You are on page 1of 18

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Malaysian Political System (SSF2303)


TAJUK:
ESEI AKHIR
(Mendepani cabaran pandemik Covid-19: adakah ini akan
mengubah landskap politik Malaysia?)
PROGRAM:
KAJIAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN (WA21)
NAMA PENSYARAH:
PROFESSOR DR NEILSON ILAN MERSAT

Nama ahli kumpulan Nombor matrik


Nur Fatin Wahidah binti Azhari 70945
Nur Arifah Amira binti Jefree 70879
Muhammad Amir Firdaus bin Osman 70534
Mohd Danial Amin bin Jalini 70473
PENGENALAN
Pandemik Covid-19 2019-20 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara
global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Ia mula
dikesan dipertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China. Kes penularan yang
berlaku di China telah diiktiraf sebagai pandemik oleh World Health Organisation (WHO) pada
Mac 2020.
Pada 20 Mac 2020, lebih daripada 246,000 kes covid-19 telah dilaporkan dalam sekurang-
kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000
pulih. Pada 18 Mac 2020, WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru
pandemik COVID-19.
Berdasarkan Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (2020), coronavirus merupakan
sejenis virus yang boleh mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan. Sehingga kini, terdapat
beberapa jenis coronavirus yang telah dikenal pasti, antaranya severe acute respiratory syndrome
coronavirus (SARS) dan Middle East respiratory-related coronavirus (MERS-CoV). Seperti yang
kita sedia maklum, coronavirus terbaru ini bermula dari bandar Wuhan, bertempat di wilayah
Hubei, China. Virus baru ini dikenali sebagai Novel coronavirus 2019 atau lebih popular sebagai
COVID-19. Setakat 7 Ogos 2020, sebanyak 18, 902, 735 kes telah dilaporkan di lebih daripada 216
buah negara seluruh dunia (Laman Web World Health Organization, 2020). COVID-19 telah
diwartakan sebagai pandemik. Pandemik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
merupakan wabak penyakit yang disebarkan dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh
wilayah, benua atau dunia.

Virus ini kebanyakkannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa seperti
influenza, melalui titik pernafasan daripada batuk atau bersin. Penyakit ini juga merupakan
penyakit yang mudah berjangkit. Penularan atau pendedahan gejala biasanya lima hari tetapi
mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Antara gejala umum termasuklah batuk,
demam, dan sesak nafas. Komplikasi yang akan berlaku adalah radang paru-paru dan sindrom
pernafasan akut teruk. Tiada vaksin atau rawatan tertentu untuk merawat penyakit covid-19 ini.
Walaubagaimanapun, terapi sokongan dan pengurangan simptom dilakukan agar pesakit dapat
dirawat dengan sebaiknya.

Di Wuhan, pada Disember 2019, satu kumpulan kes pertama yang menunjukkan tanda-tanda
"pneumonia" dikaitkan dengan pasar borong yang menjual haiwan dan makanan laut, serta
mempunyai seribu gerai menjual ayam, daging, ular berbisa, rusa dan organ-organ arnab dan
binatang liar yang lain iaitu daging binatang liar.
Koronavirus terutamanya menular dalam kalangan haiwan, tetapi telah menular dan
menjangkiti manusia pada masa lalu seperti yang telah diketahui dengan penyakit hampir serupa
seperti SARS, MERS bersama-sama dengan empat koronavirus lain yang dijumpai dalam manusia
yang menyebabkan gejala penyakit pernafasan ringan seperti selesema biasa. 
Urutan genom SARS-CoV-2 adalah 75 hingga 80 peratus yang serupa dengan SARS-CoV,
dan lebih daripada 85 peratus yang serupa dengan beberapa koronavirus yang terdapat pada
kelawar. Semua koronavirus yang diketahui menjangkiti manusia telah terbukti menular kalangan
orang ramai. Penyebaran koronavirus biasanya dianggap berlaku di kalangan kenalan rapat melalui
titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin dan batuk.

Cara penularan utama adalah melalui titisan pernafasan yang dihidupkan oleh orang-orang,
contohnya ketika batuk atau bersin. Titisan hanya tinggal digantung di udara untuk masa yang
singkat tetapi mungkin kekal berdaya tahan dan menular pada permukaan logam, kaca atau plastik.
Butiran untuk virus tidak tersedia pada 26 Februari 2020, dan diandaikan bahawa ia sama dengan
koronavirus lain, yang bertahan selama sembilan hari pada suhu bilik. Pembasmian permukaan
boleh dilakukan dengan bahan seperti 62-71% etanol digunakan selama satu minit.
WHO telah menyatakan bahawa risiko tersebar dari seseorang tanpa gejala adalah "sangat
rendah.”? Walau bagaimanapun, jika seseorang telah menunjukkan gejala seperti batuk
ringan, terdapat risiko penyakit akan berjangkit. Di samping itu, analisis jangkitan di
Singapura dan Tianjin di China mendedahkan bahawa banyak jangkitan koronavirus boleh
disebarkan oleh orang yang baru-baru ini dijangkiti virus dan belum lagi menunjukkan tanda-
tanda. Penemuan ini bermakna bahawa mengasingkan orang apabila mereka mula merasa
sakit kurang berkesan daripada yang diharapkan. Terdapat anggaran untuk nombor
pembiakan asas (bilangan purata orang yang terdedah mungkin dijangkiti), dari 2.13 kepada
4.82. Ini serupa dengan koronavirus berkaitan dengan sindrom pernafasan akut yang
teruk (SARS-CoV).
Seperti yang kita sedia maklum, COVID-19 melanda seluruh dunia dan bukan isu
dalam negara semata-mata. Kesan yang terjadi akibat COVID-19 ini juga meliputi seluruh
pelusuk bumi. Ekonomi, politik, sosial dan pendidikan merupakan antara sektor yang
terkesan hebat akibat pendemik ini. Dapat kita lihat dengan jelas bahawa kesan terhadap
ekonomi sejagat yang berpunca daripada pandemik ini antaranya ialah kehilangan punca
pendapatan dan kehilangan pekerjaan, kes pengangguran semakin kritikal, isu hutang negara
yang semakin bertambah dan perniagaan di sektor-sektor forml mahupun tidak formal tidak
dapat beroperasi. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan positif di sebalik musibah ini
seperti lebih masa di rumah bersama anak-anak dan pasangan serta peningkatan tahap peka
terhadap kebersihan diri dan kawasan sekeliling. Oleh itu, kita harus sedar bahawa di sebalik
mendungnya awan, akan ada sinar cahaya yang membawa pelangi terang.
Hal ini sekaligus jelas menunjukkan bahawa Covid-19 ini bukan sahaja
mendatangkan impak kepada kesihatan manusia malah ia juga menyebabkan keadaan politik
seluruh dunia menjadi kucar kacir. Di seluruh dunia, Covid-19 memberi impak besar kepada
kerajaan yang memerintah. Dari Eropah sehingga Amerika Latin, Rusia, China dan Timur
Tengah serta Asia Timur, rakyat bangkit untuk menyatakan kemarahan mereka kerana ada
yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil pemimpin dalam mengendalikan
Covid-19. Antara isu politik antarabangsa yang telah menjadi isu ialah dimana Di Kanada,
sidang Parlimen ditunda. Pemilihan kepimpinan parti politik ditangguh. Di China, beberapa
pengurusan peringkat provinsi dipecat oleh Parti Komunis China kerana gagal mengurus
kuarantin Covid-19 dengan betul. Ada yang menguatkuasakan larangan pergerakan secara
selektif ke atas parti politik pembangkang, mengedar bantuan kepada penyokong politik dan
meminggirkan minoriti serta golongan migran. Selain itu, banyak negara yang melancarkan
program mengesan kes Covid-19 yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan warga
awam.
Keresahan rakyat adalah apabila ada pemimpin dan ahli politik yang menggunakan
alasan Covid-19 untuk meraih sokongan dan ada juga yang menggunakan krisis kesihatan
untuk sengaja mengetepikan demokrasi dan Perlembagaan untuk kekal berkuasa (HAMID,
sinar harian, 2021)

