You are on page 1of 10

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN

BILANGAN 1 TAHUN 2019

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN


KOD CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA)
BAGI PENGKELASAN INVENTORI
DI BAWAH
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia


https://account.moh.gov.my
4 Januari 2019
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 1 TAHUN 2019


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KOD CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA)


BAGI PENGKELASAN INVENTORI DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk menyelaras penggunaan kod


akaun yang tepat bagi item inventori KKM berdasarkan keperluan piawaian
perakaunan Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) 12-
Inventories, Polisi serta Carta Akaun Asas Akruan (CAA) dalam Intergrated
Government Financial and Management Accounting System (iGFMAS).

1.2 Penggunaan kod CAA ini akan memberi kesan terhadap ketepatan
Pelaporan Penyata Kewangan Kementerian. Tarikh kuatkuasa Garis
Panduan ini adalah pada 1 Januari 2019 (Surat Edaran Bahagian Akaun
Bilangan 1 Tahun 2018 dibatalkan).

2.0 PEMATUHAN PROSEDUR PERAKAUNAN INVENTORI

Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Piawaian, Polisi dan Manual
Perakaunan Akruan serta Surat Pekeliling berkaitan yang telah dikeluarkan di
laman sesawang www.anm.gov.my, www2.anm.gov.my/akruan dan
1pp.treasury.gov.my seperti berikut:

2.1 Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) 12-Inventories

2.2 Manual Perakaunan Akruan (MPA) (Versi 1: April 2014)

2.3 Manual Operasi Perakaunan Akruan (Mei 2016)

2.4 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 8 Tahun 2017: Polisi
Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan

2.5 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017: Carta
Akaun Asas Akruan

2.6 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan


(TPS): Pendahuluan AM 6.1
1/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

3.0 TAKRIFAN

Takrifan bagi maksud garis panduan ini adalah seperti berikut:

3.1 Inventori
Merujuk kepada Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS)
12-Inventories, inventori adalah aset dalam bentuk bahan atau bekalan
yang akan digunakan atau diagihkan semasa menyediakan perkhidmatan.

3.2 Item Inventori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Bagi tujuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan ini, empat (4) item telah
ditetapkan sebagai inventori KKM iaitu:

(i) 27401: Bekalan Ubat


(ii) 27403: Reagen
(iii) 27404: Vaksin
(iv) 27499: Bekalan Perubatan dan Pergigian Yang Lain (Bukan
Ubat/ Bekalan Pakai Buang/ Consumables)

3.3 Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori


PTJ yang mempunyai baki akhir inventori bernilai RM 1 juta atau lebih bagi
tiga (3) tahun kewangan secara berturutan. Status ini kekal walaupun baki
akhir bagi inventori tahun berikutnya kurang dari RM 1 juta.

3.4 Stor Utama


Stor di Kementerian/ Jabatan yang menyedia, mengurus dan membekalkan
barang-barang kepada Stor Unit dan pelanggan akhir.

Di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mempunyai satu (1) Stor


Utama sahaja yang boleh dibahagikan mengikut bahagian/ cawangan/
sektor.

Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada
Stor Farmasi dan Stor Makmal/ Patologi.

2/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Sehingga 1 Januari 2018, sebanyak 84 Pusat Tanggungjawab (PTJ)


seperti di Lampiran 1 telah ditetapkan sebagai PTJ Inventori.

4.2 Proses merekodkan perolehan bekalan inventori serta penggunaan kod


Carta Akaun Asas Akruan (CAA) bagi PTJ Inventori dan PTJ selain PTJ
Inventori adalah berbeza mengikut keperluan piawaian perakaunan
MPSAS 12-Inventori.

4.3 PTJ Inventori mengiktiraf baki Inventori di bawah Aset Semasa dalam
Penyata Kedudukan Kewangan Kementerian. Manakala bagi PTJ selain
PTJ Inventori, perolehan Inventori dianggap sebagai belanja.

4.4 Bilangan dan nilai inventori di setiap PTJ, samada dalam rekod sistem dan
manual perlu bersamaan dan selaras dengan stok fizikal di stor utama yang
telah ditentukan.

