You are on page 1of 12

HNS 2013 Kenegaraan |1

Konsep Satu Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak setelah memegang
jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalam
usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

Sepintas lalu bersama Dasar Konsep Satu Malaysia

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato Seri

Najib Tun Razak sememangnya hangat diperkatakan, bukan sahaja rakyat di Malaysia, bahkan

telah menarik perhatian pelbagai negara terhadap konsep ini.

Dalam era globalisasi ini, cabaran-cabaran dari semua sudut di seluruh dunia amatlah

pesat. Strategi-strategi dan pembaharuan-pembaharuan yang berkesan dan tepat haruslah

dirancang selaras dengan kepesatan pembangunan di seluruh dunia ini.

Dalam menangani perubahan globalisasi ini, konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan.

Usaha ini adalah untuk menangani cabaran dari segi social, ekonomi dan politik. Prinsip utama

yang difokuskan pada konsep ini adalah ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Konsep

ini memenuhi aspirasi rakyat Malaysia selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan prinsip

kebangsaan yang telah lama termaktub. Selain itu, konsep ini mengutamakan pengeratan

hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia. Kalau dilihat pada keadaan stability keharmonian

antara kaum di Malaysia, ia merupakan satu elemen yang amat penting dalam pembangunan

keseluruhan Malaysia. Jikalau konsep ini diimplimentasi dengan jayanya, ia sememangnya akan

menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai, kompetatif dalam semua aspek dan

disegani oleh dunia.

1
HNS 2013 Kenegaraan |2

“Kita berdiri, berfikir, dan bertindak sebagai seorang warga Malaysia. Dan kita bertindak

mengikut kehendak semua kaum di negara ini.” Begitulah saranan konsep Satu Malaysia oleh

Perdana Menteri kita, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Rumusan yang dapat dibuat dari saranan tersebut adalah semua kaum di negara ini

haruslah berfikir dan berusaha dengan tidak menjadikan kaum sebagai satu halangan. Sebagai

contoh, kaum Cina tidak patut hanya berfikir dan berusaha untuk kaumnya sendiri sahaja. Di

samping itu, saranan beliau mengenai konsep Satu Malaysia ini juga terarah kepada pemimpin-

pemimpin negara ini agar mendahulukan keperluan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Keistimewaan konsep Satu Malaysia ini adalah ia memberi perhatian kepada keperluan

semua kaum di negara ini. keharmonian antara kaum diutamakan tanpa mengubah identity

kaum-kaum di Malaysia. Di samping itu, konsep ini juga merupakan satu usaha untuk

mengeratkan balik hubungan semua kaum, seperti yang telah dilakukan sebelum merdeka lagi.

Integrasi antara kaum adalah tunjang kepada konsep Satu Malaysia.

Dasar konsep Satu Malaysia memerlukan pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dalam

memahami semua isu yang timbul. Komitmen yang diberi haruslah tidak berbelah bahagi kepada

mana-mana pihak yang tertentu. Di samping itu, seperti yang telah disarankan dalam dasar ini,

iaitu “rakyat didahulukan”, seseorang pemimpin haruslah ‘turun padang’ untuk melihat dan

mengurus segala kesulitan rakyat. Pada masa yang sama, semua rakyat haruslah meletakkan

kepentingan pada pembangunan negara dahulu sebelum kepentingan kaum sendiri sahaja. Oleh

itu, pemimpin-pemimpin dan semua rakyat haruslah mempunyai fahaman yang sama dan erat

supaya konsep ini dapat dijalankan dengan jayanya.

