You are on page 1of 10

ANALISIS ARTIKEL

SCHOOL CHOICE AND LEARNING OPPORTUNITIES

FATHIN NAJAH BINTI MAZLAN

SARJANA SOSIOLOGI PENDIDIKAN, UPSI

1. PENGENALAN

Artikel ini adalah bertajuk School Choice And Learning Opportunities. Artikel ini ditulis oleh
Megan Austin dan Mark Berends. Artikel ini diperolehi dari Handbook of the Sociology of
Education in the 21st Century yang dikarang oleh Barbara Schneider dan diterbitkan oleh
Springer International Publishing A&G pada Oktober, 2018.

Artikel ini adalah berkenaan Sekolah Pilihan yang telah berkembang dengan ketara dalam
beberapa dekad yang lalu dan masih berfungsi hingga ke hari ini di Amerika Syarikat.
Sekolah pilihan ini ialah alternatif pendidikan yang tersedia untuk ibu bapa yang tidak mahu
menghantar anak-anak mereka ke sekolah awam yang telah disediakan. Namun, timbul
pelbagai isu yang berkaitan dengannya. Antara isu utama yang dibangkitkan di dalam artikel
ini ialah untuk mengenal pasti apakah kesan sekolah pilihan ini terhadap hasil akademik,
pencapaian pendidikan dan kepuasan ibu bapa dalam memilih sekolah pilihan ini untuk
anak-anak mereka.

2. RINGKASAN ARTIKEL

Kajian ini dilakukan kerana wujudnya pelbagai kontroversi dalam pemilihan sekolah pilihan
ini dan ianya turut memberi kesan terhadap penyelidikan, polisi dan persepsi masyarakat
(Henig, 2008). Kajian yang dilakukan berkenaan sekolah pilihan ini juga telah banyak
diperbahaskan oleh pengkaji lain seiring dengan perkembangan sekolah pilihan ini di
Amerika Syarikat. Terdapat 3 aspek utama yang dikaji di dalam artikel ini iaitu pencapaian
akademik, pencapaian pendidikan dan kepuasan ibu bapa dalam pemilihan sekolah pilihan
ini. Artikel ini juga turut menerangkan tentang teori yang berkaitan dengan sekolah pilihan ini

1
iaitu Market Theory dan Institutional Theory. Dalam artikel ini, pengkaji hanya memfokuskan
kajian mereka terhad kepada tiga jenis sekolah pilihan sahaja iaitu Charter School, Program
Baucer dan sekolah swasta (Sekolah Katolik).

Tema utama yang dibangkitkan di dalam kajian ialah berkenaan sekolah pilihan yang sering
menjadi kontroversi oleh masyarakat disana. Antara kontroversi yang sering menjadi isu
hangat hingga ke hari ini ialah adakah sekolah pilihan ini lebih baik berbanding sekolah
awam? Merujuk kepada artikel ini, pengkaji ingin mengenal pasti apakah kesan sekolah
pilihan ini terhadap hasil akademik, pencapaian pendidikan, dan kepuasan ibu bapa?
Adakah sekolah pilihan ini beroperasi dengan cara yang konsisten yang bertepatan teori
pasaran atau teori institusi?

Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keputusan yang bercampur--positif dan
negatif terhadap hasil akademik dan pencapaian pendidikan ketiga-tiga sekolah tersebut.

3. PERBINCANGAN

3.1 Pencapaian Akademik Sekolah Pilihan

Antara perbincangan utama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah pencapaian akademik
Sekolah Pilihan. Apakah kesan Sekolah Pilihan terhadap pencapaian akademik? Adakah
pelajar belajar lebih banyak di Sekolah Pilihan seperi yang diukur melalui skor ujian mereka
berbanding pelajar di Sekolah Awam?

