You are on page 1of 26

Pengenalan

Islam merupakan agama yang menitikberatkan kehidupan dan memberi ruang yang luas
kepada umatnya untuk mengikusti syariat yang telah ditetapkan agar dapat hidup aman dan
bahagia. Fahaman sekularisme pula telah banyak dianuti oleh kebanyakan pemerintah
mahupun ahli ilmuan Islam di kawasan Asia Tenggara malah mereka berusaha menerapkannya
di pelbagai aspek kehidupan. Perkara ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Islam
terutamanya dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Tambahan lagi, kemasukan sekularisme
ini juga akan menyebabkan masyarakat muslim kehilangan akhlak, jati diri dan agama kerana
jiwanya sudah kosong.

Kemasukan sekularisme juga berkait dengan kemerdekaan Negara Islam seperti Negara
Turki dan Negara Mesir yang menyakini bahawa pembangunan bersumberkan barat akan
mengelakkan kemudunduran dan kemiskinan rakyat. Kesan daripada ini, umat Islam
dipengaruhi dengan alasan bahawa untuk maju, kita seharusnya mencontohi Barat. Perkara ini
juga berkait dengan cara pemikiran. Sebagai contoh, menggunakan pemikiran Barat seperti
Rasionalisme, Positivisme, Naturalisme, Materialime dan sebagainya. Selain itu, Negara-
negara ini juga menggunakan sistem pemerintahan yang terpisah-pisah dalam pelbagai aliran
seperti Nasionalisme, Sosialisme dan Demokrasi. Apabila masyarakat menerima cara
pemikiran Barat, ia akan menggugat pegangan dan kepercayaan pemikiran Islam. Oleh itu,
mereka akan menganggap cara Barat adalah yang terbaik untuk dicontohi.1

Pemikiran ini dapat dilihat dari segi hiburan, masyarakat muslim akan menyertai
pelbagai pesta, konsert besar-besaran, minum arak, perlakuan bebas dan kehidupan bebas tanpa
akhlak.2 Peniruan budaya Barat yang dianggap moden dan maju mendapat perhatian umat
Islam kerana ia menjadi lambang kemewahan dan kemegahan. Tambahan lagi, peniruan gaya
berpakaian yang mendedah aurat dianggap moden dan mendapat sambutan. Oleh itu, golongan
seperti artis iaitu, penyanyi dan pelakon akan dijadikan sebagai idola untuk diikuti termasuklah
dari segi cara berpakaian, hobi, cara berbahasa dan sebagainya.

1 Thaha Jabir Al Awani. 1995. Krisis Pemikiran Moden: Diagnosis dan cara pemulihan. Selangor: Terjemahan Muhammad
Firdaus, The International Institute of Islamic Thought Malaysia dan Thinker’s Library Sdn. Bhd. Hlm 6
2 Jamilah Othman. 2000. Seminar Kebangsaan Cabaran Sekularisme Ke Atas Umat Islam: Sekularisme: Pengalaman Umat
Islam Minoriti Di Singapura. Sungai Petani, Kedah. Persatuan Ulama Kedah dan Teras Pengupayaan Melayu. Hlm 2
Pengaruh sekularisme juga dapat dilihat di dalam pendidikan. Dalam pemikiran
masyarakat, iai sesuatu yang paling membanggakan apabila anak-anak mereka belajar di
sekolah atau institusi pengajian tinggi yang berkonsepkan Barat dan ternama. Hal ini kerana,
lulusan institusi ini akan memberikan pekerjaan yang professional dan dianggap bertaraf tinggi.
Manakala, bidang beraliran agama pula dipandang rendah kerana dianggap sesuatu yang tidak
mencabar minda sehinggakan kedudukan gaji yang ditetapkan juga adalah berbeza kerana
kandungan pelajaran di institusi tersebut berdasarkan kandungan pelajaran dari Negara Barat.

Unsur-unsur sekular dapat dilihat di dalam kebebasan individu memiliki harta,


kekuasaan penuh institusi kewangan, perwarisan harta dan sebagainya yang tiada kawalan ketat
dari kerajaan. Ia juga dipanggil sebagai sistem ekonomi Kapitalis. Melalui model Negara
sekular Islam oleh Mustafa kamal Ataturk, sistem ini mempunyai unsur-unsur seperti riba,
penipuan, rasuah dan sebagainya yang mementingkan kepuasan diri, kemewahan dan
kedudukan yang mengenepikan hokum agama. Melalui sistem ini, amalan riba dan kadar bunga
seperti di dalam urusan pinjaman, kos pengiklanan untuk perkhidmatan dan sebagainya.3

Bagi pentadbiran yang berunsurkan sekular, sebagai contoh, di Malaysia, dalam


pemerintahan ini, dapat dilihat bahawa pemerintahan kerajaan, pentadbiran majlis agama dan
kerajaan tidak seiringan. Bidang kuasa pentadbiran majlis agama negeri misalnya ialah
membuat kutipan zakat, pemegang amanah tanah wakaf, perlantikan pegawai masjid dan
sebagainya. Ia jelas menunjukkan agama adalah untuk pentadbiran. Tambahan lagi, konsep
parlimen yang digunakan di Malaysia adalah perlembagaan yang berteraskan kepada corak
Barat.

Melalui contoh-contoh yang diberikan, jelaslah bahawa penyerapan budaya


sekularisme ke Asia tenggara adalah berlaku. Sekularisme dapat dijadikan sebagai unsur yang
penting dalam membentuk seseorang dan mewujudkan perkembangan sesuatu Negara tersebut.
Penulisan mengenai sekularisme di Asia Tenggara akan diulas lagi di dalam penulisan ini.

Corak Pemerintahan atau Pentadbiran Negara

3 Mohd Aizam Mas’od. 2012. Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam Dan Implikasinya Kepada Iman.
Jurnal Penyelidikan Islam Bil 25. Hlm 106-108
Corak pemerintahan atau pentadbiran negara juga merupakan interpretasi kepada fahaman
Muslim di Asia Barat. Hal ini dapat dilihat pada 29 Oktober 1923, negara Turki telah
diisytiharkan sebagai sebuah negara republik dan Mustafa Kamal telah menjadi presiden.
Langkah itu merupakan pembuka jalan kepada program yang lebih radikal dan mula
memisahkan pentadbiran daripada konsep kepimpinan tradisional.4 Pada tahun 1923, melalui
bidang pentadbiran, beliau telah membentuk sebuah parti politik iaitu Parti Republik Rakyat
sebagai alat untuk membawa perubahan dalam negara. Suasana demokrasi dapat diwujudkan
apabila para anggota parti dibenarkan berbincang sesama sendiri dalam membuat keputusan
mengenai pentadbiran negara sebelum bersidang dalam Dewan Kebangsaan Agung. 5 Turki
ialah republik berpresiden sejak 9 Julai 2018. Semenjak penubuhan republik pada tahun 1923,
Turki telah mengembangkan tradisi sekular yang utuh. 6 Perlembagaan Turki mentadbir
kerangka undang-undang negara, dan menggariskan rukun-rukun utama kerajaan serta
menetapkan Turki sebagai negara unitari yang terpusat. Presiden Republik ialah ketua negara
yang berperanan dalam adat istiadat. Presiden dipilih untuk setiap lima penggal melalui
pilihan raya langsung. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Majlis Menteri-
Menteri yang membentuk pemerintahan, manakala kuasa perundangan pula terletak di tangan
parlimen, iaitu Dewan Kebangsaan Agung Turki.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, corak pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia juga
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agung (YDPA) sebagai
ketua utama negara dan agama Islam sebagai agama rasmi.7 Mengikut kepada Perlembagaan
Persekutuan, walaupun YDPA sebagai ketua negara tetapi yang menggerakkan pemerintahan
negara ialah tiga badan utama iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
Pengasingan badan-badan pemerintahan itu dikenali sebagai doktrin pengasingan kuasa yang
bertujuan untuk mengelakkan pemusatan kuasa antara ketiga-tiga komponen tersebut.8 Negara
Malaysia juga mengamalkan kerajaan demokrasi berparlimen dan suasana demokrasi dapat

