berlaku. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila
tiga orang pemimpin Kuomintang dibunuh di Johor dan diikuti oleh pembunuhan tiga orang
peladang Eropah dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.

Peristiwa ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa
tempat di Johor pada 18 Jun 1948. Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu
dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang darurat dikuatkuasakan, PKM dan
pertubuhan di bawah naungannya diharamkan.

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang
meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha
kerajaan British untuk memerangi keganasan komunis di Tanah Melayu. PKM memulakan kegiatan
secara gerila melalui gerakan ‘bawah tanah’.

Semasa darurat beberapa usaha telah dijalankan untuk mengatasi keganasan PKM. Antaranya ialah:-

i. Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat.

ii. Menggunakan tentera dan polis untuk menangkap sesiapa yang disyaki.

iii. Memperkenalkan sistem kad pengenalan yang mana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas
diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.

iv. Home guard di kampung-kampung telah ditubuhkan.

v. Tentera-tentera Komanwel telah dibawa masuk.

vi. Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara


Kaum.

19
b. Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang Komunis pada tahun 1950.
Rancangan ini diperkenalkan melalui strategi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke
kampung baharu dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini juga bertujuan menghalang orang Cina daripada membekalkan makanan dan
perubatan serta memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi di dalam hutan. Di
bawah rancangan ini kampung-kampung di pinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu
yang dipanggil Kampung Baru yang mudah dikawal. Kampung Baru dipagar di sekelilingnya dan
disediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pembrontakan komunis kerana dapat
melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar dari hutan.

c. Rancangan Templer (Perang Saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil
beberapa tindakan. Antaranya ialah:-

i. Melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu.

ii. Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah
diri.

iii. Memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas
Komunis.

iv. Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan
mereka.

v. Memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika


tentera memburu anggota komunis.

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan hitam dan
kawasan putih pada tahun 1952. Kawasan hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti
komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan putih ialah
kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh komunis.

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi
negeri pertama yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada bulan September 1953. Di bawah
rancangan ini juga tindakan menyekat kemasukan bekalan makanan ke kawasan yang menjadi
sarang kegiatan komunis telah dijalankan.

d. Rundingan Baling

Pada Pilihan raya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar
kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan lagi
sokongan rakyat kepada kerajaan sekali gus menjadikan pengaruh komunis semakin merosot.

20
Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September
1955, beliau menawarkan pengampunan secara beramai-ramai kepada semua pengganas komunis.
Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan.
Kemerosotan pengaruh komunis menyedarkan para pemimpin PKM, terutama Chin Peng bahawa
perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya, Chin Peng bersetuju untuk
berunding dengan kerajaan. Rundingan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling
Kedah.

Perwakilan Nama
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman
Ketua  Menteri Singapura David Marshall
Presiden  MCA Tan Cheng Lock
Parti Komunis Malaya Ch Chin Peng (Setiausaha Agung)
Chen Tien (Ketua Propaganda)
Rashid Maydin (Ahli Jawatankuasa Pusat)

Dalam rundingan itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran
pemgampunan kerajaan. Chin Peng menolak permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM
dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Rundingan Baling berakhir dengan
kegagalan kerana kerajaan enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960, kegiatan PKM
berjaya dilumpuhkan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan Komunis. Pada 31 Julai
1960, darurat diisytiharkan tamat secara rasmi. Sepanjang tempoh darurat, seramai 6398 orang
anggota PKM dibunuh, 1245 ditawan dan 1938 menyerah diri.

Jawatankuasa dalam Parti Komunis Malaya Hadiah Wang Tunai


(PKM)
Setiausaha Agung (Chin Peng) $ 250 000
Ahli Biro Politik $ 200 000
Ahli Jawatankuasa Pusat $150 000
Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah $120 000
Anggota Biasa $2500-$2000

PERUNDINGAN KEMERDEKAAN

Pada bulan Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu
memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk menrundingkan soal
kemerdekaan Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi tanah
jajahan British iaitu Alan Lennox-Boyd. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua
perkara iaitu:-

i. Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin.

ii. Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baharu Tanah
Melayu.

