You are on page 1of 10

 

Skrip Drama Puteri Santubong


Watak:
PUTERI SANTUBONG - Seorang puteri dewi yang jelita yang turun
dari negeri Kayangan untuk membantu mengembalikan keamanan antara
dua kampung.
PUTERI SEJINJANG - Seorang puteri dewi yang diarahkan
membantu mengembalikan keamanan antara dua kampung dan beriri
hati akan kecantikan PUTERI SANTUBONG.
RAJA KAYANGAN - Seorang raja dewa yang mengutamakan
keamanan dan keharmonian.
PUTERA MAHKOTA SERAPI - Seorang putera yang berwajah tampan.
PENCERITA
BENDAHARA DAN TEMENGGUNG
PENDUDUK KAMPUNG PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH

BABAK PROLOG
Tiada MASA dan TEMPAT yang tertentu. Pelakon-pelakon masuk beramai-ramai dan berbaris dalam
satu baris. Pemimpin nyanyian memulakan nyanyian dengan menyanyikan pendahuluan lagu.

PEMIMPIN NYANYIAN: Ooo... Puteri Santubong


Sejinjang sayang
Kisah lama
Jangan mensia mayang

Seluruh kumpulan nyanyian bersambung nyanyian lagu serta menepuk tangan dan pangkuan kaki.

SEMUA: Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,


Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

Nyanyian lagu henti.

AHLI KUMPULAN 1: Selamat sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada...

AHLI KUMPULAN 2: (bersambung)... Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk kelas
Lima S Satu...

AHLI KUMPULAN 3: (bersambung)... Encik Mohammad Rizal dan rakan sepejuangan


sekalian.
 

AHLI KUMPULAN 4: Pada pagi yang amat indah ini, kumpulan kami yang merupakan
kumpulan tiga...

AHLI KUMPULAN 5: (bersambung)... akan menjalankan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah


kami yang ketiga...

AHLI KUMPULAN 6: (bersambung)... dengan mempersembahkan sebuah drama yang


bertajuk Puteri Santubong. Diharapkan semua yang hadir dapat
terhibur dengan persembahan kami ini.

Semua pelakon berundur ke belakang tabir untuk bersedia persembahan. 

BABAK PERTAMA 
MASA: Siang, pada masa dahulu

TEMPAT: Istana Negeri Kayangan

Sebuah kerusi yang merupakan singgahsana RAJA KAYANGAN diletakkan di tengah pentas.

PENCERITA masuk.

PENCERITA: Alkisah maka di sebuah negeri yang dinamakan Kayangan, tinggalnya seorang raja dewa dan dua
orang perempuannya yang juga merupakan puteri-puteri dewi. Maka suatu hari, raja Kayangan
mengadakan perkenaan dengan Bendahara dan Temenggung.

RAJA KAYANGAN masuk dan duduk bersila di singgahsananya. BENDAHARA DAN TEMENGGUNG
masuk setelah RAJA KAYANGAN duduk.

BENDAHARA, TEMENGGUNG: (hormat takzim) Ampun tuanku, beribu-ribu ampun tuanku! Patik menjunjung
duli tuanku!

RAJA KAYANGAN: Sudah lamanya beta tidak dengar khabar dari Bumi di bawah. Adakah semuanya di Bumi
masih baik, seperti pada masa mula kewujudannya?

BENDAHARA: Ampun tuanku, beribu-ribu ampun tuanku! Untuk pengetahuan tuanku, kebanyakan makhluk di
Bumi telah berkelakuan baik. Si haiwan yang meragut rumput, yang berhuyung-hayang di celah pokok-
pokok dalam hutan itu bersikap baik, si tumbuhan yang bertumbuh dalam laut, yang menghijaukan tanah
rata juga aman damai. Si manusia pula...err...

TEMENGGUNG: (kepada BENDAHARA) Tuan hamba, maafkan hamba jika tuan hamba segan untuk
meneruskan ucapan tuan hamba. (kepada RAJA KAYANGAN) Ampun tuanku, secara keseluruhannya, si
manusia kebanyakannya yang aman damai, cuma terdapat masalah keamanan di Pasir Putih dan Pasir
Kuning. Penduduk di kampung kedua-dua tersebut sedang saling bertengkar, saling bermusuhan, serta
saling bunuh-berbunuh. Ampun tuanku!

