You are on page 1of 12

Nota KSSM T5 Bab 4: Pilih Atur dan Gabungan

4.1 Pilih atur (Permutation )


4.1.1 Menyiasat dan membuat generalisasi tentang petua pendaraban

Aktiviti Penerokaan 1
Tujuan: Menyiasat dan membuat generalisasi tentang petua pendaraban dengan menggunakan gambar rajah
pokok
Langkah:
1. Kedai kegemaran anda menawarkan set sarapan pagi. Berdasarkan menu di bawah, pilih satu jenis
roti dan satu jenis kuah.

2. Dengan menggunakan gambar rajah pokok, senaraikan set yang mungkin bagi pilihan anda.
3. Kemudian, tentukan bilangan cara set tersebut boleh dipilih.
4. Tentukan bilangan cara yang boleh dipilih jika kedai tersebut menambah pilihan set dengan menawarkan
empat jenis minuman.
5. Bincangkan hasil dapatan anda dengan rakan sekumpulan dan lantik seorang wakil untuk membentangkan
hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.

Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 1, didapati bahawa pilihan yang dibuat dapat digambarkan
dengan menggunakan gambar rajah pokok yang berikut.

________________________________ menyatakan bahawa jika suatu peristiwa boleh berlaku dalam m


cara dan suatu peristiwa kedua boleh berlaku dalam n cara, maka kedua-dua peristiwa boleh berlaku dalam
______________ cara.
Contoh 1
(a) Tentukan bilangan cara melambungkan sebiji dadu dan sekeping duit syiling secara serentak.
(b) Cari bilangan cara seseorang boleh meneka kod 3 digit bagi mengakses telefon bimbit jika pengulangan digit
dibenarkan.
(c) Seorang pemain catur X berlawan dengan pemain catur Y sebanyak 3 set. Tentukan bilangan kesudahan
yang mungkin.
(d) Seramai 20 orang murid perempuan dan 18 orang murid lelaki dalam sebuah kelas. Seorang murid lelaki
dan seorang murid perempuan akan dipiih menjadi ketua dan penolong kelas masing-masing. Tentukan
bilangan cara untuk memilih ketua dan penolong kelas.

Lat Kendiri 4.1 (m/s 121)

4.1.2 Menentukan bilangan pilih atur


(A) Menentukan bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza
(A1) : Linear

Aktiviti Penerokaan 2
Tujuan: Menentukan bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza secara linear
Langkah:
1. Anda diberi satu perkataan “TUAH” yang terdiri daripada huruf T, U, A dan H.
2. Tuliskan semua susunan yang mungkin jika huruf T, U A dan H disusun tanpa ulangan huruf.

Kaedah 1: Penyenaraian

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9. 10.

11. 12. 13. 14. 15.

16. 17. 18. 19. 20

21. 22. 23. 24. 25.

26. 27. 28. 29. 30.

Bilangan cara susun yang mungkin ialah: _____________________ cara


Kaedah 2: Petua Pendaraban

Bilangan cara menyusun huruf-huruf ini dikenali sebagai ___________________. 4 × 3 × 2 × 1 juga dikenali
sebagai ___________________ dan boleh ditulis sebagai ___________.

Secara amnya, bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza diberi sebagai n!, dengan keadaan

Contoh 2:
Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi setiap yang berikut.
10! 8! n! (n − 1)!
(a) (b) (c) (d)
7! 6!4! (n − 2)! n!

Contoh 3:
Cari bilangan cara menyusun semua huruf dalam perkataan CERDIK tanpa ulangan huruf.