5.0 PENGGUNAAN CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA) BAGI PENGURUSAN


INVENTORI

5.1 Penggunaan Kod CAA Semasa Perolehan:

Semasa membuat perolehan (Pesanan Kerajaan) bagi empat (4) item


inventori KKM, kod CAA yang perlu digunakan adalah B0627000 (Kos
Barang Digunakan) khusus bagi PTJ Inventori. Manakala PTJ selain
PTJ Inventori perlu menggunakan kod CAA B0227000 (Perkhidmatan dan
Bekalan). Ringkasan Kod CAA Semasa Perolehan seperti Jadual 1 di
bawah:

3/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

Kod Perihal Kod CAA Semasa Perolehan


Objek PTJ Inventori Selain PTJ
Inventori
27401 Ubat dan Dadah B0627401 B0227401
27403 Reagen B0627403 B0227403
27404 Bekalan Vaksin B0627404 B0227404
27499 Bekalan Perubatan Kesihatan B0627499 B0227499
dan Pergigian Yang Lain
Jadual 1:
Panduan Penggunaan Kod Carta Akaun Asas Akruan (CAA) Semasa
Perolehan

Penggunaan Kod CAA B0627000 ini hanya terhad kepada empat (4) jenis
item di Jadual 1 sahaja. PTJ Inventori tidak dibenarkan untuk menggunakan
Kod CAA B0627000 bagi sebarang perolehan bekalan dan perkhidmatan
selain dari empat (4) jenis item di Jadual 1.

5.2 Penggunaan Kod CAA Semasa Pelarasan Suku Tahun Baki Inventori

Khusus bagi PTJ Inventori, jurnal pelarasan suku tahun baki inventori perlu
dibuat di dalam Sistem iGFMAS dengan menggunakan kod CAA A0627000
(Inventori Untuk Digunakan). Manakala PTJ selain PTJ Inventori tidak
perlu menyedia jurnal pelarasan baki inventori. Ringkasan Kod CAA
semasa pelarasan baki inventori seperti Jadual 2 di bawah:

Kod Perihal Kod CAA Semasa Pelarasan Suku


Objek Tahun Baki Inventori
PTJ Inventori Selain PTJ
Inventori
27401 Ubat dan Dadah A0627401 Jurnal pelarasan
27403 Reagen baki inventori
A0627403
tidak perlu
27404 Bekalan Vaksin A0627404 disediakan
27499 Bekalan Perubatan Kesihatan A0627499
dan Pergigian Yang Lain
Jadual 2:
Panduan Penggunaan Kod Carta Akaun Asas Akruan Semasa Jurnal
Pelarasan Suku Tahun Baki Inventori

4/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

Catatan jurnal pelarasan suku tahun baki inventori adalah seperti berikut.

(i) Pelarasan Baki Awal Inventori


Dt B0627000 (Kos Barang Digunakan)
Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

(ii) Pelarasan Baki Akhir Inventori


Dt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)
Kt B0627000 (Kos Barang Digunakan)

5.3 Penggunaan Kod CAA bagi Penurunan Nilai Inventori

Pelarasan jurnal ini dibuat jika berlaku situasi seperti penggunaan item
inventori yang perlahan (slow moving item), yang menunjukkan
kemungkinan Nilai Boleh Realisasi Bersih berada di bawah Nilai Kos.

Nilai inventori hendaklah diturunkan dengan mewujudkan Akaun


Penurunan Nilai Terkumpul (Akaun Kontra). Baki ini akan ditunjukkan
sebagai Nilai Bersih Baki Inventori dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

(i) Catatan Jurnal Penurunan Nilai Inventori


Dt B5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan) -
Belanja
Kt A5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan)

Pelarasan jurnal timbal-balik penurunan nilai inventori dibuat jika didapati


peningkatan semula penggunaan item inventori tersebut.

Apabila penurunan nilai yang sebelum ini diiktiraf ditimbal-balik, Akaun


Penurunan Nilai Terkumpul sebelum ini dikurangkan (debit) dan Akaun
Belanja yang sama ditimbal-balik.

(ii) Catatan Jurnal Timbal-Balik Penurunan Nilai Inventori


Dt A5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan)
Kt B5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan) -
Belanja

5/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

(iii) Catatan Jurnal Kerugian Atas Penilaian Semula Inventori


Dt B0557101 (Kerugian Atas Penilaian Semula Inventori)
Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

5.4 Penggunaan Kod CAA bagi Hapuskira Inventori

Apabila item inventori didapati telah usang, luput tempoh dan tidak boleh
digunakan atau hilang, inventori berkenaan hendaklah dihapuskira.

