You are on page 1of 19

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA BANGSA

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual Komposisi Penduduk Malaysia pada tahun 2000 dan 2005

Tahun 2000 Tahun 2005


Etnik
Juta Peratus Juta Peratus

Bumiputera 14.35 65.0 16.06 65.9

Cina 5.76 26.1 6.15 25.3

India 1.70 7.7 1.83 7.5

Lain-lain 0.27 1.2 0.32 1.3

Jumlah
22.08 100 24.36 100
Penduduk

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional, kini
kita akan memfokuskan perbincangan mengenai cabaran-cabaran untuk membina sebuah negara
bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:-

Perpaduan

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai pelbagai
kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969 telah mengakibatkan
tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu menandakan perpaduan kaum-kaum di
Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang rendah.

Pengagihan Kekayaan

Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu berada dalam
kemiskinan dengan kadar 64.8 % berbanding dengan bukan Melayu (26%) seperti yang dibanci pada
tahun 1970. Jurang perbezaan pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera masih lagi
tinggi. Sebagai contoh, RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding dengan RM2.3 bagi orang
Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Jadi, faktor pendapatan yang tidak seimbang
antara Bumipuetera dengan bukan Bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan
faktor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.  

Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.
Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing. Akibatnya sistem
pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan

1
suku kaum yang lain di Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk
mencapai perpaduan dan integrasi kaum masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Perbezaan Kepercayaan dan Agama

Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku
beberapa ketegangan dan prasangka antara penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan
sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu
di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-
pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa
bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era pemerintahan Dr. Mahathir Mohamed,
mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.  

Penggunaan Akhbar

Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil
telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaan-keadaan tertentu sehingga
ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di Malaysia.

JATI DIRI

1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya perbezaan agama

dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi faktor penghalang perpaduan rakyat

Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat-menghormati antara pelbagai penganut agama

– Islam, Buddha, Hindu, Konfusius/Toa, Sikh dan lain-lain adalah sebati dalam kehidupan rakyat

Malaysia.

2.  Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangunan, kemajuan dan idea-idea

progresif, pemodenan, industrilisasi, pembandaran dan globalisasi, Wawasan 2020 telah

menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini hendaklah berteraskan acuan Malaysia –

menghormati dan menghayati budaya Timur.

IDENTITI NASIONAL

1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas

utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat.

2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan

agama masing-masing dengan bebas.

3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.

4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.

2
5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.

6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua

rakyat Malaysia.                                                                                                       

Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Etnik 1970

Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata


Kaum
(peratus) Keluarga Sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.01. 0

Peristiwa 13 Mei 1969

3
4
5
6
7
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA


 Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
 Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis
Perundingan Negeri (badan yang bertanggung jawab menggubalnya).

 Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama
MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN iaitu pada 27 Januari 1970.

 Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang


darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

 Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi, tiga orang
menteri, wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-
badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru
dan wakil-wakil kumpulan kecil.

 Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.

8
 Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan
hidup bermasyarakat.

 Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada
Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang
mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

 Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratk, adil
tanpa mengira bangsa dan agama.

MATLAMAT RUKUN NEGARA

 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
 Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di negara Malaysia.

 Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan
berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu
sama lain dalam kalangan masyarakat.

 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai
corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling. 

 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk
mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.    

RUKUN NEGARA

 Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu Rukun Negara berkumandang di media
elektronik seperti radio, komputer dan khususnya di kaca televisyen. Sememangnya Rukun
Negara perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada hari ini warganegara Malaysia
khususnya dan penduduk Malaysia amnya .
 Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai ataupun yang perlu diketahui oleh
semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau golongan yang tua .

 Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh
kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia .

OBJEKTIF RUKUN NEGARA


Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :-

1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat .


2. Untuk memelihara cara hidup demokratik .

3. Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin.

9
4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
mempunyai pelbagai corak lapisan kaum dalam kalangan masyarakat . 

5. Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-
teknologi yang moden . 

6. Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakt pada hari
ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di
dalam negara kita . 

7. Keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi
kepentingan negara .

     
        PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA

            

                    
  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan
rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada
Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah
kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .
Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk di 
Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang mempunyai kepercayaan masing-
masing. Contohnya, kaum Melayu percaya bahawa alam ini dicipta olehTuhan dan segala amalan
baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan. Bagi kaum India pula ,
mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari . Masyarakat India mempunyai banyak
agama antaranya ialah agama Hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat Cina pula
menganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-
masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai
alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat
menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

10
   2.  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara.
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi
unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia
perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan
negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang
patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di
negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar
dipolitikkan sama sekali .

  3.  KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran


Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan
punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku
perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai
kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, Perlembagaan memberi jaminan
terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang
dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan
kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya
pemimpin dan rakyat di Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik
yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama negara kita sendiri

     4.  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting
bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud
setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum,
gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang .
Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag
paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin
kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

11
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar
undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan
Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk
dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Di dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan
dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan
undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-
undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang
disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan
kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan
sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin
keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang.
Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial
untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan
ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan
sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di negara Malaysia mematuhi
perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan
memburukkan nama negara kita sendiri .

