You are on page 1of 5

KETETAPAN TERKINI MASJID DAN SURAU SELANGOR 2021/1442

22 Mac 2021

KETETAPAN JEMAAH SOLAT FARDHU JUMAAT DAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU


berkuatkuasa serta merta

Kategori Masjid Solat Jumaat Solat Fardhu 5 Waktu

Masjid Negeri (MSSAAS) 1500 termasuk pentadbir 200 termasuk pentadbir

Masjid Bukit Jelutong (MTAJ) 1000 termasuk pentadbir 200 termasuk pentadbir

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah 1000 termasuk pentadbir 200 termasuk pentadbir

Masjid Pengurusan 450 termasuk pentadbir 150 termasuk pentadbir

Masjid Institusi 450 termasuk pentadbir 200 termasuk pentadbir

Masjid Kariah 450 termasuk pentadbir 150 termasuk pentadbir

Surau Solat Jumaat 200 termasuk pentadbir 100 termasuk pentadbir

Surau Kariah - 50 termasuk pentadbir

Solat Jumaat
1. Keutamaan kepada ahli kariah yang bermastautin
2. Boleh memberi kebenaran kepada jemaah yang bermukim jika terdapat kekosongan
3. Menggilirkan kehadiran jemaah
4. Pentadbir yang tidak dapat hadir boleh memberikan tempatnya kepada ahli kariah
5. Mewujudkan medium atau aplikasi yang dapat menyelaras penggiliran
6. Bukan warganegara tidak dibenarkan
7. Jemaah yang ada kontak rapat positif covid 19 dalam kategori B,C dan D dilarang hadir
8. Hadir awal dan pintu ditutup bilamana azan kedua dikumandangkan
9. Aplikasi Mysejahtera atau Selangkah
10. Jemaah musafir boleh solat zohor seusai solat Jumaat didirikan.

Solat Fardhu 5 waktu


1. Jemaah yang hadir tidak melebihi had yang telah ditetapkan
2. Pentadbir yang tidak dapat hadir boleh memberikan tempatnya kepada ahli kariah
3. Pentadbir yang tidak sihat dan ada kontak atau bergejala dilarang hadir
4. Pentadbir yang tidak sihat diluar kebiasaan dinasihatkan menjalani swab test.
5. Jemaah muslimah masih belum dibenarkan. Jemaah muslimah hanya dibenarkan
mulai 1 Ramadhan 1442H
6. Aplikasi Mysejahtera atau Selangkah
Aktiviti Pengimarahan
1. Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha Muslimah, Kuliah Maghrib, Tazkirah Jumaat, Kuliah Bersijil
bersekala kecil dibenarkan.
2. Penceramah mempunyai tauliah JAIS.
3. Meneruskan program bacaan Al kahfi, Yaasin dan Tahlil setiap malam Jumaat
4. Bacaan Qunut setiap kali solat fardhu dan solat Jumaat
5. Jemaah kekal berada di tempat masing-masing ketika kuliah dengan penjarakkan 1.5m.
6. Jamuan dibenarkan secara buffet atau bungkus untuk 25 org AJK dan penceramah
jemputan.
7. Jamuan untuk jemaah yang lain disediakan secara bungkus dan bawa pulang.

Mesyuarat Agung Tahunan 2020/2021


1. Dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi jumlah yang telah dibenarkan (100 org)
2. Patuh SOP

Mesyuarat AJK
1. Dibenarkan mengikut jumlah sebenar AJK yang telah ditauliahkan oleh JAIS iaitu 16
orang.

Majlis Akad Nikah di Masjid atau Surau


1. Dibenarkan dengan had kehadiran seperti yang dibenarkan oleh JAIS melalui Jurunikah.

Kenduri kahwin di Dewan Masjid atau Surau


1. Tidak dibenarkan

Operasi Kiosk di Kawasan Masjid


1. Dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP

Pengurusan Jenazah
1. Jenazah bukan pesakit Covid 19 boleh diurus di masjid atau surau
2. Had bilangan pengurus jenazah ialah 5 orang
3. Waris dan jemaah solat jenazah tidak melebihi separuh dari ketetapan solat fardhu iaitu
50 orang

Penyediaan Ruang Solat Musafir


1. Masjid atau Surau tidak boleh dikunci atau ditutup
2. Musafir muslimin dan muslimat dibenarkan
3. Pemandu kenderaan e-hailing
4. Penghantar barang atau makanan
IHYA RAMADHAN 2021/1442