Dalam konteks politik Malaysia covid 19 ini juga telah menyebabkan pelbagai
masalah. Antara isu politik yang terjadi ni Malaysia ialah persidangan parlimenmenjadi
terhad dan sering berlaku penangguhan, pemimpim pemimpin politik tidak dapat
menganjurkan perhimpunan agung dan trpaksa menggunakan teknologi digital untuk semua
urusan. Tidak dapat berkempen secara besar besaran kerana dihadkan dan juga kerajaan harus
mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat
pandemic covid-19 ini. Segala permasalahan ini akan hihuraikan secara terperinci malah
segala Langkah dan inisitif turut akan dibincangkan. Hal ini jelas menunujukan bahawa,
bermulanya permasalahan politik negara yang disebabkan oleh pandemic ini, hal ini sekaligus
akan memberi impak kepada, masalah ekonomi dan sosial negara. Jadi dapqatlah dikatakan
bahawa politik merupakan tunjang utama negara dimana wujudnya masalah terhadap politik
negara maka ia akan turut menyumbang kepada pelbagai permasalan lain. Oleh itu isu politik
yang melanda negara, Malaysia khususnya perlulah diambil serius dan deselesaikan dengan
segera.

CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG COVID-19 DARI SEGI EKONOMI,


POLITIK DAN SOSIAL
Cabaran yang dihadapi sepanjang Covid-19 ini banyak mendatangkan permasalahan
sama ada dalam sistem ekonomi, politik dan sosial kepada Malaysia dan dunia. Tahun ini
seharusnya adalah tahun dimana meletakkan Malaysia dalam peta global sebagai negara maju
yang mempunyai pendapatan tinggi. Namun sebaliknya berlaku apabila boleh dikatakan
tahun 2020 adalah tahun yang mempunyai pelbagai pancaroba jika dinilai dari segi cabaran
ke atas pertumbuhan dan daya tahan ekonomi. Ia adalah rentetan yang berlaku sejak beberapa
tahun kebelakangan ini yang berpunca samaada di peringkat global dan dalam negara sendiri.
Pada peringkat global dapat dirasakan dalam dua tahun yang lalu dengan ketidaktentuan
hubungan perdagangan dicetuskan oleh konflik yang berlaku kepada dua kuasa besar dunia
iaitu China dan Amerika Syarikat serta kemelut lain seperti kejatuhan harga komoditi. Pada
peringkat domistik pula, peralihan kepimpinan negara pasca Pilihan Raya Umum ke-
14(PRU14) menyebabkan ketidakstabilan pentadbiran pada peringkat Persekutuan yang
merupakan elemen penting bagi pelabur global untuk menyalurkan modal ke dalam sesebuah
negara. Malaysia mempunyai kelebihan dalam sistem ekonomi ini berbanding negara lain
dalam menangani impak negatif penularan Covid-19 yang mencetuskan pelbagai kejutan
terhadap ekonomi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Richard mengakui
bahawa sememangnya akan banyak negara akan terjejas dengan impak penularan virus itu,
namun Malaysia mempunyai beberapa faktor yang menjadikannya lebih utuh berbanding
kebanyakan negara lain dalam menangani impak berkenaan.
Sebahagian besar daripada 4094 syarikat dan firma perniagaan menyatakan mereka
menghadapi isu dan cabaran dalam menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahidin, isu pembayaran gaji pekerja yang mendominasi iaitu sebanyak 76.6 peratus cabaran
yang dihadapi dan diikuti 65.5 peratus kerana tiada mempunyai pelanggan. Kebanyakan
daripada mereka mampu untuk bertahan satu hingga dua bulan sahaja sekiranya kemudahan
cuti bergaji penuh atau separuh gaji diberikan kepada pekerja semasa PKP. Selain itu
sepanjang tempoh PKP ini ramai daripada masyarakat yang tidak mempunyai sumber
pendapatan manakala sebanyak 12.3 peratus syarikat atau firma perniagaan memperolehi
pendapatan melalui jualan atau perkhidmatan atas talian dan 9.8 peratus lagi daripada jualan
di premis fizikal atau kedai. Dalam pada itu, sebanyak 88.8 peratus masyarakat daripada
kategori syarikat sendirian berhad menghadapi cabaran dalam pembayaran gaji pekerja dan
syarikat hak milik perseorangan pula menyatakan cabaran utama adalah ketiadaan pelanggan
sebanyak 70.7 peratus dan pembayaran gaji pekerja sebanyak 62.5 peratus.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menjelaskan ekonomi Malaysia
akan pulih sepenuhnya daripada penularan Covid-19 dimana aktiviti perniagaan, perdagangan
dan pelancongan kembali beroperasi namun ia akan mengambil masa yang lama untuk
membina semula asas ekonomi yang mana pada masa sekarang, menjunam jatuh. Banyak
sektor yang tidak dapat beroperasi dengan sebaiknya yang justeru memberikan keburukan
kepada pengaliran kewangan yang tidak konsisten dalam negara. Ramai daripada kalangan
masyarakat yang kehilangan pekerjaan dan mereka mengambil inesiatif sendiri untuk
membuka pelbagai perniagaan sendiri untuk meneruskan kelangsungan ekonomi dalam
keluarga mereka. Namun ramai juga diantara mereka yang tidak bekerja, tidak produktif yang
seterusnya menyebabkan ekonomi tidak mengembang.
Pada masa kini juga telah menyaksikan impak yang besar secara langsung mahupun
tidak keatas semua sektor di dalam dan luar negara. Penularan Covid-19 ini telah
menghentikan banyak sekotr dari beroperasi buat sementara termasuklah sektor pembinaan
yang amat penting di negara ini. Sejak perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu, ekonomi negara telah mengalami kemorosotan yang
amat teruk sekali dengan negara telah kehilangan RM2.4 bilion setiap hari semasa dalam
tempoh pelaksanaan PKP. Justeru itu, kerajaan dengan pantasnya cuba menggerakkan sektor
ekonomi dengan cepat agar dapat menjana pertumbuhan, mengurangkan pemberhentian kerja
dan meningkatkan aktiviti pengeluaran serta permintaan. Bagi sektor pembinaan kebenaran
beroperasi semula secara bersyarat telahpun diberi semasa PKP fasa ketiga dahulu dimana
semua pekerja perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan dan negatif Covid-19. Bebanan
yang perlu ditanggung oleh majikan terhadap semua pemeriksaan pekerja dirasai oleh mereka
namun perkara ini tidak dapat dielakkan buat masa sekarang bagi menyeimbangkan
pengeluaran kewangan negara digunakan dengan sebaiknya. Sememangnya pada fasa
permulaan pengoperasian semula sektor pembinaan ini, keadaan mengadaptasi cara kerja
sedia ada kepada norma baharu ini dilihat agak mencabar. Semua pihak perlu memainkan
peranan masing-masing baik dari pengurusan sehinggan pekerja-pekerja ditapak pembinaan.
Oleh itu, ini adalah norma baharu yang perlu diterapkan dan didepani oleh semua yang
terlibat walaupun pandemic Covid-19 sudah berakhir.
Bagi cabaran dalam sektor politik pula, dapat dilihat ketika politik Malaysia
dibelenggu dengan karenah politik yang sangat mencabar apabila tampuk pemerintahan
berlakunya pergolakkan semenjak tumbangnya Pakatan Harapan. Isu ini bermula dimana
banyak ahli yang melompat parti dan mempunyai isu ketidakpercayaan kepada parti sendiri
dimana akhirnya telah mengakibatkan perbalahan yang berlaku. Hal ini dapat dilihat ketika
Pilihan Raya Negeri Sabah berlaku yang melibatkan parti pembangkang dan kerajaan.
Justeru, dengan adanya Pilihan Raya Negeri ini telah mengakibatkan kes Covid-19 di
Malaysia meningkat secara mendadak yang akhirnya mengubah cara hidup yang lebih tidak
selesa. Perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak tertentu bagi mengawal penularan wabak
ini. Isu politik itu bukan sahaja berlaku ketika pilihan raya negeri itu sahaja, malah sebelum
pilihan raya negeri sabah, berlaku pilihan raya kecil di beberapa tempat dimana kesemua