4
Fadhlullah Jamil. (2000). Islam di Asia Barat moden: sejarah penjajahan dan pergolakan. hlm. 163.
5 Ibid., hlm. 164.
6 Carkoglu, Ali (2004). Religion and Politics in Turkey. Routledge, UK. ISBN 0-4153-4831-5.
7 Malaysia Kita. (2000). Sejarah pentadbiran dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur:International Book Law. hlm. 198.
8 Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 724.
diwujudkan apabila persetujuan secara bersama oleh pemimpin serta rakyat dalam membuat
sesuatu keputusan kerana corak kerajaan bergantung kepada persetujuan ramai.9

Oleh itu, dapat dilihat di negara Turki pentadbiran negara telah diasingkan dengan
pemerintahan bercorak tradisional yang sebelum itu diketuai oleh sistem khalifah manakala di
Malaysia pentadbiran negara turut dipisahkan antara satu sama lain bagi memudahkan urusan
pentadbiran dijalankan. Selain itu, suasana demokrasi diwujudkan di kedua-dua negara iaitu
dengan menekankan persetujuan secara bersama dalam membuat sesuatu keputusan mengenai
pemerintahan negara.

Ideologi Pan-Islamisme

Penyebaran Idea Pan-Islamisme di Asia Tenggara Idea Pan-Islamisme merupakan satu dasar
yang terpenting dalam pemerintahan Sultan Abdul Hamid II di Turki. Pengenalan konsep itu
menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah
yang berperanan membela hak umat Islam. Malah, konsep Pan-Islamisme juga dilihat sebagai
usaha Sultan Abdul Hamid II untuk mengukuhkan kedudukannya ketika baginda sedang
diancam oleh imperialisme Kristian Barat seperti Rusia.10 Selain itu, kemunculan Jamal Al-
Din Al-Afghani turut membantu dalam menyebarkan idea Pan-Islamisme ke seluruh dunia.11
Pelbagai cara telah dilakukan oleh beliau termasuk dengan cara penulisan dan buktinya jelas
dapat dilihat melalui karya penulisannya yang berjudul “Al-Wahda Al-Islamiyyah” (perpaduan
Islam). Melalui karya tersebut, beliau telah menjelaskan mengenai perlunya umat Islam bersatu
dan bekerjasama sesama sendiri untuk kebaikan masa depan dan membebaskan diri dari
cengkaman kuasa Barat.12

9
Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd..hlm 760
10Fadhlullah Jamil. (2007). Islam di Asia Barat moden: sejarah penjajahan dan pergolakan. Shah Alam:Karisma Publications
Sdn. Bhd. hlm. 147.
11 Ibid.hlm.140
12Mohamad Redzuan Othman. (2006). Islam dan masyarakat Melayu: peranan dan pengaruh Timur Tengah. Kuala
Lumpur:Universiti Malaya. hlm. 87-88.
Idealogi berkenaan Pan-Islamisme itu telah berkembang luas ke Asia Tenggara dan telah
diterima oleh masyarakat Muslim di Asia Tenggara. Buktinya jelas dapat dilihat di Indonesia
apabila Sarekat Islam telah ditubuhkan pada 1912 dan mengadaptasi ideologi Pan-Islamisme
yang telah diperkenalkan oleh Sultan Abdul Hamid II dan Jamal Al-Din Al-Afghani. Sarekat
Islam yang dipimpin oleh Omar Said Tjokroaminoto telah bergabung dengan Syarikat Dagang
Islam dan terpengaruh dengan idea-idea Pan-Islamisme yang bercitrakan penyatuan umat Islam
terutama dalam kes di Indonesia dalam menghadapi persaingan ekonomi dengan pedagang-
pedagang asing terutamanya pedagang-pedagang Cina serta memperjuangkan kemerdekaan
Indonesia.13

Seterusnya, di Tanah Melayu ideologi Pan-Islamisme berkembang melalui peranan yang


dimainkan oleh Syed Syeikh Al-Hadi dan rakan-rakannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin yang
telah menerbitkan majalah Al-Imam. Majalah tersebut merupakan akhbar reformis pertama di
Tanah Melayu telah mendapat pengaruh secara langsung daripada majalah Al-Manar yang
diterbitkan oleh Muhammad Rashid Rida di Mesir. Tujuan penerbitan majalah tersebut adalah
untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme dengan mewujudkan kesedaran dalam diri masyarakat
Islam untuk memajukan diri dan tidak terpengaruh dengan tipu helah penjajah dengan
menjadikan perjuangan bangsa Turki dalam mempertahankan kedaulatan agama dan negara
daripada kuasa asing sebagai panduan. 14 Selain itu, mereka turut menubuhkan madrasah-
madrasah seperti Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura Madrasah Al-Masyur Al-
Islamiyyah pada tahun 1919 di Pulau Pinang bagi mengembangkan lagi idea dan pemikiran
mereka.15 Secara tidak langsung, idea Pan-Islamisme telah berkembang di Tanah Melayu dan
membantu menyedarkan masyarakat Muslim supaya bangun berjuang menentang penjajah
Barat.

13
Riduan Mohamad Nor. (2009). Sejarah dan perkembangan gerakan Islam abad moden. Kuala Lumpur:Jundi Resources.
hlm. 42.
14
Mohamad Redzuan Othman. (2006). Islam dan masyarakat Melayu: peranan dan pengaruh Timur Tengah. hlm. 97.
15
Ermy Azziaty Rozali. (2009). Pan-Islamisme dan respons masyarakat Melayu. Dlm Farid Mat Zain (Ed). Daulah
Uthmaniyah: detik kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki 1924 dan reaksi orang Melayu (hlm. 38). Shah Alam:Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Gerakan Turki Muda

Kemunculan Gerakan Turki Muda pimpinan Mustafa Kamal Attaturk turut


mempengaruhi kesedaran kebangsaan Melayu, Idea-idea Attaturk telah mempengaruhi
kesedaran semangat kebangsaan Melayu. Kejayaan beliau dalam “memodenkan” Turki apabila
mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik pada tahun 1923 dianggap satu inspirasi. Ini
dilihat menerusi kejayaan Gerakan Turki Muda membangkitkan semangat kebangsaan di sana.
Ekonomi Turki telah berjaya dikuasai semula oleh orang tempatan lantas mengurangkan
pengaruh Yahudi. Kebangkitan ekonomi ini membolehkan kerajaan memberi peluang yang
luas kepada orang Turki.16

Majalah al-Imam turut menekankan kepentingan pengaruh Turki sejak zaman kerajaan
Uthmaniyyah lagi terutama semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Malah dalam keluaran
pertama majalah tersebut, Turki dan Jepun telah dijadikan sumber ilham penentangan kuasa
barat oleh Islam dan Asia.17 Tokoh Islam dari Turki iaitu Sayyid Muhammad wajih al-Jailani
turut memainkan peranan penting dalam seruan supaya umat Islam bersatu. Pengaruh Turki ini
bukan sahaja di Tanah Melayu malah amat berpengaruh di Indonesia. Walaubagaimanapun
cubaan pemerintahan Bani Umayyah ini gagal dengan kejayaan gerakan Turki Muda
mengambil alih tapuk pemerintahan Turki. Kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Turki Muda
dalam menentang penguasaan kuasa asing turut mengilhamkan orang-orang Melayu seperti
Za’aba untuk melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme di tanah Melayu dan memajukan
diri dalam pelbagai bidang.

