You are on page 1of 18

[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series

ABDUL KADIR ABDUL RAHMAN

lwn.

NORAZIAN ABDUL RAHMAN

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR
MOHD AMRAN MAT ZAIN HMTS
[KES MAL NO: 14200-099-0144-2010]
22 NOVEMBER 2010]
PENGHAKIMAN

Ya Tuan Mohd Amran Mat Zain, HMTS

Ini adalah satu Permohonan Bantahan Awal yang difailkan oleh


Pemohon yang merupakan Defendan di dalam kes induk 14200-099-
0144-2010 (“kes induk”). Di dalam kes induk, Plaintif (Responden)
telah membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapat
perintah-perintah berikut:-

1. Satu deklarasi bahawa harta-harta Allahyarham Abdul Rahman bin Mohamad


Amin (“Allahyarham”) hendaklah dibahagikan kepada Plaintif dan waris-
waris yang berhak mengikut bahagian sepertimana yang telah ditetapkan di
dalam Sijil Faraid yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 11.02.2008;

2. Defendan ditegah daripada menghalang sebarang pindah milik dan/atau


penukaran nama bagi harta-harta pusaka Allahyarham yang menjadi hak milik
Plaintif dan waris-waris yang lain;

3. Defendan dikehendaki menyempurnakan pembahagian harta pusaka


Allahyarham kepada Plaintif dan waris-waris lain dalam tempoh 30 hari
daripada perintah ini dikeluarkan;

1
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
4. Sekiranya perlu, dalam alternatif Pendaftar Mahkamah Syariah dibenarkan
untuk menandatangani borang pindah milik 14A dan dokumen-dokumen yang
berkaitan bagi pihak Defendan;

5. Defendan dikehendaki menyerahkan surat-surat hakmilik dan/atau dokumen-


dokumen yang berkaitan kepada Plaintif dalam tempoh 7 hari dari perintah ini
dikeluarkan bagi tujuan pendaftaran;

6. Segala kos bagi penyempurnaan pindah milik harta-harta tersebut kepada


waris-waris hendaklah diambil daripada harta pusaka Allahyarham tersebut;

7. Kos tindakan ini ditanggung oleh Defendan; dan

8. Lain-lain relif yang dibenarkan oleh Mahkamah.

Pihak Plaintif dan Defendan telah hadir ke Majlis Sulh tetapi tiada
persetujuan dicapai. Oleh itu Saman dan Pernyataan Tuntutan telah
diserahkan kepada Defendan. Setelah menerima Saman, Defendan telah
dinasihatkan oleh Peguam Syarienya untuk memfailkan satu Permohonan
Bantahan Awal berkenaan dengan bidang kuasa Mahkamah untuk
mendengar, membicara dan memutuskan kes induk.

Untuk itu, Mahkamah berpendapat isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi


Syariah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum isu pokok kes
induk dimulakan. Ini kerana bidang kuasa Mahkamah adalah asas kepada
sesuatu permohonan atau kes sama ada Mahkamah mempunyai bidang
kuasa untuk mendengar, membicara dan seterusnya memutuskan kes
induk.

Pemohon telah membantah permohonan Responden dengan alasan-alasan


berikut:-

1. Tuntutan Plaintif adalah tidak sah dan tidak bermerit di sisi undang-undang

2
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
kerana Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan
Plaintif yang berkaitan dengan tindakan Pemohon sebagai Pentadbir bersama
(“Pentadbir”) harta pusaka Allahyarham; dan

2. Responden telah tersalah arah dengan memfailkan permohonan ini di


Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia sewajarnya difailkan di Mahkamah
Tinggi Malaya (Mahkamah Sivil);

Di dalam hujah Pemohon, beliau menghujahkan bahawa permohonan


Responden tidak berlandaskan kepada mana-mana peruntukan undang-
undang. Menurut Pemohon, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
berkenaan dengan hal perkara harta wasiat atau tidak berwasiat di bawah
seksyen 46(2)(b)(viii) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993 (“Akta 505”) adalah terbatas kepada
penentuan waris-waris yang berhak kepada harta pusaka seseorang Islam
yang telah meninggal dunia dan bahagian mereka sahaja menurut Hukum
Syarak.

