You are on page 1of 3

1

PANDUAN MENULIS
KERTAS PROJEK

1. STRUKTUR DAN KANDUNGAN KERTAS PROJEK


1.1 Struktur kertas projek
Setiap kertas projek mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan seperti Jadual
1.1.

Jadual1.1 :Susunan dan urutan kandungan kertas projek


BIL. PERKARA STATUS CATATAN
1. Halaman Kulit /Judul Wajib Tidak bernombor
2. Perakauan Pengarah/ Pengetua/ Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Guru Besar Tidak bernombor
3. Ringkasan Eksekutif Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Tidak bernombor
4. Halaman Kandungan Wajib Tidak bernombor
5. Halaman Senarai Jadual Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Dinomborkan dengan angka Roman kecil
6. Halaman Senarai Rajah Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Dinomborkan dengan angka Roman kecil
7. Halaman Senarai Simbol Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Dinomborkan dengan angka Roman kecil
8. Senarai Lampiran Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Dinomborkan dengan angka Roman kecil
9. Teks Wajib Bernombor Arab dimulakan dengan muka
surat 1
10. Rujukan Wajib Untuk Kertas Laporan Projek.
Bernombor Arab bersambungan dengan
teks
11. Lampiran Pilihan Bernombor Arab bersambungan dengan
teks
12. Biodata penulis Wajib Tidak bernombor

1.2 Halaman kulit / judul


Halaman kulit /judul mestilah mengandungi maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:

i. Judul / tajuk projek


ii. Nama
iii. Nombor kad pengenalan
iv. Kumpulan
v. Nombor telefon
vi. Alamat
2

1.3 Teks
Teks dalam kertas projek mengandungi judul dan sub-judul. Juduldan sub-judul mestilah dinombori.
Jumlah judul dalam kertas projek tidak terhad. Amnya sesuatu kertas projek mempunyai struktur yang
berikut:
i. Tajuk
ii. Latar Belakang
iii. Matlamat
iv. Objektif
v. Kumpulan Sasaran
vi. Asas Pertimbangan
vii. Jadual Pelaksanaan / Carta Gantt
viii. Implikasi Kewangan
ix. Analisis data dan keputusan
x. Perbincangan dan kesimpulan
xi. Penutup

2. SAIZ DAN FORMAT


2.1 Kertas dan saiz
Hanya kertas simili 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4 (210 mm x 297 mm)
yang dibenarkan penggunaannya.

2.2 Jidar
Saiz jidar adalah 4 cm di sebelah kiri dan 2.5 cm di sebelah atas, 2.5 cm di sebelah kanandan 2.5 cm
di sebelah bawah, untuk setiap muka surat, termasuk muka surat depan.

2.3 Penomboran muka surat


Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan.

2.4 Penaipan
Kertas projek hendaklah ditaip menggunakan computer dengan huruf Arial bersaiz 12 mengikut
Microsoft Word 2007 atau versi terkini, kecuali bagi jadual dan rajah huruf Arial bersaiz 10. Perkataan
dalam bahasa yang berlainan dari bahasa penulisan kertas projek hendaklah ditaip menggunakan
huruf condong.

1.5 Jarak dan format


Jarak dan format adalah seperti berikut:
i. Jarak antara baris dan perenggan ialah 1.5 lines.
ii. Jarak antara baris dan perenggan dalam Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah single lines.
iii. Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah 2 baris.
iv. Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah 2 baris.
v. Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri
3

vi. Mulakan baris pertama perenggan pertama di bawah sub-judul tanpa ensotan (indent)
dari jidar kiri; perenggan-perenggan seterusnya perlu diensot sebanyak 1 cm dari jidar
kiri.
vii. Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah muka surat sekiranya
ruang yang ada boleh memuatkan satu baris ayat sahaja.
viii. Jarak antara perkataan dalam barisan hendaklah sama. Oleh itu jangan gunakan format
justified.
ix. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah 2 baris.
x. Jarak antara noktah (.) dengan huruf pertama ayat berikutnya (dalam perenggan yang
sama) ialah dua (2) huruf.
xi. Jarak selepas koma (,) ialah satu (1) huruf.

1.6 Cetakan dokumen


Kertas projek hendaklah ditaip menggunakan komputer dan dicetak menggunakan mesin cetak laser
atau mesin cetak yang mempunyai kualiti cetakan yang tinggi.

1.7 Bilangan muka surat maksimum


Had bilangan muka surat kertas projek adalah adalah seperti berikut:
i. Cadangan Projek: tidak melebihi 10 muka surat
ii. Laporan Projek: tidak melebihi 25 muka surat.
Had maksimum ini tidak termasuk lampiran, jadual, gambar rajah dan lain-lain ilustrasi.

1.8 Penjilidan
Kertas projek hendaklah dijilid dengan sempurna. Jilid dengan menggunakan com binding dengan
plastic lutsinar di bahagian depan dan belakang kulit.

1.9 Warna kulit.


Warna kulit kertas projek berwarna biru muda.

1.10 Kulit kertas projek


Saiz kulit yang siap dijilid hendaklah berukuran A4 (210 x 297 mm). Kulit hendaklah menggunakan
kertas tebal (minima 120).

You might also like