You are on page 1of 2

Jenis-Jenis 

Penilaian  Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan
sistematik  untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat  yang
dikumpul  akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian
kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan
terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan
diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi
pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi
bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan guru
merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna.  Sebagai contoh,
guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian
harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang
ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel  tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan
kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap
apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu
ditambah baik. 

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi  peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai 
perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya  untuk memaklum, memperjelas dan
menerangkan tentang  masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal
pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang
mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka
kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang  idea  mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini
baik untuk murid  dari pelbagai  budaya dan berbeza secara  individu  kerana mereka melakukan
tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati
berasaskan bacaan topik  pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan
satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan   konsep utama  terselindung
dalam topik mereka. Salah satu  contoh projek termasuk  rekacipta artifak  yang mewakili  patung
kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian
projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada  gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.
Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai
pengetahuan atau prestasi murid dalam  bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra
budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus ” culturally loaded” dengan mengambil kira budaya
semua kumpulan  murid.  Bahasa yang digunakan harus difahami semua  dan  tidak bias kepada 
kumpulan murid yang dominan. Arahan  ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor
linguistik  sedia ada murid dan murid perlu  merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset
bukan liabiliti dalam penilaian.

Penilaian kendiri murid  

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala
dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid
ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan
sendiri.  

Penilaian kendiri guru  

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu menyoal
diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan
dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta  reaksi dan tindak balas mereka terhadap
kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka  yang boleh menyumbang kepada perkembangan
berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

You might also like