Hujah Pemohon ini dirujuk kepada seksyen 50 akta yang sama. Di


samping itu, Pemohon juga berhujah berdasarkan kepada Senarai 1-
Senarai Persekutuan, Perlembagaan Malaysia, Aturan 80 Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 dan kes Mahkamah Rayuan Syariah Jumaaton
Awang dan Raja Delila lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik [2004] CLJ
(Sya) 100 (“Kes Raja Nong Chik tersebut”).

Responden telah memfailkan hujahan balas dengan menghujahkan


bahawa Mahkamah Tinggi Syariah adalah forum terbaik untuk
memutuskan permohonan Plaintif kerana Sijil Faraid telah dikeluarkan
oleh Mahkamah Tinggi Syariah maka perlaksanaannya juga adalah di
Mahkamah Tinggi Syariah. Responden berhujah dengan peruntukan
46(2)(b)(viii) Akta 505, seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan Perkara 121 (1A)

3
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, Responden juga memperkukuhkan
hujahnya dengan beberapa kes terdahulu Azizah bte Shaik Ismail & Satu
Lagi lwn. Fatimah binti Shaik Ismail [2004] 2 MLJ 529 dan Majlis
Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai lwn. Shaik Zolkaffily bin
Shaik Natar dan lain-lain [2003] 3 MLJ 705.

Pendapat Mahkamah

Fakta Kes Induk

Kes induk Plaintif berkenaan dengan pembahagian harta pusaka


Allahyarham. Allahyarham semasa hayatnya telah bernikah dengan
Salmah binti Omar. Pernikahan tersebut telah dikurniakan dengan 4 orang
anak lelaki iaitu Plaintif, Abdul Mutalib, Jamal dan Abdul Shukor.
Kemudian Allahyarham berkahwin dengan Fatimah binti Lambak dan
dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu Defendan, Nor Azman dan Nor
Azida. Perkahwinan Allahyarham dengan isteri pertamanya tidak
bertahan lama dan mereka bercerai.

Allahyarham telah meninggal dunia pada 25.02.2003. Semasa


kematiannya beliau meninggalkan 8 orang ahli waris iaitu isteri
keduanya, Plaintif, Defendan, Abdul Mutalib, Jamal, Abdul Shukor, Nor
Azman dan Nor Azida. Allahyarham meninggalkan sejumlah harta yang
keseluruhan nilaian mencecah jutaan ringgit. Plaintif telah memohon Sijil
Faraid daripada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan ia telah dikeluarkan pada 11.02.2008. Di sudut yang lain,
Defendan telah memohon Surat Kuasa Mentadbir daripada Mahkamah
Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dan atas permohonan Plaintif, Plaintif
dan Defendan telah dilantik sebagai Pentadbir harta pusaka Allahyarham.

4
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
Masalah mula timbul apabila Plaintif mendakwa Defendan gagal dan/atau
enggan bekerjasama dengan Plaintif untuk membahagikan harta pusaka
Allahyarham mengikut bahagian yang telah ditetapkan oleh Hukum
Syarak melalui Sijil Faraid yang telah dikeluarkan. Disebabkan
keengganan Defendan untuk bekerjasama dengan Plaintif dalam
membahagikan harta pusaka Allahyarham, Plaintif memfailkan kes induk.

Fakta Permohonan Bantahan Awal

Permohonan kes induk Responden telah dibantah oleh Pemohon dengan


alasan Mahkamah ini tidak berbidangkuasa untuk mendengar, membicara
dan memutuskan permohonan Responden. Untuk itu, Pemohon telah tidak
memfailkan pembelaan sebaliknya memfailkan Bantahan Awal.

Isu yang diketengahkan di dalam kes ini ialah sama ada Mahkamah
Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar, membicara dan memutuskan kes induk Responden.

Responden telah berhujah menggunakan peruntukan seksyen 46(2)


(b)(viii) Akta 505 iaitu bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
antaranya berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka si mati yang
beragama Islam sama ada berwasiat atau tidak berwasiat. Seksyen
46(2)(b)(viii) Akta 505 memperuntukkan bahawa:-

Seksyen 46

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai


bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan
hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie

2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-

5
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan
boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1984, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh
mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

(b) Dalam bidang kuasa malnya. mendengar dan


memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana
semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan
dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju, perceraian,


pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami
isteri;

(ii) Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang


berbangkit daripada mana-mana perkara yang
dinyatakan dalam subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau


penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang


si mati Islam,

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat


tanpa balasan yang memadai dengan wang atau
nilaian wang, oleh seseorang Islam;

(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak


berwasiat;

(xi) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian


harta pusaka seseorang si mati Islam atau bahagian-
bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-
masing berhak; atau undang-undang bertulis.