RAJA KAYANGAN: (terkejut apabila terdengar perkataan bunuh) Apa? Berbunuh-bunuhan?


 

TEMENGGUNG: Ya tuanku. Mereka telah melupakan apa tuanku telah mengurniakan, dan sanggup
mengetepikan keamanan dan keharmonian demi perkara remeh-temeh seperti rezeki.

BENDAHARA: Ya tuanku. Mereka saling menunding jari antara satu sama lain dan mengatakan bahawa pihak
bertentangan telah mencuri rezeki pihak sendiri, pada hal sebenarnya tiada apa yang berlaku seperti yang
dipertikaikan.

RAJA KAYANGAN: (bersedih) Aduhai!

BENDAHARA, TEMENGGUNG: Ampun tuanku, beribu-ribu ampun tuanku! Patik meminta diri dulu. Ampun
tuanku! (hormat takzim dan keluar) 

RAJA KAYANGAN: Sudah betapa lamanya Bumi direka, dicipta, diwujudkan bersama tanah dan lautnya,
dengan negeri beta di atas langitnya. Beta amat bangga dengan kejayaan, pencapaian, dan keagungan yang
telah dicapai selama ini. Namun, beta amat berduka cita, amat murka terhadap penghuni-penghuni bumi
yang tidak bersyukur dan tidak menghargai kekayaan yang diberi oleh beta bersama dengan penciptaan
Bumi dan penghuninya. Wujudnya kekecohan, pertengkahan, pertelingkahan, sampai berdarahnya tanah
yang sebelumnya suci itu. Beta perlu berfikir caranya untuk menyelesaikan masalah ini. Hmm...

PENCERITA: Maka pada masa itu, datanglah dua anak perempuannya yang kejelitaan tiada tandingannya itu.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG masuk dan mendekati singgahsana.

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: Wahai ayahanda yang kelihatan duka itu!

PUTERI SANTUBONG: Apakah yang ayahanda berduka cita itu?

PUTERI SEJINJANG: Sudikah ayahanda berkongsinya?

RAJA KAYANGAN: Hai anakanda-anakanda yang prihatin, bukankah sejak turun-temurun anak perempuan
tidak patut campur tangan dalam hal lelaki?

PUTERI SANTUBONG: Wahai ayahanda, tetapi anakanda berasa duka cita melihat ayahanda termenung itu!

PUTERI SEJINJANG: Ya ayahanda, lagipun, ayahanda telah membesarkan anakanda sehinggalah anakanda
berdua telah besar panjang, malah jelita pula!

RAJA KAYANGAN: Jika para anakanda sudi mendengar, maka ayahanda tidak akan menyembunyikannya lagi.
(menunjuk jari ke bawah) Adakah anakanda-anakanda lihat perbalahan yang berlaku di bawah itu?

PUTERI SANTUBONG: Ya ayahanda. Adakah itu yang menrunsingkan ayahanda?

PUTERI SEJINJANG: (menyampuk) Kalau bukan?

RAJA KAYANGAN: Kedamaian dan keamanan yang berterusan di Bumi di bawah merupakan kehendak
ayahanda. Malangnya...

PUTERI SANTUBONG: Wahai ayahanda yang tersayang, untuk menghilangkan kerunsingan ayahanda,
anakanda sanggup berbuat apa saja.
 

 
PUTERI SEJINJANG: Ya ayahanda, anakanda sanggup turun ke Bumi dan menghentikan perbalahan itu.

RAJA KAYANGAN: (kelihatan terkejut) Adakah begitu? (kembali bermurung) Tetapi, anakanda-anakanda tidak
pernah bersusah-payah. Lagipun, anakanda-anakanda tidak tahu apakah caranya untuk mengembalikan
kedamaian.

PUTERI SANTUBONG: Ayahanda, anakanda sudi bersusah payah untuk menggembirakan ayahanda.

PUTERI SEJINJANG: Ya ayahanda, anakanda sudi mencari akal untuk mengembalikan kedamaian demi
menceriakan ayahanda.