2
HNS 2013 Kenegaraan |3

3 Prinsip Teras Satu Malaysia

Prinsip-Prinsip Penerangan
Prinsip Penerimaan  Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia

mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang

berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai

rakan setia.
Prinsip Kenegaraan  Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan

negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh

pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman

melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu

oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T. Sambanthan

berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan

daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

 Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk

menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

 Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan

usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di

kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad

Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep

Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang sebagai gagasan untuk

memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di

3
HNS 2013 Kenegaraan |4

negara ini.
Prinsip Keadilan Sosial  Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau

agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi

kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

 Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak

melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan

khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

 Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip

keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak

untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

Kepentingan dan fungsi dasar Konsep Satu Malaysia

Dalam membincangkan kepentingan dan fungsi konsep Satu Malaysia ini, haruslah kita melihat

kepada lapan nilai penting yang tergolong dalam konsep ini. Lapan nilai penting inilah yang

menjadi penggerak utama kepada dasar ini.

Kelapan-lapan nilai ini mempunyai kaitan yang amat rapat terhadap pembangunan

politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. Jikalau nilai-nilai di atas dijalankan dengan baik, maka

dasar ini akan berjalan dengan jayanya. Setiap nilai akan diterangkan kepentingan dan fungsinya.
Budaya
Lapan nilai yang disebutkan ini adalah
Kecemerlangan
Integriti Ketabahan

Pendidikan Tunjang Rendah


1Malaysia Hati

Meritokrasi
Penerimaan
Kesetiaan
HNS 2013 Kenegaraan |5

Budaya Kecemerlangan

Untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi, budaya yang cemerlang dan

berprestasi tinggi haruslah dipupuk. Budaya kecemerlangan ini akan memastikan setiap perkara

dan tugasan yang dilakukan mempunyai pencapaian yang bagus. Tetapi usaha ini haruslah

dijalankan berterusan kerana pembangunan politik, ekonomi dan sosial memerlukan usaha yang

tidak terhenti untuk mencapai kemajuan. Di samping itu, ia juga menekankan kepada

kepentingan prinsip ketepatan. Baik dari segi politik, ekonomi ataupun sosial, ketepatan dalam

menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan. Pendek kata, elemen ketepatan

dan kualiti amat penting dalam menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Tahap kualiti dan

ketepatan yang tinggi akan menarik perhatian negara luar untuk berdagang di negara Malaysia.

Ini semestinya akan memajukan negara kita dari segi ekonomi.

Ketabahan

5
HNS 2013 Kenegaraan |6

Elemen ini amat penting kerana setiap kerja yang dilakukan memerlukan tahap ketabahan

yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Dasar konsep Satu Malaysia ini menggesa semua

rakyat supaya tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara. Selain itu,

ia juga menekankan kepada pemgemblengan semangat bekerja secara berdedikasi dan tabah

untuk mencapai sesuatu matlamat. Elemen ini amat penting dalam membina setiap individu

supaya lebih tabah dan sentiasa dalam keadaan bersedia dalam mengharungi era globalisasi ini.

Nilai ketabahan dalam konsep Satu Malaysia ini akan membina individu yang mempunyai

semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh. Sekiranya semua pemimpin dan rakyat

medalami dan memahami nilai ini, maka kejayaan diri, masyarakat dan negara akan tercapai

tidak lama lagi.

Rendah Hati

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pembangunan negara, elemen moral juga

difokuskan dalam dasar konsep Satu Malaysia ini. Kejayaan dasar ini juga tertakluk kepada sifat

merendah diri, berhemah dan berbudi seseorang individu. Apa yang dimaksudkan dengan

merendah diri di sini bukanlah tunduk atau mengalah dengan orang lain, tetapi tidak bersifat

sombong jika mencapai sesuatu kejayaan. Sifat merendah diri yang juga digalakkan dalam ajaran

agama Islam mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

Pendek kata, sikap merendah ini amat penting dan diperlukan oleh semua pemimpin dan rakyat

di negara ini tetapi ia haruslah bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat.

Penerimaan
6
HNS 2013 Kenegaraan |7

Dari segi sosial, dasar konsep Satu Malaysia sekali lagi member focus kepada bina insan

yang berkualiti. Dalam elemen penerimaan, ia menekankan kepada perlakuan yang positif

menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsure paksaan. Ia

berlainan dengan toleransi, di mana toleransi berlaku kerana tiada pilihan lain atau terpaksa.

