You are on page 1of 10

Prasekolah

LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada
tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991
yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan
prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa
ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM
Ke10.

DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi


Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah
dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada
pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-
aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan
menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan
sebagainya.

Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati
peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan
kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special
Education Needs).

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada
kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang
pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti
dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua
institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti
yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-
kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
memasuki ke Tahun Satu.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk
ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang
patriotik,
 Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi,
 Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai
bahasa kedua,
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
 Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
 Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
 Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
 Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang
menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
 Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

PEMILIHAN MURID

 Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih
menerusi JK Pemilihan.
 Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah,
Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

JENIS-JENIS BANTUAN

 Bantuan makan murid (RM2.00 sehari bagi Semenanjung / RM2.25 bagi Sabah, Sarawak dan
Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan
Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
 Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
 Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
 Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)
MAKLUMAT PRASEKOLAH

Bilangan Institusi 6,120

Bilangan Kelas 9,321

Bilangan Murid 203,745

HUBUNGI KAMI

Sektor Pengurusan Prasekolah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Aras 3, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 9585 / Fax: 03-8884 9493
Sekolah Rendah

PELAJARAN RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan
pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan
kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek
lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

 Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
 Penguasaan kemahiran matematik
 Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - TAHUN 1 - 3

PRASEKOLAH

Komponen:

1. Bahasa dan Komunikasi


2. Perkembangan Kognitif
3. Kerohanian dan Moral
4. Perkembangan Sosioemosi
5. Perkembangan Fizikal
6. Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu
2. English Language
3. Bahasa Cina (SJKC)
4. Bahasa Tamil (SJKT)
5. Matematik
6. Dunia Sains dan Teknologi
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:

1. Pendidikan Jasmani
2. Pendidikan Kesihatan
3. Pendidikan Seni Visual
4. Dunia Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina Komunikasi


2. Bahasa Tamil Komunikasi
3. Bahasa Arab Komunikasi
4. Bahasa Iban (bermula tahun 3)
5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - TAHUN 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu
2. English Language
3. Bahasa Cina (SJKC)
4. Bahasa Tamil (SJKT)
5. Matematik
6. Sains
7. Sejarah
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:

1. Pendidikan Jasmani
2. Pendidikan Kesihatan
3. Reka Bentuk Teknologi
4. Pendidikan Seni Visual
5. Dunia Muzik
6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina Komunikasi


2. Bahasa Tamil Komunikasi
3. Bahasa Arab Komunikasi
4. Bahasa Iban
5. Bahasa Kadazandusun
6. Bahasa Semai
Sekolah Menengah

PENGENALAN

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah


menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:

 Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)


 Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

1. SMK (Harian)
2. SM (Bersarama Penuh)
3. SM Seni dan Sukan
4. SMT/V
5. SMKA
6. SMKAB

PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME


SCHOOLING)

1. PENYATAAN DASAR

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan
kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan
memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu
keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-
kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara
satu sama lain.

2. TUJUAN
 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan
memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di
rumah.
 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan
wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.
3. PELAKSANAAN DASAR
 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, "Jika
difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian", melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana
golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara
mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan
boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau
membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah
2003 bertarikh 27 November 2002.
 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4. KAEDAH PELAKSANAAN

 Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di


seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar
ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan
untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai
masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah
diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada
dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan
Pelajaran Negeri di seluruh Negara.
 Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan
persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan
kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.
 Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:
o Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
o Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan
o Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-
kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
o Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
o Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
o Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana
pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah
o Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa
hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa
prasangka.
o Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk
menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
o Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan
yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan
kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.
5. TARIKH KUATKUASA
 Kertas "Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah"
telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses
permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

ASSISTANCE:-

 Buku Teks
 KWAPM
 Rancangan Makanan Tambahan
 Skim Baucer Tuisyen
 Lain-lain Bantuan

- Biasiswa Kecil
- Pakaian Seragam Sekolah

PENGURUSAN ASRAMA HARIAN

1. Latar Belakang KPM telah menyediakan tempat penginapan yang kondusif dan Selamat
kepada murid-murid yang kurang berkemampuan serta tinggal jauh daripada sekolah.

2. Tujuan Kemudahan asrama yang disediakan adalah bertujuan melahirkan insan (murid)
yang cemerlang dalam aspek intelek iaitu kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari
segi jasmani dan rohani seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Kaedah Pelaksanaan Pengurusan asrama harian melaksanakan aktiviti murid berpandukan


Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian yang berpandukan kepada Surat-Surat
Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM

PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH

Pengenalan :-
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan
oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.
Taarifan

1. Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang
bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan berkesan.
2. Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya
murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian
akademik dan pembangunan sahsiah diri.
3. Keselamatan: Siasana yang Selamat didalam atau diluar sekolah boleh meningkatkan
keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan
ancaman luar.

Skop dan Bidang Tugas :-

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;


 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah
 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak
seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama,
pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan


kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;


 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan
sekolah.
 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan

4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu,
keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan


6. Menyediakan laporan secara berkala.

Cadangan Pelaksanaan Aktiviti

1. Melaksanakan program kebersihan;


 Program Penjagaan Gigi dan Mulut
 Program Bebas Kutu
 Program Cuci Tangan
 Program Penjagaan Kuku
 Program Kemas Diri
 Program Membasmi Kudis Buta

2. Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;


 Pertandingan Kebersihan
 Petandingan landskap
 Pertandingan Kantin
 Pertandingan Angkat Kelas
 Pertandingan Melukis dan Mewarna
 Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
 Pameran

3. Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan dan
sekolah kawasan Larangan Merokok.

You might also like