Pengaruh dari Indonesia menyemarakkan lagi semangat untuk mara dan mengubah
sikap dan diri. Akhbar Edaran Zaman dan Sinaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh
al-Hadi telah menggambarkan perjuangan Sarekat Islam, sebuah pertubuhan politik yang
menggunakan Islam bagi menyatukan umat Islam di Indonesia dalam menentang penjajahan
Belanda. Jadi, bolehlah dikatakan perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia telah
mempengaruhi pemikiran politik penggerak nasionalis Melayu. Perkembangan nasionalisme

16 Mohammad Redzuan Othman, "Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Dan Kenaikan Kamal Di Turki: Reaksi Orang Melayu",
dalam Farid Mat Zain (ed.), Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu: Detik Kejatuhan Khalifah Islamiyah di Turki 1924 dan
Reaksi Orang Melayu, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., 2009, hlm. 210.
17 Ibid
Tanah Melayu dilihat mula berkembang seiring dengan gerakan nasionalis di Indonesia yakni
berteraskan perjuangan menerusi Islam yang asal.

Gerakan kemerdekaan rakyat indonesia menentang pemerintahan belanda telah memberi


semangat kepada golongan Melayu yang ingikan pembebasan daripada penjajahan british.
Sareket Islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan memelihara kebajikan dan
ekonomi orang indonesia serta menyatukan orang Islam dengan menyebarkan ajaran Islam.
Parti ini amat popular di Pulau Jawa. Parti ini mendesak penjajah Belanda supaya memberi
pemerintahan sendiri kepada rakyat Indonesia.Orang Melayu di Tanah Melayu amat tertarik
dengan ideologi parti tersebut, tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, baasa
dan kebudayaan, di antara masyarakat Islam di indonesia dan mayarakat Melayu di tanah
Melayu, jadi orang Melayu di tanah Melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang
dilakukan oleh Sarekat Islam di indonesia. Di samping itu pelajar yang sedang belajar di Timur
Tengah, telah berhubung dengan peajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka
ialah untuk berganding dan sama-sama memperleh pembebasan dari penjajah

Sistem Pemerintahan Republik

Pengaruh sekularisme di Turki yang dilakukan oleh Mustafa Kamal adalah dengan
menjalankan reformasi politik ke atas bentuk dan struktur pemerintahan negara. Bagi tujuan
tersebut, Dewan Nasional Agong telah ditubuhkan untuk mengubahsuai sistem pemerintahan
sebelumnya. Prinsip undang-undang yang diperkenalkan adalah “kedaulatan terbilang tanpa
ragu-ragu atau tanpa syarat kepada bangsa”. Undang-undang ini menekankan tentang peranan
atau fungsi Dewan Nasional sebagai badan perwakilan rakyat yang sebenarnya dan mempunyai
kekuasaan yang legislatif dan eksekutif.18 Berdasarkan pengenalan undang-undang ini, sistem
pemerintahan dijalankan berasaskan sistem demokrasi di mana sistem pemerintahan
kesultanan yang dilaksanakan dalam Dawlah Uthmaniyyah dihapuskan.

18 H.A.Mukti Ali, Islam dan Sekularisme di Turki Modern, Jakarta, 1994,hlm.82.


Mustafa Kamal menjelaskan bahawa jabatan Khalifah dan jabatan sultan adalah terpisah
iaitu khalifah di Baghdad dan sultan di daerah. Oleh itu, adalah wajar jabatan sultan dihapuskan
dan jabatan khalifah dipertahankan. Usul penghapusan khalifah dipersetujui dan sultan hanya
mempunyai kuasa dalam hal-hal spiritual.19 Pembaharuan ini ditentang oleh Sultan Wahidudin
(sultan Dawlah Uthmaniyah) tetapi tidak mendapat sokongan. Institusi Kesultanan
dimansuhkan secara rasminya pada 4 November 1922M. Penghapusan ini secara tidak
langsung telah menghilangkan kuasa sultan yang sebelum ini menguasai bidang eksekutif dan
legislatif. Kedaulatan negara telah dikuasai sepenuhnya oleh Dewan Nasional Agong. Mustafa
Kamal telah memperkenalkan pembaharuan tersebut dengan tujuan untuk merealisasikan cita-
cita sekularismenya. Oleh itu, beliau menyediakan satu corak sistem demokrasi yang dapat
memberi kesan jangka panjang. Menurutnya, Islam agama semulajadi yang merangkumi aspek
sains, ilmu dan logik. Bagi membentuk sistem pemerintahan demokrasi, rakayat perlu
diperintah oleh pihak berkuasa kerajaan Sultan. Khalifah perlu diganti dengan pihak berkuasa
sekular.20 Dari itu, sistem yang lebih sesuai untuk dilaksanakan ialah sistem Republik.

Republikanisme ini merupakan permulaan bagi falsafah politik orang Turki. Dewan
Nasional Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan menggubal undang-undang dan
melaksanakannya. Walaupun dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Dewan Nasional Agong
mendapat tentangan, namun hasrat untuk membentuk sebuah pemerintahan republik diteruskan.
Perkembangan ini juga telah mempengaruhi sistem pemerintahan di Indonesia. Yang mana,
negara Indonesia mengamalkan pemerintahan republik. Bentuk pemerintahan negara Indonesia
adalah republik konstitusional, sedangkan sistem pemerintahan negara Indonesia adalah sistem
presiden. 21 Bentuk kerajaan republik adalah sebuah kerajaan yang mandatnya berasal dari
rakyat, melalui mekanisme pilihan raya umum dan biasanya dipimpin oleh seorang
presiden.Sistem presiden adalah sistem negara yang dipimpin oleh presiden. Presiden adalah
ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dan wakil presiden dipilih secara langsung oleh
rakyat melalui pilihan raya umum. Presiden dalam menjalankan kerajaan dibantu oleh menteri.
Presiden mempunyai hak untuk melantik dan memberhentikan menteri. Para menteri atau yang

19 Harun Nasution, Pembaharuan dalam Islam, hlm 153


20 Lord Kinross, Mustafa : The Rebirth of A Nation, hlm,384.
21 Dawam Raharjo, Intelektual Intelegensia Dan Perilaku Politik Bangsa, Mizan, Bandung, 1993.
sering disebut sebagai kabinet bertanggungjawab untuk presiden. Presiden dalam menjalankan
pemerintahannya diawasi oleh parlemen.22 Parlemen di Indonesia terdiri dari dua bagian yaitu
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD). Anggota DPR dan
DPD dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pemilihan umum. Pemilihan umum untuk
memilih anggota DPR adalah pilihan raya umum yang dipegang oleh sebuah komisi pemilihan
umum dengan mekanisme peraduan dalam bentuk pemilihan umum multi-parti. Pemilihan
umum untuk memilih anggota DPD juga dipegang oleh komisi pemilihan umum dengan
mekanisme peraduan yang datang dari calon individu dengan syarat-syarat dukungan tertentu
yang mewakili tingkat 1 atau provinsi. Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ialah dewan negara
dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang merupakan dewan perwakilan rakyat,
sebagaimana yang ternyata daripada namanya. Dewan ini memegang kekuasaan untuk
menggubal undang-undang, dan memainkan peranan perundangan, belanjawan, dan
pengawasan.23

22 Hasan Shadily, Ensiklopedi Indonesia, Jilid 5, Ichtiar Baru-Hoeve, Jakarta, 1984.


23 Ibid
Peranan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Di Malaysia

Kolonialisme Barat ke atas dunia Islam telah mendatangkan impak yang besar dalam
sistem kehidupan masyarakat Islam di Asia Tenggara.24 Hal ini kerana, undang-undang yang
berasaskan kepada hukum syarak telah digantikan dengan sistem mengikut corak Barat
dalam sistem politik, ekonomi, pendidikan serta undang-undang. Pihak Barat sebenarnya
sedikit sebanyak telah menghapuskan undang-undang Islam dalam sistem politik, ekonomi
dan sosial serta sistem pendidikan yang berasaskan kepada undang-undang dan syafaat Islam.
Namun, undang-undang keluarga Islam masih lagi dikekalkan kepentingannya mengikut
hukum syarak kerana undang-undang25 ini dilihat sebagai identiti agama seseorang muslim.26
Oleh sebab itu, undang-undang keluarga islam diterima pakai di sesebuah keluarga Islam
bergantung kepada cara pemahaman dan pentafsiran para ulama dan ahli akademik tentang hak
dan tanggungjawab anggota keluarga mengikut hukum syarak. Tambahan pula, kesediaan
golongan umarak (pemerintah) untuk mengkodifikasikan ketetapan dalam bentuk status
undang-undang yang mengikat.

