You are on page 1of 5

Tahun 4,5 & 6 (Cakap Ajuk & Cakap Pindah)

Cakap Ajuk & Cakap Pindah

1)   Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat

tanpa mengubah maksud asalnya

2)  Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik (“…”). Contohnya:

a)  “Saya sudah makan” kata Ali kepada emaknya

b)  Pesan emak kepada kakak. “Berbelanjalah dengan cermat.”

3)  Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu

a)  Cakap ajuk jenis ayat penyata. Contohnya:

i)  “Saya berasa gembira,” kata Ali kepada Ahmad

ii)  “Inilah adik saya,” kata Surah kepada Keong

b)  Cakap ajuk jenis ayat perintah. Contohnya:

i)  “Silalah menjamu selera,” kata ayah kepada para tetamu

ii)  “Tolong tutup makanan itu,” kata emak kepada saya

c)  Cakap ajuk jenis ayat seruan. Contohnya:

i)  “Wah, besarnya rumah kamu!” kata Ali kepada Anis

ii)  “Pergi engkau dari sini!” tengking orang kaya kepada pengemis tua itu

d)  Cakap ajuk jenis ayat tanya. Contohnya:

i)     “Mengapakah tangan kamu berbalut?” tanya Ali kepada Ahmad

ii)  “ibu bapa kamu di kampung bagaimana?” tanya Ali kepada Ahmad

4)  Cakap pindah pula ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan

menggunakan ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya

5)  Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik (“…”). Contohnya:

a)  Ali memberitahu emaknya bahawa dia sudah mandi

b)  Emak berpesan kepada kakak supaya berbelanja dengan cermat

6)  Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:


Cakap Ajuk Cakap Pindah

“Gadis yang berbaju merah itu sepupu Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis

saya,” kata Ali kepada Ahmad yang berbaju merah itu adalah sepupunya

“Siapkan latihan Matematik ini Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya

sebelum waktu rehat,” kata Cikgu Ali menyiapkan latihan Matematik itu

kepada murid-muridnya sebelum watku rehat

Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia

Ahmad?” sedih

7)      Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa

perkara yang perlu diubah atau diberi perhatian

Kelas Kata Cakap Ajuk Cakap Pindah


Kata ganti diri ~ aku, saya, hamba, patik ~ dia,ia,nya,beliau
~ kami,kita ~ mereka
~ beta ~ baginda
~ anda,awak,kamu,engkau ~ saya,dia,nya
Kata ganti tempat ~ sini ~ situ,sana,tempat itu
Kata ganti tunjuk ~ ini ~ itu
Kata keterangan ~ Demikian ini ~ demikian tiu
cara ~ begini ~ begitu
Kata keterangan ~ sekarang ~ masa itu, ketika itu
masa ~ malam tadi ~ malam semalamnya
~ semalam ~ semalamnya
~ hari ini ~ hari itu
~ tadi ~ ketika itu
~ esok ~esoknya,keesokan harinya, hari
itu

8)  Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh
dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:

Cakap Ajuk Cakap Pindah


Salah Betul
“Tolong bawakan saya Ayah berkata kepada Ayah meminta emak
segelas air,” kata ayah emak tolong supaya membawakannya
kepada emak. (ayat bawakannya segelas air. segelas air.
perintah)
“Ah, aku tidak peduli Ali berkata dengan Dengan marahnya Ali
kata-katamu itu!” kata marahnya, ah, dia tidak berkata bahawa dia
Ali dengan marahnya. peduli akan kata- tidak peduli akan kata-
(ayat seruan) katanya itu. katanya itu.
“Jangan pijak rumput Cikgu Ali berkata Cikgu Ali melarang
itu,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya murid-muridnya supaya
kepada murid- jangan pijak rumput tidak memijak rumput
muridnya. (ayat itu. itu.
perintah)

Penilaian:

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah

orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai

polis.

3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu

berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimah.

4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis

macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.

5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika
kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata

guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan

tunduk kepada keris kau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama

lelaki,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi

segala kesusahan,” kata gadis itu.

8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu.

Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam

ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak.

9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan

telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim

10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.  

Adakah dia ada di rumah?” kata pemuda itu.

Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama

tidak berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya

2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu

mengatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal

itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang.


Fatimah mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenang sambil meminta orang

ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

4. Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana

ketika itu kes ragut berlaku satu demi satu

5. Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka

terus malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu,

beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

6. Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar

yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan

tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang

Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

7. Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya

kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.

8. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk

menziarahi ayah Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang

disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di

sekolah keesokan hari.

9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada

sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di

rumah dan menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada

di rumah.

You might also like