21
Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi
membolehkan usaha ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan
tidak diadakan dengan wakil-wakil Parti Perikatan sahaja tetapi turut melibatkan wakil raja-raja
Melayu. Pada bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu dan parti Perikatan berunding terlebih
dahulu untuk mencapai kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:-

i. Kawalan Kewangan.

ii. Pelantikan rakyat tempatan utnuk mengetui jabatan-jabatan kerajaan.

iii. Keselamatan dalam negeri dan penggubalan Perlembagaan.

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu
sebagai Raja Berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada
empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak
ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan
Tanah Melayu.

Nama Jawatan
i. Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz Menteri Besar Perak.
(Ketua) Dato’ Panglima Bukit Gantang).
ii. Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud. Menteri Besar Kelantan.
iii. Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said. Menteri Besar Johor.
iv. Abdul Aziz bin Haji Abdul  Majid. Menteri Besar Selangor.
Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha rombongan

Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi
Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8
Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa persetujuan iaitu:-

i. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan Komanwel dengan
mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.

ii. Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan,
Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.

iii. Pihak British dibenarkan untuk menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

iv. Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal Perlembagaan baharu Tanah Melayu.

Nama Jawatan
i. Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua) Ketua Menteri
ii. Dato’  Abdul Razak bin Dato’ Hussien Menteri Pelajaran
iii. Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman Menteri Tanah dan Galian
iv. Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee) Menteri Pengangkutan
T.H. Tan  ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku Setiausaha Rombongan

22
SURUHANJAYA REID

Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid
(Britain) dan dianggotai oleh Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan
daripada pelbagai pihak iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan
persatuan yang mewakili kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat.

Suruhanjaya itu juga menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak, termasuk
memorandum Parti Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan satu
bentuk Pakatan Murni, hasil rundingan dan tolak ansur antara UMNO, MCA dengan MIC yang
mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.`Pakatan Murni’ itu mengandungi dua perkara penting
iaitu mengekalkan empat unsur tradisional dalam Perlembagaan – bahasa Melayu, agama Islam,
institusi beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi warganegara
berasaskan prinsip Jus Soli kepada kaum bukan Melayu.

Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga Oktober 1956 untuk
mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. Pada bulan Mei
1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak
dan mengkaji Laporan Reid.

Keanggotaan Suruhanjaya Reid


1. Lord Reid (Britain)
2. Sir Ivor Jennings (Britain)
3. Sir William McKell (Australia)
4. Hakim B. Malik (India)
5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Ciri-Ciri Perlembagaan 1957

Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:-

a. Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih
daripada kalangan sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan itu untuk
tempoh lima tahun.

b. Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam
kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri
akan menubuhkan Kabinet yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar
kerajaan.

c. Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan iaitu Parlimen yang terdiri daripada
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih

23
melalui pilihan raya untuk tempoh selama lima tahun. Dewan Negara mengandungi 38 orang
ahli dan mereka berkhidmat selama enam tahun.

d. Ketua Perlembagaan pada peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri
mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima
tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:-

a. Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.

c. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah
bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

d. Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan tetapi telah
bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu dan boleh bertutur dalam
bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.

e. Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan
Komenwel.

Peruntukan tentang bahasa iaitu:-

a. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan


penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.

b. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan
mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Terdapat dua peruntukan lain yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang
Melayu, iaitu:-

a. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.

b. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh Perlembagaan iaitu berhubung dengan
pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam dan
perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-
lain bantuan kerajaan.

Perisytiharan Kemerdekaan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi
British, Sir Donald Mac Gallivry di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Perjanjian itu
mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan 1948 dengan kedudukan raja-raja
Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan
kerajaan Negeri.

24
Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab
Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan
dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku
Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan
‘merdeka’ sebanyak tiga kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang hadir di stadium itu.

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman
ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, kesemua raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan asing. Pada hari
yang sama, Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan.

KESIMPULAN

Negara menghadapi dugaan yang begitu besar. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British
mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Berikutan dengan tentangan tersebut,
Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam masa yang sama
ancaman komunis yang ganas dapat ditumpaskan. Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1948
ditamatkan pada tahun 1960. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting dalam
usaha negara mencapai kemerdekaan.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada
peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti
Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di
negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana
Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura,
Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan dan menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.

