You are on page 1of 8

BORANG DAFTAR INOVASI

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN/ JABATAN : ADTEC SHAH ALAM

BIL. TAJUK INOVASI KETERANGAN INOVASI IMPAK INOVASI KEPADA RAKYAT


(maksimum 500 patah perkataan)

1. Horizontal Axis Hydraulic “Horizontal Axis Hydraulic Bending Mesin ini juga dihasilkan dengan
Bending Test Machine Test Machine” ini direkabentuk bagi kualiti yang tinggi dan kos yang
menjalankan Ujian Musnah berdaya saing (competitif). Ini
(Destructive Testing) kaedah Ujian membolehkannya mempunyai nilai
Lentur (Bend Test) pada hasil komersial (commercial) yang tinggi
kimpalan. Ujian ini merupakan salah apabila dikeluarkan secara komersial
satu kaedah mengukur kualiti hasil kelak. Oleh itu ianya dapat dimiliki
kimpal yang ditekankan di dalam Kod oleh pelbagai syarikat atau makmal
dan Standard Kimpalan seperti yang berkaitan ujian dan pengujian
ASME, API, AWS, ISO dan dengan harga mampu milik.
sebagainya.

Projek ini dihasilkan dengan


mematuhi Standard Antarabangsa
bagi Ujian Lentur iaitu ISO 5173
(Destructive tests on welds in metallic
materials – Bend tests). Mesin ini
akan beroperasi secara semi-
automatic, dengan menggunakan
sistem hidraulik (hydraulic) untuk
melakukan kerja Ujian Lentur pada
hasil kimpalan. Dengan demikian, ia
akan memudahkan penggunaan,
menjimatkan masa operasi dan
mudah untuk dibawa kemana-mana.
Selain daripada itu, ianya mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan
jangka hayat yang panjang.
PENGENALAN

“Horizontal Axis Hydraulic Bending Test Machine” ini direkabentuk bagi menjalankan Ujian Musnah (Destructive
Testing) kaedah Ujian Lentur (Bend Test) pada hasil kimpalan. Ujian ini merupakan salah satu kaedah mengukur kualiti
hasil kimpal yang ditekankan di dalam Kod dan Standard Kimpalan seperti ASME, API, AWS, ISO dan sebagainya.

Projek ini dihasilkan dengan mematuhi Standard Antarabangsa bagi Ujian Lentur iaitu ISO 5173 (Destructive tests
on welds in metallic materials – Bend tests). Mesin ini akan beroperasi secara semi-automatic, dengan menggunakan
sistem hidraulik (hydraulic) untuk melakukan kerja Ujian Lentur pada hasil kimpalan. Dengan demikian, ia akan
memudahkan penggunaan, menjimatkan masa operasi dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Selain daripada itu,
ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan jangka hayat yang panjang.

LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

Semasa merancang dan menghasilkan “Horizontal Axis Hydraulic Bending Machine” ini, kami mensasarkan
beberapa objektif yang perlu dicapai iaitu;

i. Menghasilkan satu Hydraulic Bending Machine yang berfungsi untuk melakukan Ujian Lenturan (Bending Test).
ii. Mesin yang beroperasi dengan mudah cekap dan selamat untuk dikendalikan serta mempunyai kapisiti maksimum
mampu membengkokkan plat keluli karbon berketebalan 12mm.
iii. Mesin yang memenuhi syarat dengan mematuhi Standard Antarabangsa bagi Ujian Lentur iaitu ISO 5173
(Destructive tests on welds in metallic materials – Bend tests).
iv. Mesin yang sesuai untuk dikeluarkan secara komersial dan dengan kos yang kompetatif supaya mampu bersaing
dengan produk yang setara di pasaran.
Projek ini dilaksanakan sepenuhnya di ADTEC Shah Alam dengan menggunakan peralatan dan kepakaran
kakitangan dalaman. Dalam melaksanakan projek ini, pelbagai aspek mesti diambil kira agar dapat mengeluarkan produk
dengan kos yang efektif. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah :

i. Bahan : Pemilihan bahan perlulah yang bersesuaian dengan rekabentuk dan kemampuan mesin tersebut, Ianya
juga mudah dikimpal dan memudahkan perlaksanaan kerja.
ii. Kekuatan projek : Selain pemilihan barang, kekuatan projek juga mesti diambil kira agar tahap beban yang
dikenakan dapat menampung segala beban yang dikenakan, terutama pada bahagian penahan belakang “die”.
iii. Jangka hayat projek : Mesin yang dilaksanakan ini adalah sebuah mesin yang tahan lasak, mudah alih dan
mudah diselenggara. Alat-alat gantian yang digunakan mestilah mudah didapati supaya jangka hayat mesin ini
panjang dan tahan lasak.
iv. Reka bentuk : Ringkas, mudah serta cepat untuk melaksanakan Ujian Lenturan berbanding dengan mesin yang
lain yang memerlukan pelbagai langkah kerja sebelum Ujian Lenturan dapat dilakukan.

Mesin Horizontal Axis Hydraulic Bending Test ini telah berjaya menghasilkan satu mesin yang bercirikan inivovasi
dan kreativiti yang memenuhi objektif pembinaannya iaitu berfungsi untuk melakukan Ujian Lenturan (Bending Test),
beroperasi dengan mudah, cekap dan selamat untuk dikendalikan, mematuhi Standard Antarabangsa dan sesuai untuk
dikeluarkan secara komersial dan dengan kos yang kompetitif.

Antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan semasa membina sesuatu produk ialah kos pengeluaran.
Berdasarkan salah satu objektif kami iaitu mengeluarkan mesin dengan kos yang kompetitif supaya mampu bersaing
dengan produk yang setara di pasaran maka satu pertimbangan yang teliti telah dibuat bagi menganalisa kos dan nilai
produk yang setara di pasaran.

Berdasarkan pengiraan dan perlaksanaan yang dibuat, kos pengeluaran bagi satu Horizontal Axis Hydraulic
Bending Machine yang kami bina adalah RM20,000.00.

Nilai ini amatlah kompetitif berbanding harga pasaran bagi mesin yang setara yang dijual di pasaran adalah diantara
RM60,000 hingga RM70,000 seunit. Oleh itu mesin ini berpotensi untuk dikeluarkan secara komersial dengan anggaran
harga untuk dipasarkan diantara RM30,000 hingga RM35,000 seunit.

Berdasarkan kos pengeluarannya dan testimonial daripada pembekal mesin yang setara, adalah diyakini mesin ini
dapat dikeluarkan secara komersial untuk dipasarkan kepada industri-industri yang terlibat.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, pembinaan mesin Horizontal Axis Hydraulic Bending ini telah berjaya menghasilkan satu
mesin yang bercirikan inivovasi dan kreativiti yang memenuhi objektif pembinaannya iaitu berfungsi untuk melakukan
Ujian Lenturan (Bending Test), beroperasi dengan mudah, cekap dan selamat untuk dikendalikan, mematuhi Standard
Antarabangsa dan sesuai untuk dikeluarkan secara komersial dan dengan kos yang kompetitif.
Berdasarkan kos pengeluarannya dan testimonial daripada pembekal mesin yang setara, adalah diyakini mesin ini
dapat dikeluarkan secara komersial untuk dipasarkan kepada industri-industri yang terlibat.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai / Unit Terlibat : Iffli Efendy Abdullah

No. Tel. : 013-9300837

Emel : iffli@jtm.gov.my

You might also like