(A2): Bulatan
Aktiviti Penerokaan 3
Tujuan: Menentukan bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza secara linear dan bulatan
Langkah & Perbincangan:
1. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli.
2. Setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan yang mengandungi tiga huruf berikut.
API
3. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan perkataan yang boleh dibentuk jika perkataan itu
disusun secara
(a) linear (b) membulat
Jenis Susunan Bilangan
Susunan susunan
Linear

Membulat

4. Perhatikan setiap susunan yang terhasil secara linear dan membulat.


Adakah bilangan susunannya sama atau berbeza?
_________________

Apakah perkaitan antara pilih atur suatu objek secara linear dan bulatan? Jelaskan.
Jika perkataan API disusun secara linear, bilangan cara susunan yang mungkin ialah .
Jika perkataan API disusun secara bulatan, didapati bahawa pilih atur secara linear bersamaan dengan
pilih atur dalam bulatan

5. Bincangkan hasil dapatan kumpulan anda dan wakil kumpulan akan membentangkannya di hadapan kelas.

Jadi, bilangan cara susunan bagi perkataan API dalam bentuk bulatan ialah 3!/3 = 2.

Secara amnya, pilih atur bagi n objek dalam bentuk bulatan diberi oleh:

Contoh 4:
Tentukan bilangan cara menyusun 5 orang ahli keluarga untuk duduk makan di sebuah meja bulat.

(A3): Gelang /kalungan


Susunan objek bagi seutas gelang atau kalungan yang berbentuk bulatan tidak melibatkan arah jam dan lawan
jam kerana kedua-duanya adalah sama.

Susunan boleh dikira seperti biasa dengan mencari pilih atur n objek dalam bentuk bulatan dan
(n − 1)!
dibahagikan dengan 2, iaitu
2
Contoh 5:
Cari bilangan cara menyusun 12 butir manik pelbagai warna untuk membentuk seutas rantai mainan.
Lat Kendiri 4.2 (m/s 124)

(B) Menentukan bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza diambil r objek pada satu masa

Bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza diambil r objek pada satu masa diberi oleh
n!
n
Pr = , dengan keadaan r  n
(n − r )!
r
=
Contoh 6:
n!
Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi setiap yang berikut:
(a)(n 5–Pr)!,
3
dengan keadaan r < n (b) 8 P7

Contoh tambahan A
Tentukan nilai n yang berikut:
(a) n P2 = 20 [n=5]
n+2
(b) P3 = 30n [n=4]
n +1
(c) P4 = 10 n P2 [n=4]

Contoh 7:
Lapan orang ahli jawatankuasa sebuah persatuan dicalonkan untuk memegang jawatan sebagai Presiden, Naib
Presiden dan Setiausaha dan Bendahari. Cari bilangan cara pemilihan jawatan itu dapat dibentuk.
Bilangan pilih atur bagi n objek yang berbeza diambil r objek pada satu masa yang disusun dalam
n
Pr
bentuk bulatan diberi oleh .
r
r
=
Contoh 8A
n!
5 daripada 8 orang ahli keluarga dipilih untuk duduk di sebuah meja bulat. Tentukan bilangan cara susunan
tersebut.
(n – r)!, dengan keadaan r < n

Pilih atur suatu objek yang disusun dalam bentuk bulatan tidak mengambil kira sama ada mengikut
n
Pr
arah jam atau lawan arah jam, maka bilangan pilih aturnya adalah seperti berikut.
2r

Contoh 8B
Nadia membeli 10 butir manik pelbagai warna di Pasar Kraf Tangan Kota Kinabalu dan bercadang untuk
membuat seutas gelang. Nadia mendapati bahawa gelang itu hanya memerlukan 8 butir manik sahaja.
Berapakah bilangan pilih atur untuk menghasilkan gelang tersebut?

Lat Kendiri 4.3 (m/s 126)

(C) Menentukan bilangan pilih atur bagi n objek yang melibatkan objek secaman

Bilangan pilih atur bagi n objek yang melibatkan objek secaman diberi oleh
n!
P= , dengan a, b dan c, … ialah bilangan objek bagi setiap objek secaman.
a !b !c !...