(i) Catatan Jurnal Hapuskira Inventori


Dt B0551204 (Hapuskira Kehilangan Inventori)
Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

6.0 PENUTUP

6.1 Penggunaan Carta Akaun Asas Akruan (CAA) diperlukan bagi


menghasilkan pelaporan kewangan dan perakaunan yang tepat dan
seragam di peringkat Kementerian/ Jabatan dan Kerajaan Persekutuan.
Oleh itu, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab untuk mematuhi
penggunaan Carta Akaun Asas Akruan (CAA) dalam semua transaksi
kewangan.

6.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai garis panduan


ini, PTJ boleh merujuk kepada pihak berikut:

Setiausaha Bahagian Akaun


Bahagian Akaun
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
(u/p: Unit Perakaunan Aset dan Inventori)
e-Mel: acc_upai@moh.gov.my
Telefon: 03-8883 3252

6/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ
1 Perlis 020101 Hospital Tuanku Fauziah
2 020401 Pejabat Kesihatan Daerah Kangar
3 Kedah 030101 Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar
4 030401 Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani
5 030501 Hospital Kulim
6 030901 Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
7 031401 Pejabat Kesihatan Daerah Kulim
8 Pulau 040101 Hospital Pulau Pinang
9 Pinang 040401 Hospital Bukit Mertajam
10 040801 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara
11 040901 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah
12 041101 Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut
13 041501 Hospital Seberang Jaya
14 Perak 050101 Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
15 050401 Hospital Teluk Intan
16 050801 Hospital Seri Manjung
17 051001 Hospital Taiping
18 051701 Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
19 052101 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Dan Selama
20 052201 Pejabat Kesihatan Daerah Kinta
21 053301 Hospital Slim River
22 Selangor 060101 Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang
23 060401 Hospital Kajang
24 060501 Hospital Banting
25 060801 Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
26 060901 Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
27 061101 Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
28 061301 Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam
29 061401 Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor
30 061501 Pejabat Kesihatan Daerah Klang

7/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ


31 Selangor 062401 Hospital Sungai Buloh
32 062601 Hospital Selayang
33 062701 Hospital Ampang
34 062801 Hospital Serdang
35 Negeri 070101 Hospital Tuanku Jaafar Seremban
36 Sembilan 070401 Hospital Tengku Ampuan Najihah Kuala Pilah
37 070501 Hospital Tampin
38 070601 Hospital Port Dickson
39 070801 Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
40 Melaka 080101 Hospital Melaka
41 080501 Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
42 080701 Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
43 Johor 090101 Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu
44 090401 Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
45 090501 Hospital Batu Pahat
46 090601 Hospital Kluang
47 090701 Hospital Segamat
48 091201 Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
49 091501 Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
50 093101 Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
51 Pahang 100101 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
52 100501 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
53 100701 Hospital Kuala Lipis
54 101101 Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan
55 Terengganu 120101 Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
56 120601 Hospital Kemaman
57 120701 Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
58 Kelantan 130101 Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
59 130701 Hospital Tanah Merah
60 130801 Hospital Pasir Mas
61 131001 Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

8/9
Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ
62 Sabah 140101 Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu
63 140301 Pejabat Timbalan Kesihatan Negeri Sabah: Farmasi /
Cawangan Farmasi Logistik Negeri (CFLN) Sabah
64 140401 Hospital Duchess of Kent Sandakan
65 140501 Hospital Tawau
66 141301 Hospital Keningau
67 141601 Hospital Lahad Datu
68 142001 Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu
69 142101 Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan
70 144001 Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
71 144701 Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu
72 Sarawak 150101 Hospital Umum Sarawak
73 151501 Hospital Sibu
74 151601 Hospital Miri
75 152501 Hospital Bintulu
76 154001 Pejabat Farmasi Bahagian Sri Aman
77 154101 Pejabat Farmasi Bahagian Sibu
78 154201 Pejabat Farmasi Bahagian Miri
79 154601 Cawangan Farmasi Logistik Negeri (CFLN) Sarawak
80 W.P Kuala 240601 Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur
81 Lumpur 240701 Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lumpur
82 250101 Pusat Darah Negara (PDN)
83 270101 Hospital Putrajaya
84 W.P Labuan 280101 Hospital Labuan

Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa


Sumber Data: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Kemaskini: Januari 2018

9/9

You might also like