tempat yang diadakan pilihan raya kecil itu, banyak dimenangi oleh parti pembangkang
(Barisan Nasional). Perkara ini membimbangkan pihak kerajaan yang mana telah
menyebabkan ketua menteri Sabah ketika itu membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan
raya semula.
Selepas tumbangnya Pakatan Harapan ketika itu, Perikatan Nasional (PN) telah
mengambil alih kerajaan yang telah dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ramai dalam
kalangan ahli politik yang tidak menyukai cara Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri
kerana mempunyai bilangan kerusi yang sedikit namun perkara ini tidak bertentangan dengan
sistem demokrasi dimana Perdana Menteri akan dilantik sekiranya mendapat sokongan
majoriti daripada ahli-ahli parlimen. Oleh itu, dalam soalan perlantikan PM jumlah sokongan
calon adalah amat penting dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang menentukan pemilihan
PM. Meskipun Muhyinddin dilantik ketika negara dilanda kemelut politik, beliau berjaya
memimpin negara dengan penuh dedikasi terutama ketika Covid-19 menyelubungi negara.
Tidak timbul masalah kebuluran dan kesengsaraan rakyat akibat kawalan pergerakan seperti
berlaku di negara lain. Di bawah kepimpinannya, rakyat terus hidup aman dan harmoni tanpa
halangan serta kekangan.
Banyak inesiatif yang dilakukan oleh Pakatan Nasional kepada rakyat ketika pendemic ini
yang mana banyak mengurangkan bebanan rakyat terutamanya Bantuan Prihatin Nasional
(BPN). Objektif utama BPN bukanlah menyelesaikan isu sebenar rakyat, tetapi sebagai mesej
untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat melihat imej PN sebagai kerajaan yang dipilih
oleh rakyat. Konsep ini dipanggil balas budi daripada kerajaan dan sebagai balasannya rakyat
perlu menyokong kerajaan. Dapat dilihat disini pihak yang berkuasa akan menggunakan
institusi rakyat, undang-undang dan media sebagai senjata politik menumbangkan lawannya.
Telah diakui bahawa PH telah melakukan pelbagai reformasi institusi dalam beberapa aspek
urus tadbir negara. Tetapi dapat dilihat PH dilihat agak perlahan bagi memperluaskan norma-
norma demokrasi semasa pemerintahan. Reformasi institusi tanpa nilai demokrasi tidak
menggabarkan perubahan secara mendalam. Oleh sebab itu, sistem demokrasi negara hari ini
masih sama dan mampu megembalikan pemimpin politik autoratik bagi mengawal
pandangan rakyat. Mesej ini dengan jelas telah menimbulkan rasa bersalah kepada rakyat
agar tidak mengkritik dan menolak kerajaan PN yang kini sedang membeli masa untuk
menstabilkan kedudukan politik dengan bantuan-bantuan yang diberikan dalam
menyelesaikan isu penularan wabak ini. Dengan situasi kawalan kerajaan PN hari ini, kita
dapat merumuskan bahawa Covid-19 tidak mengubah politik negara ke arah yang lebih
terbuka dan demoratik.
Oleh itu, perbalahan dalam politik di Malaysia yang berlaku ini tidak akan pernah
berakhir walaupun Darurat telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Perkara ini
adalah untuk menghentikan seketika permainan ahli-ahli politik yang hanya memetingkan
kuasa mereka sahaja untuk mendapatkan kepentingan yang tersendiri tanpa memikirkan hal-
hal dan keperluan rakyat. Tidak ramai daripada mereka yang mampu untuk menguruskan
permasalahan rakyat dengan sebaiknya sedangkan gaji yang mereka perolehi cukup besar
berbanding dengan kehidupan masyarakat yang kurang berkemampuan. Justeru itu, kesemua
ahli politik perlulah membuang sikap yang tidak penting dan mementingkan keperluan rakyat
dalam menghadapi Covid-19 ini yang semakin hari semakin meningkat kes.
Seterusnya dalam sosial pula, masyarakat amatlah digalakkan dalam mematuhi segala
tindakan yang telah dijalankan kepada mereka dengan mematuhi segala SOP yang telah
ditetapkan. Namun kehidupan norma baru ini sedikit sebanyak mengubah landskap dunia
termasuk dalam soal sosial manusia. Hal ini dapat dilihat sekarang ketika mana pergaulan
secara bersentuhan tidak digalakkan dan dilarang untuk berada dalam kelompok yang besar.
Ini telah memberikan sedikit sebanyak mengubah cara hidup sosial seseorang yang tidak
dapat menjalankan aktiviti sosial seperti selalu. Cabaran ini bukan sahaja di hadapi di negara
kita sahaja malah didunia sekali kerana melalui cara bersosial sebelum norma baharu ini,
penularan wabak ini akan semakin meningkat seterusnya akan menyebabkan banyak
berlakunya kematian. Bukan senang untuk mengawal masyarakat yang ramai ini, namun bagi
menyekat covid ini, perlulah menjalankan tindakan dengan sewajarnya agar dapat
memastikan keadaan akan dapat kembali kepada sedia kala. Banyak aktiviti-aktiviti dalam
norma baharu ini berubah termasuklah tiada tempat yang berlakunya berhimpun, sentiasa
mengamalkan jarak, sentiasa memakai face mask dan sebagainya.
Dapat juga dilihat dalam perubahan yang ketara dalam masyarakat adalah daripada
aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Jika selama ini majoriti daripada kita tidak
begitu memperdulikan keperluan untuk menjaga kebersihan diri, kini ia bukan lagi suatu
pilihan untuk tidak melakukannya. Wabak ini menyedarkan kita bahawa kepentingan diri
amat penting diman kebersihan diri perlulah diamalkan. Amalan mencuci tangan dengan
kerap, menggunakan pensanitasi tangan, penutup hidung dan mulut serta amalan penjarakan
sosial mula menjadi cara hidup baru kita sekaligus menjadi titik perubahan yang tidak boleh
kita tolak. Kalau sebelum ini bekerja dari rumah dianggap sesuatu yang masih tidak biasa
dalam kalangan pekerja di negara ini, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), kita dipaksa bekerja dari rumah. Kini baik sektor awam
mahupun swasta mula menerima budaya bekerja dari rumah sebagai cara kerja masa hadapan
yang amat signifikan dan memenuhi keperluan dunia pekerjaan. Jelas perubahan ini bukan
lagi satu pilihan kepada majikan dan pekerja di negara kita. Misalnya, menurut Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed,
bekerja dari rumah kini merupakan sesuatu yang kekal, bukan hanya bagi tempoh sepanjang
PKP sahaja, di mana PNB mula memperkenalkan cara bekerja dari rumah sebagai pilihan
tetap kepada kakitangannya. Justeru majikan dan pekerja perlu berubah dari tidak biasa
kepada biasa.
Serangan wabak ini menyebabkan sektor pendidikan negara turut menerima kesan
langsung yang menyebabkan banyak perubahan berlaku. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) ketika PKP misalnya menerima perubahan yang cukup drastik apabila
guru dan murid dipaksa berinteraksi secara maya melalui pelbagai platform digital. Konsep e-
pembelajaran mula melanda dunia pendidikan negara. Ini termasuklah di peringkat universiti
apabila sesi pembelajaran turut dilaksanakan secara maya yang banyak membuatkan
kegelisahan kepada para pelajar. Jadi guru dan pensyarah tidak mempunyai pilihan lain,
selain mengadaptasi diri dan menerima serta melaksanakan perubahan yang diperlukan.
Tuntasnya, perubahanan dalam pendidikan ini bukan lagi suatu pilihan, pelajar mahupun
masyarakat perlulah terima dengan hati yang terbuka dalam menghadapi cabaran ini. Jelas
sekali wabak ini mengubah cara hidup, tingkah laku dan pemikiran anggota masyarakat kita
secara keseluruhannya, Justeru itu, hanya yang cekal, tabah dan bersedia serta berani untuk
berubah sahaja mampu bertahan dan meneruskan kehidupan masing-masing.

KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP SISTEM POLITIK MALAYSIA.


Pada awalnya, penularan wabak COVID-19 ini ditemukan di sebuah daerah di China
iaitu Wuhan, dan mula mengancam masyarakat dunia termasuklah di Malaysia. Penularan
COVID-19 ini juga banyak memberikan kesan kepada pentadbiran disesebuah negara, dan
peranan pemimpin sangat diperlukan untuk menjamin kestabilan politik serta mampu
berdepan dengan norma baharu. Pandemik COVID-19 yang merebak dan menular di
Malaysia sangat memberikan perubahan kepada kehidupan kita di Malaysia antaranya dari
segi sosial, ekonomi, politik, kemasyarakatan, keagamaan serta mengancam keselamatan
negara. Hal ini demikian kerana, kesan daripada pandemik COVID-19 ini banyak
menyumbang kepada perkara yang negatif berbanding dengan perkara yang positif, kerana
ianya mempengaruhi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama bangsa, warna kulit,
tempat tinggal dan sebagainya. Untuk mengurangkan kesan penularan daripada wabak ini
peranan pemerintah dan ahli politik sangat penting untuk mengambil tindakan dengan
mengurangkan aktiviti sosial tidak kira dari segi sosial politik mahupun sosial masyarakat.
Hal ini bertujuan, untuk menjamin keselamatan semua rakyat serta negara dengan mematuhi
segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh kerajaan melalui
Kerjasama dengan kementerian kesiahatan Malaysia. Walau bagaimanapun, kebimbangan
semua rakyat terhadap kesan penularan COVID-19 ini memberikan tekanan yang kuat
kepada pemerintah dan politik negara untuk bekerjasama dengan lebih baik disebabkan krisis
ekonomi yang berlaku sepanjang berlakunya wabak tersebut. Malahan, semasa COVID-19 ini
juga pelbagai konflik yang berlaku terhadap politik di negara kita bermula dengan perletakan
jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pertukaran kerajaan di Malaysia ini iaitu daripada Pakatan Harapan kepada Pakatan
Nasional pada bulan Februari 2020. Perkara ini juga sangat memberikan kesan dan konflik
kepada politik di Malaysia, kerana pemilihannya sebagai perdana Menteri bukanlah
ditentukan oleh rakyat malah ditentukan oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan bagi
menjaga keselamatan rakyat dan isu tersebut menjadi bualan di parlimen mahupun media
sehingga ke hari ini. Oleh itu, perlunya kestabilan politik untuk menentukan langkah-langkah
atau inisiatif yang kukuh bagi mengatasi masalah krisis ekonomi yang berlaku dan sangat
memberikan kesan kepada masyarakat kerana hampir semua sektor perniagaan ditutup dalam
jangka masa 3 bulan dan berkemungkinan penutupan ini juga akan disambung sekiranya
Malaysia gagal menangani penularan wabak tersebut.
Antara kesan pendemik terhadap sistem politik Malaysia ialah persidangan parlimen
menjadi terhad serta ditangguhkan kerana kerajaan bertindak dengan cemerlang untuk
melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 March yang lalu bagi
menghadkan pergerakan sosial semua pihak bagi menjaga keselamatan diri. Dewan Rakyat
pada asalnya dijadualkan bersidang dari 9 Mac hingga 16 April, namun ditangguhkan selepas
kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak
COVID-19 yang turut menyaksikan mesyuarat pada 18 Mei itu hanya bersidang sehari, iaitu
bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Berita Harian, 2020). Perkara ini
adalah suatu perkara yang baru di Malaysia dan di luar jangkaan semua pihak kerana
penangguhan sesi parlimen selama 2 bulan itu memberikan kesan atau tanggapan yang buruk
oleh segelintir ahli politik disebabkan mereka tidak dapat menyampaikan masalah yang
dihadapi oleh rakyat mereka. Walau bagaimanapun, penangguhan sesi parlimen itu adalah
wajar bagi menjaga keselamatan semua pihak serta mengurangkan masalah penularan wabak
COVID-19. Malahan, penangguhan sesi parlimen tersebut ditentang oleh segelintir ahli
politik di Malaysia. Menurut Ahmad Suhael Adnan 2020 wajar ada penangguhan tapi bukan
kerana COVID-19. Sewaktu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, Parlimen hanya
bersidang lebih dua bulan kemudian (Berita Harian, 2020). Kemelut politik tidak akan habis
walaupun negara sedang berdepan dengan penularan Wabak COVID-19 kerana, segelintir
ahli dewan rakyat mendakwa bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan yang
penuh untuk berhadapan dengan undi tidak percaya. Perkara ini merupakan ancaman kepada
pemimpin disebabkan segelintir ahli politik yang tidak memberikan Kerjasama walaupun
negara sedang berperang dengan penularan wabak tetapi mereka tetap ingin berpolitik untuk
kepentingan sendiri. Dalam pada itu, Ketika Yang Di-Pertuan Agong memanggil parlimen
untuk bersidang semasa negara berdepan dengan pandemik, pelbagai peraturan yang harus
dipatuhi oleh ahli dewan rakyat sebelum masuk ke parlimen untuk bersidang, antaranya ialah
semua ahli politik atau ahli dewan rakyat perlu membuat pemeriksaan suhu badan mereka di
pintu masuk bertujuan untuk mengesan individu yang mempunyai suhu badan 37.5 celsius
atau individu yang bergejal tidak akan dibenarkan masuk untuk bersidang. Sehubungan itu,
semua ahli dewan rakyat juga harus mematuhi SOP atau penjarakan sosial sekurang-
kurangnya 1meter bagi menjaga keselamatan bersama serta pelitup muka juga harus
digunakan oleh setiap ahli yang bersidang. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata, antara SOP yang dipersetujui ialah pemakaian pelitup separuh
muka, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter tempat duduk semasa
persidangan Parlimen berjalan dan Semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai
kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi
MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk (My Metro, 2020). Hal ini
sangat memberikan kesan kepada semua ahli politik untuk bersidang dengan bebas kerana
mereka terikat dengan SOP yang ditetapkan serta masa yang diberikan juga adalah terhad
disebabkan PKP yang dilaksanakan. Tambahan pula, semua ahli politik tidak dibenarkan
untuk bermesyuarat dalam kelompok yang besar tidak kira di luar dewan ataupun di premis
luar serta menghadkan pergerakan sosial mereka di sekitar dewan serta tidak menghadiri
pusat-pusat keramaian dan sebagainya. Menurut Azhar Ahli-Ahli Parlimen dan para petugas
perlu menjalani saringan ujian COVID-19 setiap dua minggu bagi mengelakkan daripada
wujudnya kluster Parlimen (Astro Awani, 2020). Lain daripada itu, Pengisytiharan
Proklamasi Darurat (2021) bagi seluruh persekutuan yang berkuatkuasa mulai 11 Januari
sehingga 1 ogos 2021 sebagai langkah yang proaktif bagi membendung wabak COVID-19 di
Malaysia. Hal ini kerana, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkan secara mendadak dan
tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan walaupun PKP 2.0 sedang dijalankan. Menurut
kenyataan perdana Menteri di sidang perutusan khas darurat yang dilaksanakan bukanlah
suatu bentuk rampasan kuasa tentera da perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. Namun
demikian, Perlaksanaan darurat ini sangat memberikan kesan kepada politik negara
disebabkan Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan
dan Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak diadakan
sepanjang tempoh darurat. Perkara ini juga menjadi isu dan konflik kepada politik di negara
kita disebabkan segelintir ahli politik yang beranggapan bahawa darurat tersebut adalah tidak
wajar untuk dilaksanakan dan bukanlah jalan yang terbaik. Menurut Datuk Seri Mohamad
Hasan atauu lebih dikenali sebagai Tok Mat, memohon perisytiharan darurat untuk
menangguhkan keduanya bukan sahaja tidak perlu tetapi bukan jalan terbaik malah
memberikan kesan dan isu kepada politik negara (Astro Awani, 2021). Jelaslah bahawa,
persidangan parlimen yang terhad dan penangguhan parlimen serta darurat yang dilaksanakan
sangat memberikan kesan kepada kestabilan politik semasa negara berdepan dengan
penularan wabak COVID-19 serta banyak memberikan cabaran dan rintangan kepada ahli
parlimen untuk bersidang.
Selain itu, setiap parti-parti politik tidak boleh mengajurkan atau mengadakan
perhimpunan agung secara terbuka. Hal ini kerana, perhimpunan agung politik haruslah
menggunakan teknologi digital iaitu norma baharu bagi mengelakkan daripada berlakunya
kluster baharu. Perlaksanaan PKP diseluruh Malaysia telah menghadkan ke semua aktiviti
sosial awam termasuklah aktiviti-aktiviti politik yang dijalankan dan memerlukan penjagaan
prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki 2020 pada
penghujung Januari 2021, UMNO dijangka mengadakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)
di persada bersejarah PWTC, Kuala Lumpur. Perhimpunan kali ini sememangnya agak luar
biasa kerana diadakan dalam suasana norma baharu dan akan memanfaatkan teknologi digital
sebagai medium penghubung antara pemimpin serta ahli-ahli parti bagi menjamin
keselamatan bersama (Sinar Harian, 2020). Oleh itu, semua himpunan agung parti-parti
politik tidak dibenarkan sehinggakan negara mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
Tambahan pula, pilihan raya yang dijalankan juga merupakan kesan terhadap politik di
Malaysia semasa berlakunya penularan wabak COVID-19. Hal ini demikian kerana, pilihan
raya yang dijalankan harus mengikuti norma baharu yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penularan wabak
COVID-19 ini sangat memberikan kesan kepada politik di negara kita kerana pilihan raya
yang dijalankan tidak mendapat sambutan yang ramai disebabkan masyarakat mengambil
langkah untuk menjaga diri daripada wabak COVID-19. Isu ini telah menjadi lebih panas
apabila pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada bulan September yang lalu.
