You are on page 1of 21

Topik X Tamadun Islam

2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep dan asas tamadun Islam;
2. Menilai keistimewaan tamadun Islam;
3. Menganalisis sumber tamadun Islam ; dan
4. Menyenaraikan hasil karya dan monumen yang terdapat dalam
tamadun Islam.

X PENGENALAN
Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia
berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad.
Tamadun yang dibina adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah
menggarap ilmu yang tinggi hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui.
Menurut Roziah Sidik (2011), kehebatan tamadun Islam sering dikaitkan dengan
pelbagai faktor. Antaranya ialah peranan aktif semua pihak termasuk
pemerintah dan orang perseorangan melalui kegiatan penterjemahan, seni bina,
monumen dan perpustakaan, naungan yang diberikan kepada saintis, hubungan
dengan negara luar, faktor bahasa Arab dan juga faktor ekonomi. Namun, pada
hakikatnya banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang kepada kehebatan
tamadun tersebut. Kolaborasi antara muslim dan non-muslim, misalnya, turut
memberikan sumbangan, lebih-lebih lagi apabila banyak nama besar yang
menggerakkan aktiviti penterjemahan khususnya teks perubatan Greek yang
dihasilkan oleh Hippocrates dan Galen ke dalam bahasa Syria dan bahasa Arab.

Satu lagi perkara yang turut wajar diberi pertimbangan sebagai antara faktor
yang menonjolkan lagi kehebatan tamadun Islam ialah aspek penguasaan ilmu.
Islam bukan hanya terhad kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana
yang menggerakkan tamadun tersebut sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 21

ilmu dari pelbagai aspek lain serta hubung kait penguasaan ilmu dari tamadun
terdahulu yang ketara menerusi keupayaan menghasilkan karya asli dalam
bidang yang diceburi. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan
tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Selama berabad-abad
tamadun Islam telah mencipta the golden age yang kemudiannya menerangi
Barat yang pada waktu itu berada dalam the dark age of Europe sebegitu lama.

2.1 DEFINISI TAMADUN ISLAM


Perkataan „tamadun‰ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti
pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga
membawa pengertian hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan
menikmati kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990). Menurut Mustapha
Kamal, Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @ Harith (2012), perkataan tamadun
telah melahirkan beberapa perkataan lain yang dapat menjelaskan lagi maksud
yang diungkapkan. Dalam dunia penulisan Arab, terdapat beberapa istilah yang
pernah digunakan selain istilah tamadun itu sendiri, antaranya madaniyah,
umran, hadharah, dan thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995). Manakala Beg (1980)
menjelaskan sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah ada tiga perkataan
lain yang pernah digunakan iaitu madaniyah, umran dan hadharah.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks
tamadun Islam. Antara istilah tersebut ialah Madaniyah, Tamadun, dan
ÂHadharahÊ. Ibn Khaldun (2006) menjelaskan tamadun Islam sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai syumuliah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan


tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau
kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata.
Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki,
Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi
atau dikenali sebagai kesatuan umat dan berpegang kepada unsur penyatuan
iaitu konsep tauhid (mengesakan Allah SWT). Manakala golongan minoriti
bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dianggap
sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan
golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku daripada tamadun
22 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang


pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

Sekarang kita akan membincangkan lebih lanjut lagi tiga istilah yg dikaitkan
dengan tamadun pada awal tadi, iaitu umran, hadharah dan madaniyah.

(a) al-Umran
Ibn Khaldun pada abad ke-14 adalah sarjana Islam yang mula-mula
memperkenalkan etimologi umran dalam mentakrifkan tamadun.
Perkataan ini terus digunakan sehingga abad ke-19. Ibn Khaldun (2006)
menggunakan istilah umran yang bermaksud bandar atau ibu kota yang
memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal
menetap, berkembang subur dan maju. Menurut Ibn Khaldun (2006) lagi,
umran merangkumi perkembangan dan pembangunan masyarakat yang
memiliki pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur,
sistem perundangan yang tersusun rapi dan pencapaian ilmu pengetahuan
yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Umran dalam maksud yang lebih
sempurna ialah suatu kawasan yang didiami dan diusahakan dan
berkembang subur, aman makmur dan ditadbir secara baik dan sistematik.