2. Menjelaskan reaksi negara-negara jiran terhadap penubuhan Malaysia.

3. Menerangkan proses-proses pembentukan Malaysia.

4. Membincangkan sebab-sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang

25
memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri
menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua
pilihan raya kecil.

Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin
merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau
khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan
Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh
komunis daripada merebak di Singapura.

MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan
negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini
ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan manakala
Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh
dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar
kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun
sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.

Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk
memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan
wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana
suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat
kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun
dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke
dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini
disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.

PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan
perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya
dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan
sumber ekonomi sekali gus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan
Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan
Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu
kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya manakala
Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak
sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera.

26
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing.
Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk
sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan
ke dalam Persekutuan Malaysia, kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk
Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan
Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-
wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan
Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan
majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan
apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan
menjadi golongan terbesar.

Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina
akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah
Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila
penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan
menjadi 46.3% sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan
orang Melayu dan bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan
kumpulan Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya. Jadi,
pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus
membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan
‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa
penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea
pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya
daripada beberapa masalah dalaman.

Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran tentera Indonesia sempadan Sabah dan
Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini
dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965,
Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto dan Menteri Luar Indonesia iaitu Adam Malik
membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan Ogos 1966.

27
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu
dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan
Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia
kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama dalam kalangan pemimpin tiga
wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah
bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara
Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei
menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai
gabungan.

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep
Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini,
jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan
berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat
untuk menyegerakan rancangan pembentukan Malaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh
mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua
daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan
sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961,
kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat
di Singapura pada 1 Februari 1962.

Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari
Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim
dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka
adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu
rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan
November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini
dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa
Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai
ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong
Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan
memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam
Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat negara-negara yang

28
berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat
Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran
itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan
berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah
mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah
menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu,
suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang
ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah
menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari
Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua
kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan,
pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas
yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan
secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian


mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada
penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka
ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak
terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

a. 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.

b. 1/3 lagi turut menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.

c. 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya
yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang
ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka
syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang
dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak
sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British
dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan
Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah
dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan

29
British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut
ialah :

a. Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia kecuali Sabah dan
Sarawak.

b. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-
perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.

c. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri
masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah
untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu
bukanlah untuk menjajah negara tersebut.

d. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.

e. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah


kerusi.

REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura
turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura
membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat
penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung
penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan
rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian
mereka yang tertentu.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura
menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Soal
menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini,
rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu :

a. Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan
November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).

b. Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).

c. Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 144 077 undi).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis
yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan

30
suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan
71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.

PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura
dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit dan
melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura terus kekal
dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia,
terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah dari Malaysia
sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan
perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya
Singapura berpisah dari Malaysia pada Ogos 1965.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA

a. Perlembagaan

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan
kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam,
cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang dikutip akan
dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk kerajaan Persekutuan. Oleh
sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat
konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu
menyerahkan 60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui
sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat
satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat
kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh
ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.

Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun
1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan
cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir
bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura
berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka
kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan
media yang meluas.

b. Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa
kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil
bahagian dalam pilihan raya di Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan.
Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihan raya umum di Tanah
Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak
diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP
yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum,

31
terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk menggantikan
MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.

c. Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi
semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia,
orang Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil
tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili
orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi
semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee
Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering
mengecam golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan, terutama
Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggung jawab menyebabkan
tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.

Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga
kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan
mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan
Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dalam kalangan parti pembangkang dengan
slogan A democratic Malaysian Malaysia untuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru
diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang
sama untuk semua kaum.

Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan
Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri itu
menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang telah
dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak
balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu,
keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang Melayu yang
menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan
UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu.

d. Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan
berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat
untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar
baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang dibentuk dengan
struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan
berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan
dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan
pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.

KESIMPULAN

32
Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya
menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat
Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat
pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura.
Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan
itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya
terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen


undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-
undang.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan definisi dan konsep ketertinggian perlembagaan.