Perebutan kuasa di Malaysia telah menjadi trend atau popular dikalangan ahli politik
walaupun negara sedang berperang dengan penularan wabak sehinggakan rakyat berasa muak
terhadap perebutan kuasa politik yang dijalankan semasa pandemik, dan juga mereka sudah
bosan dengan masalah pergolakan politik dalam negara. Pilihan Raya negeri yang
berlangsung di Sabah itu terjadi disebabkan datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memohon
pembubaran dewan undangan negeri (DUN) disebabkan bekas ketua Menteri Sabah iaitu
Musa Aman telah mendakwah bahawa beliau telah membuat siding media di kediamannya,
dan beliau berkata sudah mendapat sokongan majoriti. Menurut Ab Jalil Backer 2020 PRN
itu tidak akan berlaku jika Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memohon
pembubaran DUN setelah mendapati beliau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) daripada Musa Aman (Sinar Harian, 2020). Walau bagaimanapun, semasa
berlakunya pilihan raya di negeri Sabah saya melihat bahawa kurangnya sambutan daripada
masyarakat khususnya di tempat saya sendiri iaitu Tawau Sabah. Hal ini kerana, setiap
pengundi harus mematuhi SOP dan norma baharu semasa mengundi seperti menggunakan
pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal sekurangnya 1meter, penggunaan
cecair pembasmi kuman dan sebagainya. Perkara ini juga sangat menyukarkan masyarakat
tempatan disebabkan pelbagai peraturan yang disediakan semasa mengundi. Malahan, saya
juga melihat bahawa semasa pilihan raya berlangsung, segelintir masyarakat tempatan juga
tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan misalnya penjarakan sosial 1meter, walaupun
menggunakan pelitup muka namun mereka tetap duduk dalam keadaan yang sesak dan
perkara ini juga menyumbang kepada penularan wabak COVID-19 serta menjadi kluster
baharu. Dalam pada itu, selepas pilihan raya berlangsung di Sabah pelbagai kesan negatif
yang di hadapi oleh politik di Sabah serta masyarakat kerana PRN Sabah dikatakan adalah
punca peningkatan kes Baharu COVID-19 di Malaysia. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, mengakui pada ucapan khas beliau pada 6 Oktober 2020 Sejak awal,
ramai penganalisis menduga kelangsungan pilihan raya ini akan mengundang suatu yang
kesan negatif terhadap pembendungan penyebaran COVID-19 di negara kita. Ia terbukti
apabila kes baharu meningkat mendadak selepas PRN Sabah pada 26 September. Hal ini
tidak dapat dinafikan. Lain daripada itu, aktiviti berkempen juga sangat dihadkan disebabkan
PKP yang berlangsung. Saya juga dapat melihat bahawa aktiviti berkempen parti-parti politik
di Sabah juga dihadkan dan terikat pada waktu. Perkara ini juga sangat memberikan kesan
kepada ahli-ahli politik atau calon yang bertanding kerana masa mereka sangat terhad untuk
mengadakan himpunan atau kempen sebelum bertanding seperti di tempat saya sendiri
kehadiran masyarakat telah dihadkan semasa parti-parti itu turun untuk berkempen iaitu
dengan membenarkan tidak lebih daripada 250 orang pada satu-satu masa dan tempat,
tertakluk pada saiz kawasan serta terhad di tempat yang tertutup sahaja. Walau
bagaimanapun, sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga mencerminkan
imej yang buruk terhadap suatu parti tersebut kerana mereka tidak mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh MKN dan KKM semasa adanya himpunan bersama parti politik yang
dianjurkan. Oleh itu, pelbagai kesan yang negatif terhadap politik Malaysia semasa Pandemik
COVID-19. Secara ikhtibarnya, setiap pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan
tebing bagi mendepani cabaran global dengan norma baharu, walaupun memberikan kesan
yang negatif kepada semua pihak dan pemerintah pada hari ini haruslah sedar bahawa
penyelesaian masalah kesihatan merupakan isu yang pertama selepas politik.
Di samping itu, kos perbelanjaan yang tinggi untuk membantu rakyat yang mengalami
kesusahan serta krisis ekonomi yang berlaku di Malaysia merupakan kesan kepada politik di
semasa pandemik di Malaysia. Hal ini demikian kerana, krisis ekonomi yang berlaku di
Malaysia sangat memberikan kesan kepada kerajaan dan ahli-ahli politik, kerana perlunya
kestabilan politik semasa berlakunya pandemik ini. Penutupan hampir semua sektor
perniagaan seperti sektor pelancongan, syarikat penerbangan, perhotelan dan premis-premies
perniagaan serta menjejaskan mereka yang bekerja selama hampir 3 bulan disebabkan
kerajaan telah melaksanakan PKP. Penutupan sektor-sektor perniagaan ini bagi memberikan
keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan dalam negara serta rakyat terpilih. Walau
bagaimanapun, perlaksanaan PKP pada 18 march yang lalu sangat memberikan kerugian
kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, menurut kenyataan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin disidang perutusan, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, negara Malaysia
kini mengalami kerugian sebanyak 2.4 billion sehari. Sejak 18 Mac yang lalu, jumlah
kerugian yang dialami kerajaan adalah sebanyak 63 billion (Xtra Online, 2020). Oleh itu,
Pandemik yang membawa kesugaran hati semua pihak perlu adanya pemimpin yang
bertanggungjawab dengan memimpin secara adil dan bijaksana bagi menangani masalah
krisis ekonomi yang terus berlaku serta sentiasa ada Ketika rakyat memerluka. Keadilan
seseorang pemimpin sangat penting bagi menjaga reputasinya lagi-lagi pemimpin yang baru
memegang jawatan perdana Menteri di Malaysia iaitu Pakatan Nasional. Tambahan pula,
melihat kepada ekonomi negara Malaysia yang menyeleset pasti menyebabkan kerajaan dan
ahli politik yang lain berasa risau dengan keadaan dan kebimbangan rakyat, ini kerana
pentadbiran negara kita juga sangat bergantung banyak kepada saham negara yang
melibatkan pelaburan asing dan juga tempatan. Perkara ini akan Menyumbangkan kepada
kekecohan disebabkan ketidak kestabilan ini menjadi masalah ekonomi di negara kita, yang
banyak terjejas dan mengalami penurunan saham tempatan dan antarabangsa serta inflasi
ekonomi yang menyebabkan ahli politik di negara kita tidak duduk senang seperti cacing
kepanasan untuk mencari penyelesaian. Oleh itu, kestabilan politik dapat memberikan impak
yang baik kepada pelaburan saham dan kestabilan ini juga dapat dicapai sekiranya ekonomi
kita berada di dalam keadaan yang selamat. Walau bagaimanapun, krisis ekonomi ini
menjadikan suatu permulaan sebagai kejutan disebabkan PKP yang berlansung iaitu langkah
sekatan pergerakan sekatan dan penjarakan sosial sama ada dikuatkuasakan ataupun secara
suka rela telah membawa aktiviti ekonomi terhenti secara tiba-tiba, gangguan pengeluaran
pula telah menjejaskan rantaian bekalan global dan kejutan ini seterusnya mencetuskan
tindak balas permintaan yang buruk dan meluas kerana pengurangan pengeluaran yang
menyebabkan perniagaan dan isi rumah menanggung kerugian pendapatan yang besar. Dalam
pada itu, status ekonomi negara Malaysia juga sering dikaitan dengan situasi politik di
Malaysia, kerana majoriti parti politik sebelum ini mendesak supaya dilakukan pembubaran
parlimen dan diadakan pilihan raya umum (PRU) yang dilihat oleh beberapa pihak sebagai
suatu pembaziran kepada kerajaan. Oleh itu, Pemimpin politik harus membina semula
ekonomi ngara dan bukannya hanya untuk membincangkan soal politik semata-mata untu
kepntingan sendiri. Lain daripada itu, perbelanjaan kerajaan juga meningkat disebabkan
kerajaan harus memberikan bantuan kepada semua rakyat dan menyeluruh bagi menjamin
kesejahteraan rakyat. Sektor-sektor yang terjejas teruk dengan penularan Wabak COVID-19
seperti sektor pelancongan, penerbangan, peruncitan dan sebagainya akan mendapat bantuan
tambahan. Syarikat-syarikat tersebut akan medapat rebat cukai dan pinjaman serta penyewa
perniagaan di hartanah yang diurus oleh pemerintah seperti penjaja akan menerima
pengecualian sewa. Malahan, Institusi perbankan di arahkan oleh bank negara Malaysia
dengan Kerjasama kerajaan akan memberikan Moratorium 6 bulan secara automatik terhadap
semua pembayaran pinjaman dan pembiayaan mulai 1 April 2020. Penangguhan pembayaran
pinjaman CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN,
Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan,
penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang
terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah
Saham Nasional Bhd dan peribadi (Berita Harian, 2020). Perkara ini juga akan mewujudkan
sebuah masyarakat yang bergntung kepada pemerintah dan berlanjutan pada masa ke semasa
disebabkan penularan wabak ini semakin meningkat. Pelbagai isu yang timbul di Parlimen
selepas kerajaan membuat tindakan sedemikian, kerana segelinitir ahli politik berpendapat
bahawa peruntukan dan bantuan yang diberikan itu adalaha sangat besar dan ini akan
membebankan kerana negara sedang mengalami krisis ekonomi. Sebagai contoh, Dato Seri
Anwar Ibrahim berkata di Parlimen bahawa tindakan kerajaan haruslah dibahaskan di
parlimen sebelum bertindak agar tidak membebankan dengan kos yang begitu tinggi bagi
mengelakkan berlakunya krisis ekonomi yang berterusan. Walau bagaimanapun kita
mendapat tahu bahawa, dalam situasi yang menyukarkan sebegini kerajaan tiada pilihan, dan
tindakan-tindakan segera harus diambil bagi membantu rakyat yang terjejas disebabkan
tempoh PKP yang sentiasa berlanjutan iaitu bermula dengan PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan
seterusnya. Tegasnya bahawa, peningkatan perbelanjaan serta krisis ekonomi yang berlaku
semasa Pandemik sangat memberikan kesan kepada politik di negara kita, kerana setiap
pemimpin harus mencari jalan penyelesaian agar negara Malaysia tidak gagal menangani
masalah penularan wabak COVID-19.

