You are on page 1of 2

Jom Ke Sekolah turut diadakan di SK

Lubok Temiang
Utusan Borneo ﴾Sabah﴿ · 8 Feb 2017

LABUAN:  Sekolah  Kebangsaan  Lubok  Temiang  (SKLT)  turut  tidak  ketinggalan  mengadakan
Program Jom Ke Sekolah 2017 yang berlangsung di dewan terbuka sekolah itu, Isnin lalu.

Majlis  perasmian  program  Jom  Ke  Sekolah  disempurnakan  oleh  Pegawai  Perhubungan  Sekolah
(PPS), Inspektor Julius Francis dari IPD Labuan.
Turut hadir, Pegawai Angkat SK Lubok Temiang Ag Zain Ag Anak, Guru Besar Cally Awat Moguring,
Pengerusi  PIBG  Mohd  Hasnizan  Hasin,  Penolong  Kanan  Pentadbiran  Roslan  Mohamad,  Penolong
Kanan Kokurikulum Maimon Abd Rahman dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Farid Marcus.
Cally  berkata  program  itu  diadakan  untuk  mewujudkan  hubungan  mesra  dan  kolaborasi  di  antara
pihak sekolah dengan PPS.
Selain itu, katanya, untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah, meningkatkan tahap
disiplin,  mengatasi  masalah  ponteng  dan  mengelakkan  daripada  berlakunya  gejala  sosial  dalam
kalangan murid SK Lubok Temiang di luar kawasan sekolah.
“Program Jom Ke Sekolah mahu meningkatkan minat murid ke sekolah dan membugarkan kembali
penggunaan peti aduan murid di SK Lubok Temiang,” katanya.
Cally juga berharap menerusi program itu, dapat mengubah sikap murid menjadikan sekolah tempat
paling  digemari  ‘Sekolahku  Syurgaku’  dan  meningkatkan  kecemerlangan  murid  dalam  akademik  dan
kokurikulum.
Sementara  itu,  sekolah  itu  mencatat  kehadiran  88  peratus  pada  2014  dan  2015  namun  menurun
kepada 84 peratus pada tahun lalu.
Peratus  kehadiran  di  peringkat  kebangsaan  ialah  95  peratus  yang  perlu  menjadi  Petunjuk  Prestasi
Utama (KPI).
Cally  berharap  semua  pihak  khususnya  ibu  bapa  dan  organisasi  yang  ada  di  Kampung  Lubok
Temiang turut membantu memastikan murid sekolah itu sentiasa hadir ke sekolah pada setiap hari.
“Pihak  sekolah  sentiasa  mengalu­alukan  kerjasama  dan  komitmen  ibu  bapa  dalam  memastikan
anak­anak mereka hadir ke sekolah pada setiap hari,” katanya.
Terdahulu, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada IPD Labuan, PIBG dan Pegawai Angkat
dari Jabatan Pendidikan Labuan yang banyak membantu menjayakan program sekolah selama ini.
“Guru­guru  juga  sering  menasihatkan  anak  didik  mereka  supaya  mengutamakan  kehadiran  ke
sekolah kerana itu merupakan tanggungjawab utama mereka,” katanya.
Jom  Ke  Sekolah  merupakan  program  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dengan  kerjasama  Polis
Diraja Malaysia.
Pada  majlis  itu,  sembilan  murid  yang  ponteng  sifar  menerima  anugerah  sebagai  galakan  dan
penghargaan serta motivasi kepada murid lain agar sentiasa hadir ke sekolah.
Mereka ialah Siti Azira Amran (4 Bestari), Mohamad Shami Shamsul (4 Intelek), Nurfarhana Sufri (4
Cemerlang), Uwais Al Qorni Muhamad Solihin (5 Bestari), Ariel Suhaili (5 Intelek), Siti Azra Amran (6
Bestari)  dan  tiga  murid  6  Intelek  iaitu  Khalijah  Kiflee,  Mohammad  Kairul  Hafis  Amran  dan  Adlee
Suhaili.

You might also like