Pemahaman tentang status dan hak wanita dalam hal ehwal kekeluargaan akan memberi
kesan kepada bentuk status undang-undang keluarga Islam sama ada ia dilihat sebagai women
friendly ataupun gender bias. Oleh sebab itu, terdapat perbezaan pendapat di antara satu sama
lain dalam menentukan dan mengkodifikasikan undang-undang keluarga Islam walaupun
merujuk kepada sumber yang sama iaitu fiqah. Hal yang demikian, negara-negara Islam seperti
Mesir dan Malaysia sering dikritik oleh golongan yang bergerak atas dakwaan
memperjuangkan martabat wanita Islam di bawah penindasan sistem kekeluargaan Islam yang
bersifat patriaki dan juga telah menafikan kesetaraan hak wanita dengan golongan lelaki.27

24Zanariah Noor. 2017. Isu-isu Masyarakat Islam : Status Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan
Mesir. Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn. Hlm 65.
25J. L., Esposito. 1998. Women in Islam and Muslim Society. Dlm. Y.Y Haddad & J. Esposito (Eds). Islam, Gender and
Social Change. Oxford: Oxford University Press. Hlm IX. Kedudukan ini berbeza di Turki yang menggunakan undang-
undang perkahwinan berasaskan undang-undang Swiss. Antara kandungannya ialah amalan poligami dihapuskan, wanita
Muslim dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam dan mana-mana orang Islam yang dewasa dibenarkan murtad.
Rujuk Abd. Rahman. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 97.
26 Ibid. Hlm 65.
27 Zainah Anwar. 2005. Law Making in the Name of Islam: Implications for Democratic Governance. Dalam Badriyah Haji
Salleh dan Nazirah Lee. 2017. Isu-isu Masyarakat Islam : Status Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam di
Malaysia dan Mesir. Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn. Hlm 65.
Tuntutan Reformasi Undang-undang Keluarga Islam

Terdapat pelbagai teori dan konsep tentang kejadian manusia. Contohnya, teori yang
dikeluarkan oleh Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada “monyet”.28 Namun,
dari segi pandangan Islam manusia pada mulanya berasal daripada tanah. Manusia yang
pertama yang dimaksudkan itu adalah Nabi Adam. Beliau dianggap sebagai bapa bagi semua
manusia. Manakala, Hawa dijadikan oleh Tuhan sebagai pasangan hidup Adam. Daripada
pasangan Adam dan Hawa ini telah lahir generasi manusia sehingga ke hari ini dan kita juga
turut memainkan peranan untuk kesinambungan hidup manusia di dunia ini. Berasaskan
kepada konsep Islam, menunjukkan satu sistem kekeluargaan yang merupakan asas kepada
pembinaan seluruh sistem masyarakat dan budaya. Sesebuah masyarakat hanya dapat
ditegakkan melalui sokongan daripada unit-unit keluarga yang juga merupakan sendi bagi
pembinaan masyarakat dan negara seluruhnya.

Selain itu, bagi sesetengah kaum tanggungjawab keluarga itu terletak pada perempuan.
Dalam islam pula, tanggungjawab keluarga pada asasnya adalah kaum lelaki atau keturunan
sebelah bapa. Namun perkara ini berbeza dalam tuntutan reformasi undang-undang keluarga
Islam. Hal ini kerana, golongan feminis Muslim mendakwa nas al-Quran telah ditafsirkan
menurut perspektif lelaki, kehendak dan keperluan lelaki terhadap wanita. Keadaan ini
memberi kesan secara langsung terhadap hak-hak serta kepentingan wanita dalam aspek sosial,
ekonomi, politik dan perundangan, lebih khusus lagi dalam undang-undang kekeluargaan.
Justeru itu, golongan yang mendukung aspirasi ini menyatakan bahawa pentafsiran al-Quran
perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin agar ianya sentiasa relevan. 29 Tuntutan
reformasi undang-undang keluarga Islam di Malaysia dan Mesir adalah berasaskan kepada
ulama dalam fiqh tradisi kepada undang-undang yang lebih bersifat semasa, realistik, menjaga
hak asasi dan kebajikan wanita. Keadaan ini sentiasa dikaitkan dengan gerakan kebangkitan
Islam dan juga desakan oleh golongan feminis Muslim.

Golongan feminis Muslim ini mengatakan hukum kekeluargaan Islam perlu mengalami
proses transformasi bagi mengurangkan hukum-hakam yang bersifat melebihkan golongan
lelaki. Oleh yang demikian, perbezaan dan kepelbagaian versi undang-undang Islam di negara

28Abdul Monir Yaacob. Islam: Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden: Konsep Kekeluargaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 53.
Islam membuktikan bahawa undang-undang Islam sebenarnya dipengaruhi oleh sosiopolitik
setempat dan bukannya divine injuctions. Justeru itu, beberapa isu dalam hal ehwal
kekeluargaan seperti poligami, pewarisan harta, hubungan suami isteri, penceraian dan hak
penjagaan kanak-kanak menjadi isu yang diketengahkan agar berlaku pindaan terhadap isu ini
supaya wujud kesaksamaan gender dilakukan oleh pihak berkuasa.

Terdapat badan atau gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
yang terlibat secara langsung dalam usaha menyokong golongan pro-Islam dalam pentadbiran
negara. Golongan akademik-reformas menjadi faktor kepada perubahan dalam undang-undang
keluarga Islam yang lebih bersifat menjaga kebajikan wanita.30 Manakala, terdapat golongan
feminis Muslim yang mendapat sokongan daripada pengaruh emansipasi wanita di Barat.
Golongan ini tercetus di Malaysia yang memperjuangkan hak dan keadilan wanita. Selain itu,
golongan feminis Muslim yang bergerak atas dasar memperjuangkan hak-hak menggunakan
rasional serta dali-dalil al-Quran dan Hadis mengikut tafsiran mereka bagi menjustifikasikan
tuntutan-tuntutan persamaan gender serta perubahan dalam sturuktur sosial masyarakat Islam.

Golongan ini bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti sisters in
Islam, All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO) dan
sebagainya. Badan NGO ini berperanan sebagai kumpulan-kumpulan pendesak kepada pihak
kerajaan bagi mewujudkan undang-undang keluarga Islam yang tidak mendiskriminasikan
wanita. Sebagai contoh, golongan ini cuba untuk mengubah Rang Undang-undang Keluarga
Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang diluluskan pada 26 September
2005. Tetapi, penggubalan undang-undang tersebut ditangguhkan pada 11 Januari 2006.

Kemudian, penjajahan yang lama oleh kuasa barat di Mesir juga memberi kesan
langsung ke atas budaya, sosial, dan politik masyarakat Mesir. Hal yang demikian, kesan
kumulatif terhadap transformasi sejarah Mesir telah mewujudkan pertembungan bentuk
tuntutan hak wanita yang diperjuangkan oleh golongan Islam liberal yang terkesan dari
pemikiran Barat yang juga memperjuangkan hak sama rata kepada lelaki dan wanita. Pleh itu,
jurang perbezaan antara lelaki dan perempuan dapat dikurangkan. Antara tokoh yang
memperjuangkan hak keistimewaan wanita ialah Muhammad Abduh. Antaranya mengenai
permasalahan wanita dalam masyarakat seperti kesalahan penggunaan kuasa talak serta amalan

30 Khalif Muammar A. Harris dan Adibah Mukhtar. 2005. Perdebatan kontemporari mengenai kesetaraan gender: islamis
versus feminis muslim. Dlm. Proceedings International Seminar on Muslim Women. Skudai: Centre for Islamic Studies and
Social Development. Technology University Of Malaysia. Hlm 731-732.
poligami. Selain itu, beliau berpendapat kurangnya penglibatan kaum wanita dalam
pembangunan masyarakat adalah disebabkan oleh wanita tidak diberi peluang dalam bidang
pendidikan sebagaimana lelaki.