LANGKAH BAGI MEMASTIKAN LANDSKAP POLITIK DI MALAYSIA KEKAL


RELEVAN
Menurut Mohd Faizal (2012), sesuai dengan pertumbuhan dunia yang pesat dan kemajuan
teknologi global, persekitaran politik di Malaysia telah mengalami banyak perubahan. Dalam
tahap tertentu, keadaan ini mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap lingkungan politik
dunia, selain mengubah cara ahli politik menjalankan politik dan menerapkan struktur pilihan
raya negara. Ini mencetuskan rasa tidak puas hati antara satu sama lain, terutama dengan
wakil-wakil parti politik yang mempunyai aliran perjuangan dan ideologi yang berbeza. Oleh
itu, inovasi politik dilihat sebagai salah satu cara yang lebih baik untuk mengisi kekosongan
yang ada sekarang dalam persekitaran politik negara dalam usaha memenuhi cita-cita
Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Inovasi politik ditekankan
untuk mengejar idea baru bagi mengembangkan sistem politik Malaysia. Hal ini kerana,
sistem politik negara perlu mengikut acuannya sendiri. Seperti yang kita sedia maklum corak
politik di Malaysia memerlukan perubahan dari segi urus tadbir dan pemerintahan supaya
ianya terlihat lebih kompetitif, lebih matang dan telus. Hal ini perlu dititikberatkan supaya
segala keputusan yang dilakukan memberi keuntungan kepada rakyat dan mengutamakan
rakyat. Pada abad ke-21, inovasi politik membolehkan politik bertindak balas terhadap
pertumbuhan tamadun manusia. Perubahan landskap politik di Malaysia bukan kerana PRU
ke-12 atau selepas PRU, namun ianya telah terjadi sejak peralihan dalam persekitaran politik
dunia. Globalisasi, liberalisasi, kemunculan generasi Y dan kecanggihan teknologi maklumat
dan informasi antara pemboleh ubah yang mendorong perubahan ini.
Didapati sejak akhir-akhir ini, didapati rakyat semakin muak dengan sistem demokrasi yang
sedia ada serta corak politik yang dimainkan oleh ahli-ahli politik tidak kira daripada partii
yang mana. Pada sudut pandangan rakyat, sejak pilihan raya pertama diadakan tahun 1955
sehingga kini, kaedah yang diilaksanakan sepanjangg tempoh pemerintahan tersebut sudah
ketinggalan zaman. Rakyat mengharapkan akan ada perubahan yang berlaku bagi
memastikan sistem demokrasi diperkukuhkan bagi menarik minat lebih ramai pengundi untuk
sama-sama turun mengundi semasa PRU berlangsung. Oleh itu, terdapat segelintir pihak
telah mengambil inisiatif dan memberi pendapat serta cadangan kepada pihak pemerintah
supaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam memacu proses pendemokrasian yang
baik di Malaysia. Antara contoh yang paling popular ialah Himpunan BERSIH 3.0 yang
diadakan di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Mereka juga telah menjalankan beberapa siri
himpunan sebelum ini untuk tujuan yang sama iaitu Himpunan BERSIH dan Himpunan
BERSIH 2.0. Kita perlu sedar, generasi Melayu yang lahir daripada Dasar Ekonomi Baru
(DEB) tidak melihat pembangunan material sebagai landasan kempen yang penting.
Sebaliknya, mereka lebih trump kepada isu-isu bukan pembangunan material seperti isi
keadilan, kehakiman, isu rasuah dan sebagainya. Bagi masyarakat bukan Melayu pula,
mereka lebih suka melihat kepada perkara-perkara bukan ekonomi, antaranya isu ketuanan
Melayu, agama Islam dan kebudayaan. Kesan langsung daripada kejengkelan penerimaan
rakyat terhadap sistem demokrasi sedia ada dan cara lapuk berpolitik memberi kesan hebat
pada PRU ke-12 yang berlangsung pada Mac 2008.

