You are on page 1of 4

SK BAYANG,

JALAN DATO
35100 TAN.

KERTAS KERJA MENAIK TARAF


PEJABAT SEKOLAH dan BILIK GURU

Disediakan oleh:
En. Zurikman bin Halim
1. Tajuk

Kerja-kerja Ubahsuai dan Menaik Taraf Pejabat Sekolah dan Bilik Guru
SK , Jalan, 35100 Pahang.

2. Latar Belakang

Pejabat Sekolah SK merupakan pusat pentadbiran bagi mencapai kecemerlangan pendidikan.


Selain itu ia juga suatu tempat yang menyimpan segala peralatan, rekod, dokumen, dan
maklumat penting yang berkaitan dengan pengurusan sekolah. Namun begitu kedudukannya
yang tidak strategik telah mengundang pelbagai masalah tentang keselamatan dokumen penting.

Bilik Guru SK adalah bilik yang digunakan oleh guru-guru untuk merancang aktiviti
pembelajaran dan melaksanakan tugas-tugas perguruan. Ianya juga merupakan bilik utama di
mana penggunaannya adalah maksimum dan sangat penting. Bilik yang sedia ada pada masa kini
boleh dikategorikan dalam keadaan yang di luar jangkaan dan tidak selamat.

Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf pejabat sekolah dan bilik guru
adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan memenuhi tahap keselamatan.

Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya tidak selamat digunakan kerana
kedudukannya yang rendah dan mudah ditenggelami air terutama semasa banjir yang melanda
SK setiap tahun. Banjir terburuk yang pernah melanda SK adalah pada 24.12.2012 dengan
anggaran kerugian hampir mencecah RM 200,000. (Rujuk lampiran A)

2. Rasional

Tujuan pemindahan pejabat sekolah dan bilik guru adalah untuk memastikan keselamatan segala
dokumen dan peralatan sekolah.

3. Objektif

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:


a) Meningkatkan keselamatan segala dokumen dan peralatan sekolah.
b) Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan peralatan sekolah.
c) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk kegunaan guru.
e) Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan kepunyaan sekolah yang ada
dalam bilik tersebut.

4. Lokasi
a) Bilik guru lama adalah di tingkat bawah Bangunan Blok D. Bilik guru yang
dicadangkan adalah di tingkat 2 Bangunan Blok C.(rujuk Lampiran B)

b) Pejabat sekolah yang lama berada di Blok A. Pejabat sekolah yang dicadangkan adalah di
tingkat 1 di Bangunan Blok C. (rujuk Lampiran B)

5. Justifikasi

Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja mengubahsuai dan menaik taraf pejabat sekolah dan
bilik guru adalah seperti di bawah.

SENARAI PROJEK NAIK TARAF PEJABAT DAN BILIK GURU

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARA JUSTIFIKASI


N
PROJEK
KOS(RM)

1 Mengganti dan memasang Kerja-kerja membekal dan Sebahagian tingkap


tingkap sedia ada dengan memasang tingkap cermin lama sudah rosak
tingkap cermin gelungsur dan gelungsur. dan tidak berfungsi.
bingkai tingkap besi.
Bahan:

Tingkap cermin, bingkai


tingkap besi

2. Membuat pendawaian baru. Kerja-kerja membekal dan Pendawaian yang


membuat pendawaian baru sedia ada tidak
bagi pejabat dan bilik guru. sesuai dan telah
lama.

3. Mengganti pintu bilik yang Kerja-kerja membekal dan Pintu sedia ada
sedia ada dengan pintu kayu memasang pintu kayu adalah seperti kelas
bentuk cembung. bentuk cembung. biasa dan ianya
tidak selamat dan
mudah diumpil.
4. Memasang dan membina jeriji Kerja-kerja membekal dan Keselamatan
besi pada pintu pejabat dan memasang jeriji besi pada dokumen dan
bilik guru pintu pejabat dan bilik peralatan di pejabat
guru. dan bilik guru tidak
terjamin.

5. Memasang jubin pada lantai Kerja-kerja membekal dan Lantai yang ada
pejabat dan bilik guru. memasang jubin di pejabat hanya lantai simen.
dan bilik guru.

6 Membina tandas berdekatan Kerja-kerja pembinaan Tandas sedia ada


bilik guru dan pejabat. tandas. tidak sesuai kerana
berada di tingkat
bawah.

Disediakan oleh,

( )

You might also like