Professional Documents
Culture Documents
5.6.2021 Intro Jilid 2 Semai - Jakun
5.6.2021 Intro Jilid 2 Semai - Jakun
JILID 2
Bahasa Melayu - Bahasa Semai
Bahasa Melayu - Bahasa Jakun
Dzulkarnain Mat
Hanida Kong Pek Yin
Mila a/p Ghani
i
KAMUS PERBUALAN HARIAN BAHASA ORANG ASLI
Jilid 2
EDISI 2021
Diterbitkan oleh
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
KM 10, Jalan Padang Tengku
27200 Kuala Lipis, Pahang
No Tel: +609-3123009 (samb 127)
ISBN
ii
KAMUS PERBUALAN HARIAN BAHASA ORANG ASLI
Jilid 2
Penyelenggara
Haji Dzulkarnain bin Mat, A.A.P.
MSc. (Educational Administration) UPM; BA (Hons) USM;
Sijil Perguruan Khas (MPIK); Sijil Perguruan (MPSI).
Sidang Editor
Muhammad Norikmal bin Yusop (Ketua)
Aiba binti Tok (Temiar)
Amelyah a/p Halim (Semelai)
Hanida Kong Pek Yin (Jakun)
Herna Faridah a/p Muslihin (Jahut)
Julie Kristy a/p Ng Kee Choo (Semoq Beri)
Kartina a/p Kedah (Temuan Bukit)
Mila a/p Ghani (Semai)
Norhayati a/p Jidin (Temuan Tanjung)
Shahaizan a/l Sarip (Jahut)
Pakar Rujuk
Amin a/l Ayong (Jahut)
Amiyah binti Ajuan (Semelai)
Azian Juliana a/p Ng Kee Choo (Semoq Beri)
Dahalan a/l Zainal (Semoq Beri)
Fatil binti Iseh (Temuan Tanjung)
Ghani a/l Bah Lak (Semai)
Ilak binti Pahok (Temuan Bukit)
Liza binti Abu (Semoq Beri)
Rosmah binti Chau (Jakun)
Simah binti Bakar (Semoq Beri)
Zawane a/p Zainal (Temiar)
Zubaidah binti Yusri (Jahut)
Pereka Grafik
Nur Maghfirah binti Muhammad (Temuan Bukit)
Muhammad Farhan Arif bin Mohamad
iii
KATA PENGHANTAR
iv
Membina akal budi masyarakat Orang Asli merupakan satu proses
bagaimana budaya dan kebudayaan itu dibina dalam ruang lingkup
kehidupan manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup untuk
membentuk peradaban bangsanya. Kelangsungan hidup yang berinteraksi
melalui satu wadah bahasa yang difahami sejagat. Oleh itu, penulisan
terjemahan kepelbagaian bahasa masyarakat Orang Asli ini semestinya
menjadi khazanah yang sangat bernilai kerana dapat dijadikan rujukan yang
mampu bertahan dalam koleksi rujukan bahasa etnik masyarakat Orang Asli
dan hidup segar kerana telah didokumentasikan sebagai artifak yang sangat
besar kelestarian pembugaran bahasanya.
Saya melihat usaha penulisan Siri Perbualan Harian Bahasa Orang Asli ini
bertepatan dengan hala tuju Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 -
2025 untuk membudayakan dan memperkasakan penyelidikan, inovasi dan
penerbitan dalam kalangan warga IPG. Melalui penyelidikan dan inovasi, kita
mampu memahami sesuatu isu itu dengan lebih jelas dan imperikal.
Natijahnya, ini memberi kita banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah di
dalam bilik darjah. Budaya penyelidikan merupakan satu amalan yang baik
ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan amalan
penyelidikan mampu membentuk para pendidik melakukan perubahan dan
penambahbaikan dalam proses pendidikan. Saya yakin menerusi penulisan
ini yang merupakan inisiatif pasukan penyelidik Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, kita dapat
berkongsi pengetahuan dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Selain itu, para pendidik juga dapat memanfaatkan kamus ini sebagai
langkah untuk memantapkan diri dengan pelbagai bahasa Orang Asli sebagai
satu nilai tambah serta berupaya menangani cabaran-cabaran pendidikan
abad ke-21 khususnya di sekolah-sekolah yang mempunyai murid Orang
Asli.