Perubahan yang dilaksanakan ini dipercayai mampu mengubah persepsi rakyat sekaligus
membolehkan mereka menerima cara baru berpolitik yang tidak lagi ketinggalan zaman dan
menjengkelkan. Hal ini kerana, inovasi politik menekankan mengenai imaginasi manusia
dalam aspek kepercayaan, tindakan dan perbuatan. Kempen-kempen politik yang
berlandaskan ugutan mahupun taburan janji bukan lagi menjadi corak politik yang berkesan
terhadap rakyat (Farr, Ball & Hanson, 1989).
Berbanding dengan negara Jepun dan Korea Selatan, Malaysia bukanlah sebuah
negara yang menggunakan struktur politik yang sepenuhnya bebas, terutama dari aspek
pilihan raya. Sejak tahun 1974, corak separa demokrasi ini berlanjutan, menyebabkan
Profesor Huntington menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak demokrasi.
Negara yang menggunakan struktur demokrasi yang sebahagian bebas, merupakan negara
yang tidak sepenuhnya menghormati hak politik dan hak asasi rakyat. Persekitaran yang
korup, penguatkuasaan undang-undang yang buruk dan penerapan sistem politik berdasarkan
satu parti yang mengatur dan mentadbir pentadbiran negara biasanya mempengaruhi landskap
politik negara. Sebenarnya, sistem pilihan raya yang beroperasi di Malaysia sering
mentakrifkan reformasi yang bebas tetapi tidak adil. Saban tahun, pelbagai masalah atau isu
yang muncul tetapi pihak berwajib selalu membantahnya dengan mengatakan bahawa itu
adalah fitnah dalam usaha menjatuhkan pemerintah atau ahli politik. Kebebasan akademik,
sistem perundangan dan keadilan, sistem politik, dasar media dan banyak lagi adalah antara
masalah yang menimbulkan kekecewaan dan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah.
Dengan kata lain, Malaysia adalah sebuah negara yang menerapkan struktur politik yang
terpimpin bagi mengawal kebebasan daripad aspek-aspek tertentu. Di samping itu, kita tidak
boleh lupa bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang
terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Namun demikian, kemajmukan tersebut dilihat
sebagai satu bentuk provokasi yang timbul akibat daripada percampuran etnik di Malaysia.
Trend pilihan raya yang dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) oleh ahli politik
masih sama. Kempen politik dengan cara menakut-nakutkan orang seperti yang dilakukan
oleh Barisan Nasional (BN) tidak lagi dapat diterima kerana masyarakat dalam dunia politik
moden lebih dahagakan pemimpin yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti dalam
membawa arus perubahan kepada rakyat terutama yang melibatkan masalah-masalahnyang
bukan material. Dengan pemikiran ahli politik yang suka mengeksploitasi kepercayaan orang
dalam meneruskan kehendak politik masing-masing, rakyat sudah semakin jemu dengan
politik di Malaysia. Bahkan tindakan ahli politik yang suka mengutamakan survival politik
individu iaitu dengan memberi perhatian lebih kepada diri dan keluarga mereka daripada
rakyat, hanya akan memakan diri mereka sendiri sehingga mempengaruhi peluang mereka
untuk terus berada dalam pemerintahan negara. Keadaan ini cenderung mendorong pengundi
atau rakyat untuk memilih calon utama berdasarkan kaum mereka sahaja dan tidak lagi
berdasarkan parti politik pilihan mereka. Hal ini akan memberi kesan dan akan mengubah
keputusan pilihan raya negara ini. Mereka pasti akan memilih calon yang memperjuangkan
kepentingan etnik mereka semata-mata. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan
jumlah pemilih yang mengundi akan berkurang (Amer Saifude, 2011).

Oleh itu, inovasi politik di Malaysia perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem demokrasi
dan politik negara semakin utuh. Inovasi politik ini bukanlah sesuatu perkara yang baru
dalam dunia politik moden kerana ianya telah lama wujud dan telah pun dilaksanakan oleh
negara-negara barat. Seorang pemimpin perlu bersedia untuk mendengar dan melaksanakan
perubahan yang diinginkan oleh rakyat. Jika suatu ketika dahulu BN mempunyai keazaman
politik untuk mendengar dan melaksanakan perubahan, sudah tentu parti ini tidak mengalami
sebarang masalah dan kekal mentadbir negara sehingga ke hari ini. Namun begitu, kerajaan
perlu mewujudkan masyarakat demokratik yang matang. Pelaksanaan untuk merialisasikan
masyarakat demokratik yang matang bukan sesuatu yang mudah, namun ianya boleh
direalisasikan sekiranya semua pihak dapat menerimanya dengan baik. Antara langkah yang
boleh dilakukan dalam mengaplikasikan inovasi politik ialah menggunakan pendekatan
politik baharu. Sebagai contoh mantan perdana menteri Dato Sri Najib telah mewujudkan
satu model politik baharu yang berasaskan idealism perjuangan. Idea ini bagi
mengetengahkan amalan politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya
politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi. Dalam erti kata lain, para pentadbir
kerajaan tidak boleh lagi memainkan peranan sebagai pemerintah, sebaliknya sebagai
pemudahcara. Tujuan memodenkan politik ini bagi membangunkan struktur kerja organisasi
yang lebih fleksibel. Ianya juga mampu membantu dalam mewujudkan masyarakat yang
moden. Bagaimanapun, pelaksanaan yang menuntut perubahan dalam penglibata politik
merupakanm aspek yang paling sukar dicapai. Tuntasnya, kerajaan perlu mempunyai
kemampuan dalam melaksanakan skop tugasan yang luas bagi mencapai tujuan yang
dinyatakan (Subroto Katimin, 2012).
Di samping itu, Malaysia mempunyai keunikan “autoritariansme” yang dapat menjamin
demokrasi dalam kestabilan politiknya. Rakyat Malaysia amat mengharapkan perubahan
yang mampu memberikan mereka kepercayaan semula terhadap sistem demokrasi yang sedia
ada agar sistem politik di negara boleh diperhalusi lagi untuk mewujudkan sistem demokrasi
yang mampu mencapai tahap matang. Seterusnya, rakyat Malaysia tidak lagi berfiikiran
jumud dan sempit. Hal ini kerana berlakunya perkembangan ICT yang membolehkan mereka
mengakses segala maklumat berkenaan politik. Sedia maklum bahawa manusia tidak akan
berinovasi tanpa teknologi, malah aspek perbandaran (urbanisasi) dan pendedahan ICT
membuktikan bahawa budaya politik di Malaysia bukan lagi suatu yang sukar ditafsir oleh
rakyat Malaysia.
Selain itu, menurut pandangan Mohd Izani (2020), landskap politik Malaysia kini berate
kepada Kerjasama politik yang longgar. Hal ini dapat dilihat setelah terjadinya krisis politik
akhir-akhir ini. Dari sudut ilmu sains politik, kerjasama politik mempunyai dua tahap.
Pertama, dikenali sebagai alliance atau kerjasama politik yang melangkaui pilihan raya untuk
jangka panjang. Kedua, disebut sebagai coalition iaitu kerjasama politik untuk jangka pendek
seperti memenangi pilihan raya sahaja. Kerjasama politik ketika ini dilihat amat rapuh kerana
lebih dipengaruhi mengenai pekentingan kuasa dan kedudukan. Justeru, kepentingan ini
boleh berubah dari semasa ke semasa dan ianya nampak sukar untuk wujudkan semula
konsep kerjasama politik seperti yang pernah dilaksanakan oleh BN suatu ketika dahulu.
Namun begitu, konsep kerjasama politik ini dapat dilaksanakan semula sekiranya terjalin
permuafakatan antara elit politik dan kerja keras mereka. Oleh itu, dapat kita saksikan pada
ketika ini berbanding Perikatan Nasional (PN), banyak pihak mahu melihat Muafakat
Nasional (MN) antara UMNO dan PAS diperkukuh demi kesejahteraan ummah. Malahan,
MN dilihat sebagai teras kepada PN dengan kehadiran Bersatu sekaligus memperkukuh
kedudukan politik Melayu/Islam. Disamping itu, politik Malaysia tidak mampu melakukan
penolakan kepada faktor 3R iaitu race, royal dan religion. Kini wujud pula faktor R yang lain
iaitu region (wilayah). Saya percaya, politik Malaysia perlu memberikan perhatian yang
serius berrkenaan kepentingan negeri atau wilayah. Jelas, politik Malaysia tidak boleh lagi
tertumpu hanya di Putrajaya semata-mata, tetapi perlu juga mengambil kira suara dan
keperluan negeri. Inilah semangat dalam konteks federalisme yang sebenar. Oleh yang
demikian, sudah tiba masanya untuk kita mengambil pendekatan baru seperti melantik
pemimpin-pemimpin baharu untuk meneruskan politik di Malaysia. Melalui krisis politik ini
kita seharusnya memberi laluan kepada pemimpin politik lain untuk diberikan ruang dan
peluang. Hal ini kerana jika seorang pemimpin terlalu lama memimpin, ianya akan
mewujudkan penginstitusian pemimpin yang tidak baik kepada demokrasi di negara. Bakat
baharu politik yang berkeperibadian luhur dan berintegriti perlu diangkat. Sebagai contoh,
pemimpin yang god-fearing atau takutkan Tuhan perlu diketengahkan demi masa depan
Malaysia yang sejahtera. Namun, kita mestilah sentiasa siap siaga dengan ketumbukan
pemimpin politik baharu yang mampu memimpin negara dengan sebaik-baiknya. Di samping
itu, kepemimpinan negara perlu mendapat sinergi ahli politik dan profesional kerana kita
mahukan bakat terbaik untuk Malaysia.