Reformasi undang-undang keluarga Islam Mesir yang lebih terbuka, praktikal dan
bersesuaian dengan zaman dapat diperhatikan bermula tahun 1950-an dan 1960-an hasil gesaan
kepada keperluan mewujudkan masyarakat yang saksama dan adil. Walau bagaimanapun,
perubahan radikal terhadap undang-undang keluarga Islam Mesir (Law No. 44/ 1979) yang
diperkenalkan pada tahun 1979 ditentang hebat oleh masyarakat khususnya golongan ulama
serta pelajar-pelajar (termasuk pelajar wanita) yang mengadakan demonstrasi di Universiti
Azhar. Golongan pelajar ini menentang pelaksanaan undang-undang tersebut yang dikatakan
bertentangan dengan syariat Islam.31

Kesan Memartabatkan Status Wanita dalam Undang-undang Keluarga Islam

1. Sekatan Terhadap amalan kahwin paksa

Perkahwinan paksa yang melibatkan anak-anak yang masih terlalu muda merupakan
suatu amalan biasa di Mesir.32 Perkahwinan di awal usia ini dilihat sebagai salah satu faktor
utama yang menghalang wanita dari mendapat peluang pendidikan. 33 Justeru, Feminist’s
Union dalam perjuangan mereka untuk membuat tuntutan penetapan tahap umur minima
perkahwinan 16 tahun bagi seorang wanita manakala 18 tahun bagi seorang lelaki yang ingin
berkahwin. Perkara ini diperdebatkan dalam Egyptian National Assembly dan usul ini telah
diterima setelah mendapat pengiktirafan dari golongan ulama yang mengatakan penetapan had
umur minima perkahwinan ini tidak bertentangan dengan hukum syarak.34 Namun, perkara ini
bertentangan dengan hukum syarak apabila hukum tersebut tidak meletakkan syarat had umur
minima pasangan pengantin bagi menjadikan sesuatu pernikahan itu sah.

31Essam Fawzy. 2004. Personal Status Law in Egypt: An Historical Overview. Dlm. L. Welchmen. (Ed). Women’s Rights
& Islamic Family Law: Perspectives on Reform. London: Zed Books. Hlm 36.
32Zanariah Noor. 2017. Isu-isu Masyarakat Islam : Status Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan
Mesir. Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn. Hlm 74.
33 Ibid. Hlm 74.
34 Faisal Othman. 1993. Women, Islam and Nation Building. Hlm 101.
Di samping itu, sekatan terhadap amalan kahwin paksa ini bertujuan untuk menjaga
kebajikan wanita. Hal ini kerana, kuasa terhadap wali mujbir dalam memaksa anak gadis
berkahwin akan dikawal oleh undang-undang Islam di Malaysia. Pernikahan yang dianggap
sah oleh undang-undang perlu mendapatkan persetujuan daripada pengantin perempuan,
pengantin lelaki dan wali. Hal ini menunjukkan, jaminan hak dalam menentukan keputusan
berkahwin ini dapat mengelakkan permasalahan anak gadis dipaksa berkahwin oleh wali
mujbir yang dibenarkan mengikut pandangan mazhab Syafii..

2. Menghadkan peluang berpoligami

Menghadkan hubungan poligami salah satu perubahan yang dibawa dalam undang-undang
keluarga Islam di Malaysia. Hal ini juga bertujuan untuk menjaga kehormatan wanita dalam
hidup berpasangan sebagai suami isteri. Syarat-syarat yang sebelum ini diperketatkan lagi
apabila hubungan poligami ini perlulah dilaksanakan melalui persetujuan oleh pihak
mahkamah. Antara syarat-syarat yang diperhalusi dan diterima pakai oleh undang-undang
keluarga Islam ialah isteri yang mengalami uzur syarie seperti mandul, uzur jasmani yang
menyebabkan isteri tidak boleh melayan keperluan batin suami, isteri gila atau sengaja enggan
disetubuhi oleh suami. Seterusnya, suami mampu dari segi material seperti menyara
tanggungan yang sedia ada dan orang yang bakal ditanggung akibat perkahwinan baru.
Manakala, pihak suami juga mampu memberi layanan yang sama rata kepada semua isteri
mengikut hukum syarak dan akhir sekali perkahwinan tersebut tidak akan menyebabkan darar
syarie kepada isteri yang sedia ada.

Sekiranya pihak lelaki atau suami yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan perlulah membayar sebanyak RM1,000 kepada mahkamah kerana melanggar
prosedur tersebut. Selain itu, hukuman penjara turut dilaksanakan ke atas lelaki ataupun suami.
Isu hukuman ke atas lelaki yang berpoligami tanpa izin mahkamah yelah dibangkitkan oleh
gerakan feminis Muslim agar hukuman tersebut dilaksanakan dengan ketat dan tegas.
Disebabkan hukuman ini tidak dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia, golongan feminis ini
menyarankan agar hukuman penjara dikuatkuasa secara mandatori. 35 Sekatan poligami di

35“Memorandum on Reform of Islamic Family Law on Poligamy” yang diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.501.103 (Dilayari pada November
2019).
Mesir telah giat dijalankan oleh gerakan feminis Muslim, terutamanya dari Egyptian’ Feminist
Union yang tidak putus-putus mewar-warkan isu tersebut bagi mendapat perhatian masyarakat
dan penggubal undang-undang khususnya bagi mewujudkan undang-undang berasaskan
pentafsiran yang baru.36

Usaha ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan di bawah pimpinan Presiden Anwar Sadat.
Hal yang demikian, undang-undang 44/1979 memperuntukan bahawa tindakan suami yang
berkahwin lagi dianggap sebagai darar kepada isteri yang membolehkan isteri menuntut
penceraian.37 Usaha tersebut turut mendapat sokongan daripada agamawan mesir namun, ia
turut ditentang dan dikritik oleh golongan Islamis terutamanya dari Ikhwanul Muslimin yang
mempertikaikan kedudukannya yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan
berlawan dengan sunnah nabi.38 Peruntukan ini juga didakwa bertentangan dengan Law of
25/1929 yang memerlukan pembuktian dari pihak isteri sedia ada bahawa poligami tersebut
mendatangkan mudarat kepadanya. Hakim juga tidak semestinya menerima permohonan isteri
melainkan mudarat yang dimaksudkan benar-benar berlaku.

PENGARUH SEKULARISME DALAM PENDIDIKAN

Sekularisme dalam pendidikan merujuk kepada dasar bahawa pendidikan mesti terpisah
dengan agama atau tidak ada kena mengena dengan agama atau akhirat atau kemaslahatan
manusia di alam yang kekal abadi, atau tidak ada kena mengena dengan pertimbangan-
pertimbangan yang timbul daripada kewujudan Tuhan, atau keabadian roh. Berikutan dengan
itu, pendidikan tidak lagi bertujuan untuk menyampai ilmu pengetahuan, melatih akal, emosi,
rohani dan jasmani, serta menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia supaya
masyarakat dapat menjalani kehidupannya dengan sempurna dan dapat beramal untuk
kebahagiannya di akhirat.39

36 Ghada Hashemi Talhami. 1996. The Mobilization of Muslim Women in Egypt. Hlm 106.
37Zanariah Noor. 2017. Isu-isu Masyarakat Islam : Status Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan
Mesir. Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn. Hlm 76.
38 Ghada Hashemi Talhami. 1996. The Mobilization of Muslim Women in Egypt. Hlm 114-118.
39 Mohd Yusuf Ahmad.(2004).Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 50.
Pendidikan Sekular di Turki

