You are on page 1of 17

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi kajian yang meliputi cara, kaedah

dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian.

Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih sistematik dan lebih lancar

dalam mencapai objektif kajian. Bab ini juga akan menjelaskan metodologi kajian yang

digunakan dalam kajian yang dijalankan. Metodologi kajian dan strategi-strategi

dirancang dengan teratur bagi mendapatkan maklumat dan data di mana ini merupakan

aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Perkara yang terdapat dalam bab

ini ialah kaedah atau metodologi yang digunakan dalam penganalisisan data dan

pemprosesan bagi mendapatkan hasil kajian, pensampelan, instrumen kajian, kajian

rintis, prosedur kajian dan kaedah analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan

perancangan khusus dan sistematik terhdapa konsep pembentukan rangkaian hubungan

antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger, 1970).
Reka bentuk kajian juga merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian dan prosedur

atau teknik yang digunakan untuk menjawab item-item yang berkaitan dengan kajian.

Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca ketidakadilan

yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan dan Schumacher, 1984). Kajian ini

merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Penyelidik membangunkan laman

sesawang animasi bagi topik Kaedah Hittorf Elektrolit menjalankan kajian soal selidik.

Kajian tinjauan dijalankan bagi mengetahui persepsi responden terhadap modul

pembelajaran kendiri yang dibangunkan dan reka bentuk kajian yang digunakan ialah

tinjauan kuantitatif.

3.3 Populasi dan Pensampelan

Dalam kajian ini populasi dan pensampelan merupakan perkara yang penting bagi

mendapatkan analisis data yang diperlukan oleh pengkaji.

Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang

mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Populasi yang dikaji oleh pengkaji

merupakan daripada aspek responden yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan Kepujian

Menurut Noraini Idris (2013), pensampelan adalah proses pemilihan objek

penyelidikan daripada populasi yang diwakili oleh populasi yang besar. Bagi

menjalankan kajian ini, pensampelan rawak mudah telah digunakan kerana sampel ialah

pelajar-pelajar daripada kelas yang telah sedia ada dan juga telah mengikuti kuliah Kimia

Fizikal 2 sepanjang tempoh pengajian. Mahasiswa dan mahasiswi daripada Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Kimia Kimia semester tiga sehingga semester enam daripada Universiti

Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Kimia Fizikal 2 dipilih sebagai sampel

untuk kajian ini. Jumlah responden bagi bagi kajian ini adalah seramai 257 orang. Jadual

3.1 menunjukkan bilangan pelajar bagi setiap semester.

Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Setiap Semester bagi Semester 2 2020/2021

Semester Jumlah Pelajar

Tiga 12

Empat 96

Lima 45

Enam 104

Jumlah 257

Jumlah keseluruhan bagi populasi adalah 257 orang mahasiswa dan mahasiswi

daripada ISMP Kimia semester tiga sehingga semester enam. Berdasarkan jadual

pensampelan Krejcie dan Morgan (1970) yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2, sampel

yang bertepatan dengan jumlah populasi 257 orang adalah 152 orang. Oleh hal yang

demikian, pengkaji memilih 152 orang pelajar ISMP Kimia semester tiga hingga enam

sebagai responden.
Jadual 3.2 Jadual Saiz Sampel (Krejcie & Morgan, 1970)

N S N S

10 10 220 140

15 14 230 144

20 19 240 148

25 24 250 152

30 28 260 155

35 32 270 159

40 36 280 162

45 40 290 165

50 44 300 169

55 48 320 175

60 52 340 181

65 56 360 186

70 59 380 191

75 63 400 196

80 66 420 201

85 70 440 205

90 73 460 210

95 76 480 214

100 80 500 217

110 86 550 226

120 92 600 234


130 97 650 242

140 103 700 248

150 108 750 254

160 113 800 260

170 118 850 265

180 123 900 269

190 127 950 274

200 132 1000 278

210 136 1100 285

N : Saiz Populasi S : Saiz Sampel

3.4 Instrumen Kajian

Menurut Baharuddin et al. (2002), penggunaan instrumen merupakan kaedah yang

berkesan dan menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji

selidik yang lebih umum. Nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada proses

penilaian instrumen bergantung kepada betapa sempurnanya sesuatu instrumen tersebut

direka bentuk (Leonard et al., 2004). Konstruk-konstruk yang dikemukakan seharusnya

tepat dan tidak mengarah kepada pemberian jawapan yang pelbagai sehingga sukar

dianalisis. Dalam konteks kajian ini, instrumen yang digunakan ialah borang kesahan

kandungan muka dan kandungan kit multimedia, borang kesahan muka dan kandungan

soal selidik. Content Validity Index(CVI) akan digunakan dalam analisis data untuk

borang-borang kesahan manakala Nilai pekali Alpha Cronbach akan diguna pakai dalam

menganalisis data kuantitatif yang dikumpul daripada kajian ini.