2. Menyatakan peruntukan utama perlembagaan.

3. Menyenaraikan jenis-jenis Hak Asasi.

4. Menjelaskan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Kaum Bumiputera Lain.

5. Menghuraikan proses pilihanraya.

6. Membanding beza Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

PENGENALAN

DEFINISI

Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-
undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Kini,
Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian.
Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk
dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen dan Kabinet.

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

33
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi negara dan menjadi punca
kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal,
maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:

i. Perlembagaan menentukan apakah perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh


lakukan dan perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.

ii. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya, undang-
undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara
dan sebagainya. Jika Parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar
perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.

iii. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua
Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada
halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah Raja
Berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

iv. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran
dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

v. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan
seorang warganegara dari pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu
menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan
menurut undang-undang.

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara


sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan
sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah diletakkan
sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti kewarganegaraan, agama, bahasa,
kedudukan istimewa orang Melayu dan kebebasan asasi.

Hak-Hak Asasi

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2, Perlembagaan


Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebebasan mutlak dan
kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada
jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

a. Kebebasan diri

Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. [1] Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu

34
dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh
seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak
dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.

b. Keabdian dan kerja paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh
ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi Parlimen boleh
dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud
negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja
paksa.

c. Kesamarataan di sisi undang-undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang
warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau
tempat lahir. Walau bagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan
layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam
beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian
biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

d. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun


warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap
warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian
Persekutuan. Walau bagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang
berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan
denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang
dikenakan kepada pesalah.

e. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua


warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen
boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau
moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak
keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

f. Kebebasan beragama

35
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing.
Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-
undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun,
kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh dalam kalangan orang bukan Islam.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama,
iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada
jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk :

i. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khairat.

iii. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.

g. Kesamarataan dalam pelajaran

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai


pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata
kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak
berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.

ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi
menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan
pelajar tertakluk kepada Perkara 153.

Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan
untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat
perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan yayasan
itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan
khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada penganutnya.
Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada
agamanya sendiri.

h. Hak untuk berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh


dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat
peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
mencukupi.

i. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan
berulang.

36
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan
berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7, memperuntukkan tidak seorang
pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-
undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang
lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa
kesalahan itu dilakukan.

Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan
kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau
pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah atasan
mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan itu.

PROSES PILIHAN RAYA

Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan sistem
Demokrasi Berparlimen. Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus
diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama pilihan raya adalah:

i. Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.

ii. Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Di Malaysia, terdapat dua bentuk pilihan raya iaitu Pilihan Raya Umum dan pilihan Raya Kecil dan
segala urusan pilihan raya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

a. Penamaan Calon dan Berkempen

Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya sama ada di peringkat
Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:

i. Berumur 21 tahun ke atas.

ii. Warganegara Malaysia.

iii. Berakal/ Waras.

iv. Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau denda lebih
RM2000).

v. Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji.

vi. Tidak muflis.

vii. Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihan raya dan telah mendaftar sebagai
pengundi.

Pilihan raya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan untuk
bertanding dalam satu kawasan pilihan raya, jika tidak calon akan dianggap sebagai menang tanpa
bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan.

37
Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai
bertugas, seperti:

i. Kertas penamaan calon, diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi pada hari
penamaan calon.

ii. Wang pertaruhan sebanyak RM 10,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan RM 30,000
untuk calon Parlimen. Wang disertakan bersama-sama kertas penamaan calon.

iii. Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian sekurang-kurangnya
satu perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon dalam bahagian pilihan raya
tersebut.

iv. Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti masing-
masing, manakala calon bebas boleh menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.

Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihan raya bagi memastikan suasana
aman dan tenteram. Pada waktu ini, mereka dibenarkan membelanjakan RM 50,000.00 bagi pilihan
raya Dewan Rakyat dan RM 30,000.00 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Selain itu, semasa
berkempen mereka dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk memancing pengundi
seperti mengedarkan risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau berkempen dari rumah ke rumah.
Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

i. Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk berkempen
dan memancing undi.

ii. Memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat pencetak dan
penerbit.

iii. Dilarang memberi rasuah dan sogokan.

iv. Dihalang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan.

b. Pengundian

Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan
Raya). Selain itu, pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara
119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur 21 tahun ke atas.

iii. Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya.

iv. Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja.