3.1.1 Charter School

Di Amerika Syarikat, Charter School telah menerima sambutan yang baik sejak 10-15 tahun
yang lalu seiring dengan perkembangan Sekolah Pilihan. Kajian menunjukkan kesan positif
terhadap peningkatan pencapaian akademik bagi pelajar di Charter School berbanding
pelajar yang tidak mendaftar (Abdulkadiroglu et al. 2009). Walau bagaimanapun, kajian
tentang pencapaian tersebut menemukan keputusan yang bercampur, ada yang positif, ada
yang negatif, dan beberapa null (Berends 2015; Betts and Tang 2014). Di New York City,
beberapa Charter School telah mengecilkan jurang pencapaian antara kumpulan kaum/etnik
dengan ketara. Kajian mendapati bahawa kesan sekolah rendah Charter School cukup
besar untuk menutup jurang pencapaian antara kaum pada beberapa mata pelajaran - iaitu,
pelajar mendapat kira-kira 0.20 peratus setahun dalam subjek Matematik dan English
(Dobbie dan Fryer, 2011).

Secara kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa terdapat keputusan yang bercampur


terhadap pencapaian akademik Charter School. Di samping itu, penyelidikan pada masa

2
akan datang harus meneliti lagi elemen tambahan untuk keberhasilan pelajar, seperti
langkah-langkah pembelajaran sosial-emosi, penglibatan, dan motivasi

3.1.2 Program Baucar

Dalam Program Baucar/biasiswa ini, ibu bapa diperuntukkan dana yang diberikan oleh
badan kerajaan/swasta yang membolehkan mereka guna untuk membayar yuran dan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah pilihan mereka, sama ada sekolah awam atau
sekolah swasta. Program baucar pertama adalah Milwaukee Parental Choice Program, yang
bermula pada tahun 1990 menyediakan biasiswa kepada pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dan sederhana untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta
(Witte,2000). Kajian Witte juga mendapati secara amnya tiada perbezaan pencapaian
akademik yang sistematik antara pelajar program baucar dan pelajar sekolah awam.
Sebahagian peserta program ini juga mendapati bahawa program ini telah mendapat impak
yang positif. Greene (2001), mendapati kesan pencapaian positif daripada analisis
eksperimen program baucar yang dibiayai oleh swasta di Charlotte. Shakeel et al.(2016)
mendapati wujudnya kesan positif dalam program baucer di luar US. Kesannya lebih besar
dalam membaca berbanding dengan subjek matematik.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kajian lain mengenai program baucar di


seluruh negara di Louisiana, Ohio, dan Indiana yang telah menunjukkan kesan negatif
terhadap pertumbuhan pencapaian pelajar. Abdulkdiroglu et al (2015), mendapati bahawa
terdapat kesan negatif yang ketara bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam tahun
pertama Louisiana Scholarship Program. Selain itu, kajian oleh Waddington dan Berends
(2017) juga mendapati terdapat kesan negative dari Indiana Choice Schloorship Program.

Tuntasnya, penyelidikan pada masa akan datang amat perlu dilakukan untuk memfokuskan
lagi aspek yang lain seperti pengalaman di sekolah dan di bilik darjah, agar dapat lebih
memahami apakah program baucar ini mampu menyediakan peluang pembelajaran yang
lebih baik atau sebaliknya.

3.1.3 Kesan Sekolah Swasta (Sekolah Katolik)

Beberapa penyelidik berpendapat bahawa pencapaian akademik sekolah swasta


(terutamanya Katolik) mengatasi sekolah awam (Chubb dan Moe 1990; Coleman dan Hoffer
1987; Coleman et al.1982), tetapi tidak semua penyelidik memegang pandangan ini
(Lubienski dan Lubienski, 2013). Implikasi sekolah katolik terhadap dasar pendidikan sering
menjadi titik permulaan perdebatan yang hangat (Lee dan Bryk, 1993). Adakah pelajar yang
menghadiri sekolah Katolik mendapat markah yang lebih tinggi pada ujian pencapaian
akademik daripada rakan sebaya mereka di sekolah awam tradisional?

3
Beberapa penyelidik berpendapat bahawa sekolah swasta (terutamanya Katolik) mengatasi
sekolah awam (Chubb dan Moe 1990). Pelajar yang menuntut di sekolah swasta atau
Katolik mungkin berbeza daripada mereka yang menuntut di sekolah awam mengikut latar
belakang sosial, motivasi, nilai dan kepercayaan, dan faktor lain; oleh itu mungkin terdapat
bias pemilihan yang menjadikan pengukuran kesan sekolah sukar (Berends dan
Waddington 2018). Seterusnya, kajian Coleman dan Hoffer (1987) mendapati bahawa
pelajar antara gred 10 hingga ke gred 12 di sekolah Katolik mampu mengatasi pelajar
sekolah awam dengan kira-kira satu tahap gred yang setara dalam matematik dan
membaca. Kajian Carbonaro dan Covay (2010) juga mendapati, pelajar sekolah Katolik
mempunyai pencapaian matematik yang lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka di
sekolah awam.