3.4.1 Borang Kesahan Kandungan

Borang kesahan modul hanya mempunyai satu bahagian sahaja yang terdiri daripada lima

item. Penyelidik telah merujuk peratusan persetujuan pakar dalam penerimaan item yang

digunapakaikan oleh Mohd Sahandri et al. (2013) dari buku panduan pembinaan

instrumen “Anda dan Kepenggunaan”. Borang kesahan kandungan modul ini diedarkan

kepada tiga orang pensyarah Kimia Fizikal bagi memastikan modul pembelajaran kendiri

adalah tepat. Terdapat lima item dalam borang kesahan kandungan modul ini yang diberi

empat skor berdasarkan skala Likert. Setiap skor yang terdapat dalam borang penilaian

adalah mewakili tahap persetujuan pakar terhadap penyataan berkenaan. Berdasarkan

maklum balas serta komen daripada kumpulan pakar, penempatan item menurut konstruk

yang ditentukan dikekalkan jika sekurang-kurangnya 80% pakar bersetuju bahawa item

berkenaan sesuai dengan konstruk yang telah ditetapkan. Item yang mendapat kurang

daripada 60% persetujuan pakar maka item berkenaan disingkirkan. Manakala item yang

mencapai persetujuan pakar di antara 60% - 80% diubahsuai dan dimurnikan berdasarkan

nasihat, cadangan, komen serta perbincangan dengan kumpulan pakar.

3.4.2 Borang Soal Selidik

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik bagi memperoleh

data kuantitatif. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu konstruk pertama

iaitu konstruk demografi bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan profil

responden manakala konstruk kedua, mengandungi konstruk-konstruk iaitu rekabentuk

model, kandungan dan kebolehgunaan yang setiap satunya mempunyai item-item


berskala likert bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap item-

item yang ada. Soal selidik juga membenarkan penyelidik untuk mendapatkan lebih

informasi tentang sesuatu dalam masa yang singkat. Hal ini kerana instrument soal

selidik hanya memerlukan tempoh menjawab dalam masa yang singkat dan dalam talian

sahaja. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi jika

penyelidikan tersebut mempunyai ciri-ciri kajian yang sama ataupun seakan-akan sama

dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu

perubahan. Seterusnya, soal selidik ini diubahsuaikan dan diwujudkan berdasarkan

keperluan objektif kajian. Rangka mengenai item-item yang disoalkan dalam setiap

bahagian konstruk disenaraikan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 Rangka mengenai Item-Item yang disoalkan dalam Borang Soal Selidik

Konstruk Item-item

 Jantina

Maklumat Demografi  Bangsa

 Semester Pengajian Responden

 Arahan yang diberikan dalam model

Rekabentuk Model  Kesesuaian warna saiz gambar

 Kesesuaian ilustrasi model

Kandungan  Kesesuaian dengan sesi PdPc

 Standard pembelajaran

 Kontek yang mudah difahami


 Kesan terhadap pelajar

 Tahap kebolehgunaan

 Kefahaman peraturan

Kebolehgunaan  Kesan terhadap pelajar

 Kesan terhadap PdPc

 Kesan terhdapa PAK-21

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Menurut Kerlinger & Lee (2000), kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen

adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak

dipersoalkan

3.5.1 Kesahan

Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan

kandungan (Kline, 2005). Justeru, instrumen penilaian yang dibina telah diberikan

kepada pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk disemak

bagi memastikan isi kandungan menepati matlamat kajian dan bersesuaian. Pemilihan

panel pakar adalah terdiri daripada tiga orang pensyarah universiti bidang kimia fizikal

yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran kimia atau kimia fizikal lebih
daripada 5 tahun. Selain itu, pakar juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam

bidang kimia fizikal.

