You are on page 1of 2

TUTORIAL M3

Bincangkan cabaran utama yang dihadapi dari bidang politik, ekonomi, sosial dan globalisasi
dalam konteks hubungan etnik di Malaysia dan cara menangani cabaran-cabaran tersebut.

POLITIK
Antara cabaran yang dihadapi dari bidang politik konteks hubungan etnik di Malaysia adalah
kemelut dalaman yang berlaku dalam parti-parti politik di samping isu peralihan pucuk pimpinan
tinggi negara. Dalam hal ini, cabaran utama dihadapi parti parti politik berkisarkan kepada
keupayaan kepimpinan parti untuk mengharungi dilema-dilema yang wujud daripada isu
perpaduan parti, isu ekonomi negara dan masa depan politik negara. Lantaran daripada itu,
polemik peralihan kepimpinan Perdana Menteri dilihat akan memberi tekanan kepada parti parti
politik untuk merancang dan membuat penyesuaian terhadap isu tersebut dimana peralihan
kepimpinan parti politik ini seringkali terjadi dan mencetuskan ketegangan antara kaum yang
berpihak kepada parti-parti politik yang berbeza. Oleh itu, cara bagi mengatasi isu ini adalah
segala pendapat yang hendak dikemukakan haruslah disalurkan melalui saluran yang betul
melalui parlimen yang bersidang tiga sesi setahun. Dalam konteks ini, ahli parlimen haruslah
tidak menjadikan sidang Parlimen ini sebagai gelanggang untuk perebutan kuasa, sebaliknya
meletakkan agenda membela nasib rakyat sebagai keutamaan dalam situasi krisis.

SOSIAL
Seterusnya cabaran yang dihadapi dari bidang sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia
adalah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia yang wujuk ketika
itu memisahkan antara kaum yang menimbulkan konflik antara etnik jika kurangnya
pengetahuan dan tidak saling memahami antara satu sama lain. Hal ini kerana, ketika itu orang
Melayu di Sekolah Kebangsaan, kaum cina dan kaum india di sekolah vernakular cina dan tamil
berdasarkan kurikulum dan orientasi negara asal mereka. Maka ia menjadi satu jurang antara
etnik yang menghalang mereka daripada integrasi antara nasional serta tidak mempunyai
semangat perpaduan. Cara yang boleh dilaksanakan untuk menangani cabaran tersebut adalah
dengan menjadikan aktiviti sukan sebagai agen penghubung antara etnik. Usaha kerajaan
mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan
pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti
kebudayaan, keseniaan dan sukan, ianya menampakkan semangat perpaduan yang positif
diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan
membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setia kawan dan saling percaya-
mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara
aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan
matang dalam perhubungan dan bersosial. Dengan ini cabaran dapat diatasi dengan mudah.

EKONOMI
Pada zaman penjajahan British, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan telah membawa
cabaran dalam pembinaan integrasi nasional dari segi ekonomi. Semasa dasar ini
dilaksanakan, British telah memisahkan kaum mengikut pekerjaan dan tempat tinggal, iaitu
kaum Melayu di kawasan kampung-kampung dengan aktivti pertanian, kaum Cina dengan
aktiviti perlombongan bijih timah, dan kaum India dengan penanaman getah. Hal ini telah
menyebabkan golongan Melayu dan India terpinggir dari menikmati hasil kekayaan yang
didapati daripada perlombongan oleh kaum Cina. Bukan sahaja itu, perkara ini telah
mencetuskan jurang antara pelbagai kaum kerana tidak berlaku interaksi dengan satu sama
lain. Pada zaman sekarang, walaupun Malaysia sudah mempunyai pelbagai kekayaan dan
kemudahan, tetapi kemudahan ini hanya dapat dirasai oleh penduduk di bandar kerana
kebanyakan kemudahan tidak disediakan di kawasan luar bandar. Perkara ini tidak adil kepada
rakyat Malaysia dan akan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam diri rakyat Malaysia. Untuk
mengelakkan perkara ini berlaku, kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sama kepada
rakyat di bandar dan juga di luar bandar. Kerajaan perlu fokus lebih pada luar bandar dalam
pembangunan supaya semua rakyat dapat menikmati kemudahan secara adil.

GLOBALISASI
Selain itu, cabaran dari segi globalisasi pula adalah penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Rakyat yang tidak bertanggungjawab akan menyebarkan perkara yang tidak elok
ataupun fitnah tentang kaum lain yang akan mencetuskan perselisihan faham antara rakyat
Malaysia. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pihak berkuasa perlu sentiasa
berwaspada terhadap maklumat yang dikongsi oleh rakyat dan peru mengambil tindakan yang
sewajarnya jika terdapat sebarang maklumat yang boleh mencetuskan perpaduan rakyat
Malaysia.

You might also like