Di dalam isu ini, Pemohon telah berhujah dengan menyatakan bahawa


terdapat seksyen 50 di dalam akta yang sama telah menyekat keluasan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah di dalam masalah pentadbiran

6
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
harta pusaka Allahyarham. Pemohon berhujah bahawa bidang kuasa
Mahkamah Tinggi Syariah hanya setakat menentukan ahli waris yang
berhak ke atas harta pusaka Allahyarham dan bahagian-bahagian yang
ditetapkan oleh Hukum Syarak bagi setiap ahli waris. Seksyen 50 akta
yang sama memperuntukkan bahawa:-

Seksyen 50

Perakuan-perakuan pewaris

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang


berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta
pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau
pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah
atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai
kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak
kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-
bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing
masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas
permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia
menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar
olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta
yang didapati olehnya dan pendapatnya dan mengenai
bahagian-bahagian yang padanya mereka masing-
masingnya berhak mengenai orang yang berhak kepada
bahagian dalam harta pusaka itu

Di dalam perkara ini, dengan hormatnya Mahkamah ini bersetuju dengan


hujahan Pemohon bahawa bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang
diberikan oleh undang-undang adalah penentuan ahli-ahli waris yang
layak mendapat harta pusaka Allahyarham dan bahagian-bahagian
mereka. Tugas Mahkamah ialah mendengar permohonan ahli waris atau
pihak yang berkepentingan dengan harta pusaka Allahyarham dan
menentukan siapakah ahli-ahli waris yang ditinggalkan oleh Allahyarham
serta bahagian masing-masing. Justeru itu, tugas Mahkamah dianggap
telah disempurnakan selepas Perintah Faraid (dahulu dikenali sebagai
Sijil Faraid) dikeluarkan.

7
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
Jika diteliti peruntukan seksyen 50 Akta 505 tersebut, ia menjelaskan
berkenaan dengan situasi di mana satu kes pentadbiran atau pembahagian
harta pusaka seseorang Islam yang telah meninggal dunia sedang atau
ingin difailkan sama ada di Mahkamah Tinggi Malaya atau Pejabat
Pesaka Kecil atau mana-mana pihak berkuasa selain Mahkamah Tinggi
atau Rendah Syariah, maka prosiding berkenaan memerlukan kepada
penentuan ahli waris si mati dan bahagian mereka. Pihak yang memohon
pentadbiran (Surat Berkuasa Mentadbir) atau pembahagian harta si mati
hendaklah membuat permohonan penentuan ahli waris dan bahagian
mereka di Mahkamah Syariah. Selepas itu, urusan pembahagian harta
pusaka si mati akan dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya, Pejabat Tanah,
Pejabat Pesaka Kecil atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.

Mahkamah ini tidak dapat lari daripada ‘terikat’ dengan perkataan yang
digunakan di dalam seksyen tersebut yang amat jelas iaitu pentadbiran
atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam’ bermakna
perkara pentadbiran dan pembahagian harta pusaka si mati yang
beragama Islam hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya atau
Pejabat Pesaka Kecil atau mana-mana pihak berkuasa tetapi bukanlah di
Mahkamah Syariah.

Oleh itu, peruntukan seksyen 46(2)(b)(viii) Akta 505 adalah peruntukan


am yang telah dikembangkan maknanya dan dikhaskan bidang kuasanya
kepada penentuan ahli waris dan bahagian mereka sahaja di dalam
seksyen 50 akta yang sama.

Hujah Responden yang menyatakan bahawa selepas wujudnya Perkara


121(1A) Perlembagaan Persekutuan, segala hal perkara yang berkenaan
dengan orang Islam hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Dengan

8
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
hormatnya Mahkamah tidak mempertikaikan fakta tersebut tetapi tidak
semua hal perkara yang melibatkan orang Islam akan dibicarakan di
Mahkamah Syariah terutamanya apabila telah ada peruntukan lain yang
jelas menunjukkan ianya berada di bawah bidang kuasa mahkamah awam.