RAJA KAYANGAN: Jika begitu, maka...maka pergilah, anakanda-anakanda, walaupun terdapat banyak
ketidaksanggupan.

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (menangis dan memeluk) Ayahanda!

RAJA KAYANGAN: Janganlah menangis, anakanda, jangan menangis! Tangisan anakanda tidak dapat
mengubah apa-apa yang berlaku di bawah, apatah lagi mengembalikan keharmonian Bumi!

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (berhenti menangis) Baiklah, ayahanda! Akan anakanda pergi
sekarang. Selamat tinggal, ayahanda! (beredar dari pentas)

RAJA KAYANGAN: (berdiri) Selamat tinggal, anak-anakku yang tersayang! Kembalikanlah kedamaian yang
hilang sekian lama. Selamat maju jaya, nak! Ayah akan sentiasa menanti khabar baik daripadamu!

RAJA KAYANGAN beredar.

BABAK KEDUA 

MASA: Siang, pada masa dahulu

TEMPAT: Pasir Kuning dan Pasir Putih

PENCERITA: Maka, kedua-dua puteri dewi dari negeri Kayangan pun tinggalkan rumah halamannya dan turun
ke Bumi untuk menyelamatkan keadaan kekecohan di antara Pasir Kuning dan Pasir Putih. Di Bumi pula,
pertelingkahan masih berlaku.

PENDUDUK KAMPUNG PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH masuk dari kiri dan kanan pentas serta berdiri 
di tengah pentas, dan sedang bertengkar. 

PENDUDUK PASIR PUTIH: Apakah kau buat di sini?

PENDUDUK PASIR KUNING: Eh, aku yang patut tanya kau apa kau buat di sini!

PENDUDUK PASIR PUTIH: Cis, ini tanah aku, aku nak buat apa itu hal aku! Kau yang menceroboh tanah
kampung aku dan nak mencuri sumber rezeki kampung aku!

PENDUDUK PASIR KUNING: Celaka kau! Ini baru tanah aku, orang yang mencuri rezeki adalah kau!
 

 
PENDUDUK PASIR PUTIH: Biadap kau! Biar aku beri kau rasa parangku!

PENDUDUK PASIR KUNING: Nak cari pasal, ya? Biar aku yang beri kau rasa parangku!

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH mengeluarkan parang dan bergaduh.

PENCERITA: Maka, kedua-dua puteri berjumpa dengan penduduk-penduduk kampung.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG masuk dari kiri dan kanan pentas.

PUTERI SANTUBONG: (menarik tangan PENDUDUK PASIR KUNING) Eh, jangan bergaduh!

PUTERI SEJINJANG: (menarik tangan PENDUDUK PASIR PUTIH) Ya, jangan bertengkar!

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH termangu-mangu dan menjatuhkan parang-parang
mereka apabila terlihat PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG.  

PENDUDUK PASIR PUTIH: Adakah saya sedang bermimpi?

PENDUDUK PASIR KUNING: Tak pernah sehidupku melihat kecantikan yang seumpama dewi-dewi di atas
kayangan.

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: Memang betul tekaan saudara. Kami merupakan puteri-puteri dewi
yang datang dari negeri Kayangan. Tapi janganlah termangu-mangu seperti kena rasuk hantu pula!

PENDUDUK PASIR PUTIH, PENDUDUK PASIR KUNING: (bercungap-cungap) A...apa? De...dewi? (pengsan lalu
 jatuh ke lantai)  

PUTERI SANTUBONG: Aduhai adinda, kakanda telah menakutkan mereka!

PUTERI SEJINJANG: Aduhai kakanda, bagaimana sekarang?

PUTERI SANTUBONG: Eloklah kakanda membawa saudara ini balik Pasir Kuning, lagipun kakanda perlu
berjumpa dengan penduduk Pasir Kuning. (mengangkat PENDUDUK PASIR KUNING)

PUTERI SEJINJANG: Adinda bersetuju. Elok adinda membawa saudara ini pula balik Pasir Putih, di samping
berjumpa dengan penduduk Pasir Putih. (mengangkat PENDUDUK PASIR PUTIH) 

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG beredar dari pentas dengan mengangkat PENDUDUK 
PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH.

