You are on page 1of 6

Manual Pengguna eBidding

rangkaian yang berjaya

Pendaftaran Pembekal
Versi 1.0

Okt 2011

Hakcipta Terpelihara © 2011Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 20 Sept 2011 0
HAK KERAJAAN MALAYSIA

Manual ini tidak boleh disalin, dihasilkan semula, diterjemah atau ditukarkan kepada
sebarang format berelektronik yang boleh dibaca tanpa mendapat kelulusan bertulis dari
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.

Edisi Pertama : Oktober 2011

Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Unit ePerolehan


Tingkat 4, Wisma Amtek, Kementerian Kewangan,
No 15, Jalan Tandang, Blok Helang, Villa & Office Complex,
46050 Petaling Jaya, Cyberview Gardens,
Selangor 63000 Cyberjaya
Selangor

Khidmat Bantuan Pelanggan ePerolehan:


Hotline 03 - 7985 7888
Emel bantuanptj@eperolehan.com.my
Laman Web http://www.eperolehan.com.my/
Manual Pengguna
Pendaftaran Pembekal

1.1 LATAR BELAKANG

Sistem elektronik Perolehan (eP) dibangunkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan


perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan, untuk komuniti yang terlibat secara langsung iaitu dari
pihak pembeli (jabatan kerajaan) dan juga penjual (Pembekal). eP menukarkan proses perolehan
tradisional (secara manual) di dalam jentera Kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi
Internet melalui urusniaga yang selamat dan efektif.

Untuk mengambil bahagian di dalam perolehan kerajaan melalui eP, Pembekal perlu berdaftar
terlebih dahulu dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi tujuan ini, eP telah
menyediakan Modul Pendaftaran Pembekal iaitu kemudahan menjalankan aktiviti pendaftaran
secara dalam talian. Ini merupakan peringkat awal bagi Pembekal untuk melibatkan diri dalam
aktiviti perolehan Kerajaan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik menguruskan
perolehan dari pusat tanggungjawab jabatan Kerajaan (PTJ).

Setelah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Pembekal boleh mengambil bahagian
dalam eP yang telah menyediakan enam (6) modul perolehan iaitu Kontrak Pusat, Pembelian
Terus, Sebut Harga, Tender, eBidding dan Kontrak Kementerian. Walau bagaimana pun
untuk mengambil bahagian dalam sesuatu modul perolehan tersebut, Pembekal perlu mempunyai
kelayakan tertentu berpandukan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kewangan dan kementerian-kementerian yang menyediakan perolehan tersebut.

Melalui eP, Pembekal boleh mempamerkan produk mereka dalam bentuk katalog elektronik untuk
rujukan pembeli Kerajaan, menerima pesanan, mengurus pembekalan dan perkhidmatan dan
memproses pesanan pembelian dan akhirnya menerima bayaran daripada agensi-agensi Kerajaan
melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Pihak pembeli yang terdiri dari pegawai-pegawai yang
dilantik menguruskan perolehan dari PTJ menggunakan eP untuk membuat proses permintaan,
menjana dan menghantar pesanan, menyediakan maklumat perolehan, membuat kelulusan serta
memproses dokumen untuk tujuan pembayaran kepada Pembekal.

Bagi Perunding pula, eP hanya menyediakan kemudahan untuk menjalankan aktiviti pendaftaran
Perunding dengan Kementerian Kewangan Malaysia secara dalam talian, sama seperti
pendaftaran Pembekal. Profil firma Perunding yang berdaftar ini akan diintegrasikan dengan
sistem ePerunding yang juga dibangunkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 12 Okt 2011 2
Manual Pengguna
Pendaftaran Pembekal

1.2 PENDAFTARAN PEMBEKAL/PERUNDING

Modul Pendaftaran Pembekal/Perunding menyediakan kemudahan untuk pembekal/perunding


membuat pendaftaran secara atas talian (elektronik) dengan Kementerian Kewangan. Jenis
pendaftaran dan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:-

Bagi Pembekal:-
• Permohonan Baru
• Permohonan Pembaharuan
• Permohonan Tambah Bidang
• Permohonan Kemaskini Profil
• Permohonan Status Bumiputera

Bagi Perunding:-
• Permohonan Baru
• Permohonan Pembaharuan
• Permohonan Tambah Bidang
• Permohonan Kemaskini Profil

Pembekal/Perunding yang telah diluluskan permohonannya oleh Kementerian Kewangan dan


telah menjelaskan bayaran pendaftarannya (yang mana berkenaan), akan mendapat sijil secara
virtual.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 12 Okt 2011 3
Manual Pengguna
Pendaftaran Pembekal

1.3 PERANAN-PERANAN DI DALAM MODUL PENDAFTARAN


PEMBEKAL/PERUNDING

No Peranan Tanggungjawab
1 Pembekal/Perunding • Menyediakan dan memasukkan maklumat-
maklumat yang diperlukan di dalam seksyen-
seksyen yang disenaraikan di dalam permohonan.
• Menentukan semua maklumat yang dimasukkan
adalah tepat, lengkap dan terkemaskini.
• Menyediakan dan memuatnaik/menghantar semua
dokumen sokongan yang diperlukan.
• Menentukan semua tindakan telah diambil bagi
menyempurnakan proses pendaftaran sehingga
“Pengisytiharan” pendaftaran dilaksanakan.
• Membuat bayaran pendaftaran.
2 Pegawai-Pegawai di • Mengesahkan dokumen sokongon yang diterima
Kementerian dari pembekal secara atas talian atau luar talian.
Kewangan:- • Memproses dan mengesahkan permohonan
- Pegawai Dokumen pembekal berdasarkan dokumen sokongan yang
Sokongan; telah disertakan.
- Pegawai • Mengesyorkan dan melaksanakan proses lawatan
Pemproses; tapak sekiranya perlu mengikut jenis permohonan
- Pelulus; dan bidang yang dipohon pembekal.
- Pembantu Tadbir • Melulus atau menolak permohonan pembekal
berdasarkan pengesahan dan dari Pegawai
Pemproses.
• Mencetak surat pengesahan sekiranya perlu untuk
makluman pembekal.
• Menjana sijil virtual pendaftaran setelah
permohonan Pembekal diluluskan.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 12 Okt 2011 1
Manual Pengguna
Pendaftaran Pembekal

1.4 CARTA ALIRAN PROSES PENDAFTARAN PEMBEKAL/PERUNDING

Pendaftaran
Pembekal Permohonan

Pegawai Pengesahan
Dokumen
Sokongan Dokumen Sokongan

Pemprosesan
Permohonan

Pegawai Ya Proses Lawatan


Pemproses Lawatan Tapak Tapak

Tidak

Pengesahan
Permohonan

Kelulusan
Pelulus Permohonan

Pembantu Penjanaan Sijil


Tadbir Virtual

Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 12 Okt 2011 2

You might also like