Secara kesimpulannya, kajian yang telah dikemukan di dalam artikel ini menunjukkan
pelajar di sekolah katolik telah memperolehi impak yang positif dalam pencapaian akademik
di sekolah mereka.

3.2 Pencapaian Pendidikan Sekolah Pilihan

Setelah pemerhatian di lakukan terhadap aspek pencapaian pendidikan Sekolah Pilihan,


seterusnya beberapa kajian mula menyelidik apakah kesan Sekolah Pilihan terhadap
pencapaian pendidikan.

3.2.1 Charter School

Kajian mendapati bahawa kesan Charter School terhadap pencapaian pendidikan agak
terhad berbanding dengan kajian charter school terhadap pencapaian akademik. (Angrist et
al.2013a, b; Dobbie dan Fryer 2013; Furgeson et al.2012; Sass et al.2016). Booker et al.
(2011) mendapati kehadiran pelajar di sekolah menengah charter school amat berkait rapat
dengan pencapaian pendidikan. Sekiranya pelajar berada di sekolah rendah Charter School
dan kemudian menyambung pengajian ke sekolah menengah, mereka mempunyai 7-15
percent lebih tinggi untuk menyambung diploma berbanding dengan pelajar yang berada di
sekolah menengah harian.

Selain itu, pelajar yang menuntut di sekolah menengah charter school mempunyai 8-10
percent peluang yang lebih tinggi untuk menyambung pengajian ke kolej berbanding rakan-
rakan mereka di sekolah menengah harian.

3.2.2 Program Baucar

4
Kajian yang dijalankan ke atas program baucar ini bukan sahaja berkenaan kesan
pencapaian pelajar tetapi juga kesan ke atas pencapaian institusi. Kajian Wolf et al.
(2010,2011) mengenai program baucar di Washington, DC, mendedahkan bahawa
wujudnya pencapaian yang baik dalam kadar kelulusan pelajar sekolah menengah program
baucar. Mereka mendapati bahawa Program Biasiswa DC juga dapat meningkatkan kadar
kelulusan sekolah menengah sebanyak 21 peratus berbanding dengan pelajar dalam
kumpulan kawalan (iaitu, 91% daripada kumpulan rawatan lulus berbanding dengan 70%
kumpulan kawalan).

Di New York City, Chingos dan Peterson (2012) mendapati bahawa pelajar berkulit hitam
yang mengambil bahagian dalam eksperimen baucar ini juga mempunyai peluang yang
tinggi untuk menyambung pengajian di kolej.

3.2.3 Sekolah Swasta (Sekolah Katolik)

Beberapa kajian telah meneliti hasil pencapaian pendidikan pelajar yang menuntut di
sekolah menengah Katolik (Evans dan Schwab 1995; Grogger dan Neal 2000; Neal 1997).
Kajian Grogger and Neal (2020), mendapati bahawa pelajar yang menuntut di sekolah
menengah Katolik lebih tinggi peluang untuk lulus pengajian, seterusnya menyambung
pengajian di kolej berbanding pelajar di sekolah harian. Selain itu, kajian Evans dan Schwab
(1995) juga mendapati bahawa pelajar yang menuntut di sekolah menengah Katolik
mempunyai peluang 10-13% lebih tinggi untuk menghadiri kolej berbanding dengan rakan
sekolah awam mereka. Seterusnya, kajian Freeman dan Berends (2016) mendapati bahawa
pelajar yang menghadiri sekolah menengah Katolik lebih cenderung untuk meneruskan
pendidikan mereka.

Walaubagaimanapun, kesan sekolah Katolik terhadap pencapaian pendidikan


berkemungkinan akan berkurang dari masa ke semasa (Freeman dan Berends, 2016).