Perkataan umran juga dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah
didirikan oleh raja pada zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah
perkataan bunyan juga merujuk kepada maksud tamadun tetapi dalam
maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja pembinaan sesuatu
bangunan sahaja (Beg, 1980). Dengan kata lain, tamadun atau
umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek
kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia
dan akhirat.

(b) al-Hadharah
Ibn Khaldun (2006) turut memperkenalkan perkataan hadharah dalam
kitabnya, al-Muqaddimah. Perkataan ini bermaksud sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian, atau suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
diusahakan. Penggunaan perkataan hadharah mula diperkenalkan pada
abad ke-14 dan penggunaannya menjadi popular pada abad ke-20. Pada
masa itu, istilah Hadharah mengalami perubahan maksudnya dan
penggunaannya dalam bentuk yang lebih meluas dengan merujuk kepada
pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami
perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau
moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih moden
dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980).
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 23

Mengikut Malik Bennabi (2003), hadharah mengandungi dua pengertian


iaitu:
(i) Pengertian yang objektif – Himpunan kemajuan dalam bidang ilmu
pengetahuan, teknikal dan perundangan yang dipindahkan dari satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat; dan
(ii) Pengertian yang subjektif – Peringkat perkembangan kehidupan
manusia yang lebih maju dan lebih bermoral atau digambarkan
sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan
masa, tempat dan nilai yang dianuti.

Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini


dimaksudkan kepada aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan
sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Ia lebih ketara dalam bidang
ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan,
peraturan moral dan adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama atau
dengan kata lain, perkembangan peradaban dalam masyarakat.

(c) al-Madaniyah
Perkataan madaniyah telah diperkenalkan oleh al-Farabi pada abad ke-11.
Perkataan ini berasal daripada kata terbitan Madinah yang bermaksud
kota. Madaniyah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syaraÊ dan
akhlak (Beg, 1980). Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini,
perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup di bandar dan kota
dipanggil Mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Perkataan maddana
membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran atau
hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan
yang maju (Mustafa et al., 1990).

Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh menjelaskan


perkataan madaniyah diambil daripada perkataan madinah atau city dan
perkaitannya dengan tamadun adalah kerana kebiasaannya bandar adalah
induk tamadun atau tamadun asalnya berkembang di bandar. Beg (1980)
menjelaskan madaniyah sebagai gambaran ketinggian dalam kehidupan
kebendaan dalam sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek
pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan
kemudahan infrastruktur dan wujudnya pelbagai keperluan hidup yang
asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan
hiburan. Keperluan ini mestilah mempunyai pelbagai keperluan kewangan
serta kemampuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Oleh itu, penekanan
yang diberikan oleh al-madaniyah adalah lebih bersifat kebendaan dan
keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu umat dalam konteks ini
24 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

adalah bergantung pada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan


pembangunannya (Mustapha, 2012).

SEMAK KENDIRI 2.1


Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah yang merangkumi
maksud tamadun Islam seperti madaniyah, hadharah dan umran.

AKTIVITI 2.1

Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep


ilmu yang menjadi asas pembentukan sesebuah tamadun. Kemudian
bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM


Konsep tamadun Islam merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan
sesebuah masyarakat agar dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama
dalam bidang kesenian dan seni bina. Konsep tamadun Islam tidak hanya
terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral,
berbanding dengan konsep tamadun Barat yang mementingkan pembangunan
lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun
Barat menolak tentang kemajuan rohaniah.

Tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu Ilahi melalui sumber al-Quran dan
sunnah. Sunnah merupakan hadis Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan,
menerangkan dan menegaskan serta menyokong isi kandungan al-Quran.
Kandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini tanpa membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini bermakna,
tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa,
budaya atau bersifat kebangsaan atau wilayah semata-mata. Al-Quran dan
sunnah juga menjadi syariah dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun
zaman berganti zaman. Ia tetap kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, tamadun
Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan
pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya di seluruh dunia.
Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak bangsa atau agama lain
sebaliknya tetap mengambil kira akan hak mereka selagi mereka tidak
menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun
Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 25

boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat


yang bernaung di bawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul
tanpa menindas dan mengancam golongan bukan Islam.