PENCERITA: Maka, kedua-dua puteri kayangan pun menuju ke kedua-dua kampung. Maka sampailah
kampung-kampung tersebut, puteri-puteri pun mula mencadangkan cara mendapatkan rezeki yang lain
untuk menamatkan kekecohan.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG masuk ke pentas.  

PUTERI SANTUBONG: (berucap) Tuan-tuan dan puan-puan,


 

 
PUTERI SEJINJANG: (bersambung) saudara dan saudari,

PUTERI SANTUBONG: Pak cik dan mak cik,

PUTERI SEJINJANG: abang dan adik,

PUTERI SANTUBONG: Bapa-bapa dan ibu-ibu kepunyaan orang,

PUTERI SEJINJANG: serta jantan-jantan dan betina-betina,

SEMUA kecuali PUTERI SEJINJANG mengatakan perkataan Huh serta dengan memberi pandangan
dengan penuh membingung kepada PUTERI SEJINJANG.  

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (meneruskan) penyelamat anda telah datang untuk menyelamatkan
kamu semua!

PUTERI SANTUBONG: Janganlah kamu semua bertanyakan tentang siapa saya

PUTERI SEJINJANG: untuk mengelakkan kamu semua jatuh pengsan apabila terdengar kewujudan dewi-dewi.

PUTERI SANTUBONG: Saya di sini akan mengajar kamu semua bagaimana mendapatkan wang yang lebih
banyak selain mengutip hasil hutan.

PUTERI SEJINJANG: Ini boleh menghentikan segala pertelingkahan dan kekecohan dengan Pasir Kuning kerana
kamu semua tidak perlu berebut tanah dan hasil hutan.

PUTERI SANTUBONG: Saya akan mengajar kamu semua kemahiran saya, iaitu menenun kain.

PUTERI SEJINJANG: Bercucuk tanam merupakan kemahiran saya yang akan disampaikan kepada anda semua.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG berucap pada serentak.  

PUTERI SANTUBONG: PUTERI SEJINJANG:


Mula-mula, saya memperkenalkan alatan Mula-mula, saya memperkenalkan alatan
ini yang dikenali sebagai belidak... ini yang dikenali sebagai lesung...

PENCERITA mula meneruskan ceritanya apabila kedua-kedua PUTERI mula berkata mula-mula. 

PENCERITA: Maka, kedua-dua puteri mengajar penduduk-penduduk kampung kemahiran menenun kain dan
bercucuk tanam. Maka, penduduk-penduduk kampung menggunakan kemahiran yang diajar dan menjadi
kaya-raya.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG beredar.  


 

BABAK KETIGA 

MASA: Siang, pada masa dahulu

TEMPAT: Pasir Kuning dan Pasir Putih

PENCERITA: Maka, terdapat penduduk-penduduk lelaki yang tertarik akan kecantikan serta bakat kedua-dua
puteri, tetapi kebanyakannya telah pergi berjumpa dengan Puteri Santubong yang lebih cantik untuk
merisik.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG masuk dari kiri dan kanan pentas dengan membawa
mesin penenun kain dan padi. 

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (menyanyi) Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, biji muafakat...

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH masuk. 

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH: (berselang-seli baris semasa berpantun) Mendayung sampan di
tengah tasik, Terjumpa permata menjadi kaya; Kami di sini datang merisik, Adakah tuan puteri sudah
berpunya?

PUTERI SANTUBONG: Aduhai, si manusia yang naif, tidak tahukah anda bahawa puteri dewi perlu berkahwin
dengan putera jikalau ingin berkahwin dengan manusia menurut peraturan warisan? Maafkan saya jika
anda semua dikecewakan.

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH kelihatan kecewa dan menuju ke arah PUTERI SEJINJANG
untuk keluar. 

PUTERI SEJINJANG: (menghalang PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH) Eh, eh, apakah kamu terburu-
buru nak beredar? Bukankah kamu berdua ingin berkahwin dengan puteri dewi? Saya pun seorang puteri
dewi!