Pada tahun 1924, Mustafa Kamal telah mengeluarkan Undang –Undang Penyatuan Pendidikan
dan atas dasar undang-undang tersebut, seluruh sekolah-sekolah madrasah diletakkan di bawah
pengawasan Kementerian Pendidikan. Madrasah-madrasah ditutup untuk digantikan oleh
sekolah yang akan membina imam dan khatib. Di Universiti Istanbul, didirikan Fakulti Ilahi.
Selanjutnya pendidikan agama ditiadakan di sekolah-sekolah di daerah bandar pada tahun 1930
dan di daerah desa pada tahun 1933. Pelajaran bahasa Arab dan Persia yang terdapat dalam
kurikulum sekolah sebelumnya dihapuskan pada tahun 1928. Pada tahun 1928 juga sistem
huruf Jawi digantikan dengan sistem huruf Latin atau Rumi. Hal ini memberi pengaruh kepada
Asia Tenggara misalnya negara Malaysia sendiri. British telah menjalankan proses
deislamization yang menyebabkan peranan tulisan Jawi semakin pudar dalam abad ke-20.
Proses ini dijalankan melalui bidang sosial masyarakat Melayu seperti pendidikan dan cara
hidup ‘moden’ dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu. Ini disebabkan kekaguman
masyarakat Melayu kepada cara hidup Barat memudarkan minat dan kecenderungan
masyarakat kepada nilai tradisional. Jelasnya melalui sistem pendidikan Melayu yang
dipelopori oleh British ini, keunggulan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu mula tergugat.
Keadaan semakin buruk dalam tahun 1916. Pada tahun tersebut, Winstedt yang bertugas
sebagai penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu mengemukakan laporan hasil dari lawatan kerjanya ke Indonesia dan Filipina dalam
tahun tersebut, Winstedt menggesa supaya tulisan ejaan rumi Bahasa Melayu diperkemaskan
dengan tujuan supaya ia boleh bersaing dengan tulisan ejaan Jawi. Seterusnya, Winstedt
mencadangkan supaya pengajaran al-Quran dihentikan kerana penawarannya tidak mempunyai
sebarang kepentingan lagi;

“Steps should be taken to hand over the teaching of the Koran…Koran classes were introduced
originally, I believe to attract pupils: and such inducement is no longer required…the money
now spent on Koran Teachers could be spent on instituiting scholarships to send a few Malays
to one of the Mohammedan Colleges in Egypt…”40

40 Report on Vernacular and Industrial Education in Netherlands East Indies and the Philipines, by R.O. Winstedt dlm.
Francis H.K.Wong, Gwee Yee Hean. Official Reports on Education: Straits Settlemente and the Federated Malay States, hlm
64.
Melalui pendidikan, beliau mementingkan peranan guru untuk mengembangkan dasarnya itu
dan pernah berucap dalam Perhimpunan Kebangsaan pada 10 November 1925 tentang
kepentingan pendidikan. Menurut sumber The General Secretarial of the National Security
Council misalnya
“All in aspects oflife in education discipline in the basic element of
success. All teachers and instructors must establish discipline, and
the students must accept discipline in the schools”41

Berikutan dengan itu fakulti Usuluddin di Universiti Istambul yang diwujudkan pada
tahun 1924 telah ditutup di bawah sistem pendidikan sekular yang baru. Kamal Ataturk
sebenarnya ingin mencipta masyarakat yang moden dan rasional berdasarkan idea negara
bangsa dengan mengurangkan pengaruh Islam dalam negara sehingga terdapat jurang yang
luas antara budaya Islam dengan elit sekular.

Sementara itu, pada tahun 1935, para pelajar lelaki dan wanita telah dibenarkan
bersama-sama melalui sistem co-education seperti yang terdapat di negara Barat. Pengaruh
pendidikan sekular di Asia Tenggara misalnya di Malaysia kebanyakannya semua sekolah
rendah, tinggi mahupun universiti pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan bersama-sama
menuntut ilmu dalam satu bumbung yang sama. Maksudnya, berlaku percampuran jantina
antara lelaki dengan perempuan dalam satu institusi pendidikan yang sama. Percampuran
lelaki dan perempuan ketika pengajian yang dikatakan sebagai kemajuan dan kemodenan
tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Ini kerana, percampuran itu
sebenarnya adalah punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang
tidak dikawal tanpa batas.

Melihat kepada perkembangan tersebut, Republik Turki adalah negara sekular.


Tetapi meskipun begitu, apa yang dilakukan oleh Mustafa Kamal belumlah menjadi negara
yang betul-betul sekular. Memang betul telah dihapuskan pendidikan agama dikeluarkan dari
kurikulum sekolah, tetapi Republik Turki Mustafa Kamal masih mengurus soal agama
melalui Jabatan Urusan Agama, Sekolah-sekolah Pemerintah untuk imam dan khatib dan
Fakulti Ilahi dari Perguruan Tinggi Negara, Universiti Istanbul.

41The General Secretarial of the National Security Council, 12 .September In Tirkey Before & After, Printed Ongun
Kardesler Printing House, Ankara, 1982, hlm 7
Pendidikan Sekular di Mesir

Pendidikan sekular bermula sejak kedatangan orang Turki Uthmaniyah ke Mesir tetapi tidak
begitu berkembang sehingga kedatangan Perancis pada tahun 1798. Mereka memasukkan
pengaruh Perancis ke sekolah-sekolah di Mesir. Muhamad Ali sebagai pemimpin Mesir yang
memainkan peranan terawal ke arah sistem pendidikan Mesir. Beliau mengikut model Perancis
di dalam sistem pendidikan Mesir dan menghantar pelajar-pelajar ke Perancis dan negara
Eropah. Apabila pelajar-pelajar lain ini pulang ke Mesir, mereka turut membawa bersama
ideologi-ideologi Barat dalam pelbagai bidang seperti perubatan, undang-undang, sains,
kesusasteraan dan ekonomi.42 Ini merupakan laluan pertama kepada Mesir ke arah pemodenan
dan mereka digelar “Pelopor Pemodenan Mesir”. Perkara ini telah membawa pengaruh kepada
Asia Tenggara misalnya di Indonesia. Kurikulum Pendidikan Nasional di Indonesia jelas
menunjukkan pemisahan antara pengetahuan agama (pendidikan agama) dan sains umum
(pendidikan sains), banyak guru (guru) sains umum yang tidak mengaitkan sains dan agama
ketika mendidik pelajarnya ini jelas artikel saintifik yang bersumber (rujukan) dari kitab-kitab
agama tidak diperbolehkan.

Menurut Abdul Raof Dalip, beliau mengatakan atas dasar untuk pemodenan dan
pembaratan beberapa negara umat Islam seperti Turki telah menghantar pelajar-pelajar untuk
menimba ilmu pengetahuan ke dunia Barat terutama Eropah. Pada peringkat ini, tumpuan
utamanya dalam bidang pengajian sains dan sosial dan kesusasteraan sehingga akhirnya
membentuk golongan manusia yang berfikiran Barat, nilai, neraca, cita rasa, aliran dan tingkah
laku kebaratan. Akhirnya golongan Muslim ini sekembalinya ke tanah air kecuali mereka yang
di pelihara Allah s.w.t. dikenali sebagai manusia celupan Barat, fahaman sekular dan tidak
beragama. Golongan ini secara rasminya tidak menukar nama atau agama tetapi pemikiran
mereka telah mengalami perubahan yang berlandaskan kepada pengaruh dalam tamadun
Barat.43

Muhammad Ali merupakan orang yang memperkenalkan pendidikan sekular moden yang
mana Mesir menjadi sebuah negara bukan Barat yang pertama memperkenalkan teknologi
Barat. Contohnya, seperti pembinaan kilang-kilang barangan dan memajukan ekonomi orang-
orang peribumi pada tahun 1816, beliau membuka sekolah pertama yang mengajar membaca

42 Donald N.Wilber. (1968). United Arab Repbulic Egypt, Hraf Press, New Haven. hlm. 108.
43 Abdul Rauf Dalip. (1987). Peranan Pendidikan sepadu menggerak, membentuk ummah dan masyarakat: Teras KBSM.
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Jilid 12. hlm. 7-12
dan menulis al-Quran dalam bahasa asing iaitu bahasa Itali, Parsi dan Turki dan
memperkenalkan bidang ketenteraan. Pada tahun 1827 hingga 1837, beliau turut membuka
sekolah-sekolah perubatan, teknikal kejuruteraan dan sekolah muzik.44

Kedatangan British ke Mesir telah mengukuhkan lagi kedudukan penjajahan Barat serta
cuba menjauhkan Islam dari kehidupan kaum muslimin untuk selama-lamanya.45 Pada masa
ini, Menteri Pendidikan Mesir dikawal oleh kerajaan British dan mereka mula memasukkan
pengaruh-pengaruh Inggeris ke sekolah-sekolah di Mesir dengan kemudahan-kemudahan asas
dan meneruskan dasar pendidikan sekular yang dibawa oleh Perancis. Untuk mengukuhkan
lagi kedudukan mereka, British membina Universiti Kaherah pada tahun 1908 yang
mementingkan penggunaan bahasa Inggeris.

