You are on page 1of 17

JABATAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR :

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 1 7 2 3 4

NO. KAD
: - -
PENGENALAN

KUMPULAN / UNIT :
PJMS3092
KOD DAN NAMA
: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS
DAN SUKAN
NAMA PENSYARAH :

TARIKH HANTAR : 22 MAC 2021


2 (a) TUGASAN PBS (KERTAS KERJA
TUGASAN :
PENGELOLAAN PERTANDINGAN)

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan faham.

Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


_________________
RUBRIK PENTAKSIRAN TUGASAN 2(a) – INDIVIDU
KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN ATAU
eSPORTS
Tahap &
Deskriptor
Markah
Cemerlang  Membuktikan kebolehan mengumpul maklumat secara berkolaboratif dalam
8 – 10 pelbagai cara dengan menggabungkan elemen-elemen yang berkaitan untuk
menghasilkan satu kertas kerja yang lengkap dan menyeluruh. (C6)
 Menghasilkan satu kertas kerja yang merangkumi kesemua aspek wajib secara
lengkap, kemas, praktikal, tanpa kesilapan ejaan atau bahasa (P5) serta
cemerlang dengan sistem nilai diri. (A4)
 Menunjukkan kepakaran ilmu dan kemahiran yang mendalam dalam
menyediakan kertas kerja. (PLO2)
 Mempamerkan kemahiran sebagai seorang pemimpin dan ahli yang amat
berkesan sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menghasilkan
kertas kerja. (PLO5, TS2)
Baik  Membuktikan kebolehan mengumpul maklumat secara berkolaboratif dalam
5–7 pelbagai cara dengan menggabungkan elemen-elemen yang berkaitan untuk
menghasilkan satu kertas kerja yang tepat dan baik. (C6)
 Menghasilkan satu kertas kerja yang merangkumi kesemua aspek wajib secara
lengkap, kemas, praktikal tetapi mempunyai sedikit kesilapan ejaan atau
bahasa (P5) serta baik dengan sistem nilai diri. (A4)
 Menunjukkan kepakaran ilmu dan kemahiran yang baik dalam menyediakan
kertas kerja. (PLO2)
 Mempamerkan kemahiran sebagai seorang pemimpin dan ahli yang berkesan
sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menghasilkan kertas kerja.
(PLO5, TS2)
Sederhana  Membuktikan kebolehan mengumpul maklumat secara berkolaboratif dalam
3–4 pelbagai cara dengan menggabungkan elemen-elemen yang berkaitan untuk
menghasilkan satu kertas kerja yang sederhana. (C6)
 Menghasilkan satu kertas kerja yang merangkumi beberapa aspek wajib secara
lengkap, kemas, praktikal tetapi mempunyai sedikit kesilapan ejaan atau
bahasa (P5) serta sederhana dengan sistem nilai diri. (A4)
 Menunjukkan kepakaran ilmu dan kemahiran yang sederhana dalam
menyediakan kertas kerja. (PLO2)
 Mempamerkan kemahiran sebagai seorang pemimpin dan ahli yang sederhana
sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menghasilkan kertas kerja.
(PLO5, TS2)
Lemah  Kurang kebolehan mengumpul maklumat secara berkolaboratif dalam pelbagai
1–2 cara dengan menggabungkan elemen-elemen yang berkaitan untuk menghasilkan
satu kertas kerja. (C6)
 Menunjukkan satu hasil kertas kerja yang lemah dengan banyak kesilapan ejaan
atau bahasa (P5) serta lemah dengan sistem nilai diri. (A4)
 Kurang kepakaran ilmu dan kemahiran dalam menyediakan kertas kerja. (PLO2)
 Kurang mempamerkan kemahiran sebagai seorang pemimpin dan ahli sama ada
secara individu atau berkumpulan semasa menghasilkan kertas kerja. (PLO5, TS2)

NAMA MARKA
PELAJAR: H:

ANGKA
2 0 1 9 1 7 2 3 4
GILIRAN:
Kertas Kerja

Kejohanan Bola Tampar Tertutup

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Dianjurkan Oleh:

Siswa Guru Kumpulan G4.8

1.0 Pengenalan
Salah satu daripada lima jenis permainan bola yang popular dunia ialah permainan bola
tampar. Bola Tampar merupakan satu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini.
Dengan hakikat ini, siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)
kumpulan G4.8 telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan
menganjurkan pertandingan Bola Tampar tertutup untuk semua siswa guru IPGKIK.