KESIMPULAN
Jelaslah, sudah tiba masanya untuk Malaysia melaksanakan inovasi polittik yang lebih
berfokuskan kepada corak amalan berpolitik dan sistem demokrasi selepas hampir 64 tahun
mencapai kemerdekaan. Namun begitu, dapat kita lihat bahawa ahli-ahli politik di Malaysia
telah dipengaruhi dengan budaya politik yang tidak sihat. Akibatnya, mereka menggunakan
taktik berpolitik kotor yang hanya inginkan keuntungan politik dengan mudah. Oleh itu,
inovasi politik perlu dilaksanakan dalam kadar segera disetiap lapisan masyarakat. Sebagai
contoh, melalui sistem pendidikan. Melalui pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah
perlu diajar dan disemai dalam pembelajaran harian mereka dengan nilai-nilai murni,
terutama dalam aspek kepemimpinan. Pengetahuan ini penting pada peringkat awal sehingga
jika mereka menjadi pemimpin di kemudian hari, mereka dapat memperoleh pendedahan
seawal mungkin mengenai budaya kepemimpinan pintar. Di samping itu, ianya juga perlu
diperkenalkan pada tahap tersier. Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), orang muda atau pelajar
adalah nadi pertumbuhan masa depan negara. Lebih daripada itu, pada masa akan datang,
mereka akan memimpin pemerintahan negara. Oleh itu, landasan untuk membentuk
kepemimpinan yang berpotensi perlu dititiberatkan sejak mereka masih menuntut di
universiti agar dapat melahirkan seorang pemimpin yang selayaknya. Ini bermaksud bahawa
inovasi politik tidak hanya didasarkan pada golongan ahli politik semata-mata malahan ianya
mampu dilaksanakan tanpa melihat kepada batas usia, bangsa dan pendidikan. Oleh yang
demikian, budaya politik yang maju, progresif dan kreatif dapat dicapai hanya jika anggota
masyarakat di semua peringkat menyedari agenda inovasi politik yang menuntut
pembaharuan untuk diperkenalkan bagi memastikan bahawa struktur politik di Malaysia
masih relevan dan tidak dipandang rendah oleh negara-negara luar.
RUJUKAN

Amer Saifude. (2011). Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13: Kecemerlangan Kerajaan atau
Pembangkang? Dalam Prosiding Persidangan Mengenai Pilihan Raya dan
Demokrasi Di Malaysia

Ahmad Suhael Adnan. (2020, Mac 3). Patut tangguh sidang dua bulan. Berita Harian Online.
Di peroleh dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661627/patut-tangguh-sidang-dua-
bulan

Attiqah Mohd. (2020, May 1). Negara Alami Kerugian Mendadak 2.4 Billion Sehari Ketika
PKP- PM. Xtra terkini. Diperoleh dari
https://www.xtra.com.my/trending/negara-alami-kerugian-mendadak-2-4-billion-ketika-
pkp-pm/

Berita Harian Online. (2020, Mac 22). Senarai bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19.
Diperoleh dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668013/senarai-bantuan-untuk-
rakyat-terjejas-covid-19

Berita Harian Online. (2020, Disember 30). Sidang Parlimen 2020 diuji ancaman COVID-19,
ketidaktentuan politik. Diperoleh dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/770247/sidang-parlimen-2020-
diuji-ancaman-covid-19-ketidaktentuan-politik

Dr Asyraf Wajdi Dusuki. (2020, Disember 16). Perhimpunan dalam norma baharu. Sinar
Harian. Diperoleh dari
https://www.sinarharian.com.my/article/114959/KOLUMNIS/Perhimpunan-dalam-
norma-baharu

Fauzi Suhaimi. (2020, November 1). "Isytihar darurat bukan jalan terbaik" - Tok Mat. Astro
Awani. Diperoleh dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isytihar-darurat-bukan-jalan-terbaik-tok-
mat-266254

Firdaus Azil. (2020, November 4). Ahli Parlimen perlu jalani saringan COVID-19 setiap 2
minggu – Speaker. Astro Awani. Di peroleh dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-parlimen-perlu-jalani-saringan-
covid19-setiap-2-minggu-speaker-266682

My Metro. (2020, Julai 7). SOP pelaksanaan persidangan Parlimen diluluskan. Diperoleh dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/597504/sop-pelaksanaan-
persidangan-parlimen-diluluskan
Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid. (2020, Oktober 9). Ambil iktibar peningkatan kes
COVID-19 pasca PRN Sabah. Berita Harian Online
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/10/740020/ambil-iktibar-
peningkatan-kes-covid-19-pasca-prn-sabah

Farr, J., Ball, T., & Hanson, R. L. (1989). Ideas in Context: Political Innovation and
Conceptual
Change. New York: Cambridge University Press.

. Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). http://covid-19.moh.gov.my/

Laman Web World Health Organisation (WHO). (2020). Diakses daripada.


https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019?
gclid=CjwKCAjwmrn5BRB2EiwAZgL9ovZtrEGhovHUlrgDb_N74UQUqy9i0p0Y2I
MMhlrK-VJ4nbUZ4sKuuxoCkq4QAvD_BwE

HAMID, M. A. (2021, 2 5). sinar harian. Retrieved from


https://www.sinarharian.com.my/article/109942/KOLUMNIS/Politik-pandemik-
Covid-19

Mohd Faizal. (2012). Inovasi politik di Malaysia: keperluan atau kehendak? Dalam prosiding
Persidangan Serantau mengenai Komunikasi Silang Budaya dan Integrasi Nasional
2012

Mohd Izani. (2020). Menulusuri landskap baharu siasah Malaysia. Diakses daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menelusuri-landskap-baharu-siasah-
malaysia-232818

M. Periasamy. (2021, Februari 5). Konflik Politik tak berkesudahan mundurkan Negara,
Rakyat. Berita Harian. Sumber diperolehi dari
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/06/695774/konflik-politik-tak-
berkesudahan-mundurkan-negara-rakyat

Norshida. (2020, Oktober 13). Covid-19 Satu Cabaran, Bersama Satupadu Hilangkan
Keresahan Rakyat. Umno Online. Sumber diperolehi dari
https://umno-online.my/2020/10/13/covid-19-satu-cabaran-bersama-satu-padu-
hilangkan-keresahan-rakyat-norshida/

You might also like