v
Bertepatan sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Kebangsaan, kami di
Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan sentiasa komited memainkan peranan membantu PKPPK dengan
memberikan tumpuan khusus dalam pembangunan kemahiran potensi diri,
kemahiran kandungan dan pedagogi dalam membentuk nilai tambah
seterusnya memperkasakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada bakal-bakal guru
peribumi. Penerbitan Siri Perbualan Harian Dalam Bahasa Orang Asli Jilid 1-
4 ini tentu sahaja merupakan output yang ditunggu-tunggu oleh warga
pendidik, terutama mereka yang terlibat dengan pendidikan masyarakat
orang asal. Tahniah Tuan Haji Dzulkarnain Mat dan pasukan penyelidik yang
terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu
(Kepujian) Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menjadi penghubung
kepada sumber rujukan bahasa etnik sebagai satu khazanah yang kian
hilang.
vi
PRAKATA
Sepintas lalu kaum Orang Asli Semenanjung terdiri daripada kumpulan besar
dengan beberapa suku kaum setiap satunya. Kaum Negrito terdiri daripada
suku-suku kaum Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mandriq dan Bateq. Kaum
Senoi pula terdiri daripada suku-suku kaum Temiar, Semai, Semoq Beri,
Jahut, Mah Meri dan Che Wong. Manakala kaum Melayu Proto pula terdiri
daripada suku-suku kaum Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai dan
Temuan. Justeru itu terdapat banyak kesamaan dalam bahasa suku kaum
berkenaan kerana akarnya adalah dari kaum yang sama. Untuk siri kamus
perbualan ini, tumpuan dibuat terhadap bahasa suku kaum Temuan Bukit,
Temuan Tanjung, Jakun, Semelai, Jahut, Temiar, Semai, dan Semoq Beri
sahaja kerana amat sukar untuk mendapatkan sumber daripada suku-suku
dalam kategori kaum Senoi. Bahasa-bahasa ini seperti khazanah belantara
yang tersembunyi, kian hilang dan perlu dibela.
Siri Perbualan Harian Bahasa Orang Asli ini tidak menjadi kenyataan tanpa
usaha gigih, ketabahan, kebijaksanaan dan pengorbanan Aiba binti Tok,
Amelyah a/p Halim, Hanida Kong Pek Yin, Herna Faridah a/p Muslihin, Julie
Kristy a/p Ng Kee Choo, Kartina a/p Kedah, Mila a/p Ghani, Norhayati a/p
Jidin, Shahaizan a/l Sarip, Nur Maghfirah binti Muhammad, Muhammad
Norikmal Yusop; di samping pakar-pakar rujuk dalam bahasa masing-
masing, Amiyah binti Ajuan (Semelai), Fatil binti Iseh (Temuan Tanjung),
Ghani a/l Bah Lak (Semai), Ilak binti Pahok (Temuan Bukit), Liza binti Abu
vii
(Semoq Beri), Rosmah binti Chau (Jakun), Simah binti Bakar (Semoq Beri),
Zawane a/p Zainal (Temiar), Amin a/l Ayong (Jahut), Azian Juliana a/p Ng
Kee Choo (Semoq Beri), Dahalan a/l Zainal (Semoq Beri), dan Zubaidah binti
Yusri (Jahut). Terima kasih untuk tiga tahun yang penuh makna ini; dan
hubungan ini pastinya akan kekal terus.
Juga tidak lupa sejuta penghargaan kepada pencetus idea dalam pembelaan
pendidikan masyakarat Orang Asli, Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad, para
pendokong Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis sejak tahun
2009 hingga kini, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Muzium Orang Asli, Batin-
Batin serta para pemimpin masyarakat yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam penerbitan ini.
Penghargaan istimewa buat isteri tercinta, Nor Aziah Chiang Abdullah, anak-
anak; Norizul Najmi, Dr. Nurul Nabihah, Norizul Naufal, Liyana Ain Nasyihin
dan cucu, Adam Zuhdi yang sentiasa memberi ruang untuk kerja-kerja
penulisan ini.
viii
ix