2.0 Asas Pertimbangan

Pertandingan ini dilaksanakan sebagai satu usaha siswa guru kumpulan G4.8 untuk
memupuk potensi para siswa guru IPGKIK serta melahirkan siswa guru yang seimbang
dari segi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial (JERIS). Pertandingan ini
bermatlamat untuk Memperkenalkan bola tampar kepada siswa guru IPGKIK,
Meningkatkan prestasi dan kemahiran permainan bola tampar kepada pemain,
mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan siswa guru, dan mencungkil bakat baru
terhadap permainan bola tampar. Pada masa yang sama, Pertandinbgan ini juga
merupakan satu medium kepada setiap siswa guru IPGKIK untuk berinteraksi antara
satu sama lain sekali gus mengeratkan hubungan para siswa guru yang dari latar
belakang yang berbeza.

3.0 Jawatan Kuasa dan Tugasnya

Penasihat : En Chia Chiow Ming

Pengerusi : Yeo Zi Kang

Naib Pengerusi : Chung Zie Qiu

Setiausaha : Nur Alia Natasha

Bendahari : Nur Azizah


Ahli Jawatankuasa (AJK) Kecil

AJK Pertandingan : Muhammad Faris Aiman, Mudh Faris Izham, Muhammad


Niqris, Muhammad Afiq

AJK Peralatan : Muhammad Irfan Danial, Muhammas Amer Ashraf

AJK Persiapan Tempat : Nik Muhammad Firdaus, Nasrul

AJK Hadiah : Fadlin Nasuha, Nurul Adila

AJK Tugas-tugas Khas : Muhammad Salihin Naufal, Syasya Izzati

AJK Makan : Siti Nur Aisyah, Fatin Nadirah

AJK Dokumentasi : Siti Nur Asyilah, Rosliyana

Tugas Jawatan Kuasa

Pengerusi

 Mempengerusikan mesyuarat.
 Merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan.
 Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan jawatankuasa.
 Menjalankan tugas yang diarah oleh pensyarah penasihat.

Naib Pengerusi
 Menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya.
 Membantu pengerusi jika perlu.
 Menjalankan tugas lain yang telah ditetapkan.

Setiausaha

 Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa.


 Menguruskan semua hal surat-menyurat.
 Mengemas kini fail dan rekod persatuan.
 Mengurus dan mengawal keahlian persatuan.
 Menyediakan laporan tahunan persatuan.

Bendahari

 Mengemas kini urusan kewangan persatuan.


 Memungut yuran persatuan.
 Menguruskan pembelian/pembayaran berdasarkan bil.
 Menyediakan bajet persatuan.
 Menyediakan penyata dan laporan kewangan persatuan.

AJK Kecil

AJK Pertandingan

 Memastikan perlawanan berlangsung mengikut jadual


 Memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang masalah yang boleh
dipertikai
 Membuat satu jadual tugasan pengadil di setiap perlawanan
 Memastikan para pengadil mencukupi dan bersedia di setiap perlawanan
 Menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi.
 Menyemak senarai nama dan kad matrik pemain semasa pendaftaran.
 Mengasingkan borang mengikut kategori dan kumpulan masing-masing.

AJK Peralatan

 Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan


 memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.
 Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan
program.
 Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.
 Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti
atau projek dilaksanakan.
AJK Persiapan Tempat

 Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.


 Menempah tempat pertandingan.
 Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
pertandingan dijalankan.

AJK Hadiah

 Menyediakan hadiah kepada pasukan pemenang



AJK Tugas-tugas Khas

 Menyediakan dan mengedarkan poster, banner dan borang penyertaan pasukan.


 Membuat hebahan dan pengiklanan berkenaan dengan pertandingan
 Membantu jawatankuasa yang lain sekiranya perlu.

AJK Makanan

 Memastikan menu makanan yang akan disediakan


 Menyediakan air mineral kepada para pengadil, pihak penganjur dan peserta

AJK Dokumentasi

 Mengambil gambar-gambar penting dan serahkannya kepada s/usaha


kejohanan untuk didokumentasikan.
 Menyediakan laporan apabila kejohanan selesai.

4.0 Peraturan dan Undang-Undang Permainan


4.1 Kelayakan Penyertaan

I. Penyertaan adalah terbuka kepada setiap siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas.
II. Setiap pasukan hanya mengandungi seorang pengurus pasukan, seorang
jurulatih dan 12 orang pemain sahaja (12 pemain/ 11 pemain + 1 libero/10
pemain + 2 libero). Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu
pasukan sahaja.
III. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk maksimum 1 wakil negeri yang
bermain dalam tempoh 2015-2021. (Wakil Negeri untuk SUKMA Indoor/Beach,
MAKSAK, Malaysia Open, dan Mava League, termasuk Libero).
IV. Pemain Kebangsaan (SEA GAME, AUG, ASIAN GAMES, ASG) pada tahun
2015 ke atas tidak dibenarkan bermain (termasuk Libero). Jawatankuasa
penganjur BERHAK membatalkan penyertaan pasukan kepada pasukan yang
mendaftarkan pemain yang tidak dibenarkan.