Adalah menjadi perkara yang amat penting untuk semua kaum menerima yang terbaik dalam

pembinaan sebuah negara yang adil dan saksama. Dasar ini mementingkan keadilan untuk semua

kaum, oleh itu, semua perancangan yang dirancang dan dilakukan oleh kerajaan akan diagihkan

secara saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan

fahaman politik. Pendek kata, keutamaan akan diletakkan pada keupayaan dan bakat seseorang

individu tanpa mengira kaum dan latar belakang individu.

Kesetiaan

Dasar konsep Satu Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk

nilai kesetiaan pada semua rakyat. Prinsip kesetiaan pada hati rakyat amat diperlukan pada setiap

masa. Seperti yang tertulis di dalam rukun negara, kesetiaan kepada Raja dan Negara, ia telah

pun dipraktikkan oleh semua rakyat sejak zaman kemerdekaan lagi. Untuk mencapai kejayaan

dan kecemerlangan , kesetiaan kepada pemimpin haruslah dipraktikkan oleh semua rakyat kerana

kesetiaan inilah yang akan menambahkan tahap kewibawaan dan keteguhan seseorang pemimpin

itu. Dengan keteguhan dan kewibawaan pemimpin yang kukuh, semestinya sesuatu organisasi itu

sukar untuk berpecah dan tidak mengikut perancangan pemimpin. Pendek kata, prinsip kesetiaan

ini akan membina kepercayaan dan menjalinkan ikatan yang erat antara semua kaum. Di kala

kepesatan pembangunan negara, kritikan dan pandangan yang berlainan memang tidak dapat

7
HNS 2013 Kenegaraan |8

dielakkan. Kita sebagai rakyat haruslah mengetahui dan membezakan apa yang benar dan tidak

benar. Kritikan yang positif dan betul adalah suatu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan

antara satu sama lain dan secara tidak langsung, kekuatan dalaman dan kesetiaan terhadap

kepimpinan seseorang pemimpin akan meningkat. Prinsip kesetiaan ini amat penting dalam

membina suatu komuniti yang erat silaturahimnya. Komuniti yang sihat dari segi mentaliti akan

menjana kekuatan politik yang teguh.

Meritokrasi

Dalam sistem demokrasi di Malaysia ini, prinsip meritokrasi haruslah di praktikkan. Cara

ini akan menjamin kualiti pembangunan negara. Di kala menjamin kualiti pembangunan,

keadilan kepada semua kaum juga akan terbela. Prinsip meritokrasi ini disifatkan adil kerana ia

memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria sahaja yang akan mendapat peluang-

peluang yang ditawarkan oleh kerajaan. Dengan usaha ini, maka semua orang akan

meningkatkan tahap kompetatif kendiri untuk berjaya. Secara tidak langsung, kualiti politik,

ekonomi dan sosial negara kita akan meningkat. Dari segi ekonomi, syarikat-syarikat akan

berusaha untuk mendapat kontrak yang ditawarkan melalui tender terbuka. Dengan cara ini,

usaha syarikat akan berlipat ganda dan secara tidak langsung, kualiti yang diberi oleh syarikat-

syarikat akan meningkat. Fungsi prinsip meritokrasi ini adalah untuk membudayakan masyarakat

Malaysia supaya menjadi golongan manusia yang kompetatif dari semua aspek kehidupan.

Pendidikan

8
HNS 2013 Kenegaraan |9

“Masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan”.

Begitulah frasa yang digunakan dalam penerangan nilai pendidikan dalam dasar konsep Satu

Malaysia. Dasar ini menggalakkan rakyat untuk lebih memberi perhatian terhadap budaya

membaca. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat yang mempunyai minda yang terbuka.

Di samping itu, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil juga akan

memperbanyakkan aktiviti bersama untuk memberi peluang berinteraksi antara satu sama lain

supaya nilai-nilai yang difokuskan dalam dasar ini dapat dibentuk. Budaya ilmu yang tinggi akan

mencerminkan kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. Begitulah pentingnya pendidikan

kepada sesebuah negara. Usaha yang tetulis di dalam dasar konsep Satu Malaysia ini merupakan

satu usaha yang amat bagus dan penting.