Tamadun Islam berbeza daripada tamadun lain di dunia ini kerana ia


merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan
berkekalan. Tamadun selain daripada tamadun Islam hanya lebih merupakan
kepada kebudayaan yang mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa
mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya dimonopoli oleh
golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang
akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya.

2.3 ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam menitikberatkan empat asas seperti yang ditunjukkan dalam


Rajah 2.1. Setiap asas itu akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 2.1: Asas Tamadun Islam

(a) Akidah
Akidah merupakan asas kelahiran tamadun Islam yang ia berasaskan
tauhid. Akidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti
kepercayaan atau keyakinan. Menurut etimologi bahasa Arab, aqidah
terbitan daripada aqada (ikatan atau simpulan). Akidah merupakan
prasyarat kepada pembentukan peradaban manusia (lihat Rajah 2.2). Istilah
akidah ialah mengakui kekuasaan Allah SWT dan membenarkan
keseluruhan ajaran Nabi Muhammad SAW dengan penuh keyakinan yang
mutlak. Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu
mempercayai dengan hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan
melalui pengamatan serta berfikir tentang kejadian alam. Secara
26 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

prinsipnya, sebagai Muslim, tidak ada perbezaan antara manusia sama ada
bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan
daripada aspek iman. Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan
umat Islam di dunia ini. Akidah Islam ialah prasyarat yang mesti ada
dalam tamadun Islam. Pendidikan pada era Rasulullah SAW ini agak
berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti
pembetulan akidah dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh
Baginda di Mekah merupakan proses pertama ke arah pembentukan
sebuah tamadun Islam yang syumul. Program peningkatan tamadun umat
Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah dengan
memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah menjadikan
masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran di
samping kegiatan lain (Ismail, 1999).

(b) Syariah
Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT yang mengatur
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia
bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Umat
yang bertamadun adalah umat yang hidup menurut hukum dan peraturan
sama ada ia datang daripada peraturan Ilahi yang disebut sebagai syariah
(syariat) atau apa sahaja perundangan yang datang daripada adat
(daripada sesebuah kaum) atau perundangan daripada perlembagaan
negara.

(c) Akhlak
Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab khuluq. Ia membawa
maksud budi pekerti, perangai, sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak
boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti
jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmumah) seperti
hasad, riyak, takabbur dan ujub. Menurut Imam al-Ghazali (1939), akhlak
ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia
untuk menghasilkan tingkah laku yang baik. Menurut perspektif Islam,
baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah
berdasarkan kepada al-Quran, hadis dan pendapat ulama. Perkaitan akhlak
dengan tamadun Islam adalah jelas – akhlak melambangkan keperibadian
dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban.
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang paling sempurna dan
ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat manusia. Sifat
Baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang mulia, berintegriti, pemalu
dan sebagainya diakui oleh umat Islam bahkan diiktiraf oleh pihak lawan.
Keperibadian Baginda yang mulia telah melemahkan musuh Islam apabila
berdepan dengannya.
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 27

(d) Ilmu
Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban
manusia. Kepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas dalam surah
al-Alaq, ayat 1 yang bermaksud:

„Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta


(sekalian makhluk).‰

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang
pendidikan. Perkataan iqraÊ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibril
a.s. berulang-ulang kali kepada Rasulullah SAW menegaskan supaya umat
manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih
mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002). Berdasarkan ayat ini
juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu
adalah wajib, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.
Kejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam,
memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh
pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh
Islam. Oleh itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan
untuk menuntut ilmu secara berterusan. Kewajipan ini juga bertujuan
supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar
daripada kejahilan. Inilah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT
dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia.

Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak


menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas
terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu
merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Kehormatan dan
kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada
kekuatan ilmu setiap individu di dalam masyarakat. Ilmu yang bermanfaat
akan menjadikan setiap individu Muslim itu maju, berdaya saing dan
berkembang di atas landasan syariah seperti mana yang telah ditunjukkan
pada zaman awal Islam (Zakaria Stapa et al., 2012).
28 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Rajah 2.2: Institusi masjid adalah tempat pembinaan akidah dan akhlak muslim
Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Brunei_-
_Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin.jpg

AKTIVITI 2.2
Pada pendapat anda, asas tamadun Islam manakah paling utama?
Bincangkan bersama rakan-rakan dengan memberikan contoh dan
penjelasan yang sesuai.