3.3 Kepuasan Ibu Bapa Dalam Pemilihan Sekolah

Sebagai tambahan kepada kajian yang dilakukan terhadap kesan pilihan sekolah melalui
aspek pencapaian akademik dan pencapaian pendidikan, persoalan penting ialah adakah
ibu bapa dan pelajar berpuas hati dengan pilihan mereka? Seperti yang dinyatakan oleh
Buckley dan Schneider: "Kepuasan ibu bapa sangat penting untuk politik pembaharuan
sekolah" (2006, p.58).

Penyelidikan yang sedia ada mendapati bahawa ibu bapa kanak-kanak di sekolah pilihan
lebih berpuas hati daripada ibu bapa kanak-kanak di sekolah awam tradisional. Ibu bapa
yang memilih Charter School atau memilih sekolah swasta melalui program baucar lebih
berpuas hati daripada ibu bapa di sekolah harian. Gleason et al.(2010) dan Tuttle et al.

5
(2013) menunjukkan bahawa ibu bapa Charter School lebih berpuas hati daripada ibu \--- \
bapa sekolah awam. Antara penjelasan lain mengapa ibu bapa lebih berpuas hati di sekolah
pilihan adalah bahawa ibu bapa telah melabur masa dan tenaga untuk membuat pilihan, jadi
mereka melihat sekolah-sekolah melalui "kacamata berwarna mawar" (Schneider dan
Buckley 2003; Teske et al.2007).

Berdasarkan penemuan Buckley dan Schneider (2006), penyelidikan pada masa akan
datang harus diukur dengan kepuasan ibu bapa dari masa ke semasa serta memberi
perhatian kepada konteks sosial di sekolah. Penyelidikan tersebut juga harus menilai tahap
kepuasan ibu bapa pada titik masa yang berbeza serta mengumpulkan hasil dapatan kajian
untuk meneliti apakah yang mampu merubah tahap kepuasan ibu bapa dari masa ke
semasa. Lebih-lebih lagi, ibu bapa pinggir bandar yang mempunyai pencapaian pendidikan
tinggi mungkin lebih sukar untuk memuaskan mereka. Ini kerana, mungkin mereka
meletakkan nilai yang kurang pada skor ujian pencapaian daripada ibu bapa yang kurang
bernasib baik di bandar.

3.4 Teori Sekolah Pilihan

Pelbagai kajian yang telah dilakukan adalah untuk menangani perbezaan di kalangan
masyarakat dalam memilih sekolah pilihan mereka, namun ahli ekonomi mula cenderung
untuk mengaitkan teori pasaran agar dapat meramal apakah kesan ke atas hasil pelajar dan
persaingan dalam sekolah pilihan. Sementara itu, ahli sosiologi juga mula memberi
perhatian terhadap aspek sosial sekolah pilihan, serta meneliti organisasi sosial sekolah dan
merangka teori institusi sebagai titik balik kepada teori pasaran.

3.4.1 Market Theory

Market Theory meramalkan bahawa pilihan sekolah yang pelbagai dan persaingan yang
berkembang akan memberi manfaat kepada pelajar kerana keluarga mereka akan mencari
sekolah dan sekolah berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan pelajar tertentu (Chubb
dan Moe 1990; Friedman 1955, 1962). Ini kerana, sistem pasaran membolehkan individu
untuk menukar barangan dan perkhidmatan secara sukarela, berdasarkan harga, tanpa
mengetahui satu sama lain.

3.4.2 Institutional Theory

Dalam kajian sosiologi dan organisasi, teori institusi adalah teori yang menerangkan aspek
struktur sosial dengan lebih mendalam dan lebih berdaya tahan.Ia berpendapat bahawa

6
proses struktur, skim, peraturan, norma, dan rutin ditubuhkan sebagai garis panduan yang
berwibawa untuk tingkah laku sosial.

Kajian Scoot dan Davis (2007), mendapati bahawa ahli sosiologi menyifatkan sekolah
adalah satu institusi tindakan sosial yang berterusan oleh seseorang individu. Institutional
Theorist juga bersependapat dengan Market Theorist bahawa birokrasi sekolah menguasai
sektor pendidikan awam, tetapi mereka lebih merujuk kepada persekitaran sosiologi di
samping itu, Market Theory juga meramalkan bahawa pelajar yang menghadiri sekolah
pilihan akan mendapat hasil yang lebih positif kerana kebebasan ibu bapa untuk memilih
dan persaingan yang terhasil akan dapat membantu menaikkan sekolah tersebut ke tahap
yang lebih tinggi. Malah, sekolah pilihan juga turut memberi perhatian terhadap sistem
institusi seperti pensijilan guru, kandungan subjek kurikulum, masa pengajaran, saiz kelas
yang berpadanan, dan organisasi yang disusun berdasarkan gred umur. Oleh yang
demikian, ini menunjukkan bahawa sekolah pilihan barangkali tidak banyak berbeza dari
sekolah awam tradisional (Berends et al, 2010).