Contoh 9
(a) Hitung bilangan cara menyusun huruf-huruf daripada perkataan SIMBIOSIS.
(b) Hitung bilangan cara menyusun huruf-huruf daripada perkataan SIMBIOSIS yang bermula dengan S

Lat Kendiri 4.4 (m/s 127)


4.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pilih atur dengan syarat tertentu
Pertimbangkan tujuh objek dalam rajah di bawah.

Syarat 1: Jika setiap bulatan dan segi tiga perlu disusun secara berselang-seli

Syarat 2: Jika semua bulatan perlu disusun dalam kelompok yang sama,

Syarat 3: Jika bulatan dan segi tiga perlu disusun dalam kelompok masing-masing,

Contoh 10:
Cari bilangan cara nombor 4 digit yang boleh dibentuk daripada digit-digit 1, 3, 4, 5, 6, 8 dan 9 jika digit yang
dibentuk mestilah nombor genap dengan keadaan tiada digit yang berulang. [360]

Contoh 11.
Cari bilangan cara 6 orang pekerja, A, B, C, D, E dan F di sebuah syarikat yang boleh disusun di sebuah meja
bulat dengan syarat E dan F mesti duduk bersebelahan. [48]
Contoh 12
Cari bilangan cara susunan berbeza yang mungkin bagi semua huruf dalam perkataan ASPIRASI jika huruf
vokal sentiasa bersama. [360]

Contoh 13:
Cari bilangan cara nombor 4 digit yang dapat dibentuk daripada digit-digit 3, 4, 7 dan 8 jika nombor tersebut
adalah ganjil dan kurang daripada 5 000. [8]

Contoh Tambahan 2

Rajah di bawah menunjukkan 6 kad bernombor.

3 5 6 7 8 9

Suatu nombor 4 digit dibentuk dengan menggunakan 4 kad tersebut.


Berapakah
(a) nombor yang berlainan boleh dibentuk? [360]
(b) Nombor ganjil yang berlainan boleh dibentuk? [240]
(c) Nombor ganjil, yang lebih besar daripada 5000 boleh dibentuk? [156]

Lat Kendiri 4.5 (m/s 131)


Lat Formatif 4.1 (m/s 131)
4.2 Gabungan (Combination)
4.2.1 Membanding beza pilih atur dan gabungan
Dalam pilih atur, anda telah mempelajari bahawa kedudukan bagi setiap objek dalam satu set adalah penting.
Misalnya, kedudukan AB dan BA adalah dua pilih atur yang berbeza.

❖ Pilih atur ialah proses pemilihan objek yang mempertimbangkan susunan dan urutannya. Misalnya,
memilih 2 daripada 5 orang murid untuk jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas.
❖ Gabungan ialah proses pemilihan objek tanpa mempertimbangkan susunan dan urutannya. Misalnya,
memilih 2 daripada 5 orang murid untuk menyertai suatu pertandingan.

Latih kendiri 4.6


Nyatakan sama ada situasi yang berikut melibatkan pilih atur atau gabungan. Jelaskan.

Sebuah syarikat stesen televisyen menawarkan kepada pelanggan untuk


memilih 7 saluran daripada 18 saluran yang ada.

4.2.2 Menentukan bilangan gabungan r objek dipilih daripada n objek yang


berbeza pada satu masa

Aktiviti Penerokaan 5:
Tujuan: Menentukan bilangan gabungan r objek dipilih daripada n objek yang berbeza pada satu masa
Langkah:
2. Perhatikan empat buah objek berbentuk haiwan dalam lembaran kerja yang disediakan. Objek tersebut akan
digantung sebagai perhiasan di dalam kelas anda.
3. Secara berpasangan, senaraikan bilangan cara untuk menggantungkan setiap objek tersebut mengikut syarat
yang berikut.
(a) Susunan mengambil kira kedudukan.
(b) Susunan tidak mengambil kira kedudukan.
4. Kenal pasti bilangan cara yang dapat disenaraikan jika anda dan pasangan memilih untuk menggantung
(a) satu objek sahaja,
(b) dua objek sahaja,
(c) tiga objek sahaja.
5. Buat perbandingan bagi keputusan yang diperoleh dalam langkah 3(a) dan 3(b). Kemudian,
tentukan senarai yang mempunyai objek yang sama tetapi susunan yang berbeza.
6. Apakah perbezaan yang dapat anda lihat dari segi susunan dan bilangan cara bagi kedua-dua kaedah
menggantung objek-objek tersebut?