4.2 Pendaftaran & Pengundian

I. Penyertaan pasukan dihadkan kepada kategori wanita (8 pasukan) dan


kategori lelaki (8 pasukan).

II. Yuran penyertaan adalah sebanyak percuma bagi setiap pasukan.

III. Tarikh tutup pendaftaran kejohanan: 27 hb March 2021 (Sabtu) sebelum pukul
3 petang.

IV. Semua pengurus pasukan atau wakilnya dijemput hadir untuk menyaksikan
pengundian pasukan dalam kumpulan.

Tarikh : 28 hb March 2021 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Perpustakaan IPG Kampus Ilmu Khas

V. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan sebelum tarikh tutup penyertaan.

(a) Borang penyertaan lengkap

VI. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28 hb Ogos 2021 (Sabtu)


Masa : 3.00 petang

Tempat : Perpustakaan IPG Kampus Ilmu Khas

4.3 Undang-Undang Kejohanan

I. Selain daripada peraturan-peraturan yang ditetapkan, kejohanan ini akan


dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (FIVB 2017-2020 Edition) yang sedang
dikuatkuasakan.

II. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan di dalam


peraturan berkenaan akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola.

III. Semua keputusan jawatankuasa pengelola adalah muktamad.

4.4 Sistem Pertandingan

I. Semua perlawanan dimainkan secara  “Best of 3” mengikut kiraan Mata


Rali. Untuk set penentuan, permainan dimainkan mengikut kiraan Mata
Rali 15 mata.

II. Sekiranya penyertaan pasukan adalah 5 atau kurang daripadanya, sistem


liga dan pengiraan mata akan digunakan untuk menentukan pemenang.
III. Sekiranya penyertaan pasukan adalah 6 atau lebih daripadanya, sistem
liga di peringkat awal dan sistem kalah mati di peringkat suku akhir,
separuh akhir dan akhir akan digunakan untuk menentukan pemenang.

4.5 Sistem Pengiraan Mata

Untuk mewujudkan kedudukan pasukan selepas pusingan awal, kriteria berikut


dilaksanakan untuk semua kejohanan:

I. Jumlah kemenangan (perlawanan menang, perlawanan kalah) antara


pasukan dalam kumpulan yang sama diambil kira. Pasukan yang
memenangi lebih perlawanan akan mendapatkan kedudukan yang lebih
baik.

II. Sekiranya terdapat jumlah kemenangan yang sama, jumlah perlawanan


mata yang diperoleh diambil kira. Pasukan-pasukan akan dikelaskan
dengan jumlah mata yang diperoleh setiap pasukan. Setiap perlawanan
mata ditunjukkan seperti berikut:

Perlawanan yang menang (2-0) - 3 mata

Perlawanan yang menang (2-1) - 2 mata

Perlawanan yang kalah (1-2) - 1 mata

Perlawanan yang kalah (0-2) - 0 mata

Pembatalan teknik/Hilang kelayakan- 0 mata (25:0), (25:0) &


(15:0)
III. Sekiranya terdapat pasukan yang masih terikat selepas jumlah
kemenangan dan jumlah perlawanan mata yang diperoleh:

(a) Bilangan Kemenangan- Sekiranya terdapat perlawanan mata


yang sama oleh dua atau lebih pasukan, mereka akan dikelaskan
dalam turutan menurun dengan jumlah perlawanan yang
dimenangi.

(b) Set Darjah- Sekiranya berlaku kesamaan dalam perlawanan


dimenangi oleh dua atau lebih pasukan, mereka akan dikelaskan
dalam turutan menurun oleh hasil pembahagian daripada jumlah
set dimenangi dengan jumlah set kalah.

(c) Point Darjah- Sekiranya masih terikat dengan set darjah,


pasukan akan diklasifikasikan dalam turutan menurun oleh hasil
pembahagian daripada jumlah mata perlawanan yang diperoleh
dengan jumlah mata perlawanan yang kalah dalam semua set.