     5.  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral
dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik,
terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara
sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan
persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan  dengan kewarganegaraannya, asal
keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat
prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi.
Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan
untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun,
bertoleransi, saling memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari
dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

KESIMPULAN

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni
telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup

12
dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.
Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah,
sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu
sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan
dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara
dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula
sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar
belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat
dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah,
sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu
sendiri.

PERPADUAN

Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui Ideologi Negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan bangga akan tanah air.

INTEGRASI NASIONAL                                                           
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan pertempatan dalam sesebuah unit politik.

FAKTOR KEWUJUDAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERISTIWA 13 MEI
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana
peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar
batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah
ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada
bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu
sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir
kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang
menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang
Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang
dilancarkan pada 1970.

MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

13
Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus
rusuhan etnik pada 13 Mei 1969. Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja, namun
peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap
pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti
melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik dan sosial.

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PENEMPATAN


Masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya situasi
ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu, Jawa, India dan Cina. Penduduk British di
Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
Semenjak tahun 1920-an lagi, corak penempatan sebegini telah kelihatan. Di Sabah dan Sarawak
pula, wujud perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum Iban dan kaum Kadazan.

PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA

Setiap kaum menganut agama berbeza, Melayu beragama Islam, India beragama Hindu, Cina
beragama Buddha. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini
berbeza. Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak
ansur dengan fahaman agama kaum lain.

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan
sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat
dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi
sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, ramai antara kaum Cina yang menganggotai
pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah
keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku
antara orang Melayu dan Cina ini telah melibatkan banyak kematian.

CIRI CIRI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL


i. Melibatkan pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya.

ii. Satu bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik bersama masyarakat dan
budaya berbeza.

iii. Dalam budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan budaya.

iv. Integrasi sosial boleh berlaku dalam sektor ekonomi, parti politik dan negara.

KEPENTINGAN DAN ASAS PERPADUAN

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh

14
generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika
itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni
tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan
daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing'

Kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara.
Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara
akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi
ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara.

CABARAN DALAM MENCAPAI PERPADUAN

PERBEZAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. 
Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang
berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif,
terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British
pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak
Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil
yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah
vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah
untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan
peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas  Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk
mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta
Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi
mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu
Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan
sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan
memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang
diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.

15
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat
Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa
berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

FOKUS YANG BERLAINAN DALAM SEKTOR EKONOMI

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British.
Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah
dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara
ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan
ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan
yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin
terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan
ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini.
Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-
kaum terbabit.
Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah
sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang
India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial
antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada
dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini
adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang
didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus
mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah
dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan
sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa
menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan
pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada
mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr
Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan
tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang
menjadi darah daging mereka”.Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar

16
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya
mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

BERBEZA IDEOLOGI POLITIK DAN PENGARUH                       

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti
UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang
India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi
. Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan
melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah
pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang
berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga
dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan
kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan,
sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa
mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu
perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan
semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200
pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa
Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk
mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah
menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang
sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga
pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah
pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak
kerajaan yang memerintah.

PENINGKATAN PATRIOTISME RAKYAT MALAYSIA

NEGARA
Pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat
patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang
peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul
tanggungjawab masalah ini.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggung jawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat
memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan

17
perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan
dan kampung perlulah digalakkan. 

Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik
dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat
yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara
kita.

Kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah mempelajari subjek Sejarah untuk
memupuk semangat patriotisme sejak kecil

Kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan pengajaran yang panjang bagi subjek
Sejarah di sekolah.

MASYARAKAT
Cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar. Contohnya , pihak sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara
ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil,
sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa

INDIVIDU

 Melawat tempat bersejarah.


 Menyambut hari Kermerdekaan dan Hari Malaysia
 Menyertai aktiviti melibatkan negara

PELAJAR
Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah
sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang
pemodenan.Remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam
diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan
mereka selain daripada buku-buku pelajaran.

Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan
patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah berganding bahu bagai ‘aur dengan tebing’
untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan ‘mutiara negara’ agar dapat melahirkan remaja
yang berjiwa patriotik.Menurut kata-kata tokoh sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang,
“kalau hidup ingin merdeka,tiada tercapai hanya berkata,kemuka maju sekata,maju

18
kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada penyakiy yang tiada penawar,maka langkah-
langkah yang konkrit dan sistematik  harus dipergiatkan  agar masalah ini boleh tangani.
ut M
KESIMPULAN

Konsep masyarakat di Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah
berkomromi kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggung jawab
membawa masuk buruh-buruh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu
yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas
pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai
strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 berulang. 

19

You might also like