Prosedur pengesahan soal selidik dimulakan dengan pengkaji di mana pengkaji

menghantar email kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat untuk dilantik sebagai pakar

kesahan. Setelah mendapatkan kebenaran daripada pensyarah, pengkaji mula menghantar

email surat lantikan pakar kesahan dan soal selidik. Tempoh masa untuk menyemak item-

item dalam soal selidik tersebut diberikan secukupnya kepada pensyarah penilai. Semua

panel yang dilantik telah diberi penerangan mengenai latar belakang kajian, definisi

konsep kajian, operasi konstruk yang terlibat dan tugas penyemakan item-item yang

dibina. Mereka telah diberikan Borang Semakan Pakar Instrumen Penilaian iaitu Borang

kesahan muka dan kandungan kit multimedia dan borang kesahan muka dan kandungan

soal selidik bagi memberi komen dan cadangan terhadap item-item pada penilaian yang

mereka lihat kurang menepati kehendak konstruk.

Berdasarkan pandangan Sidek dan Jamaluddin (2005), penentuan kesahan

kandungan yang baik adalah di mana dapat menyatakan bahawa sesebuah modul itu

mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dan baik apabila memperoleh 70%. Ia juga

dianggap menguasai atau telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi berdasarkan

Content Validity Index(CVI).

3.5.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran

(Azizi Ahmad, 2010). Ini bermakna seseorang individu itu akan mendapat skor yang
sama daripada sesuatu instrumen seandainya kebolehan individu itu adalah tekal atau trait

yang hendak diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-kali dengan instrumen

yang sama. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi

menentukan pekali kebolepercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali sebagai

Cronbach Alpha bagi setiap konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut.

Dalam kajian ini, setiap item-item yang dibina berdasarkan kajian literatur adalah tidak

wajar untuk melakukan analisis faktor (Mohd Sahandri Gani et al., 2014). Ini adalah

kerana Chua (2006) menyatakan bahawa bagi menentukan item individu yang harus

dikekalkan atau disingkirkan, data-data kajian rintis boleh dianalisis dengan analisis item

(item analysis) menggunakan program pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach.

Jadual Nilai Kebolehpercayaan boleh dijadikan panduan dalam menaksir

kebolehterimaan instrumen kajian dari segi kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali

kebolehpercayaan (Lim, 2007) seperti di Jadual 3.4

Jadual 3.4 Panduan Tahap Nilai Pekali Kebolehpercayaan

Pekali Kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan

0.90 atau lebih Amat baik


0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak

3.6 Prosedur Kajian


Prosedur kajian adalah langkah-langkah yang dilakukan bagi menjalankan kajian ini.

Fasa utama dalam kajian ini adalah merupakan fasa pembangunan Laman Sesawang

Animasi Kaedah Hittorf dan fasa pengujian untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap

modul yang dibangunkan.

Kajian yang dijalankan adalah berpandukan prosedur kajian pada Rajah 3.1. Pada

fasa pertama kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam

kajian. Masalah kajian telah dikenal pasti melalui pembacaan kajian-kajian lepas.

Seterusnya, penyelidik telah menetapkan objektif yang ingin dicapai pada akhir kajian ini

iaitu Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf dan mendapatkan persepsi responden

terhadap kit multimedia tersebut.

Proses pembangunan Modul Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf Elektrolit

akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 4. Pada fasa pengujian adalah fasa bagi

mendapatkan persepsi responden terhadap Modul Laman Sesawang Animasi Kaedah

Hittorf Elektrolit. Pada fasa ini, penyelidik perlu mendapatkan kesahan kandungan kit

multimedia Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf dan seterusnya mendapatkan

kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik persepsi. Setelah kesahan semua

instrumen diperoleh, responden telah diberikan peluang untuk meneliti Laman Sesawang

Animasi Kaedah Hittorf Elektrolit sebelum diminta menjawab borang soal selidik pesepsi

yang diberikan.
Mengenal pasti masalah dan objektif kajian

Pembangunan Modul Laman Sesawang


Animasi Kaedah Hittorf Elektrolit mengikut
model instruksional ADDIE

Pengujian modul pembelajaran kendiri

Mengedarkan borang soal selidik dalam


bentuk Google Form

Analisis data

Laporan

Rajah 3.1 Prosedur yang digunakan sepanjang menjalankan kajian

3.7 Kaedah Analisis Data

Sebelum pengkaji menjelaskan lebih lanjut mengenai kaedah penganalisisan data, Jadual

3.5 di bawah adalah kaedah analisis data yang digunakan berdasarkan objektif kajian.
Jadual 3. 5 Analisis Data Berdasarkan Objektif Kajian

Objektif Kajian Analisis Data

Membangunkan laman sesawang animasi ‘HittANI’ Content Validity Index (CVI)

bagi topik Kaedah Hittorf.

Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan laman Content Validity Index (CVI)

sesawang animasi ‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf.

Nilai Alpha Cronbach

Menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan laman Statistik Deskriptif:

sesawang animasi ‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf. kekerapan, min dan peratusan

Berdasarkan Jadual 3.5, prosedur penganalisisan data adalah berdasarkan objektif

dan persoalan kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data

iaitu soal selidik dan juga SPSS. Soal selidik pelajar pula akan dianalisis secara statistik

menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan

Statistik Deskriptif iaitu kekerapan, min dan peratusan kerana menurut Chua(2010), bagi

menganalisis perbezaan antara responden, pengkaji boleh menggunakan ujian bukan

parametrik(parameter) seperti analisis deskriptif kerana nilai skala likert adalah skala

ordinal. Rajah 3.2 berikut merupakan prosedur analisis data yang terdapat dalam SPSS.
Data dikumpul daripada
responden kajian

Data dimasukkan ke dalam


SPSS Data Editor

Data dianalisis
menggunakan prosedur
statistik tertentu

Hasil Analisis dipamerkan


dalam SPSS Output Navigator

Rajah 3.2 Prosedur Analisis Data menggunakan SPSS

3.8 Rumusan

Menurut Mokthar Ismail (2009), penilaian dan pentaksiran merupakan komponen penting

dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hasil dapatan penilaian dan pentaksiran

dapat memberi maklumat kepada pendidik tentang keberkesanan pendekatan, strategi

atau teknik pengajaran yang digunakan. Bagi seorang murid pula, ia merupakan satu

indikator atau penunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih perlu

dipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran. Secara

keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara terperinci kaedah metodologi yang

digunakan dalam kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian,
prosedur pengambilan data, instrumen dan kesahan serta kebolehpercayaannya, prosedur

kajian, serta prosedur penganalisisan data.

3.9 Rujukan

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. Studentsrepo.um.edu.my. Retrieved 29 December

2020, from http://studentsrepo.um.edu.my/3982/5/chapter_4.pdf.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka

bentuk perisian multimedia (1st ed.). Johor: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Chua (2010). BAB 3: METODOLOGI KAJIAN. Studentsrepo.um.edu.my. Retrieved 1

January 2021, from http://studentsrepo.um.edu.my/5395/3/BAB_3.pdf.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1.

Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

DIN, R., AHMAD, M., KZ, M., MOHAMAD SIDEK, N., ABDUL KARIM, A., &

JOHAR, N. et al. (2009). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL

SELIDIK GAYA e-PEMBELAJARAN (eLSE) VERSI 8.1 MENGGUNAKAN

MODEL PENGUKURAN RASCH [Ebook] (5th ed., pp. 15-27). Jurnal

Pengukuran Kualiti dan Analisis. Retrieved 1 January 2021, from

https://www.ukm.my/jqma/v5_2/jqma-5-2-02-rosseni.pdf.
Kerlinger, F. N. (1970). Foundations of Behavioral Research: Educational and

Psychological Inquiry. London: Holt. Reinhart & Winston.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A practical approach to design & evaluation.

California: Sage Publication.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif.

Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

Leonard, M. K., Tipps, S., & Johnson, A. (2004). Guiding children’s learning of

mathematics (10th ed). United States of America: Thompson Learning, Inc.

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (1984). Research in education: A conceptual

introduction. Boston: Little, Brown.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron., & Mohd Faizal

Nizam Lee Abdullah. (2013). Buku panduan pembinaan instrumen “ Anda dan

Kepenggunaan”. Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publications.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Noor Shah Saad, Saifuddin Kumar Abdullah, Mazura

Mastura Muhammad., & Husni Zaim Khairun Nasri. (2014). Transformation of

research instrument development in education. US-China Education Review A,

4(10), 679-687.

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidkan. Shah Alam: McGraw-Hill

Education.
Perbezaan Antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif. Made In UITM. Retrieved 1 January

2021, from https://madeinuitm.com/perbezaan-antara-kajian-kuantitatif-dan-

kualitatif/.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana

membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra

Malaysia.

You might also like