3.5 Persaingan

Penganalisian data peringkat negeri dari Banci dan Jabatan Pendidikan A.S, Arum (1996)
mengkaji faktor-faktor saiz sektor sekolah swasta, nisbah pelajar / guru, pendapatan setiap
pelajar, dan peratus penduduk di kawasan metropolitan Di samping itu, beliau juga membuat
penyelidikan terhadap pelajar di peringkat Sekolah Menengah perwakilan kebangsaan untuk
mengkaji sama ada faktor-faktor persaingan sekolah tersebut berkait ataupun tidak dengan
pencapaian pelajar di sektor awam. Walaubagaimanapun, Arum (1996), mendapati bahawa
kebolehpasaran sekolah swasta sangat berkait dengan prestasi sekolah awam, yang
bertepatan dengan teori pasaran.

3.5.1 Persaingan Charter School

Secara amnya, persaingan Charter School menunjukkan kesan yang bercampur, sama ada
tidak menunjukkan kesan atau beberapa kesan positif (Betts 2009). Kebanyakan kajian ini
bergantung kepada jarak geografi untuk mengukur persaingan—mengira bilangan Charter
School dalam jarak tertentu dari sekolah harian. (Betts 2009)

Sebagai contoh, di California, Buddin dan Zimmer (2009) menganalisis kesan persaingan di
enam daerah menggunakan jarak ke charter school yang terdekat, kewujudan charter
school dalam jarak 4 km, bilangan charter school dalam jarak 2.5 batu, dan kadar
pendaftaran charter school dalam jarak 2.5 batu. Mereka mendapati bahawa hanya sedikit
sahaja persaingan yang wujud yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar di sekolah awam.
Sebagai sebahagian daripada kajian ini, Buddin dan Zimmer memberikan tinjauan utama

7
kepada sampel di sekolah harian di California; antara 80% dan 90% pengetua melaporkan
bahawa kewujudan charter school di daerah mereka "tidak memberi kesan" terhadap
keupayaan sekolah mereka untuk menarik dan merekrut pelajar, keselamatan kewangan
sekolah, dan pengambilan dan pengekalan guru.

Di Florida, Sass (2006) mendapati bahawa kewujudan Charter School dalam jarak 2.5 dan 5
batu dari sekolah awam dikaitkan dengan keberhasilan pencapaian matematik untuk pelajar
di sekolah awam. Namun, dengan menggunakan pendekatan yang sama di Carolina Utara,
Bifulco dan Ladd (2006) tidak menemui bukti bahawa kewujudan Charter School
berhampiran sekolah awam mampu meningkatkan keuntungan skor ujian pelajar sekolah
awam.

Dalam kajian yang lain, Jabbar (2015, 2016) mendapati bahawa pengetua Charter School
melihat serta memberikan tindak balas terhadap persaingan yang wujud bergantung bukan
sahaja kepada bilangan sekolah pilihan atau sekolah pesaing di sekitar sekolah mereka,
tetapi pada beberapa faktor lain seperti kemahiran, pengalaman, rangkaian sosial pengetua
sekolah, bagaimana pengetua mendefinisikan pesaing yang wujud serta meniliti sama ada
sekolah tersebut dimiliki oleh Charter Management Organization (CMO).

3.5.2 Persaingan Program Baucar

Di Milwaukee, program baucar tertua di Amerika Syarikat, Chakrabarti (2013) bergantung


pada pendekatan yang berbeza dan mendapati bahawa hasil persaingan menunjukkan
keputuasan yang bercampur. Terdapat kesan positif yang ketara dalam membaca pada
tahun kedua, tetapi tiada kesan persaingan lain program ini.