PENDUDUK PASIR KUNING: Err...maaf tuan puteri, kami tidak ingin menyalahi apa-apa peraturan di Kayangan
sana.

PENDUDUK PASIR PUTIH: Lagipun, kami hanya berhajat untuk berjumpa dengan Puteri Santubong untuk
merisik. Maaflah jika tuan puteri dikecewakan.

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH beredar.  

PUTERI SEJINJANG: (marah) Cis, kini semua orang pergi merisik kakanda, dan tiada yang ingin merisik saya!
Apa mereka sudah buta ke? Adakah mereka sudah buta kerana kecantikan kakanda saya? Cis, apa mereka
 juga tidak nampak saya juga cantik? Geramnya saya!

PENCERITA: Maka suatu hari, kedatangan Putera Mahkota Serapi yang kelihatan tampan dan kacak di Pasir
Kuning dan Pasir Putih dijadikan.

PUTERA MAHKOTA SERAPI masuk. Ketika PUTERA MAHKOTA SERAPI masuk, PUTERI SANTUBONG dan
PUTERI SEJINJANG kelihatan termangu-mangu.  
 

 
PUTERA MAHKOTA SERAPI: Amboi, kampung-kampung ini memang maju dan kaya-raya. Alangkah baik jika
tempat ini dijadikan naungan negeri beta! (melihat PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG) Alangkah
baik juga kedua-dua gadis yang ayu menjadi pemaisuri beta!

PUTERI SANTUBONG: (hairan) Adakah saudara berkata ingin berkahwin dengan tuan puteri?

PUTERI SEJINJANG: (terburu-buru) Dengan ketampanan saudara, saya sudi berkahwin dengan saudara serta-
merta.

PUTERA MAHKOTA SERAPI: Apa saudara! Beta ialah satu-satunya, dan hanya satu saja, yang bergelar, Putera
Mahkota Serapi!

PUTERI SANTUBONG: Ah, rupa-rupanya seorang putera, dan seorang yang kacak sekali!

PUTERI SEJINJANG: (bercakap bersendirian) Saya tidak boleh memberikan peluang keemasan ini terlepas! Saya
tidak boleh melepaskan putera ini menjadikan suami kakanda! Saya mesti rebut! (berpaling kepada
PUTERA MAHKOTA SERAPI dan menarik lengannya) Wahai putera manusia, adinda merupakan seorang
puteri, malah puteri dewi! Bukankah adinda sepadan denganmu?
PUTERI SANTUBONG: (menarik lengan PUTERA MAHKOTA SERAPI) Adinda juga seorang puteri dewi, tetapi
adinda rasa tuan putera telah mempunyai hajat untuk berkahwin dengan adinda, bukan?

PUTERA MAHKOTA SERAPI: (sedikit malu) Sebenarnya, beta ingin berkahwin dengan...kedua-dua sekali.

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (terkejut) Apa? Kedua-dua sekali?

PUTERA MAHKOTA SERAPI: Ya, tak boleh ke? Beta dengar tentang kisah putera berkahwin dua, malah
berkahwin empat!

PUTERI SANTUBONG: Tidak boleh! Adinda tidak mahu berkongsi suamiku dengan orang lain, lebih-lebih lagi
dengan adikku!

PUTERI SEJINJANG: Saya tidak bersetuju! Adinda juga tidak mahu menjadi pemaisuri kedua kerana kakakku
menjadi pemaisuri pertama!

PUTERA MAHKOTA SERAPI: Apa? Kalian adik-beradik? Lebih baguslah tu!

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG: (marah) Apa yang bagus?

PUTERA MAHKOTA SERAPI: Err...

PUTERI SANTUBONG: Walau apa pun, adinda sudah berpunya, dan dimiliki tuan putera!

PUTERI SEJINJANG: Adakah kakanda gila? Tuan putera ini bakal suamiku!

PUTERI SANTUBONG: (menarik tangan PUTERA MAHKOTA SERAPI) Kepunyaan kakanda!

PUTERI SEJINJANG: (menarik tangan PUTERA MAHKOTA SERAPI) Bukan, adinda punya!
 