Perkara 4(e)(i) Senarai 1-Senarai Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan


telah dengan jelas meletakkan perkara surat kuasa mentadbir pesaka di
dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya bidang kuasa
Kerajaan Negeri sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai 2-Senarai
Negeri, Perlembagaan Persekutuan berkenaan harta wasiat atau tak
berwasiat.

Di dalam kes harta pusaka Allahyarham Raja Nong Chik, Mahkamah


Rayuan Syariah menyatakan bahawa:-

“Dalam masa kuasa-kuasa yang terhad diberi kepada


kerajaan negeri, terdapat juga undang-undang
persekutuan mengenai beberapa perkara yang ada
dalam kuasa kerajaan negeri dan ini akan lebih
menyekatkan lagi penggunaan undang-undang negeri.
Dalam perkara perwarisan harta berwasiat dan tak
berwasiat terhadap Akta Probet dan Pentadbiran dan
Akta Pusaka Kecil (Pembahagian). Dengan wujudnya
akta ini maka Mahkamah Syariah dan Kadi hanya
setakat menentukan bahagian waris-waris mengikut
Hukum Syarak.”

Kemudian, Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan bahawa


Pemohon-pemohon di dalam kes tersebut adalah ahli waris yang berhak
ke atas harta pusaka Allahyarham Raja Nong Chik. Untuk melaksanakan
perintah tersebut, kedua-dua Pemohon hendaklah mengemukakan
permohonan kepada Mahkamah yang berbidang kuasa melantik Pentadbir
harta pusaka Allahyarham. Mahkamah Rayuan Syariah juga memutuskan
bahawa Mahkamah itu tidak berbidang kuasa untuk membuat keputusan

9
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
ke atas permohonan pemohon-pemohon kerana tiada peruntukan di dalam
Akta 505 dan terhalang dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
955 dan Peraturan-Peraturan.

Dengan hormatnya saya juga merujuk kepada kes Latifah bte Mat Zain v.
Rosmawati bte Sharibun & Anor, [2007] 5 MLJ 119:-

“When the letter of administration is obtained, the


administrator is appointed, and in case of an estate of a
muslim, the administrator will obtain a Sijil Faraid from the
Shariah Court which state who are the beneficiaries and
their respective shares, in accordance with Islamic Law. If
the estate consists of immovable property, another
application is made to the civil High Court for a vesting
order. All that the civil High Court does in such an
application is that, being satisfied with all procedural
requirements, the civil High Court makes a vesting order in
accordance with the sijil faraid”

Mahkamah juga merujuk kepada kes rayuan yang tidak dilaporkan Mohd
Ghazali bin Hussin lwn. Rahmah binti Said dan 8 yang lain (14000-099-
0009-2007). Perayu di dalam kes ini tidak berpuas hati dengan keputusan
YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur tidak mempunyai bidang kuasa untuk
memutuskan permohonan Perayu. Perayu memohon antara lain satu
perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan perintah
pembahagian harta pusaka Allahyarham Sapiah binti Hj Idris yang telah
dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

Kes yang dikemukakan ini adalah berkaitan dengan kehendak memaksa


Defendan supaya membahagikan harta-harta pesaka si mati sebagaimana
kehendak sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Tidak timbul

10
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
berhubung tentang isu berkaitan status harta tersebut, sama ada ia
berbentuk hibah, pemberian atau sebagainya yang membolehkan
mahkamah ini campur tangan. Hamid Mohamed, Ketua Hakim Negara
(pada masa itu) memberi ulasan berhubung kes Jumaaton Awang dan
Raja Delila lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik [2004] CLJ (Sya), dalam
penghakimannya kepada kes Latifah bte Mat Zain v. Rosmawati bte
Sharibun & Anor, [2007] 5 MLJ 121, telah memberi komen berkaitan
penentuan bidang kuasa ini.