Egalite (2016) mengkaji apakah kesan persaingan pada tahun pertama Program Biasiswa
Louisiana (LSP). Model tersebut menggunakan faktor persaingan berdasarkan (1) jarak
antara sekolah awam dan sekolah swasta terdekat, jarak yang lebih pendek antara sekolah
akan menunjukkan lebih banyak pilihan sekolah; (2) pesaingan aktif sekolah swasta dalam
radius 5 hingga ke 10 batu (3) kepelbagaian jenis sekolah swasta berhampiran sekolah
awam, yang menunjukkan bilangan alternatif pilihan yang keluarga ada di kawasan tertentu.

Seterunsya, kajian lain mendapati bahawa sekolah awam bergantung kepada tekanan yang
lebih kompetitif dari sekolah swasta yang mampu meningkatkan skor ujian pelajar, walaupun
peratusan skor tersebut dalam peratusan yang tidak begitu tinggi. Lebih-lebih lagi, mereka
mendapati bahawa sekolah pilihan mempunyai inisiatif kewangan yang besar untuk
memastikan pelajar berpendapatan rendah dapat meningkatkan skor ujian.

Oleh itu, secara amnya kajian Charter School dan Program Baucar adalah bukti bahawa
ianya tidak menyokong teori pasaran dengan baik. Walau bagaimanapun, kesan positif yang

8
terdapat dalam kebanyakan kajian, mungkin lebih konsisten dengan teori pasaran daripada
teori institusi

3.6 Inovasi

Sesetengah penyelidik telah mengkaji sama ada sekolah pilihan ini membawa kepada
inovasi yang lebih besar. Ini bertepatan dengan Market Theory, yang berpendapat bahawa
sekolah pilihan (terutamanya Charter School) akan menghasilkan autonomi sekolah yang
lebih baik. Seterusnya, ia akan menghasilkan inovasi organisasi yang mempromosikan
struktur dan proses yang membawa kepada perubahan dalam amalan pengajaran, serta
akan membawa kepada penghasilan pelajar yang lebih baik

Sebagai contoh, kewujudan Charter School dan struktur tadbir urus mereka yang berbeza
dianggap sebagai inovasi (Pusat Pembaharuan Pendidikan 2008; Jabatan Pendidikan A.S
2004, 2008). Walau bagaimanapun, inovasi juga bermaksud pelaksanaan reka bentuk
pengajaran yang mengubah sekolah di setiap peringkat- pengajaran dan pembelajaran;
organisasi masa, kurikulum, dan arahan; perkongsian tadbir urus dengan organisasi
pengurusan piagam bukan keuntungan (CMO) atau organisasi pengurusan pendidikan
untung (EMO) (contohnya, KIPP, Pembelajaran Ekspedisi, Green Dot, Akademi Warisan
Kebangsaan).

4. Rumusan

Secara kesimpulannya, pelbagai kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa terdapat
pelbagai aspek yang diteliti oleh ibu bapa dalam membuat pemilihan sekolah untuk anak-
anak mereka. Antaranya, perbandingan antara sekolah awam dan sekolah swasta.
Seterusnya, pemilihan ibu bapa dalam memilih sekolah juga ditentukan oleh beberapa faktor
seperti struktur tadbir urus sekolah, lokasi kediaman dan capaian, corak pengasingan,
pandangan ibu bapa dan organisasi sekolah.

Sehubungan itu, kajian pada masa akan datang amat digalakkan agar ianya dapat
membantu menjelaskan isu yang wujud dalam kalangan masyarakat, iaitu dengan meniliti
struktur pendidikan di Sekolah Pilihan dengan tidak hanya bergantung kepada dapatan data,
keberhasilan skor ujian sekolah, kadar tamat pengajian, malah pengkaji juga turut mengkaji
aspek lain seperti tingkah laku, penglibatan pelajar, motivasi dan pencapaian pendidikan.

9
RUJUKAN

Berends, M. (2021). The current landscape of school choice in the United States. Phi Delta
Kappan, 103(1), 14–19. https://doi.org/10.1177/00317217211043619

School vouchers. Ballotpedia. (n.d.). Retrieved January 6, 2022, from


https://ballotpedia.org/School_vouchers

LAMPIRAN

Schneider, B. (2019). Handbook of the sociology of education in the 21st Century.


SPRINGER.

10

You might also like