A
C F R H
Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 5, didapati bahawa tiga daripada empat objek dipilih untuk digantungkan di
dalam kelas.
4!
➢ Jika kedudukan diambil kira, maka 4 P3 = = 24 .
(4 − 3)!
➢ Jika kedudukan tidak diambil kira, terdapat 3! = 6 kumpulan yang mempunyai bentuk yang sama.
Oleh itu, bilangan cara bagi memilih objek untuk digantungkan tanpa mengambil kira kedudukan ialah
4
4! P
24 ÷ 6 = 4 atau = 4 atau 3 = 4 .
3!(4 − 3)! 3!
Secara amnya, bilangan gabungan r objek yang dipilih daripada n objek berlainan diberi oleh:
n
Pr n!
n
Cr = =
r ! r !(n − r )!

Contoh 14
Pasukan Taekwando SMK Bandar Bintulu terdiri daripada 7 orang murid. 2 orang murid akan dipilih untuk
menjadi wakil pasukan dalam satu persembahan Taekwando. Tentukan bilangan cara memilih 2 orang
murid tersebut
Contoh 15:
Dalam sebuah kelab, 4 orang ahli jawatankuasa perlu dipilih daripada 10 orang calon. Cari bilangan cara
pemilihan ahli jawatankuasa itu boleh dilakukan.

Contoh 16:
Cari bilangan cara segi tiga yang dapat dibentuk daripada bucu-bucu sebuah oktagon.

Lat Kendiri 4.7 (m/s 134)

4.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dengan syarat tertentu


Seorang ketua kelas ingin membahagikan 10 rakan anda kepada tiga kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri
daripada dua orang, tiga orang dan lima orang ahli. Cari bilangan cara pembahagian kumpulan itu.

Contoh 17
Satu pasukan bola sepak terdiri daripada 16 orang pemain tempatan dan empat orang pemain import. Seorang
jurulatih perlu memilih 11 orang pemain utama untuk bertanding dalam satu perlawanan dengan mengambil dua
orang pemain import. Cari bilangan cara supaya 11 orang pemain utama boleh dipilih.

Contoh 18:
Encik Samad perlu memilih tiga jenis motif batik daripada empat motif organik dan lima motif geometri. Cari
bilangan cara memilih sekurang-kurangnya satu motif organik dan satu motif geometri.
Contoh 19:
5 orang pelajar dipilih daripada 9 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan untuk membentuk pasukan
bahas sekolah. Cari bilangan cara pasukan boleh dibentuk jika pasukan bahas terdiri daripada
(a) pelajar perempuan sahaja
(b) sekurang-kurangnya 4 orang lelaki.

Contoh 20
Sebuah Jawatankuasa yang mengendalikan Kempen Sekolah Bersih terdiri daripada 5 ahli yang dipilih daripada
8 orang ibu bapa, 3 orang guru dan pengetua sekolah. Tentukan bilangan jawatankuasa yang boleh dibentuk
jika
(a) tiada apa apa penetapan
(b) pengetua mesti menjadi salah seorang ahli jawatankuasa.
(c) jawatankuasa mengandungi tidak lebih dari 2 orang guru.
(d) Jawatankuasa mengandungi sekurang-kurangnya 2 orang ibubapa.

Lat Kendiri 4.8 (m/s 136)


Lat Formatif 4.2 (m/s 136)

SPM 2019 Paper 1

You might also like