“In my view and respect, while the court was right in


holding that probate and adminstration were outside its
jurisdiction, it wrong in thinking that the issue before it was
an issue of probate and adminstration. It was not. From the
judgment, at least it is very clear that third declaration
applied for (that all the 12 beneficiaries of the deceased
were entitled to their respective shares in accordance with
the faraid’) was an Islamic Law issue within the juridistion
of the Shariah Court. However; from the judgment, we do
not know whether the contradictory claim over the disputed
shares concern the question of gift inter vivos or ‘hibah’ or
on some other non syariah legal ground eg, under
companies’ law. If it was the fomer, then the syariah court
should have decided whether there was a hibah in
accordance with Islamic Law of those disputed shares and
then proceed to determine the shares of the beneficiaries,
respectively, according to faraid’. If it was the latter, of
course the syariah court should not embark on civil law to
determine the question whether those disputed shares were
part of the estate of deceased or not. That is a matter for the
civil court.”

Di dalam kes di atas, Mahkamah Rayuan Syariah telah merujuk kepada


artikel bertajuk Bidang kuasa dan Kuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah:
Hakim dan Pegawai Syariah tulisan Prof Ahmad Ibrahim di dalam buku
“Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia terbitan IKIM halaman
268:-

“kuasa badan Perundangan Negeri untuk menggubal


perkara-perkara mengenai undang-undang Islam

11
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
termasuklah kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyai
bidang kuasa ke atas orang Islam. Tetapi diperuntukkan
juga bahawa Mahkamah-Mahkamah tersebut tidak
mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan
kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang
Persekutuan. Walaupun peruntukan itu menyatakan bahawa
beberapa perkara telah dimasukkan dalam Senarai Negeri
ada banyak undang-undang Persekutuan yang menghadkan
bidang dan pemakaian undang-undang Negeri, umpamanya
probet dan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka termasuk
di dalam Senarai Persekutuan (lihat Senarai 1 Perkara 4(e)
dan begitu juga penyiasatan jenayah termasuk dalam
Senarai Persekutuan (lihat Senarai 1 Perkara 3(a)). Oleh
kerana itu, di dalam perkara warisan harta pusaka
pertimbangan harus diberi kepada Akta Probet dan surat
kuasa mentadbir dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian).
Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk mengesahkan
bahagian-bahagian yang harus diberi kepada waris-waris di
bawah undang-undang Islam, sedangkan pentadbiran harta
pusaka itu terserah kepada Mahkamah Sivil dan Pejabat
Tanah.”

Di sini, Mahkamah terpanggil untuk memberi respon kepada kes Azizah


bte Shaik Ismail & satu lagi lwn. Fatimah binti Shaik Ismail [2004] 2
MLJ 529 dan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai lwn.
Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar dan lain-lain [2003] 3 MLJ 705 yang
dirujuk oleh Responden. Responden berhujah bahawa Mahkamah
seharusnya menggunakan pendekatan ‘subject matter approach’
(pendekatan hal perkara pokok) daripada ‘remedy prayed for approach’.

Mahkamah bersetuju dengan hujah Responden di dalam hal ini. Hal


perkara pokok di dalam kes ini ialah pentadbiran harta pusaka tak
berwasiat manakala ‘prayer/remedy’ utama Responden ialah satu
deklarasi pembahagian harta pusaka Allahyarham yang lebih menjurus
kepada perlaksanaan/penguatkuasaan perintah.

Dalam menyelesaikan isu bidang kuasa ini. Mahkamah melihat kepada


perkara pokok kes ini iaitu pentadbiran harta tak berwasiat. Seperti yang

12
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
telah dijelaskan sebelum ini Mahkamah Syariah hanya berbidang kuasa
untuk menentukan ahli-ahli waris Allahyarham dan bahagian mereka
menurut Hukum Syarak. Mahkamah Syariah tidak berupaya untuk
mengarahkan suatu pihak lain untuk membahagikan harta pusaka
Allahyarham mengikut Sijil Faraid yang telah dikeluarkan. Oleh itu di
dalam kes ini, Mahkamah telah melaksanakan tugasnya menentukan
siapakah ahli-ahli waris yang berhak ke atas harta pusaka Allahyarham
dan bahagian masing-masing. Soal pembahagian, cara dan siapakah yang
berkuasa untuk membahagikan harta pusaka Allahyarham bukanlah
tertakluk di dalam bidang kuasa Mahkamah.