Pada tahun 1881, kerajaan British menawarkan biasiswa dan subsidi bagi pelajar Mesir
meneruskan pembelajaran mereka. Lord Cromer mengukuhkan lagi institusi pengajian tinggi
dan mengurangkan pendaftaran sekolah-sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1892,
sekolah-sekolah tinggi yang dikekalkan ialah yang melibatkan sekolah-sekolah undang-undang,
perubatan, kejuruteraan, polis, tentera dan perguruan. Pada era penjajahan British, penggunaan
bahasa Inggeris di Mesir berkembang pesat kerana ia digunakan untuk mengajar bidang-bidang
sains, teknikal seperti bidang perubatan, sains tulen dan kejuruteraan di universiti-universiti
mengikut model British. Guru bahasa Inggeris dibawa masuk ke Mesir dan ini tidak dapat
mengelakkan mereka menyebut dan memberi penerangan tentang negara Britain. Majlis
British dalam laporannya pada tahun 1969 ada mengatakan:

“Bahasa Inggeris mempunyai kelebihan sebagai alat pendakyah. Kita


mendapat keuntungan dari segi politik, perdagangan dan kebuddayaan
apabila bahasa Inggeris digunakan di seluruh dunia”.46

Dengan berleluasanya bahasa Inggeris menyebabkan bahasa ibunda Mesir iaitu bahasa
Arab asli semakin dipinggirkan. Selama beratus-ratus tahun, orientalis Barat cuba memujuk
ulama-ulama Arab menggantikan bahasa Arab asli dengan bahasa Arab ke dalam al-Quran,
hadis dan kesemua khazanah kesusasteraan Islam. Paderi-paderi Kristian mazhab Koptik
tertutama Salamah Musa dan penyokongnya di Mesir sedang berjuang untuk menggantikan

44 Elie Kedouric and Sylvia G. Haim. (1980). Modern Egypt, Frank Company, Great Britain. hlm. 1.
45 Abd. Rahman Al-Baghadi. (1994). Kebangkitan Islam, al-Ramadhan, Kuala Lumpur. hlm. 154.
46 Maryam Jameelah. (1988). Penjajah Barat Mengancam, Bersepadu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. hlm.41.
bahasa Arab asli dengan bahasa Arab (kedaerahan) dan penggunaan huruf-huruf Latin
menggantikan huruf-huruf Jawi. Tujuan mereka ialah untuk memusnahkan seluruh warisan
sejarah dan kesusasteraan Islam yang merupakan sumber penting kepada perkembangan
peradaban Islam. Bahasa Inggeris juga telah memisahkan dan menjadi jurang kepada
perhubungan golongan atasan dan bawahan untuk berkomunikasi dengan baik.

Apabila dikaitkan dengan Asia Tenggara, pendidikan sekularisme di Asia Tenggara


dapat dilihat di mana Bahasa Melayu telah lama digunakan sebagai bahasa rasmi bagi urusan
rasmi kerajaan-kerajaan Melayu lama di seluruh Nusantara. Bahasa Melayu pernah menjadi
Lingua Franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan di kalangan ahli-ahli peniaga dan
pengembara dari Eropah, India, dan China. Pada ketika itu penggunaannya sebagai bahasa
perhubungan merupakan satu perkara biasa. Mengikut Valentijn, bahasa Melayu difahami di
mana-mana, 'tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa
Lingua Franca di Itali dan Levanf. Kedudukan bahasa Melayu amat penting kerana ia mendapat
taraf nilai bahasa yang tinggi dan menjadi Lingua Franca bagi seluruh alam Melayu, terutama
pada zaman kegemilangannya. Bahasa Melayu mula menjadi bahasa penting kepada kerajaan
besar seperti Melaka dan Aceh.). 47 Tetapi disebabkan penguasaan bahasa Inggeris secara
cekap hanya terhad kepada segelintir golongan elit yang tinggal di bandar-bandar utama kerana
konteks penggunaannya yang meluas. Golongan elit yang berpendidikan Inggeris juga terpisah
daripada majoriti rakyat jelata dan mewujudkan jurang dan ketegangan sosial. Ketegangan
sosial berdasarkan kelas dan golongan akan menjadi pemangkin kepada ketegangan dan
konflik dalam bentuk yang lain, misalnya prasangka dan kebencian etnik dan perkauman,
agama, mazhab dan ideologi, daerah dan wilayah.

47A. Aziz Deraman. (2000).Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hhm. 156.
Kesan Sekularisme Pendidikan Terhadap Masyarakat

Oleh itu, sistem pendidikan yang bercorak dikotomi telah menyebabkan lahirnya sekularisme
di mana ianya memisahkan agama dari aspek kehidupan dunia. Akibat sistem pendidikan yang
bercorak dikotomi ini, maka lahirlah sebuah masyarakat yang sekularisme. Jika dilihat, impak
besar dalam masyarakat akibat sekularisme adalah melahirkan satu kelompok yang memusuhi
syari'at Islam sendiri. Hal ini demikian kerana, sekularisme sebenamya bertujuan untuk
memisahkan antara dunia dengan agama dalam dari setiap individu khususnya dalam bab-bab
syariat atau hukum-hakam agama.

Sebagai contoh, sekularisme Attarturk yang telah berjaya mengetepikan syariat Islam
dari semua aspek dan bidang kehidupan masyarakat termasuklah soal hukum-hakam sehingga
mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan talak dan poligami serta menyamakan bahagian
perwarisan harta antara lelaki dengan perempuan yang jelas-jelasnya bertentangan dengan
ketepatan syariah yang pasti dalam al-Quran. Hal ini jelas menunjukkan kesan sekularisme itu
akan melahirkan sebuah kelompok atau masyarakat yang memusuhi agama dan menolak
hukum-hakam dalam dirinya kerana golongan ini telah terpengaruh dengan idea sekularisme
yang diasaskan oleh barat dengan tujuan untuk merosakkan umat Islam itu sendiri. Perkara
sebeginilah yang menjadi pegangan kebanyakan masyarakat Islam hari ini dengan
memperkatakan bahawa hukum syariah kini seperti hukum hudud, undang-undang jenayah
Islam, undang-undang keluarga Islam sudah tidak relevan lagi dengan zaman kini dan ianya
perlulah diubah semula.

Penggantian Kalender Hijrah Kepada Gregorian

Mustafa Kamal telah menukar kalender yang berasaskan tahun Hijrah kepada Gregorian pada
26 Disember 1925M. 48 Pada tahun 1935, rejim Mustafa Kamal telah menukarkan hari
kelepasan bagi Republik Turki dari hari Jumaat kepada Ahad supaya kedudukannya sejajar
dengan amalan antarabangsa, khususnya di Barat. Hal ini telah membawa pengaruh kepada
Asia Tenggara misalnya negara Malaysia di mana cuti umum di seluruh negeri adalah hari ahad

48 Bernard Lewis, The Emergence of Modern Tukrs. hlm. 271.


kecuali negeri Johor pada hari jumaat. Begitu juga dengan negara Indonesia yang mana cuti
umumnya ialah pada hari ahad.