2.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM


Keistimewaan tamadun Islam ialah ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
sesuai dengan sifat ajaran Islam. Ia tentunya berbeza dengan tamadun bangsa
atau agama lain di dunia ini.

Yang berikut ialah keistimewaan tamadun Islam:


(a) Bersumberkan al-Quran dan sunnah;
(b) Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan;
(c) Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama;
(d) Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia; dan
(e) Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 29

Kesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti yang
berikut:

„Islam ialah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapat
mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi
setiap persoalan dunia dan akhirat.‰

Islam adalah addin bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam merupakan
risalah sejagat, untuk semua manusia seutuhnya, di mana ia mencakupi ke setiap
peringkat kehidupan. Hanya tamadun Islam sahaja yang bersifat integrated
dengan memadukan nilai duniawi dan ukhrawi atau memadukan unsur
material dan spiritual.

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang unik kerana mempunyai tiga
dimensi hubungan yang sangat erat iaitu:
(a) Menghubungkan manusia dengan Tuhan;
(b) Menghubungkan manusia dengan manusia; dan
(c) Menghubungkan manusia dengan alam.

2.5 SUMBER PEMBINAAN TAMADUN ISLAM


Sumber bermaksud tempat pengambilan, tempat rujukan atau punca daripada
mana datangnya sesuatu perkara. Terdapat sembilan sumber dalam tamadun
Islam (rujuk Rajah 2.3). Setiap sumber ini akan dijelaskan lagi dalam subtopik
yang selanjutnya.

Rajah 2.3: Sumber pembinaan tamadun Islam


30 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

(a) Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam
(lihat Rajah 2.4). Al-Quran ialah sumber hukum yang paling utama yang
diberikan Allah SWT untuk manusia. Al-Quran juga ialah kalam Allah
yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah tauladan, sumber
rujukan ilmu dan sebagainya. Kebenaran al-Quran adalah muktamad
kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
Al-Quran juga adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Ia merupakan
wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariah
Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam
ghaib dan sebagainya. Al-Quran dan sunah merupakan sumber utama
dalam pembinaan tamadun Islam. Ini kerana setiap tamadun yang berlaku
memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Wahyu
yang pertama dengan jelas dan nyata telah menyarankan agar manusia
berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari
dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan umatnya.

Al-Quran ialah kalam suci yang yang mengandungi nilai mukjizat yang
tinggi sama ada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,
persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam
semesta dan sebagainya. Kandungan al-Quran sangat sesuai diamalkan
sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan
ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk
mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat kepada
mereka untuk meneroka di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan
yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas yang telah ditetapkan.

Rajah 2.4: Al-Quran ialah asas sumber tamadun Islam


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_
enMY509MY509&source
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 31

(b) Sunnah
Sunnah dianggap sebagai wahyu yang kedua selepas al-Quran yang juga
merupakan sumber tamadun Islam yang penting. Ia berfungsi sebagai
penjelas kepada al-Quran serta memperkukuhkan kedudukan dan peranan
al-Quran. Sunnah ialah setiap perkara meliputi pengakuan, perkataan,
perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. Sunnah
berperanan sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan perkara yang
terkandung dalam al-Quran. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam
untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-
Quran dan sunnah. Daripada al-Quran dan sunnah dicerakinkan akidah,
syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia.
Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para ulama selepas
Baginda.

(c) Akal atau Pemikiran


Akal atau pemikiran pula adalah sumber pembinaan tamadun Islam yang
kedua terpenting selepas al-Quran dan sunnah. Ini kerana ilmu
pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat
membentuk dan melahirkan sesuatu yang baharu dan menghasilkan
tamadun. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan
menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Namun sekiranya
akal digunakan untuk mereka cipta sesuatu yang boleh merosakkan
keselamatan agama, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda,
maka ia boleh merosak dan memusnahkan tamadun manusia.