Di dalam kes ini, Plaintif dan Defendan adalah Pentadbir bersama


(“Pentadbir”) bagi harta pusaka Allahyarham. Surat Kuasa Mentadbir
telah diberikan kepada Plaintif dan Defendan oleh Mahkamah Tinggi
Malaya di Kuala Lumpur mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959
(“Akta 97”). Sebagai Pentadbir, Plaintif dan Defendan mempunyai
tanggungjawab dan kuasa yang telah ditetapkan oleh seksyen 60 dan 68
Akta 97 dan beberapa peruntukan khas berkenaan dengan perkara yang
perlu, boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Pentadbir seperti penjualan,
gadaian, pindah milik dan apa jua perkara yang berkaitan dengan harta
tak alih apatah lagi Pentadbir Harta telah pun dilantik oleh mahkamah
awam.

Power of personal representative to dispose of


property

60. (1) In dealing with the property of the


deceased his personal representative shall comply
with this section.

(2) Unless the Court otherwise directs, no sale,


transfer, conveyance or assent in respect of
immovable property shall be made without the

13
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
concurrence of all the personal representatives of the
deceased; and subject as aforesaid, where there are
several personal representatives the powers of all
may, in the absence of any direction to the contrary in
the will or grant of administration, be exercised by
any one of them.

(3) A personal representative may charge,


mortgage or otherwise dispose of all or any property
vested in him, as he may think proper, subject to any
restriction which may be imposed in this behalf by the
will of the deceased, and subject to this section:

Provided that an executor may dispose of any


property notwithstanding any restriction so imposed,
if he does so in accordance with an order of the
Court.

(4) An administrator may not, without the previous


permission of the Court:-

(a) mortgage, charge or transfer by sale,


gift, exchange or otherwise any immovable
property situate in any State and for the time
being vested in him; or

(b) lease any such property for a term


exceeding five years.

(5) Nothing in this section shall affect subsection


15(2) of the Trustees Act 1949 [Act 208].

(6) The disposal of property by a personal


representative in contravention of this section shall
be voidable at the instance of any other person
interested in the property.

Duties of representative

68. (1) On the death of a person intestate as to any


property, the property shall be held by his personal
representatives -

(a) as to the immovable property upon trust,


subject to section 60, to sell the same; and

(b) as to the movable property upon trust to


call in, sell and convert into money such part
thereof as may not consist of money, with

14
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
power to postpone the sale and conversion for
such a period as the personal representatives,
without being liable to account, may think
proper, and so that any reversionary interest
be not sold until it falls into possession, unless
the personal representatives see special reason
for sale.

(2) Out of the net money to arise from the sale and
conversion of the said movable and immovable
property (after payment of costs), and out of the
ready money of the deceased (so far as not disposed
of by his will, if any), the personal representatives
shall pay all such funeral, testamentary and
administration expenses, debts and other liabilities as
are properly payable there out, and out of the residue
of the said money the personal representatives shall
set aside a fund sufficient to provide for any
pecuniary legacies bequeathed by the will (if any) of
the deceased.

(3) During the minority of any beneficiary or the


subsistence of any life interest, and pending the
distribution of the whole or any part of the estate of
the deceased, the personal representatives may invest
the residue of the said money, or so much thereof as
may not have been distributed, in any investments for
the time being authorized by any written law for the
investment of trust money, with power, at the
discretion of the personal representatives, to change
the investments for others of a like nature.

(4) The residue of the said money and any


investments for the time being representing the same,
including (but without prejudice to the trust for sale)
any part of the estate of the deceased which may be
retained unsold and is not required for the
administration purposes aforesaid, is in this Part
referred to as “the residuary estate of the intestate”.

(5) The income (including net rents and profits of


immovable property after payment of rates, taxes,
rents, costs of insurances, repairs and other
outgoings properly attributable to income) of so much
of the movable and immovable property of the
deceased as may not be disposed of by his will, if any,
or may not be required for the administration
purposes aforesaid, may, however the estate is

15
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
invested, as from the death of the deceased, be treated
and applied as income, and for that purpose any
necessary apportionment may be made between tenant
for life and remainder man.

(6) Nothing in this section affects the rights of any


creditor of the deceased or the rights of the
Government in respect of estate duty.

(7) Where the deceased leaves a will, this section


has effect subject to the will.

