You are on page 1of 21

Kelab Bola Jaring Pontian_2022

KELAB BOLA JARING PONTIAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING TERTUTUP

PERINGKAT DAERAH PONTIAN

UMNO TAMAN MERDEKA

1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan
yang melibatkan UMNO TAMAN MERDEKA merapatkan silaturahim antara warga ipendudk
menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan
ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat
yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk
membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga,
semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan
di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik
kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang
pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat
sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan
dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat
yang diperlukan untuk program ini.
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

2.0 MATLAMAT

Membolehkan Kelab Umno Taman Merdeka hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang
positif.

3.0 OBJEKTIF :

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :

(a) melahirkan generasi penduduk yang mempunyai semangat kesukanan yang


kuat.

(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga Umno Taman Merdeka.
(c) melahirkan penduduk yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,

semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

4.0 TUJUAN:

Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan Kelab


UMNO Tmn Merdeka dan penduduk setempat.Selain itu juga, aktiviti ini dapat
mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan peserta. Di samping itu, ia dapat
melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam Kelab.

5.0 NAMA PERTANDINGAN

 Karnival Sukan (Bola Jaring ) tertutup Daerah Pontian 2022.


Kelab Bola Jaring Pontian_2022

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Tempat : Gelanggang Bola Jaring, Pontian

7.0 TARIKH,HARI DAN MASA

Tarikh :

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

8.0 KUMPULAN SASARAN

1.1 Semua warga Institut Perguruan Kampus Darulaman.

9.0 CADANGAN MINI SUKAN

9.1 Dijalankan selama 1hari untuk 1 jenis permainan dijalankan :

i. Gelanggang bola jaring

9.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke Peringkat Negeri
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

10.0 SUMBER KEWANGAN

Anggaran Kewangan

BIL ITEM ANGGARAN (RM)


A
1.Sarapan pagi Jawatankuasa dan RM45.00
Pengelola RM3.00x 15 org:
2.Sarapan pagi petugas Rm60.00
RM3.00x 20org
3.Sarapan pagi pengadil RM9.00
RM3.00x 3org
4.Makan Tengah Hari RM120.00
Jawatankuasa dan
Pengelola RM8.00x 15 org:
5.Makan Tengah Hari petugas RM160.00
RM8.00x 20org
6.Makan Tengah Hari pengadil RM24.00
RM8.00x3org
7. Air Mineral RM50.00
RM 10.00x 5box
8. Jamuan VIP (MajlisPenutup) RM60.00
RM6.00x10orng

JUMLAH RM528.00
B 1.Banner RM100.00
2.Fail Pocket RM12.00
RM1x12
3.Kertas A4
RM12x1rim RM12.00
4.Jaring Bola Jaring RM30.00
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

RM15x2
5.Bola Kejohanan RM90.00

JUMLAH RM244.00
C Bayaran Pengadil RM 450.00
JUMLAH RM 450.00
D Hadiah
RM300.00 Johan RM 600.00
RM200.00 Naib Johan
RM100.00 Ke3
JUMLAH RM 600.00
E Hamper RM300.00
JUMLAH RM300.00
JUMLAH PERBELANJAAN A+B+C+D+E RM2122.00

JUMLAH PENDAPATAN RM250.00


5PASUKANXRM50

Kutipan sebanyak RM 50.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola
Jaring.

11.0 HADIAH

Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring mendapat Wang dan Hamper


(Johan sehingga tempat keempat ) .
KEPUTUSAN Nilai Hamper ( RM )
Johan RM300+HAMPER
Naib Johan RM200+HAMPER
Tempat Ketiga RM100+HAMPER
Tempat Keempat HAMPER
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

12.0 PELAKSANAAN

12.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

 Bilangan semua pemain untuk pertandingan bola jaring termasuk simpanan


ialah 10 orang ,1 Pengurus Pasukan dan 1 Jurulatih Pasukan.

 Peraturan-peraturan semasa pertandingan bola jaring murid peringkat


mengikut undang-undang terkini.

 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah


muktamad.

12.2 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

 Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan  Bola Jaring ialah seperti
berikut:-

I. Pengurus Pasukan           1 orang ( setiap pertandingan )


II. Jurulatih Pasukan            1 orang ( setiap pertandingan )
III. Peserta                             10 orang ( setiap pertandingan )
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

12.3 PENYERTAAN

 Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk setempat UMNO Taman


Merdeka dan Penduduk Daerah Pontian.

 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan


adalah tidak dibenarkan.

 Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada


pengelola bersama-sama dengan salinan kad pengenalan tiga hari sebelum
pertandingan.