(d) Ijmak
Ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda untuk mengeluarkan hukum
atau fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 59 yang
bermaksud:

„Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka


kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.‰

(e) Qias
Qias bermaksud penetapan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang
lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi Âilah.
32 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr, ayat 2 yang bermaksud:

„Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang


mempunyai pandangan.‰

(f) Ijtihad
Sekiranya terdapat beberapa permasalahan baharu yang melibatkan
permasalahan hidup umat Islam sejagat sedangkan al-Quran dan hadis
hanya menyebut dalil secara umum mengenai sesuatu isu tersebut, maka
Mujtahidin dibenarkan untuk berijtihad atau mengemukakan pendapat
bagi menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang melibatkan umat Islam.
Mujtahidin ialah sekumpulan pakar atau pemikir Islam yang sangat tinggi
keilmuan dan akhlaknya yang diberikan autoriti dalam mengeluarkan
fatwa atau pendapat.

(g) Tamadun Lain dan Penemuan Baharu


Penemuan baharu dalam berbagai bidang hasil penyelidikan boleh
dijadikan sumber tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi
tidak melanggar prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan
diterima untuk tamadun Islam. Contohnya, bentuk bangunan yang
melambangkan sesuatu bangsa boleh diterima dalam tamadun Islam
setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak
ciptaan baharu dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah
dan kerajaan Islam di Sepanyol.

Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen tamadun dari Greek,


Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber tamadun Islam
Abbasiyah. Sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan
tamadun baharu. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
diterima sebagai sumber tamadun.

Menurut Osman Bakar (1998), elemen dalam tamadun lain, contohnya,


tamadun Asia haruslah dilihat sebagai faktor pelengkap dan pengukuh
kepada tamadun Islam sendiri. Keunggulan tamadun lain yang wujud
pada tamadun Melayu, India, China dan Jepun menjadi faktor
penyumbang kepada usaha meningkatkan kefahaman dan rasa
penghargaan terhadap sejarah pembudayaan masing-masing.

(h) Penemuan dan Penciptaan Baharu


Allah SWT menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat
tertentu. Kepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan
mereka mereka cipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat
Islam telah berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 33

akidah, syarak dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan sunnah


seperti teknologi pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak), pertanian,
saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain (Mustapha Kamal Ahmad
Kassim dan Zahiah Haris @ Harith, 2012). Kreativiti umat Islam meliputi
penghasilan baharu dalam bidang sains dan teknologi. Penemuan ini
adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan dan penerokaan seluruh
alam dari bumi hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan
sebahagian sunnatullah atau undang-undang Allah. Akhirnya, segala
penemuan ini akan menghasilkan penciptaan baharu yang juga anugerah
Allah terhadap manusia.

(i) Pengubahsuaian dan Penyempurnaan Semula


Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir
tamadun Islam. Umpamanya, setelah wilayah Islam berkembang luas,
umat Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi mutunya
seperti tamadun Rom dan Parsi (Iran). Mereka telah melalui pencapaian
yang tinggi seperti dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan,
dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain, melainkan mempelajari
dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu, mereka melakukan
pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuai dengan akidah,
syarak dan akhlak Islam. Inilah beberapa keistimewaan dan uniknya
sumber tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber sahaja,
iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai
sumber yang disebut di atas.

SEMAK KENDIRI 2.2

Mengapakah al-Quran dikatakan sebagai sumber utama pembinaan


tamadun Islam berbanding sumber lain.

2.6 MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Islam ialah agama fitrah, agama yang selaras dengan fikiran yang sihat serta
sentiasa selari dengan peredaran zaman. Addin Islam juga bersendikan tamadun
yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Quran sebagai addin yang luas
dan menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah
agama berilmu, beradab, dinamik dan progresif. Islam ialah addin yang telah
membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan
tamadun sebelumnya (tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (tamadun Barat).
34 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep
addin yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini.

Terdapat enam matlamat tamadun Islam iaitu (Ghazali Darusalam, 2001):


(a) Hubungan manusia dengan pencipta-Nya (Allah SWT);
(b) Hubungan manusia dengan manusia;
(c) Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat, jin, syaitan);
(d) Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan);
(e) Hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda tegar); dan
(f) Hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan).

Rajah 2.5 berikut menggambarkan hubungan tamadun Islam dalam konteks


addin.

Rajah 2.5: Hubungan tamadun Islam dalam konteks addin


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 35

Di sini, kita boleh lihat bahawa lima hubungan iaitu hubungan antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam ghaibat, manusia dengan alam nabatat,
manusia dengan alam jamadat dan manusia dengan alam hayawaniat
merupakan interaksi manusia secara alami yang bersifat „syumul‰ atau
„holistik‰. Kelima-lima hubungan ini hendaklah berpaksikan kepada hubungan
manusia dengan pencipta-Nya (Allah SWT).