Integriti

Dalam bidang politik atau kepimpinan, kepercayaan dan keyakinan rakyat merupakan

salah satu prioriti yang harus diberi perhatian oleh semua pemimpin di negara ini. Dasar konsep

Satu Malaysia ini telah menekankan pada sikap jujur dan amanah para pemimpin. Setiap

percakapan yang ditutur oleh setiap orang pemimpin haruslah jujur dan beramanah supaya rakyat

boleh percaya dan yakin terhadap kepimpinannya. Di samping itu, seseorang pemimpin itu

haruslah sentiasa bercakap benar dan merperbaiki kesilapan jikalau bersalah. Prinsip integrity ini

amat penting dalam mengukur kejayaan seseorang pemimpin. Selain itu, seseorang pemimpin

juga harus menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka. Hal ini penting dalam

pembangunan kendiri seseorang pemimpin itu. Beliau haruslah mengetepikan kepentingan diri

9
H N S 2 0 1 3 K e n e g a r a a n | 10

dan tolong semua lapisan masyarakat di negara ini. Inilah aspirasi penting yang harus dilakukan

secara berterusan dalam membangunkan negara melalui dasar konsep Satu Malaysia ini.

Kesimpulan

Secara Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah memahami dasar konsep Satu

Malaysia ini. Prinsip-prinsip utama Satu Malaysia yang diperkenalkan perlu didasari supaya

kepentingan konsep Satu Satu Malaysia dapat diserlahkan dan fungsinya terhadap pembangunan

politik, ekonomi dan sosial menjadi lebih efektif.

Semua kaum di Malaysia haruslah meletakkan negara sebagai prioriti dan bukanlah kaum

masing-masing. Bangsa Malaysia hidup bersama secara harmoni dan bekerjasama menjadi

intipati dasar konsep Satu Malaysia ini. Salah satu fungsi dasar ini adalah untuk memastikan

tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan

pembelaan daripada kerajaan.

Pentingnya Nilai-nilai murni dalam konsep Satu Malaysia ini juga harus diberi perhatian.

Nilai-nilai murni yang telah dibincangkan berfungsi untuk menyatu padukan rakyat Malaysia

dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu mtlamat untuk negara Malaysia. Ketidak

puas hati antara kaum tidak akan berlaku lagi kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan

mempunyai satu hala tuju yang sama.

Aspirasi dasar konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita ini

akan memastikan hubungan antara kaum lebih erat, pembangunan politik dan ekonomi lebih

10
H N S 2 0 1 3 K e n e g a r a a n | 11

teguh dan kukuh. Kejayaan dasar ini terletak di tangan setiap orang di Negara Malaysia ini.

Segala tindakan yang dilakukan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

11
H N S 2 0 1 3 K e n e g a r a a n | 12

References:

 1 Malaysia the personal website of Dato’ Sri Najib Razak. Retrieved from
http://www.1malaysia.com.my/about/about-1malaysia/

 1 Malaysia Booklet. Retrieved from http://www.1malaysia.com.my/about/about-


1malaysia/1malaysia-booklet/

 1 Malaysia : people first performance now. Retrieved from


http://www.ssig.gov.my/ssig/kcent/material/1malaysia_-_english_version%5B1%5D.pdf

 Jabatan Hal-Ehwal Khas (2010). Soal jawab konsep 1 Malaysia. Retrieved from
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/2-issues-explanation/8-soal-
jawab-konsep-1malaysia.html

 Konsep 1 Malaysia. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/21947730/KONSEP-


1MALAYSIA

 Yung, H.L. (2011). RM50 1 Malaysia e-mail to provide official vitual ID for every
Malaysians. Retrieved from http://www.greyreview.com/2011/04/19/rm50-million-
1malaysia-email-to-provide-official-virtual-id-for-every-malaysians/

12

You might also like