Solat Sunat Tarawih

Kategori Masjid Jemaah Muslimin Jemaah Muslimah

Masjid Negeri (MSSAAS) 1500 termasuk pentadbir 250 jemaah

Masjid Bukit Jelutong (MTAJ) 1000 termasuk pentadbir 250 jemaah

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah 1000 termasuk pentadbir 250 jemaah

Masjid Pengurusan 450 termasuk pentadbir 100 jemaah

Masjid Institusi 450 termasuk pentadbir 100 jemaah

Masjid Kariah 450 termasuk pentadbir 50 jemaah

Surau Solat Jumaat 200 termasuk pentadbir 50 jemaah

Surau Kariah 50 termasuk pentadbir -

1. Dilaksanakan 20 rakaat atau yang telah diputuskan oleh pentadbir


2. Kehadiran ditentukan secara penggiliran bagi jemaah yang terlalu ramai
3. Kehadiran secara walk in atau first come first serve boleh dilaksanakan mengikut
pertimbangan Pejabat Agama Daerah (PAID Petaling)
4. Mengiku jumah yang telah ditetapkan
5. Kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak dibenarkan menhadiri Solat Sunat Tarawih di
masjid dan surau. Boleh laksanakan di kediaman masing-masing.

Berbuka Puasa dan Moreh


1. Dibenarkan untuk pentadbir dan petugas tidak melebihi 25 orang
2. Boleh menyediakan makanan asas berbuka seperti kurma, buah-buahan dan air mineral
untuk jemaah transit.
3. Juadah moreh boleh disediakan oleh caterer yang dilantik dan diedarkan secara
bungkus dan bawa pulang
4. Penyediaan juadah berbuka secara bergotong royong di masjid atau surau tidak
dibenarkan
5. Penyediaan juada berbuka oleh caterer yang telah dilantik dan pengedaran terus
kepada kariah yang memerlukan atau frontliners adalah dibenarkan.
6. Memasak bubur lambuk oleh caterer yang dilantik dan diedarkan terus ke rumah ahli
kariah adalah dibenarkan.
Tahlil dan Doa
1. Boleh dilaksanakan oleh pegawai masjid.
2. Sebelum masuk waktu berbuka atau
3. Selepas solat Maghrib atau
4. Selepas solat Tarawih

Tazkirah Ramadhan
1. Boleh dilaksanakan selepas solat Maghrib atau
2. Selepas solat sunat Tarawih
3. Tidak melebihi 20 minit

Tadarus dan Khatam Al Quran


1. Boleh dilaksanakan selepas solat sunat Tarawih
2. Dibenarkan menggunakan pembesar suara dalam dewan solat
3. Muslimat boleh bertadarus pada waktu Dhuha atau masa-masa yang difikirkan sesuai
dalam kumpulan kecil.

Qiamulail dan Sahur


1. Dibenarkan dilaksanakan disemua masjid dan surau mulai jam 4.00 pagi
2. Dibenarkan bersahur dengan membawa juadah dari rumah.
3. Masjid dan surau boleh menyediakan makanan asas bersahur seperti kurma, buah-
buahan dan air mineral kepada jemaah yang mendirikan qiamulail.

Kutipan Zakat Fitrah


1. Keutamaan pembayaran secara online
2. Pembayaran secara manual boleh dilakukan dengan mematuhi SOP iaitu diruangan
khas yang disediakan, memakai face mask, kekal penjarakan, tidak bersalaman dan
sediakan wang yang secukupnya.
3. Penolong Amil Fitrah bg Surau Al Ihsan ialah:
Abd Ghafor Adenan
Khairul Anwar Shawaluddin

Gotong Royong
1. Dibenarkan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah
perkuburan Islam
2. Tidak melebihi 30 orang
SOLAT SUNAT AIDILFITRI
1. Dibenarkan dilaksanakan di semua masjid dan surau
2. Jumlah jemaah ialah mengikut ketetapan jemaah solat sunat Tarawih iaitu 200 muslimin
dan 50 muslimat.
3. Diselaraskan mulai jam 8.30 pagi

ZIARAH TANAH PERKUBURAN


1. Dibenarkan di akhir bulan Sya’ban, akhir Ramadhan atau selepas solat sunat Aidilfitri\
2. Had bilangan tidak melebihi 6 orang bagi 1 lot kubur dalam satu masa.

SUMBER
Jabatan Agama Islam Selangor
Pejabat Agama Daerah Petaling

PENGURUSAN SURAU AL IHSAN

You might also like