Disamping Akta 97, undang-undang berkenaan dengan pentadbiran harta


pusaka telah diperkemaskan melalui Aturan 80 Kaedah-kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 yang menerangkan secara terperinci prosedur
pentadbiran harta pusaka. Aturan 80 ini menerangkan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi Malaya berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka
contohnya sekiranya pihak yang berkepentingan di dalam harta pusaka si
mati boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaya suatu
arahan/perintah kepada pentadbir untuk melakukan sesuatu atau
menghalang untuk melakukan sesuatu sepertimana yang diperuntukkan di
dalam Aturan 80 Kaedah (3)(c) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

“(C) suatu perintah yang mengarahkan seseorang


melakukan atau menahan diri daripada melakukan
sesuatu tindakan tertentu atas sifatnya sebagai wasi,
pentadbir, atau pemegang amanah;

Ini bermakna hal perkara berkenaan dengan pentadbiran dan pembahagian


harta pusaka Allahyarham yang dikendalikan oleh Plaintif dan Defendan
sebagai Pentadbir hendaklah mengikuti undang-undang, peraturan dan
garis panduan yang telah ditetapkan oleh undang-undang sivil di dalam
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi
1980 serta undang-undang kecil lain. Apabila ada pihak berkepentingan
yang tidak berpuas hati dalam mana-mana tindakan pentadbiran dan
pembahagian harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia,

16
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
sekiranya harta si mati melebihi RM600,000.00, maka forum yang
berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan masalah ini adalah
Mahkamah Tinggi Malaya sepertimana yang ditafsirkan oleh Akta 97.
Seksyen 2 Akta 97 menafsirkan perkataan Mahkamah sebagai Mahkamah
Tinggi Malaya.

Kesimpulan

Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang telah dihadkan oleh


pemerintah. Mahkamah tidak boleh melampaui bidang kuasa yang telah
ditentukan. Di dalam perkara ini, Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam
kitabnya Nizam al Qadha’fi al Syariah al Islamiyyah yang telah
diterjemahkan oleh Hj Mohd Saleh bin Hj Ahmad di dalam bukunya
Sistem Kehakiman Islam, cetakan Pustaka Abdul Majid, Selangor, tahun
2010 halaman 74, Hukum Syarak menyatakan bahawa:

“apabila khalifah melantik seorang hakim dengan


beberapa batasan tertentu dari segi tempat dan masa
atau jenis-jenis kes pertikaian atau jenis-jenis orang
yang bertikai maka perlantikan kehakiman bagi
hakim ini adalah dalam bentuk yang dinamakan
perlantikan khas/khusus. Pembatasan kuasa hakim
yang dilantik dalam bentuk itulah yang dikenali di
kalangan fuqaha dengan istilah takhsis al qadha”

Keputusan

Setelah meneliti permohonan Pemohon dan hujahnya serta hujahan


balas Responden, berpandukan kepada Hukum Syarak, undang-
undang bertulis sedia ada sama ada di bidang perundangan sivil/
syariah dan tulisan cendiakawan undang-undang serta beberapa kes
terdahulu, maka dengan ini Mahkamah memutuskan bahawa:

1. Permohonan Bantahan Awal ini diluluskan. Mahkamah Tinggi Syariah

17
[2012] 3 LNS 4 Legal Network Series
tidak mempunyai bidang kuasa atas isu yang dibangkitkan; dan

2. Kos ditanggung pihak masing-masing.

Kaunsel:

Bagi pihak pemohon - Razie Aini Abdul Razak; T/n Aishah Kama & Sabri

Bagi pihak responden - Akberdin H. Abdul Kader (Muhammad Hafiz Ab


Rashid bersamanya); T/n Akberdin & Co

Kes-kes yang dirujuk:

Jumaaton Awang dan Raja Delila lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik
[2004] CLJ (Sya) 100

Mohd Ghazali bin Hussin lwn. Rahmah binti Said dan 8 yang lain
(14000-099-0009-2007)

Perundangan yang dirujuk:

Perlembagaan Persekutuan, Per.4(e)(i) Senarai 1-Senarai Persekutuan,

Perlembagaan Persekutuan, Senarai 2-Senarai Negeri,

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1993, s. 46(2)(b)(viii) dan 50.

Akta Probet dan Pentadbiran 1959, s. 2, 60 dan 68.

Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Aturan 80 Kaedah (3)(c).

Kitab yang dirujuk:

Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. 2010. Sistem Kehakiman Islam, terj. Dr.


Abdul Karim Zaidan, Kitab Nizam al Qadha’ fi al Syariah al
Islamiyyah. Pustaka Abdul Majid, Selangor.

18

You might also like