12.4 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

 Bahagian pertama         7 minit

 Rehat                               3 minit

 Bahagian kedua              7 minit

12.5 SISTEM PERTANDINGAN

 Liga Kumpulan
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

A. Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah
dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii.Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai
kumpulan X1 dan X2

ii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.
Pemenang  sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C. Pusingan Separuh Akhir

i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii.        Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii.        Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii.  Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

13.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

13.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti
berikut :-

Menang       -         2 Mata


Kelab Bola Jaring Pontian_2022

Seri             -         1 Mata

Kalah          -         0 Mata

13.2  Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan
ditentukan seperti berikut:

i.   Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan    mempunyai
jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

13.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan
akhir :

 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh
perlawanan.
 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan
dimainkan.
 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa  rehat.
 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.
 Sekiranya berlaku seri di akhir masa  tambahan,permainan akan diteruskan
sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

14.0       PERTUKARAN PEMAIN

14.1     Penggantian dan Pertukaran posisi

 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh


pemain yang lain.

 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak


tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan
dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemain di gelanggang


bertukar posisi.

 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi


sama ada:

i.    Masa rehat

ii.    Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.


Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan
permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran
posisi.

 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain  yang


telah di daftarkan
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

14.2       Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan
permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya
penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti
dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya
dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi
rawatan berlangsung.

14.3       Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu rehat separuh masa.

14.4     Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan  dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

waktu rehat separuh masa.

15.0       PAKAIAN

 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk
dan warna yang sama.

 Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor
atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama
dengan pasukan lain.

 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku
pendek.

 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak


dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

16.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

 Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai
mengikut kesesuaian pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman.

1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )

21m

7m 7m 7m

bulatan tengah
12m

280m
m

bulatan gol

i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.

ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm


Kelab Bola Jaring Pontian_2022

iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau
6 inci p

iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

2. Peralatan Bola Jaring

Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur
mengikut spesifikasi berikut:

i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:

Jenis bola jaring     : rubber

Ukuran bola             : saiz 4

ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen

Jenis bola jaring     : synthetic leather

Ukuran bola             : saiz 4


Kelab Bola Jaring Pontian_2022

17.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Ismawaty binti Ismail


(Pengerusi UMNO Tmn Merdeka )
Naib Pengerusi : Sharifah Norhazlina Syed Hamid
(Pengerusi Kelab Bola Jaring JMS Pontian)
Setiausaha : Suhana binti Mohd Saini
Setiausaha : Norasiken Mohd Noh
Bendahari : Rossuhailawati
Naib Bendahari : Ain Binti Nazarali
Ahli Jawatankuasa :

i. Pendaftaran dan Borang

ii. Persiapan Tempat / Padang

iii. Teknikal / Peralatan

iv. Jamuan
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

v. Hadiah dan Cenderahati

vi. Buku Program / Jemputan

vii. Juruacara

18.0 PENYERTAAN

1. Setiap kumpulan boleh menghantar lebih dari 1 Pasukan untuk menyertai dan setiap
permainan yang dipertandingkan.

 Kelab UMNO Pontian


 Pasukan Bola Jaring Tertutup Pontian

19.0 PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA JARING (Perempuan Sahaja)

1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “kalah-mati”.


2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir
dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-
a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain
serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima
(5) minit tanpa rehat.
b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana
terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi
bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit
lagi tanpa rehat.
d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat,
maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

20.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain


simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik - 2 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 1 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap


pertandingan

21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan secara Liga Bola Jaring


2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan
3. Borang Penyertaan Pertandingan
4. Borang Senarai Nama Pasukan
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA

KUMPULAN A

KUMPULAN 1

SUKU AKHIR

KUMPULAN 2

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 3

SUKU AKHIR

KUMPULAN 4 AKHIR

KUMPULAN 5

SUKU AKHIR
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

KUMPULAN 6

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 7

SUKU AKHIR

KUMPULAN 8

LAMPIRAN 2

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

NAMA PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN JUMLAH


PASUKAN 1 2 3 4

PASUKAN
1

PASUKAN
2

PASUKAN
3

PASUKAN
4

JUMLAH
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

Disahkan oleh,

……………………………………………………

LAMPIRAN 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………

NAMA PENGURUS : ………………………………………………………………..................

NAMA JURULATIH : ……………………………………………………………………..........

WARNA BIP/JERSI : ………………………………………………………………………......

BIL NAMA PESERTA NO.Kad POSISI


Pengenalan

5
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

10

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ..............................

LAMPIRAN 4

***Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan


boleh diserahkan kepada Sharifah (01110019272) , Mazuin Clarke(0167110981) dan
Ismawaty Ismail (012709 9546) .

Penutup

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati


segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi
kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Tertutup Peringkat
Daerah Pontian.

Yang menjalankan tugas,

...................................................................
Kelab Bola Jaring Pontian_2022

( )

Setiausaha,
Kelab Bola Jaring Pontian,
Kelab UMNO Tmn Merdeka,
Pontian,Johor.

You might also like