PUTERA MAHKOTA SERAPI: (menanggalkan kedua-dua tangan PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG)  
Masya-Allah! Jika bakal pemaisuri beta berkelakuan begitu, maka beta perlulah mencari gadis yang lain
untuk dijadikan pemaisuri. (beredar) 

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG melihat PUTERA MAHKOTA SERAPI beredar.  

PUTERI SANTUBONG: (marah) Cis, adinda sudah menakutkan putera yang bakal menjadi suami kakanda!

PUTERI SEJINJANG: (marah) Siapa yang menakutkan putera itu pergi? Siapa yang menakutkan bakal suamiku
pergi? Sudah adinda telah bersabar dengan betapa lamanya, tentang kakanda mencuri semua perhatian
orang, tidak kira dengan ayahanda, ataupun orang-orang manusia! Sudah adinda bersabar dengan lamanya,
untuk berhidup di bawah bayangan kakanda! Adinda tidak mahu bersabar lagi!

PUTERI SANTUBONG: Jadi, apakah adinda mahu? Sebuah pertarungan?

PUTERI SEJINJANG: Walaupun adinda tidak bersetuju dengan kakanda, tetapi adinda bersetuju dengan
cadangan pertarungan. Akanku memanggil penduduk Pasir Putih untuk bertarung denganmu!

PUTERI SANTUBONG: Jika begitu, kakanda juga memanggil penduduk Pasir Kuning untuk bertarung!

PENCERITA: Maka, kedua-dua puteri memanggil penduduknya untuk bertarung.

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG berundur.  PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH
masuk dari kiri dan kanan pentas dengan parang-parang mereka.

PENDUDUK PASIR KUNING: Nampaknya, kami berjumpa lagi.

PENDUDUK PASIR PUTIH: Di tempat yang sama, melakukan perkara yang sama.

PENDUDUK PASIR KUNING: Janganlah kami membazirkan masa lagi! (mengacungkan parang kepadanya) 

PENDUDUK PASIR PUTIH: (mengeluarkan parang dan menyekat parang yang diacung sambil membalas
tetakan) Pergilah kau menjadi monyet!

PENDUDUK PASIR KUNING: (menerima dan membalas tetakan) Dan pergilah kau menjadi buaya!

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH memisahkan parang-parang mereka. PUTERI
SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG balik dengan belidak dan batu lesung mereka. 

PUTERI SANTUBONG: Adinda yang mahu pertarungan ini, jangan adinda kesal!

PUTERI SEJINJANG: Tidak akanku kesal, asalkan aku dapat membalas dendam yang disimpan sejak lama lagi!

PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG membaling senjata-senjata mereka, dan PENDUDUK PASIR
KUNING DAN PASIR PUTIH membantu dalam balingan senjata-senjata. PUTERI SANTUBONG dan PUTERI
SEJINJANG jatuh rebah. 
PUTERI SEJINJANG: (lemah) Tak akanku kesal!
 

PENCERITA: Batu lesung Puteri Sejinjang telah menghentam kepala Puteri Santubong lalu menyebabkan Puteri
Santubong rebah dan menjadi gunung Santubong, manakala belidak Puteri Santubong telah menyebabkan
Puteri Sejinjang ditabur menjadi Pulau Kera di Laut China Selatan. Maka akhirlah cerita ini.

RAJA KAYANGAN masuk. 

RAJA KAYANGAN: Eh, si penglipur lara, apa terjadi kepada penduduk-penduduk?

PENCERITA: Oh, hampir-hampir terlupa. Nasib baik tuanku mengingatkan patik. Masihkah saudara-saudari
ingat tentang sumpahan penduduk-penduduk?

PENDUDUK PASIR KUNING DAN PASIR PUTIH berjongkok di bawah sambil mengangkat gambar buaya
dan monyet. 

PENCERITA: Beginilah kesan perbalahan. Menang jadi arang, kalah jadi abu, atau menjadi Abu si Kera, yang
berada di Pulau Kera ini. Kita hendaklah bertoleransi dan mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup. Sekian persembahan kami pada hari ini, harap kalian telah bersuka ria
sepanjang persembahan tadi. Terima Kasih.

You might also like