SEMAK KENDIRI 2.3

Beri pendapat anda mengenai hubungan berikut:

Culture Civilisation
Alam Nature
(Ada usaha (Hidup
(Alam semula  manusia) bertambah
jadi)
man-made maju)

AKTIVITI 2.3
Kementerian Pendidikan telah menggariskan 10 tujuan mata pelajaran
Tamadun Islam dengan penegasannya seperti mana dalam dokumen
awal pelaksananannya. Ia adalah seperti yang berikut:
1. Memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati
dalam kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan
budaya di negara ini;
2. Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai
menerusi musyawarah dan ijmak;
3. Memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang
mengamalkan toleransi tinggi;
4. Memupuk nilai universal dalam kalangan rakyat Malaysia;
5. Melahirkan siswazah yang berfikiran luas dan berpandangan
global;
6. Melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi dan
sanggup memperjuangkan nilai ketamadunan universal yang
luhur dan murni;
7. Memantapkan penghayatan nilai murni dalam kalangan rakyat
Malaysia;
36 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

8. Membekalkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang


membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia
dan cabaran global semasa;
9. Membantu melahirkan masyarakat madani dalam erti kata sebenar;
dan
10. Memajukan ilmu ketamadunan demi kemajuan ilmu pengetahuan
seluruhnya.

Berdasarkan tujuan mata pelajaran Tamadun Islam ini, bincangkan


bagaimana pelajar dapat membina peribadi untuk membangunkan bangsa,
agama dan negara.

x Tamadun Islam telah mencapai aneka kegemilangannya dalam sejarah


kemajuan tamadunnya di Afrika Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan Asia
Tenggara. Kini pengaruh Islam mula menapak di Amerika dan Australia.

x Kehebatan Islam bermula pada zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman


Khalifah al-Rasyidin, Abbasiyah, Umaiyah di Andalusia, zaman Moghul,
zaman Uthmaniyah hingga ke zaman empayar Melayu Melaka memang
mengagumkan dunia. Jadi tidak menghairankan apabila Islam sentiasa
berhadapan dengan mereka yang mencemburui kebesarannya termasuk
Nasara dan Yahudi.

x Zaman kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara


(pemerintah) menghormati ulama (ilmuwan). Sebaliknya zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup memperalat
ulama.

x Ibn Khaldun (tahun 1332 hingga 1406) hidup pada era kejatuhan tamadun
Islam di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana
kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu.

x Untuk memahami jatuh bangkitnya sesuatu tamadun tidak cukup hanya


dengan melihat kepada pencapaian masa lalu. Kita perlu mengerti bahawa
sesuatu pohon yang rimbun dan kukuh semestinya memiliki akar yang
kuat (asluha thabitun wa farÊuha fi al samaÊ ).
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 37

x Akar peradaban Islam adalah tauhid, ketinggian budaya ilmu, peranan


ilmuwan sebagai pencerah, akhlak dan nilai moral yang tinggi. Kerosakan
pada akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan
ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyah) dan
nilai akhlak yang rendah, inilah fakor yang boleh dianggap sebagai musuh
peradaban yang sejak mula menjadi musuh Islam (Khalif Muammar, 2007).

Akidah Pengertian yang objektif


Hadarah Pengertian yang subjektif
Ijmak Qias
Intelektual Sunnah
IqraÊ Thaqafah
Madaniyah Umran
Mukjizat Wahyu

Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Mohamad Syed Idrus. (1995). Tamadun
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Abdul Karim Zaidan. (1982). MaÊalim al-thaqafah al-Islamiyyah. Beirut, Lebanon:
Muassasah al-Risalah.
Abdul Karim Zaidan. (1987). Usul al-dakwah. Mesir: al-Manaral-Islamiyah.
Awang Yahya Ibrahim. (2004). Ilmu pengetahuan dan tujuan pendidikan
mengikut pandangan Islam. Brunei: Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal
Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian, Mansor., & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia (Ed. ke-2). Kuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.
Hasan Langgulung. (1987). Pendidikan Islam: Satu analisa sosio psikologikal.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.
38 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Hitti, P. K. (1970). History of the Arabs (Ed. ke-10). London, England: Macmillan.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. (2004). Al-Muqaddimah. Beirut, Lebanon: Dar
al-Fikr.
Ibn Khaldun. (2006). Mukadimah Ibn Khaldun (Terj.) Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Manzur. (1997). Lisan al-arah. Beirut, Lebanon: Dar Ihya al-Turath.
Ibn Taymiyyah., & Ahmad Abd al-Salam. (1988). Al-Siyasah al-SharÂiyyah fi Islah
al-RaÂi wa al-RaÂiyyah. Dlm. Abu YaÊla al-Quwaysani (pnyt.). al-Siyasah al-
SharÊiyyah. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.
Ismail Bakar. (1999). Sejarah tamadun Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Perpustakaan Negara Malaysia.
Kamil al Baba. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R., 1992).
Jakarta, Indonesia: Dar al-ÂUlum Press.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Khalif Muammar. (2009). Faktor kegemilangan tamadun Islam: Pengajaran dari
masa lalu. Jurnal Hadhari. 2: 15-31. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi
Islam, Univesiti Malaya.
Leadership Competency Model (LCM): An Islamic alternatif. Kuala Lumpur,
Malaysia: ICLIF.
Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.
Malik Bennabi. (2003). The question of culture, ISTAC : Islamic Book Trust.
Mohd Mokhtar Shafie. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Nurin Enterprise.
Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan sejarah pendidikan Islam (Ed. ke-2).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1980). The image of Islamic civilization. Bangi,
Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mustafa Ibrahim et al. (1990). Al-MuÊjam al-wasit. Kaherah, Mesir: MajmaÊ al-
Lughah al-ÂArabiyyah, Dar al-DaÊwah.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim., & Zahiah Haris @ Harith. (2012). Peranan
tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam pembangunan modal
insan. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan. 5(2).
Osman Bakar. (1998). Bengkel pengajian TITAS. Kuala Lumpur, Malaysia:
Universiti Malaya.
TOPIK 2 TAMADUN ISLAM W 39

Ramlee Mustapha. (2003). Pemikiran dalam pendidikan ke arah memperkasakan


pendidikan menurut acuan Malaysia. Bangi, Malaysia: Fakulti Pendidikan
UKM.
Roziah Sidik. (2011). Tamadun Islam dan pengusaaan ilmu dlm jurnal
usuluddin.
Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo., 1992)
Bandung, Indonesia: Mizan.
Shuhairimi et al. (2010). Melestari pembangunan manusia ke arah penjanaan
modal insan: Satu tinjauan umum menurut perspektif al-Quran dalam
Mohd Roslan Mohd Nor dan Ahmad.
Syahrul Reza. (2008). Konsep pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun:
Suatu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan Islam. Tesis Sarjana.
Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas., & Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). The
ICLIF.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1969). Preliminary statement on a general
theory of the lslamization of the Malay: Indonesian Archipelago. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1991). The concept of education in Islam.
Kuala Lumpur, Malaysia: ISTAC.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1979). Aims and objectives of Islamic
education. London, England: Hodder & Stoughton.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1992). Tujuan dan objektif
pendidikan Islam. Terj.. Shamsuddin Jaafar, Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (1997). Penjelasan budaya ilmu (Ed. ke-3). Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). Iklim kehidupan intelektual di Andalusia:
Satu cerminan islamisasi dua-dimensi. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti
Sains Malaysia.
Yaacob Yusoff Awang., & Che Bakar Che Mat. (2012). Keperluan kependidikan
Islam dalam pengajian ketamadunan. Samarahan, Malaysia: Universiti
Teknologi MARA.
Yusuf al-Qaradawi. (1995). Fatawa Muasirah – Fatwa masa kini (Terj.) Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.
40 X TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Zainuddin Jaafar. (2003). Matlamat dan fungsi penubuhan institusi pengajian


Islam. Dlm. Suzalie Mohamad. Memahami isu-isu pendidikan Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institusi Kebajikan Islam Malaysia.
Zakaria Stapa., Noranizah Yusuf., & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Pendidikan
menurut al-Quran dan sunnah serta peranannya dalam memperkasakan
tamadun ummah, Jurnal Hadhari Special Edition 2012, Bangi, Malaysia:
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaki Berahim. (2010). Pembangunan modal insan dan tamadun dari perspektif
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
APIUM.

You might also like