IV. Sekiranya terikat dengan Point darjah di antara dua pasukan, keutamaan
akan diberikan kepada pasukan yang memenangi perlawanan terakhir
antara mereka. Apabila terikat dengan Point darjah antara tiga atau lebih
pasukan, klasifikasi pasukan dalam syarat-syarat (a), (b) dan (c) akan
dilakukan dengan mengambil kira hanya perlawanan di mana mereka
telah bertentangan antara satu sama lain

4.6 Pakaian Seragam


I. Semua pemain sepasukan mesti berpakaian seragam yang bernombor 1
hingga 18 sahaja. Pemain 'libero' hendaklah memakai jersi yang
berlainan warnanya.
II. Ukuran nombor ialah 15 cm tinggi di tengah hadapan dan 20 cm tinggi di
belakang.

4.7 Ketinggian Jaring

I. Kategori Lelaki - 2.43 meter


II. Kategori Wanita - 2.24 meter

4.8 Pembatalan

I. Setiap pasukan mesti berada di gelanggang 30 minit sebelum


pertandingan dijalankan.

II. Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab
yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan
kepada pihak lawannya.

III. Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik


diri daripada kejohanan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-
perlawanan seterusnya. Semua keputusan perlawanannya yang lalu akan
dibatalkan.

4.9 Pengadil
I. Jawatankuasa pengelola akan melantik pengadil-pengadil bertauliah
untuk bertugas sepanjang pertandingan berlangsung.

4.10 Penggantungan

I. Seorang pemain yang telah disingkirkan daripada satu perlawanan atas


sebab berlaku kebiadapan dan pemain tersebut digantung bermain dalam
perlawanan-perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa membuat
keputusan.

4.11 Perkara Am

a. Jawatankuasa pengelola berhak menjemput mana-mana pasukan


sesuai untuk menyertai kejohanan ini sekiranya berlaku kekurangan
pasukan.

b. Jawatankuasa pengelola mempunyai hak untuk mengambil sebarang


keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang
tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini dan keputusannya
adalah muktamad.

c. Pihak Jawatankuasa Pengelola juga berhak meminda sebarang undang-


undang ini jika didapati perlu. Segala pindaan akan dimaklumkan
dengan seberapa segera atau sebelum perlawanan pertama dijalankan.

d. Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah


dijadualkan. Walaubagaimanapun, jawatankuasa pengelola berhak
meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu. Segala pindaan ini
akan dimaklumkan kepada pengurus pasukan masing-masing dengan
seberapa segera.
e. Jawatankuasa pengelola pertandingan ini tidak akan bertanggungjawab
atas kemalangan dan kehilangan harta benda pasukan yang menyertai
kejohanan ini.

f. Ahli-ahli pasukan yang boleh dibenarkan menduduki bangku pemain


gantian yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:
(a) 1 orang pengurus pasukan dan 1 orang jurulatih
(b) 6 orang pemain simpanan

5.0 Jadual Pertandingan Lelaki

KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 B1
A2 B2
A3 B3
A4 B4

TARI N PERINGKA KUM GEL


MASA PASUKAN
KH O T P. .
A Pusingan
1 8.00 AM A1 vs A A
2 Awal
A Pusingan
2 9.00 AM A3 vs A A
4 Awal
10.00 B Pusingan
3 B1 vs B A
AM 2 Awal
11.00 B Pusingan
4 B3 vs B A
AM 4 Awal
12.00 A Pusingan
5 A1 vs A A
PM 3 Awal
11.9.2 A Pusingan
6 1.00 PM A2 vs A A
1 4 Awal
(SAB B Pusingan
7 2.00 PM B1 vs B A
TU) 3 Awal
B Pusingan
8 3.00 PM B2 vs B A
4 Awal
A Pusingan
9 4.00 PM A1 vs A A
4 Awal
A Pusingan
10 5.00 PM A2 vs A A
3 Awal
B Pusingan
11 6.00 PM B1 vs B A
4 Awal
B Pusingan
12 7.00 PM B2 vs B A
3 Awal
12.9.2 Rank vs Rank Separuh
1 13 8.30 AM 2B 3A Akhir Play A
Off
(AHA
D) Rank vs Rank Separuh
14 9.30 AM 2A 3B Akhir Play A
Off
15 10.30 Rank vs Win Separuh A
AM 1A 13 Akhir
11.30 Rank vs Win Separuh
16 A
AM 1B 14 Akhir
Lose vs Lose
17 1.00 PM Ke-3 & 4 A
15 16
Win vs Win
18 2.00 PM Akhir A
15 16
3.00 PM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Gelanggang: Gelanggang Bola Tampar IPGKIK (A)
5.1 Pelan Suku Akhir Lelaki

You might also like