Pemikiran Golongan Modenis Islam

Dalam membicarakan mengenai sekularisme di Asia Tenggara, perlu diberi perhatian adalah
mengenai aliran pemikiran golongan-golongan pemikir moden yang berkiblatkan barat. Hal ini
penting kerana mereka merupakan tokoh yang menjadi asas dan masyarakat akan mengikut
fahaman yang mereka cuba sampaikan. Justeru itu akan melihat sama ada masyarakat di Asia
Tenggara benar-benar dipengaruhi oleh sekularisme atau hanya lebih kepada hal-hal
pentadbiran dan pemerintahan sahaja. Umum kita mengetahui pengaruh sekularisme di Asia
Tenggara datang dari Timur dan Mesir. Langkah untuk memisahkan agama dari pentadbiran
menjadi matlamat utama untuk mencapai kemajuan yang diertikan oleh negara-negara moden
dari barat. Oleh itu, penulisan ini akan tertumpu kepada tokoh-tokoh pemikiran sekularisme
yang merancakkan lagi fahaman ini dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Di Tanah Melayu, sebenarnya sekularisme sudah lama bertapak dalam pentadbiran dan ini
dapat dilihat menerusi Perjanjian Pangkor 1874 dimana urusan pentadbiran diserahkan kepada
Residen, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan soal agama dan adat isiadat melayu.
Perkembangan ini jelas menunjukkan segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-
undang negeri terserah kepada British yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang
tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak
politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan
fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Akhirnya berlakulah apa yang dinamakan
pemisahan politik dari agama.

Mengenai tokoh pemikiran ini adalah Syed Syekh al-Hadi. Beliau menerbitkan majalah
al-imam pada tahun 1906 bersama-sama dengan rakan-rakannya seperti Syeikh Muhammad
Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd. Taha dan sebagainya.49 Pemik50ran yang dibawa beliau
adalah dengan tidak bergantung kepada pemikiran tradisional, sebaliknya perlu berfikir dan
meninjau semula persoalan-persoalan tertentu agar sesuai dengan tuntutan zaman dan tempat.

49Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
KP\M Kuala Lumpur. Hlm 154.
50 Ibid hlm 155.
Dalam konteks ini, Islam perlu disesuaikan mengikut keadaan dan tempoh-tempoh tertentu
sekiranya ingin mencapai kemajuan bangsa. Agama pada masa kini disifatkan sebagai peribadi
dan tidak perlu untuk selari dengan aspek politik mahupun ekonomi. Sebagai contoh, menurut
Wan Abdul Rahman Wan Abd Latif, beliau menjelaskan “Dalam hal ini contoh yang paling
jelas ialah hakikat di mana umat Islam agak selesa untuk melakukan ibadah sembahyang
Jumaat tetapi tidak rasa terpanggil untuk bersama jemaah apabila berada di luar masjid atau
surau selepas sembahyang.51 Ini jelas menunjukkan Islam hanya diamalkan dalam beberapa
situasi sahaja. Justeru perkembangan pemikiran tokoh dalam masyarakat di Asia Tenggara
sememangnya menginginkan dasar sekularisme diberi perhatian.

Selain itu Sukarno juga berperanan dalam menggerakkan idea sekularisme dalam
pemikiran masyarakat Indonesia. Dalam konteks ini, beliau melihat akan kebersanan melalui
perubahan drastik dari negara-negara seperti Turki, Mesir. Beliau ingin urusan pentadbiran dan
agama perlu dipisahkan, malah beliau juga mengkagumi sistem sekularisme yang diamalkan
di Turki. Pada pandangan Sukarno, “Islam is Progress”. Segala sesuatu perkara dibolehkan
namun menjadi sempit disebabkan pemikiran kolot ulama yang membataskan kemajuan untuk
bangsa dan negara.

Tambahan pula, pemikiran beliau menjurus kepada perkara-perkara yang menjadi alasan
untuk membawa masuk aliran sekularisme. Menurut beliau, dari aspek ekonomi, sebagai
contoh di Turki, amalan khurafat, tahyul menjadi alasan untuk tidak bekerja. Sama juga yang
berlaku di Indonesia yang ketika itu mahukan kemerdekaan dari Belanda untuk menegaskan
bahawa masyarakat Indonesia perlu bekerja keras.

51 Hj. Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, (2000). Sekularisme Politik dan Surviva Ummah. Kertas kerja dalam
“ Cabaran Sekularisme ke atas Umat Islam”. Sungai Petani, Kedah. Hlm 2.
KESIMPULAN

Kesimpulannya dapat dipersetujui bahawa pengaruh sekularisme yang tular di Turki dan
Mesir disebarkan luas sehingga ke Asia Tenggara sehingga berjaya mempengaruhi tiga aspek
utama masyrakat di Asia Tenggara.. Keadaan ini memberikan kesan yang meluas kepada
masyarakat Asia Tenggara. Kesan pengaruh ini dapat dilihat secara jelas melalui tiga aspek
utama yang telah dikupas yang memfokuskan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Aspek
yang dilihat menerima kesan yang meluas impak daripada pengaruh sekularimse ialah aspek
politik yang mana antaranya menyentuh perundangan, penghapusan sistem khalifah, dan
undang –undang sivil. Dalam aspek ekonomi pula disentuh antaranya mengenai ekonomi
kapitalisme, dan sosialisme. Apek sosial dikupas antaranya adalah mengenai pendidikan,
kegaaman,hubungan kekeluargaan, dan pakaian wanita. Melalui tiga aspek utama ini, jelas
bahawa pengaruh sekularisme di Mesir dan Turki mempengaruhi masyarakat di Asia Tenggara
yang menjadi asas kepada berlakunya beberapa perubahan daripada ketiga – tiga aspek terseut.
RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob. Islam: Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden: Konsep


Kekeluargaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran.
Dewan Bahasa dan Pustaka. KP\M Kuala Lumpur.

Ermy Azziaty Rozali. (2009). Pan-Islamisme dan respons masyarakat Melayu. Dlm Farid
Mat Zain (Ed). Daulah Uthmaniyah: detik kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki 1924 dan
reaksi orang Melayu (hlm. 38). Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd.

Fadhlullah Jamil. (2007). Islam di Asia Barat moden: sejarah penjajahan dan pergolakan.
Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd.

H. A.Mukti Ali. (1994) Islam dan Sekularisme di Turki Modern, Jakarta.


Harun Nasution, Pembaharuan dalam Islam.

Hj. Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, (2000). Sekularisme Politik dan Surviva Ummah.
Kertas kerja dalam “ Cabaran Sekularisme ke atas Umat Islam”. Sungai Petani, Kedah.

Khalif Muammar A. Harris dan Adibah Mukhtar. (2005). Perdebatan kontemporari mengenai
kesetaraan gender: islamis versus feminis muslim. Dlm. Proceedings International Seminar
on Muslim Women. Skudai: Centre for Islamic Studies and Social Development. Technology
University Of Malaysia.

Malaysia Kita. (2000). Sejarah pentadbiran dasar-dasar pembangunan. Kuala


Lumpur:International Book Law.

“Memorandum on Reform of Islamic Family Law on Poligamy” yang diserahkan kepada


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.501.103 (Dilayari pada November 2019).
Mohamad Redzuan Othman. (2006). Islam dan masyarakat Melayu: peranan dan pengaruh
Timur Tengah. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

Pengasoh. (1926) No. 189 -190, 3 Februari 1926.

Riduan Mohamad Nor. (2009). Sejarah dan perkembangan gerakan Islam abad moden.
Kuala Lumpur:Jundi Resources.

Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquin Al Attas. (1981). Islam dan Sekularisme ( ter), Bandung : Penenbit
Pustaka.

Zainah Anwar. (2005). Law Making in the Name of Islam: Implications for Democratic
Governance. Dalam Badriyah Haji Salleh dan Nazirah Lee. 2017. Isu-isu Masyarakat Islam :
Status Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan Mesir. Penerbit :
Universiti Tun Hussein Onn.

Zanariah Noor. (2017). Isu-isu Masyarakat Islam : Status Wanita dalam Undang-Undang
Keluarga Islam di Malaysia dan Mesir. Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn

You might also like