Bagi warganegara yang berada di luar kawasan pilihan raya, mereka dibenarkan mengundi melalui
pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:

38
i. Anggota perkhidmatan awam.

ii. Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian.

iii. Anggota Polis.

iv. Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara.

v. Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara semasa pengundian dijalankan.

Selain itu, individu juga boleh hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya beliau:

i. Tidak sempurna akal.

ii. Sedang menjalani hukuman penjara.

iii. Dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah.

Pengundian hanya boleh dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan sahaja. Setiap pusat
mengundi akan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh SPR untuk menyelia semua urusan
pengundian.

c. Pengiraan Undi

Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos
bagi setiap bahagian pilihan raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan
Raya.

Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya orang berikut yang di benarkan mengira undi:

i. Anggota dan pegawai SPR.

ii. Pegawai yang dilantik oleh SPR.

iii. Kerani yang mengira undi.

iv. Calon, ejen pilihanraya serta ejen mengira undi.

d. Keputusan Pilihan Raya

Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut kawasan
tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan di anggap menang dalam pilihan
raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti
yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh di cabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:

i. Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang.

ii. Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya.

iii. Calon atau ejen calon hilang kelayakan.

39
iv. Berlaku penipuan dan ugutan.

PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan, masih mengekalkan


peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak
istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-
cita mewujudkan sebuah negara yang adil untuk semua pihak dan demokrasi.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Serta Hak Kaum Bumiputera yang Lain

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

i. Seorang yang beragama Islam.

ii. Bertutur bahasa Melayu.

iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

iv. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari
merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk golongan yang
menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Semenanjung. Dalam hal ini,
walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga hendaklah dilindungi. Antara perkara yang termasuk
dalam soal hak keistimewaan orang Melayu sebagai Bumiputera ialah:

a. Perkhidmatan Awam

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggung jawab kepada YDPA
atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam
persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam
pentadbiran kerajaan sangat kurang.

b. Lapangan Ekonomi

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang
Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang
Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan
urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa
yang bertanggung jawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban
kepada orang Melayu.

Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan
perindustrian memandangkan selama ini orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi.

40
Semenjak penjajahan British sehinggalah kemerdekaan, orang Melayu masih kurang menceburkan
diri dalam perdagangan dan perniagaan. Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan
bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakannya didominasi oleh
bangsa asing. Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1970-an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah
kegiatan perdagangan dan perindustrian di Negara ini.

c. Pendidikan

Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang
Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung
pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat
bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.

Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggung


jawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan
keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh
kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak
berkuasa yang bertanggung jawab untuk melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan


perlindungan untuk kepentingan kaum lain. Misalnya Fasa 4, memperuntukkan YDPA tidak boleh
memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran kepada mana-mana orang
selain orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Salah satu peruntukan utama untuk
orang Melayu ialah kemasukan anak-anak Melayu ke universiti dan skim biasiswa.

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) semenjak abad ke 15 dengan
wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang
digunakan oleh pedagang-padagang yang datang dari serata dunia.

Kedudukan bahasa Melayu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Selain itu,
terdapat juga peruntukan-peruntukan sementara terhadap penggunaan bahasa Melayu.

Kedudukan Raja-Raja Melayu

Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-raja


membincangkan perkara-perkara dan boleh bertindak mengikut budi bicara seperti berikut:

i. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau

memilih atau memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

ii. Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.

41
iii. Memperkenan atau menolak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-
sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh tentang keistimewaan, kedudukan,
kehormatan atau kebesaran raja-raja.

iv. Bersetuju atau tidak bersetuju apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas
Persekutuan secara menyeluruh.

v. Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182.

vi. Memberi ampun, permintaan, penggantungan atau peringanan hukuman di bawah Fasal
(12) Perkara 42.

Semua raja dan Yang diPertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Walau
bagaimanapun, Yang diPertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk tujuan
mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong, melucut jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-
raja. Selain itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja.
Baginda bertindak sebagai Ketua Negara Malaysia.

KESIMPULAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa
perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada
pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya
perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka
dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-
masing dan pembelaan sewajarnya.

42

You might also like